Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Negara

         Kalau tidak kerana bulan,


         Tak akan bintang kelihatan seri,
         Kalau tidak kerana kalian,
         Tak akan saya berada disini.

        Datang bahtera dari Medan ,


        Singgah sebentar di laluan Kerai,
        Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
        Kepada warga DJ pembuka tirai.
    
       Yang dihormati Pengatur Majlis , barisan guru yang segak bergaya, anggun jelita
seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang ada di sini.
  
        Jauh belayar si pedagang Cina ,
            Singgah di Melaka menjual sutera ,
        Bahasa Melayu bahasa perantara ,
            Tonggak utama perpaduan negara.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


           Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi dan bagi
merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang
enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah
bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh
dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai
tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan
dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa
Melayu Tonggak Perpaduan Negara.

Hadirin yang dirahmati,


          Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita
menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara
Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau,
nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang
didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman itu. Hal ini
dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti
R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke
Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap
insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk
dek hujan tak lekang dek panas.

Hadirin yang dihormati,


          Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham
antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata
pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita
melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat
percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat
‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.
          “Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah”
          “Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”
          Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat
bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa
Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi
baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada
bahasa Cina dan India yang mengalami proses ‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat
mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok
untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah
tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah
bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di
bawah payung Satu Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,


          Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin
mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa
kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak
keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita di
bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah
bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan negara.

Terima kasih hadirin semua, kerana sudi meminjamkan telinga, mendengar butir bicara,
dari hamba warga 3 Angsana. Saya Choy Yoong Miin, tujuan berdiri di sini, bukan untuk
cari simpati, tapi untuk melaksana, program susunan panitia bahasa, sebuah program
untuk semua, program tentang cakna bahasa.

Apa itu Cakna Bahasa? Cakna ditafsirkan sebagai ambil peduli/ambil berat. Maka
Cakna Bahasa membawa pengertian sikap ambil peduli kita terhadap bahasa Melayu,
bahasa kebangsaan kita. Program ini kendalian Panitia Bahasa Melayu di bawah
program MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris)

Program ini dijadualkan pada minggu terakhir setiap bulan selama 5 minit di
perhimpunan. Semoga warga DJ memperoleh manfaat asbab program yang
dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai