Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak

persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.

1.0 Bahasa Kebangsaan Memupuk Semangat Perpaduan Semangat patriotik diiktiraf sebagai perasaan rakyat cinta pada tanah air. Semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Rakyat Malaysia pada zaman ini telah kian mengabaikan kepentingan semangat patriotik pada diri sendiri. Hal ini kerana mereka tidak pernah mengalami kesengsaraan hidup pada zaman penjajahan. Justeru itu, mereka tidak akan faham dengan kesusah payaan tokoh-tokoh negara dalam perjuangan kemerdekaan dan tidak akan mereka menghargai kemerdekaan yang telah dicapai ini selama 57 tahun. Mereka telah melupakan jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang mengalami banyak kesengsaraan dalam memperjuangkan kemerdekaan. Oleh sebab mereka telah dapat menikmati kesejahteraan negara semenjak mereka dilahirkan, maka mereka telah menganggap kemerdekaan ini adalah secara automatik dan menyebabkan mereka tidak menimbulkan perasaan bersyukur kepada jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Apabila mereka tidak menghargai nilai kemerdekaan yang diperolehi selama-lama ini, maka kesejahteraan negara tidak akan dapat dijamin buat selama-lamanya. Hal ini kerana jika semangat patriotik tidak dapat diwujud

dalam jiwa setiap rakyat, secara tidak langsung juga akan mengabaikan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan rakyat adalah seumpana dengan benteng kepada kesejahteraan sesebuah negara. Sekiranya perpaduan tidak dapat dikekalkan lagi, maka seumpama benteng kesejahteraan negara tealh dirobohkan. Dengan itu, kuasa-kuasa asing akan dapat mudah untuk menjajah negara kita. Dengan itu, rakyat akan terpaksa mengalami kehidupan yang sengsara seperti semasa zaman penjajahan. Hal ini adalah tidak diharapkan oleh setiap rakyat. Untuk mengelak berlakunya semula peristiwa penjajahan terhadap negara Malaysia, adalah amat peting untuk menanamkan semangat patriotik dan kepentingan perpaduan dalam jiwa setiap rakyat. Langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menanamkan semangat patriotik kepada rakyat ialah menentukan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran teras kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Melalui mata pelajaran ini, akan dapat mereka mengetahui serta memahami kesusahan dan kesengsaraan yang pernah dialami oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu. Hal ini telah ternyata dalam matlamat Kurikulum Standard Sejarah yang menjelaskan untuk membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Sementelahan itu, pada zaman globalisasi ini, rakyat Malaysia telah banyak dipengaruhi olah budaya negara asing terutamanya kepada budaya budaya barat. Hal ini dapat dibukti dengan melihatkan kebanyakkan rakyat adalah lebih cenderung kepada untuk mempelajari bahasaInggeris berbanding dengan bahasa Melayu. Hal ini kerana mereka merasakan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabngsa dan ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dalam perniagaan berbanding dengan bahasa lain. Tambahan pula, sekiranya seseorang itu dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, maka dia akan dianggap sebagai insan yang berkelasan tinggi dan lebih berilmu.

Walaubagaimanpun, bahasa Melayu merupakan identiti kepada negara kita. Hal ini membawa maksud bahasa Melayu merupakan simbol yang penting kepada negara kita dan ia melambangkan sesuatu keistimewaan daripada negara kita. Hal ini dapat dibukti dengan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang telah menetapkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Justeru itu, sekiranya rakyat Malaysia mengabaikan fungsi bahasa Melayu, maka juga kan kehilangan identiti negara kita. Di samping itu, bahasa Melayu dijadi sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana ia telah diwarisi secara turun-temurun sejak zaman Kelsultanan Melayu Melaka. Bahasa ini pernah dijadi lingua fraanca di rantau Nusantara. Oleh sebab bahasa Melayu mempunyai sejarah yang begitu lama, jadi akan lebih mudah untuk kita ,rakyat Malaysia untuk memahami antara satu sama lain terutamnya kita adalah berasal daripada pelbagai kaum. Bahasa ini merupakan satu-satunya bahsa yang dapat kita saling memahami penyampaian pertuturan kita dan ia dapat memupuk semangat perpaduan antara setiap kaum dan selanjutnya mewujudkan kesejahteraan sesebuah negara. Dalam kata lain,

sekiranya rakyat Malaysia tidak mempedulikan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan setiap kaum serta sebagai pemangkin perpaduan kaum, maka akan ketidak bersatu padu anatra setiap kaum. Hal ini kerana jarang kita menggunakan bahasa Melayu, akan merendahkan lagi kefahaman kita terhadap istilah-istilah bahasa Melayu sehingganya memberi tafsiran yang salah terhadap penyampaian orang lain sehingga menimbulkan konflik antara kaum. Akibatnya, perpaduan negara tidak kekal wujud lagi dan menyebabkan kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diinginkan seperti Perkara 13 Mei 1969, rusuhan kaum. Untuk membantu rakyat lebih mementingkan bahsa Melayu berbanding dengan bahsa Inggeris, usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran bagi setiap pelajar daipada pendidikan pra-sekolah sehingga di intitusi pengajian tinggi.

Setiap rakyat dikehendaki sekurang-kurangnya untuk meluluskan diri dalam setiap peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk emlatihkan penggunaan perbendaharaan kata, juga wujudnya peperiksaan lisan kepada para peajar di sekolah supaya dapat melatih mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu tanpa mengira aliran sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan Cina ataupun Tamil. Ujian lisan ini akan dapat membantu mereka lebig berani serta berbangga untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa Malaysia di peringkat lokal. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini. Sebagai intiha, patriotisme dan perpaduan merupakan elemen penting dalam mewujudkan sesebuah negara yang makmur serta aman damai walaupun terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Tidak dapat dinafikan kedudukan bahasa Melayu dalam negara kita adalah amat berfungsi sebagai pemangkin kepada perpaduan negara. Akhir kata,haruslah setiap rakyat melibatkan diri dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagi banhasa kebangsaan untuk mengekalkan identiti negara kita.

Selaras dengan perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Walaupun Malaysia sudah mempunyai dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun negara kita masih tidak menonjol sebagai negara yang dihormati mendaulatkan bahasa kebangsaan di persada dunia

antarabangsa seperti Jepun, China, Jerman, Korea dan Perancis. Pemimpinpemimpin kita lebih berbangga bertutur dalam bahasa asing apabila berdepan dengan rakyat Malaysia. Mereka seolah-olah malu menggunakan bahasa Melayu dan tidak rasa bersalah apabila menggunakan bahasa asing. Mereka malu mengguna disebabkan bahasa Inggeris lebih cenderung kepada bahasa antarabangsa berbanding dengan bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, mereka turut mengaanggap penggunaan bahasa Melayu adalah lebih tidak bertaraf yang tidak dapat setanding dengan bahasa Inggeris yang dikelihat lebih bertaraf tinggi. Hal ini kerana sekiranya kita berada di luar negara seperti negara China, Europe dan negara-negara asing, kebanyakkan rakyat di negeranegara tersebut akan menggunakan bahasa Ingeeris untuk berkomunikasi kita. Sebaliknya apabila pelancong-pelancong dari negara-negara tersebut, mereka hanya akan lebih faham dengan perbualan antara kita dengan mereka melalui bahasa Inggeris. Sekiranya kita sendiri sebagai rakyat Malaysia juga malu menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan seharian, secara tidak langsung, tidak dapat rakyat Malaysia menunjukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjadikannya sebagai keistimewaan di negara kita. Dengan itu, kita akan

membelakangi Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tujuan Akta Bahasa Kebangssan 1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatukan rakyat berbilang kaum melalui pengguna satu bahasa yang sama

serta sebagai pengenalan kepada bangsa dan negara Malaysia. Tetapi kelihatan tujuan ini akan susah dikekalkan lagi sekiranya rakyat Malaysia semakin jarang dalam penggunaan bahasa Melayu dalam pergaulan seharian dan

menggantikannya dengan bahasa Inggeris dan bahasa asing lain seperti bahasa Japanese atau bahasa Korean atas pengaruhi zaman globalisasi ini. Pada pandangan saya, kita harus mengekalkan tradisi untuk

membiasakan kita diri dengan menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan seharian. Hal ini dapat dipupuk sejak kecil lagi dari zaman persekolahan. Di sekolah, pihak sekolah boleh menjelaskan keistimewaan bahasa Melayu serta sejarah bahasa ini wujud di negara kita kepada para pelajar. Pihak sekolah boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Bulan Bahasa Kebangsaan,

pertandingan menulis karangan, mencipta sajak dan lain-lain tanpa mengira aliran sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan cian dan tamil. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menggalak rakyat Malaysia untuk menikmati bahasa Melayu dengan menyiarkan maklumat-maklumat penting daripada media-media massa seperti persiaran radio ataupun televisyen dengan dalam bahasa Melayu. Selain itu, pemimpin-pemimpin juga menjadi sebagai teladan kepada rakyat Malaysia dengan mengucap atau menyampai ucapan dalam bahasa Melayu tanpa mengira beliau adalah pemimpin yang berbangsa Melayu atau berbangsa lain. Tambahan pula, persepsi masyarakat yang melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing. Mereka sentiasa memandang enteng kepentingan bahasa ini dan lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Memang tidak dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa penting dan banyak

kebaikannya terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi jika kita melihatnya dalam konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai kepentingan yang lebih tinggi

memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya sentiasa diutamakan. Justeru itu, sekiranya rakyat Malaysia tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan semakin kehilangan identiti negara kita. Kita perlu sedar bahawa hal ini berkaitan dengan jati diri dan identiti bangsa. Hal ini kerana bahasa kebangsaan merupakan identiti setiap negara. Sekiranya identiti sesebuah negara juga dikehilangkan, maka negara bangsa akan turut susah diwujudkan dan maruah negara akan diperturunkan. Pada pandangan saya, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu membiasakan diri dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian, sama ada bahasa itu mahu digunakan di pasar ikan dan peniaga di kaki lima sahaja atau sebenarnya mahu digunakan sehingga di gedung-gedung ternama, di hotel-hotel, dalam mesyuarat, persidangan peringkat kebangsaan sahaja atau hatta peringkat antarabangsa, perniagaan runcit sahaja atau juga dalam urusan perbankan dan perdagangan luar negara. Tuntasnya, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara kita Malaysia. Sebagai rakyat yang bertangggungjawab, haruslah kita menikmati keistimewaan bahasa ini serta harus kita berbangga denganya kerana mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana telah mula digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat berkembang menjadi sebagai Lingua franca di rantau Nusantara. Oleh itu, janganlah kita berasa malu dalam penggunaan bahas Melayu.

2.0 CABARAN PLURALITI BUDAYA DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. KONTRAK SOSIAL

KONSEP KONTRAK SOSIAL Istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara yang bukan sahaja merangkumi soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.

Pemerintahan Beraja Sistem beraja mutlak berubah ke sistem Raja Berperlembagaan

Agama Islam Dijadi sebagai agama bagi Persekutuan

UNSUR- UNSUR TRADISI DALAM KONTRAK SOSIAL Bahasa Melayu Diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang diPertuan Agong

PEMERINTAHAN BERAJA Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Menekankan ciri-ciri kemelayuan.

BAHASA MELAYU Diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

RASIONAL UNSUR - UNSUR TRADISI DALAM KONTRAK SOSIAL

AGAMA ISLAM Berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Perkara 3(1) : Bantuan kewangan untuk meningkatkan syiar Islam, Menetapkan bahawa Yang diPertuan Agong selama-lamanya orang Islam, menyekat dan mengawal penyebaran agama lain kepada orang Islam dan beberapa upacara rasmi.

KEDUDUKAN ORANG MELAYU

ISTIMEWA

Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam

perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lainlain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Perkara 11: Perlembagaan Persekutuan menegaskan hak semua orang untuk menganut, mengamal dan mengembangkan agama masing-masing.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL DALAM HUBUNGAN ETNIK

Berjaya menyatupadukan semua kaum di malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman.

Membawa semua kaum di malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang Elemen yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Untuk mewujudkan suatu rangka sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Dapat mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam.

BIBLIOGRAFI Abdul Aziz & Sumangala Pillai (1997). Mahathir: Kepimpinan dan Wawasan Dalam Sains dan Teknologi. Serdang : University Putra Malaysia. MALAYSIA, Open University. (2004). LANH1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin(2007). ModulHubungan Etnik. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Zaid Ahmad,etc(2013)). Hubungang Etnik di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Aminah Azahan (2013). Halangan-Halangan Dalam Memartbabatkan. Diakses pada 4/3/2014,daripada: http://aimanazahan.blogspot.com/2013/04/halanganhalangan-dalam-memartabatkan.html DR. AMINUDIN MANSOR (2012). Membina bangsa dengan semangat patriotisme. Diakses pada 5/3/2014,daripada: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120824/re_02/Membina-bangsadengan-semangat-patriotisme Felo Kanan di UKM (2011). Rakyat patriotik patut bangga bertutur guna bahasa Melayu. Diakses pada 5/3/2014,daripada: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rakyatpatriotikpatutbanggabertuturg unabahasaMelayu/Article NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED (2012). Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Tanggungjawab Semua. Diakses pada 5/3/2014, daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=972

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). (2013). Hilang partriotisme, tercemarlah kesejahteraan bangsa dan negara. Diakses pada 4/3/2013,daripada: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130812/re_06/Hilang-partriotismetercemarlah-kesejahteraan-bangsa-dan-negara

ZAIDI ISMAIL (2012). Bahasa Kebangsaan Memupuk Semangat Perpaduan. Diakses pada 1/3/2014,daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=901

Anda mungkin juga menyukai