Anda di halaman 1dari 6

PAM

1. Bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan merujuk kepada lambing negara Malaysia
sebagai warganegara Malaysia yang baik, kita bertanggungjawab menghargai,
menghormati dan memuliakan bendera kebangsaan kita. sejauh manakah anda dapat
melaksanakan tanggungjawab tersebut?
Noryna Merah menyala si bunga raya,
(Moderator) Biar ia mekar disana,
Izinkan saya mula berbicara,
Agar manfaat diperoleh Bersama.

Selamat sejahtera, salam forum satu Malaysia. Bersua kita dalam majlis
ilmu yang memfokuskan mengenai sejauh manakah rakyat Malaysia
bertanggungjawab bagi menghargai, menghormati dan memuliakan bendera
kebangsaan kita. Sebelum saya menjemput ahli panel untuk memulakan
Langkah mengatur bicara, saya mohon agar semua hadirin dan hadiarat
memberikan perhatian sepenuhnya dan mencatat nota nota penting yang
akan disampaikan.ahli panel pertama ialah saudara Ezra Mark yang akan
membincangkan tentang tanggungjawab yangboleh dilakukan bagi
menghargai, menghormati dan memuliakan bendera kebangsaan

Seterusnya ahli panel kedua, Nampak tenang orangnya dan bijak berkata –
kata iaitu, saudari Nurshahlieanna.yang akan membincangkan tentang isu –
isu bendera yang sengaja dilakukan

Dan dihujung sana, Nampak serius tapi baik hati budinya saudari Nur
Athirah yang akan membincangkan iktibar yang diperolehi apabila kita
menghormati lambing negara.

Serta panel kita yang terakhir segak bergaya saudara Aizat yang akan
membincangkan tentang kesimpulan yang kita dapat dalam majlis ilmu pada
hari ini. Apa khabar saudara?

Aizat Terima kasih saudari moderator. Khabar baik saudari.


(Panel 4)

noryna Baiklah, ahli panel sudah saya kenalkan , saya teruskan pula dengan
(Moderator) mengupas sedikit topik perbualan kita pada hari ini iaitu “ kita sebagai
rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menghormati , menghargai dan
memuliakan bendera kebangsaan kita.

Jalur gemilang merupakan bendera negara Malaysia yang mempunyai 14


jalur terdiri daripada warna merah dan putih. Jalur ini bermula dengan jalur
yang berwarna merah danberakhir dengan jalur berwarna putih. Jalur - jalur
itu melambangkan satu haluan yang luru atau dikenali sebagai hala tuju dan
arah yang sama diikuti oleh rakyat negara ini dalam menuju kegemilangan
bangsa dan negara.
Seterusnya, jalur gemilang ini mewakili 13 buahnegeri serta satu jalur
mewakili kerajaan persekutuan. Nama gemilang bermaksud bercahaya
terang berderang dan cemerlang. Ini melambangkan kecemerlangan negara
dan rakyat Malaysia dalm mengharungi suasana kehidupan dengan penuh
gigih, taat serta bersatu padu yang dapat menaikkan imej negara didalam
dan luar negara.

Siding hadirin yang dihormati,


Izinkan saya meneruskan perbincangan forum ini kepada ahli panel kita
yang pertama iaitu saudara Ezra Mark . baiklah Ezra pada pendapat anda
apakah yang boleh kita lakukan bagi menghargai, menghormati dan
memuliakan bendera kebangsaan?

Ezra Terima kasih, Noryna. Tidak dinafikan bahawa seiring berjalannya waktu,
(Panel 1) rakyat Malaysia semakin tidak mengendahkan tentang tanggungjawab
menghargai, menghormati dan memuliakan bendera kebangsaan dan lagu
kebangsaan kita. Hadirin yang dihormati sekalian, kita sebagai rakyat
Malaysia sepatutnya mengambil berat tentang lambang negara kita kerana
lambang negara mencerminkan identiti rakyat sesebuah negara. Oleh sebab
itu, semua rakyat Malaysia tidak kira dari mana-mana pihak harus
mengambil serius terhadap perkara ini dan mempraktikkan diri dalam
menghargai, menghormati dan memuliakan lambang negara kita. Sebagai
ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik nilai-nilai murni kepada anak-
anak, mereka haruslah memberi penjelasan yang kukuh dalam menghormati
lambang negara. Baik dari segi menyanyikan lagu kebangsaan dengan cara
yang baik mahupun cara menghormati dan menggantung bendera
kebangsaan dengan betul. Golongan kanak-kanak adalah yang kita peru
titikberatkan dalam isu ini kerana mereka merupakan masa depan bagi kita
semua. Sekiranya ilmu ini tidak diterapkan dalam diri mereka, maka masa
depan negara akan berada dalam keadaan yang bahaya kerana kurang
semangat patriotisme dalam diri mereka. Apatah lagi dalam arus pemodenan
pada zaman ini di mana kemajuan teknologi maklumat menyebabkan
generasi muda mengabaikan kepentingan lambang negara sehingga rasa
cinta pada negara pudar.

Bagi tanggungjawab sekolah pula, amatlah penting bagi semua tenaga


pengajar untuk memberi pengajaran yang tepat dan benar dalam
menghargai, menghormati dan memuliakan lambang negara. Sekolah
merupakan medium utama dalam mendidik generasi muda dalam pelbagai
aspek pendidikan termasuklah menghormati lambang-lambang negara.
Terdapat beberapa subjek seperti Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan yang mana subjek sedemikian mendorong dalam
memupuk semangat cinta akan negara dalam diri para pelajar. Selain itu,
setibanya waktu Bulan Kemerdekaan, pihak sekolah boleh menghiasi
seluruh sekolah dengan kepelbagaian unsur patriotik seperti
menggantungkan bendera kebangsaan, melukis lukisan mural berunsurkan
lambang negara serta menganjurkan hari terbuka bulan kebangsaan bagi
seluruh sekolah. Namun, perlu diingatkan juga agar kesemua aktiviti yang
dijalankan perlulah diurus dengan betul dari segi menggantungkan bendera
kebangsaan di tempat yang betul, tidak menyentuh isu-isu sensitif berkenaan
lambang negara yang mampu merosakkan imej sekolah dan tidak
menyanyikan lagu kebangsaan dengan sewenang-wenangnya. Sekian sahaja
penerangan saya mengenai tanggungjawab yang boleh dilakukan bagi
menghargai, meghormati dan memuliakan lambang negara. Seterusnya,
saya serahkan semula kepada moderator kita iaitu, Noryna untuk
meneruskan forum kita pada hari ini.

Noryna Terima kasih ahli panel pertama kita, saudara atas penerangan yang
(Moderator) diberikan sebentar tadi. Pendapat yang diutarakan bagus sekali untuk
dilaksanakan bagi mengatasi masaalah yang dinyatakan.

Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kita yang kedua iaitu
saudari Nurshahlieanna . untuk mengupas mengenai isu bendera yang
sengaja dilakukan oleh segilintir masyarakat di negara kita?

Lena Terima kasih cik moderator. Saya ingin mengupas mengenai isu bendera
(Panel 2) yang sengaja dilakukan oleh segelintir masyarakat di negara kita.
Contohnya, tular satu klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan
bintang berbucu lima bersama logo Westport ditayangkan ketika nyanyian
lagu Negaraku pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke -
28. Hal ini jelas merupakan satu pengkhianatan kepada negara apabila
rakyat Malaysia tidak tahu bendera negara sendiri. Apa yang berlaku ini
tidak baik untuk imej negara kerana isu bendera ini berkait soal kedaulatan
dan semangat patriotik rakyat Malaysia. Hal ini boleh memberi kesan imej
negara tercalar dengan perbuatan biadab ini. Walaupun mereka sudah
meminta maaf, namun kesalahan yang dilakukan cukup besar. Oleh itu,
pihak penganjur perlu bertanggungjawab dan membuat pemantauan
sebelum tayangan video dimainkan untuk menghentikan budaya buat silap
soal bendera negara.

Seterusnya, isu lagu Negaraku hanya dinyanyikan dalam bahasa


kebangsaan. Umum mengetahui, rakyat Malaysia sepatutnya tahu
menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan kerana ia termaktub
dalam perlembagaan. Dapat kita ambil iktibar melalui satu klip video yang
tular di media sosial menunjukkan murid di sebuah sekolah menyanyikan
lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin. Jabatan Pendidikan sudah
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kesilapan seperti
ini tidak berulang. Sebagai tambahan, beliau berkata, lagu kebangsaan
bagaimanapun mesti dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu dan kaedah menyanyikan lagu Negaraku dalam apa-apa bahasa
selain dari bahasa Melayu adalah tidak wajar. Ulas beliau, mengambil
iktibar daripada kejadian ini pengajaran bahasa Melayu untuk semua
sekolah di Malaysia sama ada sekolah kebangsaan (SK), SJKC atau sekolah
jenis kebangsaan Tamil (SJKT) perlu diperkukuhkan untuk memastikan
setiap murid benar-benar memahiri bahasa Melayu selaku bahasa
kebangsaan.
Justeru, kesemua warga Malaysia perlu mempelajari dan memahiri serta
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang menunjukkan
lambang perpaduan negara. Bahasa ibunda rakyat Malaysia seperti
Mandarin, Tamil, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi bahasa juga perlu
dimahiri, tetapi tanpa pengabaian penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara. Malah, kita juga menggalakkan pembelajaran bahasa
lain dunia khususnya Inggeris, Jepun, Jerman, Peranchis dan pelbagai lagi
bahasa dalam memastikan rakyat Malaysia boleh menjalinkan hubungan
dengan negara lain secara efektif. Sekian itu sahaja daripada saya, saya
serahkan kembali kepada cik moderator kita.

Noryna Terima kasih saudari yang telah mengupas dengan lebih mendalam
(Moderator) tentangisu – isu yang dialami di Malaysia

Maka, selain membincangkan tentang tanggungjawab yang kita perlu


lakukan dan isu – isu yang berlaku di negara kita apakah iktibar yang kita
dapat sekiranya kita melakasanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat
Malaysia seperti yang panel pertama utarakan? Baikalh saudari Nur Athirah
boleh kah saudari mengupas lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut?

Athirah Bendera kebangsaan merupakan kebanggaan kepada semua rakyat


(Panel 3) Malaysia. Ia disifatkan sebagai ideologi kebangsaan dan mampu
mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat akan mempunyai
fikiran perasaan dan nilai-nilai yang sama. Persoalannya di sini, apakah
iktibar-iktibar yang diperolehi oleh rakyat Malaysia apabila menghormati
bendera kebangsaan kita.

Pertama, apabila semua rakyat Malaysia menghormati bendera


kebangsaan, maka iktibar yang boleh kita perolehi ialah semua rakyat
Malaysia sanggup berganding bahu antara satu sama lain tanpa mengira
bangsa, agama dan kaum. Ini menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai
semangat perpaduan yang kukuh. Iktibar kedua yang dapat kita perolehi
apabila menghormati bendera kebangsaan ialah menghargai jasa para
perajurit yang telah berkorban dan menumpahkan darah mereka demi
memerdekakan negara Malaysia yang tercinta. Jadi sebagai rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab, kita perlulah menghargai jasa perajurit yang telah
mengorbankan nyawa mereka demi memperolehi keamanan negara kita
sekarang.

Seterusnya dengan menghormati bendera kebangsaan, kita dapat lihat


bahawa negara kita dipandang tinggi oleh negara-negara luar. Mereka
menghormati negara kita. Hal ini dapat menjamin kesejahteraan negara
Malaysia. Negara-negara luar tidak akan berani untuk menjajah negara kita
lagi kerana wujudnya semangat patriotik yang kukuh di antara rakyat
Malaysia. Akhir sekali ialah kita perlulah bangga dengan lambang negara
Malaysia. Kita tidak sepatutnya malu dengan lambang negara kita. Lambang
negara melambangkan jati diri rakyat Malaysia dan juga lambang
kedaulatan negara Malaysia.
Noryna Terima kasih kepada saudari
(Moderator)
Dengan itu kita menjemput saudara aizat untuk menyimpulkan topik yang
dibincangkan pada hari ini.

Aizat Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel. Setelah
(panel 4) mendengar penjelasan serta penerangan dari semua ahli panel saya ingin
menegaskan disini bahawa rakyat Malaysia perlu tahu bagaimana
menghargai bendera negara dengan penghormatan tertinggi dan usaha
sedemikian boleh dilaksanakan oleh kementerian berkaitan dengan
Kerjasama media serta pertubuhan badan bukan kerajaan iaitu NGO. Kita
juga tidak sewajarnya mengambil ringan bender akita kerana
mengibarkannya dengan cara yang tidak wajar adalah memalukan dan tidak
sepatutnya berlaku kerana ia sama seperti menghina dan menunjukkan rasa
tidak hormat kepada negara. Hal ini perlu diambil serius apabila berkaitan
dengan bendera kita yang juga melambangkan semangat cinta, bangga,
patriotik, setia dan perpaduan kaum. Kejahilan rakyat dan semangat untuk
mengibarkan Jalur Gemilang dengan sewajarnya mungkin disebabkan
kurangnya semangat patriotik, kebanggaan, kesetiaan dan kepatuhan kepada
negara. Oleh itu, rakyat Malaysia juga harus ingat dengan bendera itu,
negara kita dapat mencapai kemerdekaan dan membina kehidupan yang
harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, warna kulit atau
kepercayaan dan terus berusaha kearah membina perpaduan dan negara
yang mampan untuk generasi masa hadapan. Kesimpulannya, kita sebagai
rakyat Malaysia perlulah siap untuk melaksanakan tanggujawab untuk
menghargai, menghormati serta memuliakan bendera kebangsaan kita.

Noryna Baiklah kesemua ahli panel kita telah mengupas mengenai tanggungjawab
(Moderator) isu isu berkaitan dengan masalah yang dihadapi di negara kita certa
cadangan ynag perlu dilakukan untuk menghadapi masalah pada bahagian
masing – masing. Kita sebagai rakyat Malaysia sudah tentu mahukan yang
terbaik untuk negara kita bagi mencapai negara yang harmoni dan sentiasa
maju jaya.

Terima kasih sahabat – sahabat ahli panel yang bersungguh – sungguh dan
bersemanagat menerangkan betapa pentingnya kita menghargai,
menghormati dan memuliakan bendera Malaysia.

Demikianlah tadi sedikit sebanayk mengenai tanggungjwab dan sejauh


manakah rakyat Malaysia mencintai bendera Malaysia. Yang dibentangkan
oleh ahli -ahli panel kita.

Saya berharap agar perkongsian ini mampu mempuk lagi semangat


patritisme cinta akan negara yang lebih kukuh di dalam diri setiap rakyat.
Dan semoga forum inimenjadi wadah kepada setiap rakyat supaya tidak
mudah berputusasa dan bersemanagat untuk menaikkan nama negeara.
Harapan saya agar forum ini mampu memberi informasi bermanfaat buat
hadirin sekalian.
Siding hadirin yang dihormati ,

Izinkan saya akhiri forum ini dengan serangkap pantun

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu – layuan,
Intai kami antara Nampak,
Esok jangan rindu -rinduan.

Sekian terima kasih dan salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai