Anda di halaman 1dari 3

Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Bismilahhiramannirahim

Kalau tidak kerana bintang,

Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

Kalau tidak kerana pidato,

Tak akan saya berada disini.

Assalamualikum W.B.H

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana
yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka
dengan detik jamnya, serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,

Singgah di Melaka menjual sutera .

Bahasa melayu bahasa perantara ,

Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin yang dihormati

Cogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antara cogan kata
yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam
kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang,
permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu
teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh
anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat
majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan
kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan penting
dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi
dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh
dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan
mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu
ini sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa
kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan
saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada
hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

Pada suatu ketika dahulu ,Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka
ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan
di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek
hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa
Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan
kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan
sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dikasihi,

. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang


sangat penting untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibarat
masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah
masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah
kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah negara.. Sesungguhnya, langkah ini
dapat merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di
kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan
sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya,
jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali
dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan.
Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk
dari alam persekolahan lagi.
Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin
mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan
bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Oleh
itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana
bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai