Anda di halaman 1dari 36

(1).

Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi


melahirkan sebuah keluarga yang harmoni

DIMENSI : KELUARGA
ISU : KELUARGA HARMONI
TEMA : KELUARGA HARMONI DARIPADA SIKAP ANAK-ANAK
YANG BAIK
FOKUS : CARA-CARA MENJADI ANAK YANG BAIK
MOD SOALAN : HARMONI @ sentimental.

ISI-ISI UTAMA (IU)

1. Anak-anak yang mulia budi pekerti dan bermoral tinggi


2. Anak-anak yang bersikap ringan tulang
3. Anak-anak yang patuh kepada perintah agama dan taat
kepada ibu bapa
4. Anak-anak yang bersedia mengambil tanggungjawab
5. Anak-anak yang saling bertoleransi

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat


“Rumahku Syurgaku” menjadi hasrat semua keluarga. Mengimpikan
sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memanglah lunak dan
muluk, namun tidak semudah seperti yang dihasratkan. Realitinya,
banyak institusi keluarga yang kecundang dan terbentur ditelan
gelombang. Oleh itu, selain ibu bapa, anak-anak turut berperanan
untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Oleh yang
demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni,
anak-anak haruslah bersikap positif dan turut memainkan peranan
agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni, dan
sejahtera.

Prakarsa yang paling prima ialah anak-anak hendaklah menjadi


seorang insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa.
Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi
agama mahu pun budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak penawar hati
dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah. Hormati dan taatilah ibu
bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah atas redha ibu
bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati
nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani .
Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk
mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga selaras dengan
slogan “Rumahku Syurgaku”.

Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti
dan bermoral tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian
peribadi. Elok pekerti nescaya terserlah nilai insani. Sewajarnya,
anak-anak haruslah mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan
santun, bak kata Imam al Ghazali, “Hendak mengenal diri lihatlah
pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah”.
Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kesederhanaan
sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga
dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi.
Seandainya, karekter seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah
lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening
terpancar bayang yang jernih.

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak
merupakan kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang
harmoni. Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira sama ada tenaga
mahupun penat lelah dalam memberi khidmat kepada keluarga.
Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah dalam
keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh semua ahli
keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak
seperti ini dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang
wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu
bapa di samping mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga
yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah
atas limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang
demikian, balasi ibu bapa dengan sikap ringan tulang demi sebuah
keluarga yang harmoni dan prihatin.

Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu


bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil
giliran. Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia
untuk mengambil tanggungjawab. Tanggungjawab seperti menjaga
rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik beradik dan
menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh
mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh
diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan
terbentuk. Anak-anak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala
sikap mereka menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal
batang (perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi seperti
segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk
dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah untuk
mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.

Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian


resepi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang
demikian, dalam kalangan anak-anak wujudkan sikap saling
bertoleransi supaya keluarga lebih aman dan tenteram. Daripada
sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan
saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham
dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula
yang terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat
isi dengan kuku. Sebarang perbuatan yang boleh menyakiti darah
daging sendiri tidak lebih daripada cubit peha kiri peha kanan pun
sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan
penyelesaian kerana perselisihan dalam kalangan adik-beradik ibarat
air dicencang tidak akan putus. Oleh itu, setiap ahli keluarga
bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua
dalam sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang,
harmoni dan penuh mawaddah.

Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada


masyarakat yang dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan dan tingkah
laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama
untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah
sumbangan yang terbaik agar keluarga memperoleh kebahagiaan.
Ingatlah pada pesanan, “Keluarga bahagia penjana kecemerlangan
ummah”
(2).Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan
daripada sikap yang baik dalam kalangan anak.

Bincangkan sikap yang perlu ada pada anak-anak bagi


melahirkan keluarga yang harmoni

Sebahagian daripada kesempurnaan di dunia memiliki


keluarga yang bahagia. Aforisme tersebut menyedarkan kita
tentang impian semua insan di dunia ini untuk memiliki keluarga
yang bahagia. Matlamat yang terkandung dalam slogan “Rumahku
Syurgaku” menjadi hasrat semua keluarga. Mengimpikan sebuah
keluarga yang bahagia dan harmoni memanglah lunak dan muluk,
namun tidak semudah seperti yang dihasratkan. Realitinya, banyak
institusi keluarga yang kecundang dan terbentur ditelan gelombang.
Oleh itu, selain ibu bapa, anak-anak turut berperanan untuk
mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Oleh yang
demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni,
anak-anak sebagai cahaya mata ibu bapa haruslah bersikap positif
dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi
keluarga progresif, harmoni, dan sejahtera. Persoalannya, apakah
sikap positif yang dimaksudkan itu?

Sikap yang paling prima ialah anak-anak hendaklah menjadi


seorang insan yang patuh pada agama dan taat kepada ibu bapa.
Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di
sisi agama mahu pun budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak yang
mampu berperann sebagai penawar hati dan pelunak perasaan
kepada ibu dan ayah. Hormati dan taatilah ibu bapa kerana
kesejahteraan dunia dan akhirat berdasarkan keberkatan ibu bapa.
Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati nescaya
lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani . Cuba
kita bayangkan; implikasi terhadap kebahagiaan sesebuah
keluarga sekiranya anak-anak tidak mentaati ibu bapa mahupun
suruhan agama. Sudah pasti kerukunan rumah tangga akan
terjejas dan menjadi duri dalam daging terhadap keharmonian
komuniti. Justifikasinya , perwatakan tersebut menjadi resepi
lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

Lain daripada itu, anak-anak yang baik adalah mulia budi


perkerti dan bermoral tinggi. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini
disebabkan budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian
peribadi. Elok pekerti nescaya terserlah nilai insani. Sewajarnya,
anak-anak haruslah mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan
santun, persis kata Imam al Ghazali, “hendak mengenal
diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah
pada wajah”. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan
kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Sebagai
tamsilan, hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua
dihormati, manakala yang muda disayangi. Seandainya karekter
seperti ini kekal diperkasakan, maka akan lahirlah keluarga yang
harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.
Tuntasnya, anak-anak yang berperibadi mulia mampu menjadi
penjana keluarga bahagia.

Bukan itu sahaja, sikap ringan tulang dan keletah yang ada
pada sesetengah anak merupakan kriteria yang amat baik untuk
membentuk keluarga yang harmoni. Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata! Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira
sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam memberi khidmat
kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap
segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat
dirasa oleh semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah
faham apabila anak-anak seperti ini dianggap anak emas pula.
Sepatutnya inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak
sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat
hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai
uswah, anak-anak sepatutnya membantu ibu bapa dalam
melakukan kerja-kerja rutin di rmah. Sebagai anak, ingatlah akan
kelahiran kita ke dunia merupakan limpahan darah, peluh dan air
mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian, balaslah ibu bapa
dengan sikap ringan tulang demi merealisasikan keluarga yang
harmoni dan prihatin.

Seperkara lagi, resam hidup, patah tumbuh hilang berganti.


Sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula
yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam itu,
anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab.
Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan
silaturahim dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama
keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun.
Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti
keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk. Anak-anak
seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka
menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu)
lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi seperti segelintir
anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk
dilupakan. Intihanya, sebagai anak yang baik bersedialah untuk
mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.
Sikap bertolak ansur dan saling memahami yang menjadi
sebahagian resepi untuk melahirkan sebuah keluarga yang
harmoni tidak boleh dikesampingkan. Oleh hal yang
demikian, anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya
keluarga lebih aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi
akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling menghargai
antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah
anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang
terpinggir. Sesama adik-beradik terbentuklh jalinan hormat dan
kasih ibarat isi dengan kuku. Sebarang perbuatan yang boleh
menyakiti darah daging sendiri tidak lebih daripada cubit paha
kiri, paha kanan pun sakit juga. Ghalibnya, sebarang salah
faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana perselisihan dalam
kalangan adik-beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. Sudah
terang lagikan bersuluh, setiap ahli keluarga bertanggungjawab
untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua dalam sejarah
manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang.

Secara keseluruhannya, keluarga yang harmoni menjadi


teras kepada masyarakat yang dinamik. Sesungguhnya, sikap
penyayang ibu bapa dan dan tingkah laku yang positif anak-anak
menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang harmoni.
Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar
keluarga memperoleh kebahagiaan. Janganlah bersikap seperti
kacang lupakan kulit. Ingatlah pada pesanan, “Keluarga bahagia
penjana kecemerlangan ummah”.
(3).
PERANAN KELUARGA DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT PENYAYANG DALAM
KALANGAN ANAK-ANAK

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata,


sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia ini tentang peranan ibu bapa dalam
melahirkan masyarakat yang penyayang. Obligasi yang wajib
dipikul oleh ibu bapa semakin kerap dipaparkan melalui dada-dada
media cetak mahupun media elektronik. Pembentukan masyarakat
penyayang sering dipolemikkan dan dijadikan agenda utama untuk
dibahaskan di parlimen ataupun di warung-warung kopi.
Pembentukan masyarakat penyayang dianggap amat penting
kerana hal ini merupakan asas bagi masyarakat untuk
mengamalkan sikap sayang-menyayangi, hormat-menghormati,
bekerjasama, bantu-membantu, dan pemupukan nilai-nilai murni
yang lain. Masyarakat penyayang ini telah menjadi impian negara
kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat
pelbagai langkah pragmatik dan efektif yang perlu diambil oleh ibu
bapa untuk melahirkan masyarakat penyayang.

Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang sering


berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian
rakyat Malaysia. Daripada realiti ini, dapatlah kita katakan
bahawa ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik.
Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang berperangai
buruk dan menunjukkan sikap negatif seperti merogol, mendera
dan sebagainya. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menjadi entiti
mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sejak kecil lagi, ibu bapa perlu menampilkan sikap
penyayang kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung.
Lama-kelamaan anak-anak akan mengikut tabiat yang positif ini
dan masyarakat yang penyayang akan dapat dilahirkan. Tegasnya,
peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat yang
penyayang.

Seperti yang telah dinyatakan, ibu bapa memainkan peranan yang


sangat penting kepada anak-anak supaya dapat melahirkan
masyarakat yang penyayang. Ibu bapa sewajarnyamemberikan
kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak bagi
mengelakkan mereka terlibat dalam gejala yang negatif. Ibu bapa
boleh meluangkan masa untuk menemani anak-anak mereka pada
masa lapang dan merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama
anak-anak mereka. Perkara ini amat berkesan berbanding ibu bapa
yang hanya tahu bekerja sahaja dan memenuhi segala permintaan
anak mereka tanpa meluangkan masa untuk anak-anak mereka.
Biar kita ambil contoh, ibu bapa boleh cuba berkomunikasi dengan
anak-anak mereka dan memahami masalah-masalah yang
dihadapi oleh mereka serta memberikan sokongan kepada mereka
supaya mereka dapat menyelesaikan masalah. Dengan berbuat
sedemikian, jalinan ukhuwah antara ahli-ahli keluarga akan
menjadi lebih baik dan anak-anak akan dapat merasai kasih sayang
yang secukupnya daripada keluarga mereka serta tidak terlibat
dengan gejala negatif semata-mata untuk meraih perhatian
daripada ibu bapa. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa yang
berbunyi bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu ,
ibu bapa mesti memberikan perhatian terhadap anak-anak dan
memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak
mereka untuk melahirkan masyarakat yang penyayang .

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan


ialah ibu bapa harusmemberikan didikan agama atau
didikan moral yang secukupnya kepada anak-anak. Ibu bapa
perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap
pembentukan sahsiah remaja kerana didikan agama dan moral
dapat menjamin kekuatan iman remaja agar mereka dapat
membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk.
Seterusnya, mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka
supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bukan sahaja
menjatuhkan maruah diri malah mencalar maruah keluarga.
Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka
tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan
minum anak-anak serta tempat tinggal memang tidak benar sama
sekali. Mereka juga harus memastikan anak-anak mereka
mendapat didikan agama atau didikan moral yang sempurna
supaya mereka mempunyai pemikiran yang positif. Sebagai contoh,
ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk memberikan didikan
agama kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Didikan
agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa
anak-anak mereka mempunyai benteng jati diri yang
kukuh sekukuh Tembok Besar China untuk menolak ajakan
rakan-rakan yang tidak bermoral untuk melibatkan diri dalam
kebejatan sosial yang mampu mencemarkan imej diri dan
merosakkan nama baik sesebuah institusi keluarga. Kurangnya
penglibatan remaja dalam kancah sosial merupakan agenda yang
boleh mempengaruhi sekali gus melahirkan masyarakat penyayang
dengan secepat mungkin dan masyarakat Malaysia dapat dijadikan
suri teladan yang baik kepada masyarakat dunia.

Pada realitinya, dewasa ini memang sukar dinafikan ibu bapa juga
perlu mendedahkan anak-anak mereka dengan aktiviti
masyarakat setempat dalam melahirkan masyarakat penyayang.
Dalam menyoroti hal ini, ibu bapa tidak seharusnya membiarkan
anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah
tempurung dengan hanya membataskan pergerakan anak
mereka di dalam rumah sahaja dek takut mereka akan terlibat
dengan gejala negatif di luar rumah. Sebagai analoginnya, ibu bapa
boleh membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti
gotong-royong yang dianjurkan pihak tertentu di kawasan
perumahan. Hal ini sudah pasti dapat menerapkan nilai-nilai
murni seperti bekerjasama dan bersatu padu antara anak-anak dan
ahli-ahli komuniti setempat. Tidak mustahil rasanya jika prakarsa
ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan anak-anak
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Anak-anak akan dapat menimba pengalaman seperti
menghargai dan dihargai apabila mereka bekerjasama dalam
aktiviti bergotong-royong bersama-sama penduduk setempat
kerana mereka akan saling beramah mesra dan saling membantu
dalam menyiapkan tugas masing-masing. Deduksinya,
pendedahan anak-anak terhadap aktiviti masyarakat setempat
merupakan salah satu elemen penting bagi melahirkan masyarakat
penyayang.

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, jelaslah


bahawa terdapat banyak prakarsa pragmatik yang boleh
dilaksanakan dalam mewujudkan masyarakat penyayang di
Malaysia. Bagi menyingkap hal ini, ibu bapa merupakan tonggak
paling utama dalam menggerakkan jentera keluarga secara
bersepadu agar hal ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pelaksanaan prakarsa oleh ibu bapa ini perlulah dilakukan secara
istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam apatah
lagi melepaskan batuk di tangga jika benar-benar mahu
merealisasikan visi ini. Natijahnya, masyarakat penyayang di
Malaysia mampu dilahirkan seterusnya mewujudkan suasana yang
aman lagi harmoni di negara ini. Realitinya, kejayaan ibu bapa
dalam merealisasikan visi kudsi ini iaitu dalam membentuk
masyarakat penyayang kelak sebenarnya mampu menjadi
khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.
(4)Usaha ibu bapa lahirkan remaja yang mampu berdikari
dan bertanggungjawab?
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk melatih
anak mereka agar dapat berdikari pada usia yang muda.

Jelaskan kaedah-kaedah yang dapat digunakan oleh ibu


bapa untuk melahirkan anak remaja yang mampu
berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Sememangnya wujud segelintir remaja yang masih


bergantung pada ibu bapa dan adik-beradik yang lain
untuk melakukan sesuatu kerja untuk dirinya sendiri.
Fenomena ini sering kali dikaitkan dengan istilah anak
manja, anak kesayangan, anak tunggal, anak emas, dan
sebagainya tetapi kadangkala panggilan ini berbentuk
memandang rendah diri seseorang itu. Masyarakat kita
memandang tinggi individu yang mampu berdikari
tanpa mengharapkan bantuan keluarga dalam menjalani
kehidupan mereka. Lantaran itu, gejala mengharapkan
bantuan daripada orang lain dapat diatasi jika ibu bapa
sentiasa memberikan peluang kepada individu yang
terlibat untuk berdikari dalam hidup ini.

Tindakan yang prakmatik dilakukan oleh ibu bapa dalam


mengekang fenomena sosial ini ialah mereka menetapkan
beberapa tugas yang perlu dilakukan oleh anak-anak
tanpa bantuan orang lain. Antara tugas mudah itu
meliputi tugas mengunci jam loceng sebelum tidur,
bangun tidur secara sendiri mengikut masa, mengelaskan
buku mengikut jadual waktu sekolah, dan membersihkan
bilik tidur mereka. Ibu bapa boleh mengawasi anak
mereka ketika mula melakukan tugasan ini tetapi
kemudiannya membiarkan mereka melakukannya
mengikut masa sendiri. Semua tugasan ini boleh
dilakukan oleh remaja ketika mereka masih muda lagi
lalu berjaya mendidik mereka untuk mengurus hidup
dengan baik pada masa depan.

Selain itu, ibu bapa yang bijak sering memberikan ruang


kepada anak-anak untuk melakukan rutin harian yang
mudah itu. Maknanya, ibu bapa tidak masuk campur
tetapi hanya melibatkan diri jika mereka memerlukan
bimbingan atau nasihat ketika melakukan sesuatu
tugasan itu seperti menghias meja belajar atau
mengemaskan almari. Tindakan bijak ini akan mendidik
anak untuk melakukan sesuatu terlebih dahuku sebelum
meminta bantuan daripada pihak lain ketika mereka
mengalami kesukaran hidup. Langkah ini juga boleh
mendidik lalu memahamkan anak erti pengalaman
menyelesaikan masalah sendiri kerana kaedah ini sama
yang akan membantu mereka menjalani kehidupan
berdikari pada masa depan bersesuaian dengan
peribahasa ukur baju di badan sendiri.
Ibu bapa dalam usaha memupuk sikap berdikari ini tidak
boleh terlalu cepat memarahi anak sekiranya mereka
melakukan kesalahan dalam kehidupan. 聽 Jiwa anak
yang masih muda itu mudah tersinggung apabila
dimarahi keterlaluan setelah melakukan kesilapan dalam
hidup mereka kelak. Sebaliknya, sikap menegur dan
memberikan bimbingan secara berhemah perlulah
diamalkan oleh ibu bapa kerana tindakan ini akan
membantu anak mereka untuk berdikari dalam aspek
pengurusan diri secara berperingkat-peringkat itu.
Lama-kelamaan, anak akan mula berasa yakin dengan
kemampuan diri walaupun melakukan kesilapan pada
peringkat awal kerana ibu bapa tidak terlalu memarahi
anak itu.

Tambahan pula, anak-anak boleh diajak oleh ibu bapa


untuk melakukan kerja rumah bersama-sama pada
setiap masa. Aktiviti membasuh baju, memasak,
mengemas rumah dan membersihkan kawasan sekitar
rumah menjadi aktiviti yang sesuai untuk dilakukan
bersama-sama anak itu. Secara tidak langsung, aktiviti
ini dapat menimbulkan minat dalam diri anak-anak
untuk melakukan kerja-kerja di rumah pula. Mereka juga
akan menjadi semakin mahir dalam melakukan
kerja-kerja itu lalu tidak akan berasa janggal untuk
melakukan aktiviti ini apabila mereka hidup jauh
daripada keluarga pada masa depan.
Usaha mendidik anak menjadi insan berdikari turut
berjaya apabila ibu bapa menggunakan kaedah memberi
galakan dan pujian kepada anak setiap kali mereka
berjaya melakukan sesuatu tugasan dengan baik dan
sempurna itu. Motivasi yang diberikan dalam didikan
sebegini akan menjadi lebih efektif untuk melatih anak
mereka melaksanakan tugasan yang mudah sebelum
meminta mereka melakukan perkara yang lebih sukar.
Kita harus sedar bahawa jiwa remaja yang masih mentah
itu memerlukan suntikan semangat yang positif dan
bukannya negatif untuk menjadikan mereka manusia
berdikari. Akibatnya, anak akan berasa lebih
bersemangat untuk terus melakukan perkara itu kerana
menyedari mereka memang mahir dalam tugasan
tersebut.

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah bertegas untuk


melahirkan anak remaja yang mampu berdikari dan
terhadap diri sendiri. Langkah ini bukanlah suatu
perbuatan yang salah tetapi satu tindakan yang penting
buat anak kerana asuhan sebegini memberi mereka
kebaikan pada masa hadapan. Kalau hendak melentur
bukuh biarlah daripada rebungnya kerana ketika
mudalah mereka mudah untuk dibentuk menjadi insan
yang berdikari. Jika ibu bapa terus berlengah sudah pasti
anak mereka tidak berupaya menjalani kehidupan ini
dengan baik.

(5)Peranan keluarga untuk menggalakkan anak membantu


mereka ketika cuti sekolah.

Remaja pada zaman ini semakin kurang meluangkan masa


untuk membantu ibu bapa di rumah terutama pada musim
cuti sekolah.

Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.

Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat


di negara ini tentang isu remaja yang tidak tahu
meluangkan masa untuk membantu ibu bapa di rumah
terutama ketika musim cuti tetapi lebih gemar
menghabiskan masa di kafe siber atau melepak
bersama-sama rakan di pelbagai lokasi. Remaja zaman ini
begitu berbeza daripada remaja zaman dahulu yang
melihat masa cuti sekolah ialah waktu meringankan beban
ibu bapa. Pihak media massa telah menggunakan
kelemahan remaja ini untuk menjadikan saluran mereka
lebih diminati apabila menyiarkan kelemahan remaja itu
saban hari. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai tugas berat
untuk memastikan remaja membantu mereka melakukan
kerja-kerja rumah apabila cuti sekolah menjelang tiba.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa


ibu bapa perlu merancang pelbagai kegiatan untuk
anak-anak mereka ketika musim cuti sekolah kerana
golongan ini belum mampu berfikir secara matang. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan ini meliputi amalan
membersihkan rumah dan sebagainya yang boleh
mengambil sebahagian besar masa remaja apabila mereka
tidak ke sekolah itu. Aktiviti ini juga boleh disertai oleh ibu
bapa lalu remaja akan berasa terangsang untuk melakukan
perkara itu kerana sedar ibu bapa mereka sendiri
melakukan perkara yang serupa. Lama-kelamaan, remaja
tidak lagi perlu diingatkan tentang perkara yang perlu
dilakukan oleh mereka ketika musim cuti sekolah bermula
itu.

Bagi sesetengah ibu bapa pula mereka boleh mengambil


cuti ketika anak mereka cuti sekolah untuk menghabiskan
masa bersama-sama anak itu. Apabila melihat ibu bapa
berada di rumah sudah pasti anak lebih teruja untuk
melakukan sebarang kerja rumah yang disuruh oleh ibu
bapa kerana mereka mahu ibu bapa berasa bangga dengan
hasil kerja itu. Hubungan anak dengan ibu bapa turut
menjadi lebih baik kerana mereka melakukan semua kerja
rumah bersama-sama dalam suasana yang mesra.
Sesungguhnya, ibu bapa yang prihatin akan memastikan
diri mereka mengambil cuti sebaik sahaja anak mereka
memulakan cuti sekolah tersebut.

Selain itu, ibu bapa boleh menghantar anak mereka balik


ke kampung apabila cuti panjang sekolah bermula itu.
Golongan muda ini boleh mengenali datuk dan nenek serta
ahli keluarga yang lain kerana masa cuti yang panjang
dihabiskan di kampung sahaja. Datuk dan nenek turut
berupaya mendidik remaja ini erti kehidupan manusia
yang sebenar terutama aspek kemanusiaan serta
persaudaraan yang penting dalam kehidupan ini. Jelaslah,
remaja yang menghabiskan masanya di kampung ketika
cuti sekolah akan menjadi insan yang lebih memahami erti
kehidupan sebenar di dunia ini.

Tambahan pula, ibu bapa yang berpandangan jauh boleh


mengamanahkan kerja-kerja rumah kepada anak mereka
ketika cuti sekolah. Kerja ini meliputi aktiviti yang ada
kaitan dengan teknologi maklumat seperti komputer,
telefon bimbit dan sebagainya kerana golongan muda lebih
mahir untuk mengendalikan teknologi sebegini berbanding
orang tua mereka. Apabila diberi amanah sebegini sudah
pasti remaja itu berasa diri mereka mempunyai sesuatu
yang boleh disumbangkan untuk kesejahteraan kehidupan
keluarga mereka. Lama-kelamaan, remaja itu akan
memiliki rasa jati diri yang positif kerana sedar mereka
memiliki sesuatu kelebihan atau kemahiran yang berguna
pada masa depan.

Ibu bapa yang peka dengan keperluan anak mereka akan


menyusun pelbagai program untuk diikuti oleh anak ketika
cuti sekolah. Mereka boleh diminta menghadiri kelas
tentang pengurusan rumah tangga, menjahit, memasak,
dan sebagainya yang boleh memberikan anak mereka satu
kelebihan setelah meninggalkan alam persekolahan kelak.
Semua kemahiran yang dipelajari ketika cuti sekolah boleh
memberikan satu idea kepada remaja tentang kerjaya
yang bakal diceburi oleh mereka pada masa depan. Maka,
remaja yang menyertai pelbagai kursus ketika cuti sekolah
akan mempunyai satu kelebihan berbanding remaja yang
menghabiskan cuti mereka tanpa sebarang aktiviti itu.

Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah berusaha menjadikan


cuti sekolah anak mereka lebih bernilai dengan menyusun
pelbagai aktiviti menarik. Jika mereka gagal melakukan
perkara ini sudah pasti anak mereka tidak akan
mempelajari apa-apa perkara yang berguna dalam
kehidupan kelak. Remaja perlulah memberi peluang kepada
ibu bapa dan tidak menolak sebarang arahan ibu bapa
mereka apabila diminta melakukan kerja-kerja di rumah.
Peribahasa bagai menatang minyak yang penuh
membuktikan tugas ibu bapa dalam mendidik anak pada
zaman ini begitu rumit tetapi perlu dilakukan dengan
penuh kasih sayang.

(6)Peranan ibu bapa dalam membentuk gaya hidup sihat


anak

Gaya hidup sihat mempengaruhi kejayaan seseorang dalam


kehidupannya.
Jelaskan peranan ibu bapa untuk memastikan ahli keluarga
mereka mengamalkan gaya hidup sihat ini.
Gaya hidup sihat bermaksud kehidupan yang berkualiti dalam
menjalani aktiviti harian seseorang insan itu. Aspek gaya
hidup itu meliputi perkara fizikal, emosi, mental, pergaulan
harian, dan nilai murni serta sebagainya. Media massa telah
menguar-uarkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat
kepada masyarakat negara ini menerusi pelbagai program
mereka di televisyen, akhbar, dan internet. Namun, apakah
peranan ibu bapa dalam menjamin ahli keluarga mereka
menjalani gaya hidup yang sihat itu?

Fungsi utama yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa untuk


melihat ahli keluarga mereka menjalani gaya hidup sihat ialah
golongan tua ini menyediakan pemakanan yang seimbang
untuk keluarga. Pemilihan jenis makanan hendaklah dilakukan
secara teliti kerana fizikal anak-anak memerlukan khasiat yang
betul untuk menjalani kehidupan moden itu. Jenis makanan
yang lebih ke arah gentian seperti sayur dan buah-buahan
mestilah diutamakan oleh ibu bapa yang prihatin dalam
kehidupan yang sihat tersebut. Jadi, ibu bapa yang bijak akan
menghidangkan makanan yang berkhasiat dan seimbang
untuk keperluan pemakanan ahli keluarga untuk jangka masa
panjang itu.

Selain itu, aktiviti senaman hendaklah digalakkan oleh ibu


bapa kepada ahli keluarga mereka setiap hari. Semua ahli
keluarga boleh berjalan atau berlari di kawasan taman untuk
tempoh tertentu agar tahap kecergasan mereka wujud. Peluh
yang keluar ketika bersenam akan membantu ahli keluarga
untuk menghakis semua toksik badan lalu menjadikan diri
mereka lebih sihat dan bertenaga dalam kehidupan harian.
Ringkasnya, senaman perlulah menjadi aktiviti utama ahli
keluarga pada zaman ini kerana itulah asas untuk memperoleh
satu gaya hidup yang sihat dan berkualiti pula.

Tambahan pula, ajaran berunsur keagamaan boleh diselitkan


oleh ibu bapa dalam tindakan mereka untuk memastikan ahli
keluarga menjalani gaya hidup sihat tersebut. Kajian sudah
membuktikan bahawa ajaran agama menjadi makanan yang
berguna untuk mengukuhkan emosi seseorang menjadi lebih
baik dalam mengharungi cabaran kehidupan moden yang
berubah secara drastik itu. Aktiviti bersembahyang di masjid,
gereja, dan kuil perlulah menjadi sesuatu yang lazim dalam
keluarga untuk melihat keberkesanan ajaran agama dalam
menghasilkan gaya hidup yang sihat itu. Sesungguhnya,
ajaran keagamaan menjadi unsur penting dalam melihat
kebahagiaan kehidupan yang diharungi oleh mana-mana
manusia di dunia ini.

Ibu bapa yang bijak akan menggunakan kaedah pemikiran


positif dalam membantu ahli keluarga terutamanya anak untuk
memiliki gaya hidup yang sihat. Mereka akan mendidik anak
supaya melihat sesuatu cabaran atau musibah yang melanda
kehidupan mereka sebagai satu takdir yang boleh diatasi pada
masa hadapan. Anak yang dididik oleh ibu bapa sebegini akan
berupaya menyelesaikan sebarang kemelut yang berlaku
kerana sedar masalah itu tidak akan berkekalan dalam
kehidupan mereka. Maka, semua masalah yang melanda akan
dilihat daripada sudut positif sehingga jalan penyelesaiannya
terbentang luas ditemukan.

Akhir sekali, ibu bapa yang berpengalaman akan memastikan


anak mereka mampu bergaul dan berinteraksi dengan
masyarakat tanpa sebarang masalah. Ciri gaya hidup yang
sihat turut melibatkan kebolehan seseorang untuk
berinteraksi dengan individu lain dalam kehidupan harian
yang mencabar itu. Konsep kera sumbang tidak sesuai
diamalkan kerana sikap manusia yang memerlukan orang lain
untuk menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna.
Lantaran itu, ibu bapa yang bijaksana akan mengajak anak
mereka untuk terlibat dalam sebarang aktiviti yang menjurus
ke arah interaksi dengan individu yang lain pula.

Kesimpulannya, ibu bapa yang berpandangan jauh akan


melakukan semua tindakan tadi untuk menjamin ahli keluarga
mereka menjalani gaya hidup yang sihat. Mereka sedar
bahawa gaya hidup sebegini akan memberikan kekuatan
kepada fizikal dan emosi anak mereka lalu memperoleh
kejayaan dalam hidup pada masa depan. Namun, ada ahli
keluarga yang memandang enteng aspek kehidupan sihat ini
lalu enggan mematuhi arahan ibu bapa mereka. Peribahasa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna
membuktikan bahawa gaya hidup sihat penting diamalkan
sebelum sebarang penyakit mental dan fizikal melanda diri
seseorang tersebut.
(7)Peranan ibu bapa menjaga keselamatan anak

Kejadian jenayah kanak-kanak terus berlaku di negara ini


terutama di kawasan kota.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan


anak mereka

Jenayah kanak-kanak bermaksud perkara buruk yang


berlaku kepada golongan muda ini sehingga membawa
kematian dan kecederaan itu. Perkara buruk itu meliputi
jenayah penculikan, perkosaan, penderaan, pembunuhan,
dan penipuan serta perhambaan yang melibatkan golongan
kanak-kanak di Malaysia. Kejadian jenayah yang
membabitkan kanak-kanak sering menjadi bahan berita
utama media massa di negara ini sehingga menimbulkan
rasa kecewa masyarakat atas peningkatan kes sebegini.
Sebenarnya, jenayah kanak-kanak ini boleh diatasi jika ibu
bapa mereka memainkan peranan yang lebih proaktif
dalam kehidupan kanak-kanak itu.

Tugas utama ibu bapa dalam usaha membendung jenayah


yang keji ini ialah mereka sering menemani anak apabila
mereka keluar dari rumah. Apabila kanak-kanak yang
dibawah umur 12 tahun hendak ke sekolah atau ke pusat
tuisyen sudah pasti ibu bapa yang bertanggungjawab akan
menemani mereka sehingga sampai ke destinasi dengan
selamat. Jika perkara ini dilakukan dengan betul semua
kanak-kanak akan selamat kerana penjenayah sukar untuk
menghampiri mereka yang selalu ditemani oleh ibu bapa
tersebut. Jelaslah, ibu bapa yang selalu menemani anak
mereka ketika keluar rumah akan mampu mengurangkan
risiko jenayah berlaku kepada anak kesayangan itu.

Selain itu, jenayah kanak-kanak ini boleh ditangani


dengan lebih efektif apabila ibu bapa memasang alat
penjejak pada anak mereka. Pemasangan alat ini boleh
dibuat kerana sudah ada alat sebegini dalam bentuk jam
tangan yang boleh dipakai oleh anak mereka sepanjang
masa tanpa sebarang gangguan. Ibu bapa boleh memantau
setiap pergerakan anak menerusi perisian tertentu yang
ada di dalam telefon bimbit lalu perasaan selamat muncul
dalam jiwa ibu bapa dan anak kerana sedar pergerakan
mereka sedang diawasi oleh orang tersayang itu. Jadi,
pemasangan penjejak ini boleh memberikan satu perasaan
selamat dalam jiwa setiap ahli keluarga kerana sedar
pergerakan mereka boleh dilihat semula jika berlaku
sebarang perkara negatif.
Tambahan pula, ibu bapa yang prihatin dengan
keselamatan anak mereka akan memberikan penerangan
tentang kes jenayah yang melibatkan golongan muda itu.
Ketika ahli keluarga sedang makan malam atau bersantai
bersama-sama pelbagai informasi tentang kejadian
jenayah ini boleh dikongsi bersama-sama pula. Perkongsian
informasi tentang kes jenayah ini akan memberikan satu
maklumat yang lebih tepat kepada anak-anak tentang
cara-cara untuk menjaga keselamatan diri mereka apabila
berada di luar rumah. Sesungguhnya, nasihat ibu bapa
yang betul tentang jenayah ini akan menjadikan anak
mereka lebih peka apabila berada di luar rumah sepanjang
masa itu.

Jenayah kanak-kanak ini boleh dikekang apabila ibu bapa


memantau kehidupan anak mereka dengan lebih baik.
Semua perkara yang berlaku dalam kehidupan anak
perlulah diketahui dan diselidiki oleh ibu bapa dengan baik
seperti aktiviti yang dibuat, rakan anak, prestasi
peperiksaan anak, dan perkara-perkara lain yang berlaku
dalam kehidupan anak mereka. Semua pengetahuan ini
akan memudahkan ibu bapa membuat keputusan tentang
sesuatu perkara terutamanya apabila kelakuan anak
berubah dengan begitu ketara yang disebabkan jenayah
berbentuk seksual berlaku. Lantaran itu, ibu bapa yang
positif akan memantau semua aktiviti dalam kehidupan
anak mereka dengan lebih menyeluruh pula.
Ibu bapa yang prihatin terhadap masalah keselamatan
anak mereka akan memberi peluang kepada anak itu
untuk menyertai kelas seni pertahanan diri. Anak yang
masih mentah itu diberi galakan supaya mendaftarkan diri
dalam kelas silat atau judo di sekolah tanpa sebarang
bantahan ibu bapa itu. Hari demi hari anak itu akan
mempelajari teknik untuk mempertahankan diri daripada
serangan penjenayah dengan mudah sahaja. Sesungguhnya,
anak yang mempunyai kemahiran mempertahankan diri
ini lebih sukar untuk diculik atau diserang oleh penjenayah
yang tidak berhati perut itu.

Kesimpulannya, memang menjadi tugas ibu bapa dan ahli


keluarga yang lain untuk memastikan keselamatan ahli
mereka berada dalam situasi selamat sepanjang masa. Isu
ini perlu diberi penekanan oleh ibu bapa di negara ini
kerana generasi muda itu amat diperlukan oleh negara
yang sedang menghadapi cabaran masa depan yang penuh
getir. Namun, ada ibu bapa yang bersikap lepas tangan
dalam usaha menjaga keselamatan anak sendiri atas alasan
terlalu sibuk dan mahu memberikan peluang kepada anak
berdikari itu. Peribahasa nasi sudah menjadi bubur
memberikan satu peringatan tegas kepada ibu bapa supaya
berubah sikap sebelum kejadian buruk menimpa anak
mereka atas kesilapan diri sendiri itu.
(8)Kejayaan Anak Ditunjangi Sokongan Keluarga?

Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang ditunjangi oleh


sokongan keluarga.
Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Keluarga buat diri seseorang umpama akar tunjang sebatang


pokok. Setiap kejayaan anak-anak, mesti wujudnya sokongan
keluarga yang berterusan kepadanya. Pelbagai cerita sudah
kita dengar tentang pngorbanan keluarga terhadap anak-anak
mereka itu. Jelaslah, sumbangan keluarga terhadap
anak-anaknya memang tidak boleh dinafikan.
Keluarga memainkan peranan untuk memotivasikan anak
mereka ke tahap yang sewajarnya. Ibu dan ayah sering
memberikan galakan dan sokongan kepada anak mereka
untuk Berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Galakan
sebeginilah yang membezakan kejayaan seseorang anak itu
daripada remaja yang lainnya. Jadi, keluarga yang
memberikan motivasi berupaya merangsangkan semangat
anak untuk berjaya dalam hidup mereka.

Selain itu, keluarga menyediakan keperluan kewangan bagi


memastikan kejayaan anak mereka. Ada ibu bapa yang
sanggup bersusah-payah mengikat perut semata-mata untuk
melihat kejayaan anak mereka itu. Kemampuan anak untuk
melihat tindakan ibu bapa mereka ini pasti memberikan satu
lonjakan untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam
hidup mereka terutama aspek pendidikan. Oleh itu, keperluan
kewangan yang disediakan oleh keluarga menjamin
penumpuan yang jitu terhadap pelajaran oleh diri pelajar itu.

Tambahan pula, ada ibu bapa yang sanggup menghabiskan


masa merancang jadual pembelajaran anak mereka. Ibu bapa
yang menghantar anak mereka ke sekolah, tuisyen, dan kelas
agama untuk memastikan kejayaan anak mereka itu.
Walaupun sibuk dengan urusan kerjaya sendiri, mereka masih
mampu mencari masa untuk menghantar anak mereka ke
sekolah sepanjang tahun itu. Bukankah ini semua bakal
membawa kejayaan kepada anak mereka kelak?

Ibu bapa turut menyediakan satu tempat belajar yang kondusif


di rumah buat anak mereka. Usaha ibu bapa membeli
computer, meja, buku dan sebagainya memudahkan
seseorang anak untuk belajar dengan baik. Kewujudan rumah
yang aman dan ceria menjadikan anak lebih mudah untuk
belajar lalu mencapai kejayaan dalam peperiksaannya.
Sesungguhnya, suasana rumah yang selesa, ceria dan baik ini
menjamin kejayaan seseorang anak dalam kehidupannya.

Bukan sahaja ibu bapa tetapi ahli keluarga yang lain terutama
abang dan kakak turut memberikan sumbangan kepada
kejayaan ahli keluarga yang lainnya. Kejayaan yang dirintis
oleh abang atau kakak sudah pasti menjadi pendorong kepada
seseorang untuk mengikuti jejak langkah yang serupa.
Seseorang itu juga boleh mempelajari pengalaman abang atau
kakak mereka dalam usaha untuk mencapai kejayaan tersebut
lalu menjadi satu pedoman pula buat seseorang anak yang
lain. Maka, kejayaan abang dan kakak dalam sesebuah
keluarga turut menjadikan seseorang anak yang lain pula turut
berjaya.

