Anda di halaman 1dari 3

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan

melalui pertalian darah, perkahawinan atau pengambilan anak


angkat. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan
tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Oleh itu,terdapat
beberapa cara untuk menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap
keluarga.
Antaranya, setiap ahli keluarga perlu mempunyai nilai
mengekalkan tradisi kekeluargaan. Nilai ini dapat memupuk nilai
murni seperti keibubapaan yang bertanggungjawab, kehormatan
dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua dan
perhubungan yang mesra antara generasi. Ibu bapa yang
menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam mendidik anak
yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat dan
tenteram.
Selain itu, setiap anggota keluarga harus mempunyai nilai
hormat dan taat kepada anggota keluarga. Nilai ini dapat memberi
gambaran yang jelas mengenai tali perhubungan atau
persaudaraan keluarga. Justeru, keluarga yang bahagia dapat
diwujudkan sekiranya keluarga tersebut mengamalkan tradisi
kekeluargaan.
Di samping itu, setiap anggota keluarga juga perlu
mempunyai nilai kasih sayang terhadap keluarga. Nilai ini dapat
melahirkan perasaan cinta kasih dan sayang yang mendalam
terhadap keluarga yang akan berkekalan sepanjang hayat. Bukan
itu sahaja, nilai ini dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia
dan saling memahami di antara satu sama yang lain.
Secara kesimpulannya, setiap ahli keluarga perlulah
melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu
keibubapaan kerana, ia dapat membantu dalam pembentukan
keluarga yang bahagia.

Anda mungkin juga menyukai