Anda di halaman 1dari 3

(B)

Apakah cabaran-cabaran yang anda hadapi dalam mengaplikasikan perkara tersebut?

Cabaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme Walaupun pembelajaran konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan namun apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan pembelajaran konstruktivisme di bilik darjah. Terdapat beberapa faktor yang mampu menggagalkan usaha menjalankan pembelajaran konstruktivisme di dalam bilik darjah jikalau tidak sejajar dengan hasil pembelajaran yang diharapkan. Teori ini memperlihatkan beberapa cabaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pertama, guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru. Kedua, kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasana kelas dalam kawalan tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah. Seperti yang kita ketahui bahawa bilangan pelajar dalam sesebuah kelas di negara kita agak besar iaitu biasanya berada di dalam lingkungan empat puluh orang. Ini akan menambahkan beban guru dalam perlaksanaan pemantauan dan pengawalan disiplin kelas. Dengan ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme adalah kurang sesuai bagi kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Ketiga, mengambil masa yang agak panjang. Pelajar memerlukan masa yang mencukupi dan agak lama bagi menyelesaikan tugasan yang diberi di mana mereka perlu membuat analisis, hipotesis dan dapatan pembelajaran. Di samping itu, ia sangat menekankan pemikiran refleksi dan proses kematangan. Kaedah pengajaran ini hanya dapat berjalan dengan sempurna sekiranya pelajar mempunyai pemikiran kognitif yang baik kerana memerlukan penjanaan idea yang melibatkan kognitif yang cemerlang. Pembelajaran

konstruktivisme amat menfokus kepada pemahaman pelajar dan prestasinya. Mengikut Alessi & Trollip (2001), ia mempunyai asas dalam kognitif dalam situasi dan perkaitan dengan pengajaran bertumpu. Keempat, penglibatan pelajar amat ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme. Pelajar yang pasif akan ketinggalan berbanding dengan pelajar yang aktif terutamanya dalam aktiviti perbincangan kumpulan. Pelajar memerlukan pengetahuan sedia ada yang luas dan jitu kerana ia akan mempengaruhi proses pembelajaran konstruktivisme. Ini adalah kerana dapatan berdasarkan pengetahuan sedia ada yang kurang tepat akan menjejaskan dan melemahkan konsep dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran pada hari tersebut. Kelima, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya. Antara cabaran-cabaran yang dapat dikesan adalah menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.

Bibliografi Mok Soon Sang (2003) ,Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan, Semester 5, Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd . Ee Ah Meng(1996), Pendidikan Di Malaysia1 Falsafah Pendidikan Guru dan Sekolah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Al Ramaiah (1997). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Selangor :IBS Buku Sdn.Bhd.

Noriati A.Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar.

Rosezlan. Definisi,Ciri, Prinsip dan Amalan Teori Konstruktivis. [online]. Diperoleh http://www.scribd.com/doc/414320/Konstruktivisme (29 April 2012)

http://kulanzsalleh.com/guru-dan-kemahiran-profesional/ (29 April 2012)

http://www.scribd.com/doc/14587544/Kemahiran-Profesional-Guru-PeningkatanProfesional-Kendiri-Cabaran-Profesion-Keguruan (30 April 2012)

http://www.slideshare.net/arthurjeo/5-kemahiran-profesional-guru (30 April 2012)

Anda mungkin juga menyukai