Anda di halaman 1dari 5

238 Aktiviti Badan Beruniform Serta Faedahnya

292 Karangan Bahan Rangsangan 1 Peragut

512 1 MURID 1 SUKAN

754 Bijak Berbelanja Pengguna Bestari

294 Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Pengetahuan

524 langkah untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit

505 Kerajaan dan Rakyat Atasi Penyakit Berjangkit

492 Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia

412 Gejala Antisosial dalam kalangan pelajar

503 Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama

630 keluarga citra masyarakat pembina tamadun bangsa

466 Langkah-langkah bentuk disiplin seseorang


Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia

Dalam menongkah arus globalisasi, negara kita telah berjaya duduk


sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain kerana
kepesatan pembangunan negara semakin membangun ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan. Namun, negara kita sering digembar-gemburkan
dengan polemik-polemik kekeluargaan yang semakin membusung nanah
dari hari ke hari. Isu-isu seperti ini sering dikaitkan dengan negara-negara
yang membangun marcapada. persoalannya, apakah ubat yang paling
mujarab untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi duri dalam
daging kepada negara kita?

Sebagai pembuka bicara, marilah kita melensakan peranan ibu bapa


dalam mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa marcapada terlalu mengejar
kekayaan duniawi telah menyebabkan anak-anak mereka tersisih dari ibu
bapa meraka. Ibu bapa seyogianya mengambil alpukah drastik dengan
mengambil berat tentang anak-anak mereka teruatama dalam globalisasi
marcapada. Anak-anak diibaratkan kain putih dan ibu bapalah yang
bertanggungjawab mencorakkan peribadi meraka agar menjadi insan yang
berguna. Ibu bapa seyogianya meluangkan masa bersama anak-anak
meraka agar dapat mendengar luahan hati anak mereka. Oleh itu, mereka
akan rasa disayangi dan tidak berasa tersisih.

Jika ditelusuri dari dimensi yang lain pula, ibu bapa harus memantau
perilaku anak-anak meraka dalam usaha mewujudkan keluarga bahagia. Ibu
bapa harus melihat perilaku anak-anak sama ada positif atau negatif. Anak-
anak yang melakukan perilaku positif haruslah diberi pujian, manakala anak-
anak yang melakukan amalan negatif haruslah dinasihati dan diberikan
didikan agama agar mereka tidak lagi menconteng arang ke muka ibu bapa.
Anak-anak yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak akan
terjebak daklam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi
daripada ibu bapa mereka.

Di samping itu, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-
anak meraka sendiri. Mereka harus menunjukkan teladan yang baik kepada
anak-anak meraka agar dapat dicontohi kerana bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Contohnya, ibu bapa haruslah berlemah-lembut dan berinteraksi
dengan sopan antara satu sama lain. Apabila sikap mahmudah ini sering
ditonjolkan untuk diteladani oleh anak-anak meraka , nescaya kebahagiaan
dan keharmonian sesebuah keluarga dapat dinikmati hingga akhir hayat.
Sebaliknya, ibu bapa haruslah mengelakkan diri daripada mempamerkan
sihat mazmumah kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam kalangan
anak-anak meraka.

Jika disingkap dari tirai yang lain pula, ibu bapa yang baik adalah
meraka yang mendahulukan urusan ukhrawi terlebih dahulu daripada urusan
duniawi. Sebagai contoh, membawa anak-anak ke masjid, menghantar
mereka ke kelas agama dan siolat berjemaah. Apabila anak-anak diberikan
didikan agama, mereka akan mendapat panduan hidup yang lebih baik dan
seterusnya melahirkan insan yang bitara. Tambahan pula, anak-anak
marcapada sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi
yang membusung nanah dari hari ke hari. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu
menerapkan didikan agama dalam jiwa mereka sejak meraka masih kecil
lagi.

Akhirulakalam, jelaslah di sini bahawa ibu bapa memainkan peranan


signifikan dalam melahirkan keluarga bahagia. Golongan cerdik pandai
pernah berkata "mendidik anak-anak umpama menanam biji benih, ianya
harus dibaja, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang". Walaupun
bergitu, mereka juga harus ditegur jika melakukan sesuatu kesalahan. Bak
kata pepatah sayangkan anak tengan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-
tinggalakan. Semoga ahrapan negara untuk mewujudkan masyarakat yang
penyayang akan dapat direalisasikan untuk membangun imej negara di
persada dunia.

karangan keluarga bahagia (keluarga citra masyarakat pembina tamadun bangsa)

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua
,penolong-penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan seterusnya para pelajar
yang dikasihi. Salam sejahtera dan ucapan terima kasih saya dahului atas
undangan ini untuk menyampaikan ceramah yang _bertemakan kepentingan
keluarga bahagia.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama dengan


bayang-bayang pemodenan, institusi keluarga diumpamakan jantung
sesebuah negara. Ahli keluarga menjalankan tugas dengan
sempurnasekiranya institusi kekeluargaan diikat dengan talian ukuwah dan
silaturahim yang mapam. Institusi kekeluargaan sewajarnya hidup dalam
suasani harmoni dan saling bertolak-ansur, sekali gus saling mempercayai dan
hormat-menghormati sesama ahli keluarga.
Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran
sesebuah negara. Oleh itu, peranan ibu bapa penting dalam menyemai benih-
benih kebahagiaan dalam keluarga. Konsep Rumahku Syurgaku diaur-aurkan
oleh masyarakat sawarjagat sejak zaman leluhur lagi. Suka dan duka wajar
ditanggung bersama-sama sesama ahli keluarga dengan fikiran yang tenang
dan berhati nurani yang menjauhi segala kepincangan dan kemelut k jiwa. Oleh
itu, ibu bapa dapat mengejar periuk nasi tanpa sebarang kebimbangan dan
gusar akan hal-hal rumah tangga. Pembentukan keluarga bahagia menjadi
tonggak masyarakat penyayang yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri
kita.

Selain itu, seandainya sesebuah keluarga itu bahagia, sudah tentu anak-
anak rnempunyai nilai moral yang baik. Pembentukan modal insan yang
berwawasan dan mempunyai harga diri yang tinggi merupakan citra masyarakat
madani, sementelahan kelangsungan tamadun bangsa yang berkiblatkan jati
diri dan berkualiti. Remaja merupakan pewaris bangsa yang menerajui dan
menongkah cabaran zaman dengan nilai kepimpinan yang utuh. Merealisasikan
impian Wawasan 2020 hanya dapat digapai dan bukan sekadar indah khabar
daripada rupa seandainya rata-rata masyarakat memperkasakan peradaban
bangsa dan menongkah arus globalisasi mutakhir yang semakin kompleks dan
mencabar. Tamsilannya, ibu bapa seyogia meraikan kejayaan bersama-sama
dengan anak mereka, justeru memberikan motivasi kepada anak mereka
sekiranya anak mereka dibelenggu dalam gangguan emosi dan trauma dalam
tekanan hidup.

Memang tidak dapat disangkal bahawa keluarga merupakan unit asas


kepada pembentukan masyarakat sakinah, sementelahan membangunkan
generasi yang berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berilmu. Keluarga yang
bahagia penting untuk menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi nusa
dan bangsa, sekali gus nilai keinsanan yang syumul dapat dizahirkan. Dalam
konteks ini, kebobrokan nilai murni dalam kalangan remaja dapat dibanteraskan
dan menjauhkan anasir-anasir negatif yang dapat merudumkan dan
merencatkan agenda pembangunan negara. Jangan sekali-kali sudah terhantuk
baru tengadah gara-gara keabaian ibu bapa hanya sekadar mementingkan
prestasi akademik anak mereka. Natijahnya, anli keluarga wajar digalakkan
mengadakan solat berjemaah di rumah di samping menjamu selera bersama-
sama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pincang keluarga, pincanglah masyarakat. Hidup bukan keseorangan,


sebaliknya hidup memerlukan interaksi sosial yang ditanggung bersama sebagai
khalifah di muka bumi ini. Tanpa keluarga bahagia, siapalah kita? Mengendalikan
bahtera rumah tangga dengan penuh kasih sayang waima dunia
pascakemodenan ini penuh dengan pancaroba. Ole itu, keluarga bahagia akan
menjadi pemangkin untuk mengekalkan keharmonian negara. Remaja
merupakan entiti sesebuah negara. Sebagai contoh , Ibukulah yang
menyebabkanku berjaya. Dia amat menyayangiku, begitu percaya akan aku;
dan aku berasa aku mempunyai suatu tujuan untuk hidup, suatu orang yang
harus aku tidak mengecewakan." Siapakah tokoh ini yang akhirnya menempa
kejayaan dalam melayar bahtera hidup di persada global? Ya, Thomas Edison
yang dicungkil bakat oleh seorang ibu yang diibaratkan penggoncang buaian.
Ungkapan bapa borek anak rintik memanifestasikan peri pentingnya peranan
ibu bapa dalam menjana anak watan yang akhirnya dapat menjulang prestig
negara.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Akhirulkalam, negara kita dapat bersaing dengan negara lain seandainya


kita dapat mengurus institusi kekeluargaan yang syumul, membentuk
modal insan yang berteraskan tamadun bangsa, justeru menerajui
tampuk negara yang penuh dengan keharmonian dan
kesejahteraan. Ingat dan praktikkan semua ini. Kejayaan pasti digapai
sekiranya ibu bapa menyedari peri mustahaknya peranan mereka. Sebelum
saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa keluargaku
syurgaku. Tepuk dada tanya selera, anak-anak yang cemerlang akan
menzahirkan keluarga dan negara yang gemilang dan terbilang. Bak kata
pepatah, tidak ada pelaburan yang lebih baik daripada menyuapkan susu ke
mulut bayi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai