Anda di halaman 1dari 1

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian

darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Kasih sayang keluarga adalah harta
yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Oleh itu, setiap anggota
keluarga perlu mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka bagi mengekalkan hubungan
silaturahim antara anggota keluarga

Setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai mengekalkan tradisi


kekeluargaan. Definisi bagi nilai tersebut adalah menerima, menghormati dan
mengamalkan sesuatu kebiasaan, adapt dan kepercayaan yang diwarisi secara turun
temurun dalam keluarga.
Mengekalkan tradisi kekeluargaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaan
yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua,
perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladan
yang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tangga
yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan
penghuninya.

Selain itu, setiap anggota keluarga harus mempunyai nilai hormat dan taat kepada
anggota keluarga. Definisi bagi nilai tersebut ialah memuliakan setiap anggota keluarga
dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga
yang harmoni. Salasilah keluarga memberi gambaran yang jelas mengenai tali
perhubungan atau persaudaraan keluarga. Justeru, keluarga yang bahagia dapat
diwujudkan sekiranya keluarga tersebut mengamalkan tradisi kekeluargaan.

Ibu bapa harus merancang aktiviti bersama-sama keluarga mengenai tradisi


keluarga yang akan diadakan. Ahli keluarga akan merasakan bahawa mereka juga
merupakan sebahagian daripada proses perancangan amalan tradisi tersebut. Anak-anak
adalah pewaris generasi masa kini, maka setiap aktiviti yang kita lakukan bersama dalam
tradisi keluarga akan menjadi ikutan mereka apabila dewasa kelak.

( 242 patah perkataan )