Anda di halaman 1dari 11

Bismilahhiramannirahim…

1 Datang bahtera dari Medan ,

Singgah sebentar di laluan Kerai,

Salam Keluarga Malaysia saya hulurkan ,

Kepada warga dewan pembuka tirai.

2 Assalamualikum W.B.H

Jauh berlayar si pedagang Cina ,

Singgah di Melaka menjual sutera,

Bahasa Melayu bahasa perantara ,

Tonggak utama perpaduan negara


Hadirin dan hadirat yang dihormati

3 Cogan kata 'Hidup Muafakat Membawa Berkat


merupakan antara cogan kata yang dicipta untuk
menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya
muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang
kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan
bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh
bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini
membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh
anggota masyarakat berkenaan.

4 Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat


majmuk seperti Malaysia harus berpaksikan pada
perpaduan untuk meneruskan kelangsungan
keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa
perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha
melonjak status negara berpendapatan tinggi dan bagi
merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal
perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan
mudah untuk membina identiti bangsa dan
mendaulatkan maruah bangsa.

5 Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini


sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti
akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai tonggak
perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan
saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang
wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa
Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

6 Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama,


adalah baik jika kita menelusuri akar-akar cerucuk
sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara
Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke
ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa
Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang
didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara
masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan
dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan
Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat
yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan
pendeta sehinggalah kegolongan biasa, setiap insan di
Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta
kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa
Melayu.
7 Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan
bahasa kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan?
Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan
sejarah jelas membuktikan bahawa Bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di
dunia.

Hadirin yang dihormati,

8 Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk


sangka dan salah faham antara kaum dapat dikikis
dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata
pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi 'bahasa
menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat
bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi
bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.
Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya
bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan
mengurangkan semangat 'kecinaan’, ‘kemelayuan’,
ataupun 'keindiaan,.

8 Cuba dengar ini,

“Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya
macam mau pengsan ah”

“Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”

9 Peningkan hadirin mendengar pelat di atas dengan


pengaruh bahasa ibunda masing-masing

Alangkah indahnya setiap kaum di Malaysia dapat


bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya
dengan menggunakan bahasa Melayu.

10
Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan
baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah
yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada
bahasa cina dan india yang mengalami proses
'kemalaysiaan’ sememangnya dapat mewujudkan
perpaduan. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia
tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa
kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah
tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah
bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di
bawah payung Aspirasi Keluarga Malaysia. Berdasarkan
hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu
merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,


11 Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia,

sudah tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa


penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang
saya peroleh daripada Arkib Negara, saya amat kagum
dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800
buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh
rakyat Malaysia sendiri.

12 Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan


merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk
perpaduan.Masyarakat yang tidak berilmu ibarat
masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak
bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak
membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah
tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah
negara.
13 Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih dan segunung


perghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia kerana
mengembalikan mandat dan mendaulatkan Bahasa
Melayu dalam pentadbiran negara. Sesungguhnya,
langkah ini dapat merapatkan jurang khususnya dalam
pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di
kawasan bandar.

14 Dalam soal keharmonian,sudah tentulah kita tidak

mahukan sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan


masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu boleh
memecah belahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu
di daulatkan, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan.
Ketika jurang antara kaum dirapatkan terutama dalam
pendidikan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk
dari alam persekolahan lagi.
15 Selain itu, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu,
memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sebagai
wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak
perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa
betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan
bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang
peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

16 Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya

suka ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini


bahawa rakyat yang memperlekehkan kebangsaan akan
merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak
keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir yang
menodai kebahagiaan kita. Oleh itu, sayangilah bahasa
Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana
bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai