Anda di halaman 1dari 8

Rancangan Mengajar Harian

Tarikh

: 5 Mei 2003

Masa

: 11.15 am - 12.15 am (1 jam)

Kelas

: 5 Merah

Bilangan murid

: 28 orang

Mata pelajaran

: Kajian Tempatan

Topik

: 5 Mengenal Negara Kita

Kemahiran

: 5.3.1 Bendera, Jata, dan Lagu Kebangsaan Negara Kita

Objektif

: Di akhir pengajaran ini, murid-murid dapat


i. Mengenal dan menyatakan maksud simbol pada bendera
Malaysia, jata negara dan lambang-lambang lain.
ii. Menyanyi lagu kebangsaan dengan penuh semangat.
iii. Melukis bendera negara kita dan labelkan maksud lambanglambang dalam bendera.

Pengetahuan sedia ada: 1. Murid-murid pernah melihat bendera Malaysia dan boleh
menyatakan rupa bentuk bendera Malaysia.
.
Nilai

2. Murid-murid sudah tahu menyanyi lagu Negaraku.


: Menghormati Bendera Malaysia, Jata Negara dan Lagu
Kebangsaan, bekerjasama, mengikut arahan, dan cinta kepada
negara.

Unsur patriotisme

: Menghormati bendera, lagu, jata dan lambang-lambang lain.

ABM

: Bendera Malaysia, kertas mahjung, kad manila, lirik lagu


Negaraku, jata negara, gambar bunga raya, gambar Muzium
negara, dan rukun negara.

Langkah/
masa
Set induksi
(5 minit)

Prosedur Pelaksanaan
1. Guru meminta murid-murid menyatakan
ciri-ciri bendera Malaysia.

Kemahiran

SPP

Kecerdasan
interpersonal

2. Guru berdasarkan ciri-ciri yang


disebutkan oleh murid-murid, kemudian
melukis bendera Malaysia di papan
Langkah 1
(12 minit)

hitam.
1. Guru menunjukkan bendera Malaysia Kecerdasan
sebenar kepada murid-murid.

visual-spatial

2. Guru meminta murid-murid

Bendera
Malaysia
(lampiran 1)

memerhatikan bendera Malaysia sebenar

kad manila

dan membandingkan dengan bendera


Malaysia yang dilukis di papan hitam.
3. Guru bersama murid-murid berbincang

Kecerdasan

tentang maksud lambang-lambang pada

matematik-

bendera Malaysia dan sambil

logik

menampalkan maksud lambang-lambang


di papan hitam.
4. Guru menyimpan bendera Malaysia dan
menyoal murid-murid beberapa soalan:
a. Berapakah jumlah jalur merah dan
putih yang terdapat pada bendera

Kecerdasan
interpersonal

Malaysia? 14
b. Apa lambang anak bulan ?
Anak bulan melambangkan agama
Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
c. Apakah lambang warna biru tua?
Warna biru tua melambangkan
Langkah 2
(13 minit)

perpaduan rakyat Malaysia.


1. Guru menampalkan jata negara di papan Kecerdasan
hitam

dan

meminta

murid-murid visual-spatial

memerhatikan jata negara itu.

Jata negara
(lampiran 2)
kad manila

2. Guru bersama murid-murid berbincang


tentang maksud lambang-lambang pada
jata negara dan sambil menampalkan
maksud lambang-lambang di papan
hitam.
3. Guru

mengajar

menggunakan

murid-murid Kecerdasan

cara

penyabungjalinan matematik-

untuk mengingatkan maksud lambang- logik


lambang tersebut iaitu pokok Pinang
berkait dengan Negeri Pulau Pinang dan
pokok Melaka berkait dengan Negeri
Melaka.
4. Guru

menyimpan

lambang

dan

maksud

menyoal

lambang- Kecerdasan

murid-murid interpersonal

beberapa soalan:
a. Apakah maksud lambang bulan dan
bintang dalam jata negara?
Agama Islam sebagai agama rasmi
negara.
b. Apakah yang mewakili lima bilah
keris?
Negeri-negeri tidak bersekutu.
c. Nyatakan

negeri-negeri

yang

mewakili jalur yang berwarna merah,


hitam, putih dan kuning?
Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan
Selangor.
d. Apakah cogan kata jata negara kita?
Langkah 3
(10 minit)

Bersekutu bertambah matu.


1. Guru
menampalkan
lirik

lagu Kecerdasan

Lirik

lagu

Negaraku di papan hitam dan menanya interpersonal

Negaraku

murid-murid

(lampiran 3)

bilakah

kami

perlu

menyanyi lagu ini.

gambar

2. Guru memastikan semua murid sudah

bunga raya,

tahu menyanyi lagu Negaraku dan

gambar

meminta semua murid berdiri tegak

Muzium

untuk menyanyi lagu ini.

negara, dan

3. Guru

menanya

murid-murid

selain

daripada bendera Malaysia, jata negara

rukun
negara

dan lagu kebangsaan, cuba menyatakan


lambang-lambang lain yang menjadi
identiti negara kita.
4. Guru membetulkan kesilapan muridmurid danmenunjukkan gambar-gambar
yang

melambangkan

identiti

negara

seperti bunga raya, Muzium negara,


Langkah 4

Rukun negara dan bahasa kebangsaan.


1. Guru
membahagikan
murid-murid

(15 minit)

kepada 4 kumpulan dan mengedarkan


kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
2. Guru meminta setiap kumpulan melukis
bendera Malaysia dan labelkan maksud
lambang-lambang dalam bendera.
3. Guru membetulkan kesilapan muridmurid semasa mereka sedang melukis
dan

melabelkan

maksud

lambang-

lambang dalam bendera.


4. Setelah selesai, guru meminta setiap Kecerdasan
wakil kumpulan membentangkan maksud Linguistik/
lambang-lambang

dalam

bendera verbal

Malaysia.
5. Guru membetulkan kesilapan murid jika
Penutup
(5 minit)

terdapat kesilapan semasa pembentangan.


1. Guru mengulangi isi pelajaran hari ini Kecerdasan
dan meminta murid-murid mengulangi interpersonal

Kertas
mahjung

isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.


2. Guru

menyuruh

murid-murid

mendapatkan gambar lambang-lambang


lain yang menjadi identiti negara dan
menampalkan gambar-gambar tersebut ke
dalam buku latihan.

Lampiran 1

BENDERA MALAYSIA

* Anak bulan dan bintang


- melambangkan agama
Islam sebagai agama
rasmi negara

* Warna kuning
- melambangkan
warna diraja

* Jalur merah
- melambangkan keberanian

* Jalur putih
- melambangkan kesucian

* Bintang pecah 14
- melambangkan
perpaduan negerinegeri di malaysia

* Warna biru tua


- melambangkan
perpaduan rakyat
Malaysia

* 14 jalur
- melambangkan
keanggotaan yang
sama dalam
persekutuan 13
buah negeri dan
Wilayah
Persekutuan

Lampiran 2
Jata Negara

* Dua ekor harimau


- melambangkan
keberanian dan kekuatan

* Anak bulan dan bintang


- melambangkan agama
Islam sebagai agama rasmi
negara

* Lima bilah keris


- mewakili negeri-negeri
tidak bersekutu iaitu
Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor

* Perisai
- melambangkan kekuatan dan
kesanggupan
mempertahankan kesatuan
malaysia dan Negeri-negeri
Melayu Persekutuan

* Pokok Pinang &


Jambatan P. Pinang
- melambangkan negeri
Pulau Pinang

* Pokok Melaka
- mewakili negeri Melaka

* Jata negeri Sabah


- mawakili negeri Sabah
* Warna kuning
- melambangkan
warna diraja

* Bintang pecah 14
- melambangkan 13 buah
negeri dan Wilayah
Persekutuan Malaysia

* jata negeri sarawak


- mewakili negeri Sarawak
* Cogan
kata

* Bunga raya
- bunga
kebangsaan
Malaysia
-

* 4 warna di tengah perisai


- mewakili Negeri-negeri
Melayu bersekutu iaitu
Perak, Pahang, Selangor dan
Negari Sembilan

Lampiran 3
Lagu Kebangsaan
NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Anda mungkin juga menyukai