Kesimpulannya, ungkapan yang mengatakan bahawa


kejayaan seseorang banyak ditunjangi oleh keluarga
merupakan sesuatu yang benar dan tepat. Ibu bapa sanggup
berkorban masa, wang dan tenaga untuk memastikan anak
mereka terus berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Tanpa kewujudan keluarga terutama ibu bapa sudah pasti
kejayaan yang diimpikan oleh seseorang itu tidak akan
muncul dengan mudah. Bak kata cogan kata, “rumahku
syurgaku” yang membuktikan kepentingan keluarga dalam
kehidupan manusia itu.

(9)Peranan Ibu Bapa Mengatasi Masalah Sosial Remaja

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penemuan seorang bayi


yang baru lahir dalam bilik air di sebuah sekolah menengah di
Gurun. Apa yang lebih menyedihkan ialah masalah ini melibatkan
golongan remaja yang diharapkan bakal mencorak kegemilangan
negara kelak. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak
kerajaan dalam usaha untuk membendung masalah ini. Namun,
masalah ini masih gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa selaku
golongan yang paling hamper dengan remaja perlu memainkan
peranan yang besar dalam menangani masalah remaja pada masa
ini.

Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya


kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi akan dapat
menghalang anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Namun,
sering kali kita lihat, ibu bapa kini lebih cenderung untuk
menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak
kepada pembantu rumah lantaran sibuk dengan kerjaya, seperti
kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan. Tidak dapat dinafikan pada zaman ini, ibu bapa perlu
bekerja keras demi menjamin kehidupan yang stabil. Walau
bagaimanapun, ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan
meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Contohnya,
ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu.
Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak akan
terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk
mencari keseronokan di luar dan terjebak dengan budaya yang
tidak sihat seperti melepak, merempit, dan mengunjungi
pusat-pusat hiburan.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa menjaga kerukunan


rumah tangga. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat tahun 2007, 90 peratus daripada pelajar
yang bermasalah mempunyai latar belakang keluarga yang juga
bermasalah. Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan
suasana `Rumahku Syurgaku’ supaya anak-anak berasa seronok
dan tidak tertekan berada di samping keluarga. Bait lagu
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ada menyatakan ‘sedangkan lidah
lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Masalah dalam keluarga
memang tidak dapat dielakkan, namun ibu bapa perlu bijak
menyelesaikannya, tanpa perlu sama mengheret anak-anak.
Anak-anak yang berasa tertekan dengan keadaan keluarga,
mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mereka melepaskan
tekanan tersebut di luar rumah. Contohnya, mereka akan membuli
rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara
seperti ini terjadi, ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara
keharmonian rumah tangga.
Di samping itu, ibu bapa perlu prihatin terhadap kehidupan sosial
anak-anak. Sepertimana yang kita ketahui, rakan merupakan
golongan kedua terhampir dengan remaja selepas ibu bapa.
Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan
penjual minyak wangi, nescaya kita turut berbau harum dan
sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga akan turut
terkena percikan apinya. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan
memastikan anak-anak mempunyai rangkaian rakan-rakan yang
positif dan berminat untuk belajar. Sifat lepas tangan sesetengah
ibu bapa yang tidak menghiraukan keadaan anak-anak, mereka
akan mendedahkan remaja tersebut untuk berkawan dengan
mereka yang bersifat negatif dan terdorong untuk terlibat dengan
gejala-gejala yang tidak sihat seperti merokok, mencuri, dan
penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, keprihatinan ibu bapa
sangat penting dalam memastikan remaja tidak terlibat dengan
masalah sosial dan jenyah.

Ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dan


menerapkan budaya-budaya sihat kepada anak-anaknya.
Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi
perlakuan ibu bapa mereka. Seperti kata pepatah Melayu,
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah terlebih
dahulu membudayakan sifat-sifat positif seperti menghormati orang
tua, bersifat penyayang dan berdisiplin dengan harapan anak-anak
akan berasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa mereka dan
seterusnya terdorong untuk mencontohi sifat-sifat tersebut. Dalam
hal ini, ibu bapa seharusnya menyiapkan anak-anak dengan
sifat-sifat terpuji sejak kecil lagi sebelum mendedahkan mereka
kepada masyarakat kini yang semakin buas seperti kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama yang


secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat
melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan
buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan
serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Namun, ibu
bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka
menghadiri kelas-kelas tambahan akademik berbanding
program-program kerohanian, dengan alasan unsur-unsur
kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada
kemajuan diri seseorang. Pandangan ini sudah semestinya salah
dan harus diubah. Sesungguhnya, tamadun Rom yang pernah gah
suatu ketika dulu mampu membina tamadun dan melakar sejarah
yang agung kerana rakyatnya mementingkan kestabilan antara
unsur rohani, mental, dan fizikal. Sesungguhnya, didikan agama
penting dalam mengawal perlakuan remaja supaya mereka tidak
terjebak dengan budaya negatif.

Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam


menangani masalah remaja pada masa ini. Ibu bapa haruslah
menyedari bahawa anak-anak ibarat pohon kecil yang perlu
sentiasa dibaja dengan kasih sayang dan digemburkan dengan
semangat dan harapan agar mereka dapat tumbuh menjadi remaja
yang mampu menggalas aspirasi negara pada masa hadapan.
(10) Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat
penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada
masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik
sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam
masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5
Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa
membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu,
terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan


kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan
ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu
bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan
kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak
masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti
sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan tekanan
anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian
ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang
akan tercapai jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama


kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa
mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan
anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka
beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan
teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya
menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya,
menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya
anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. Di samping
itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada
anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi.
Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna
akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau


kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang
sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu
yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi
keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang.
Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu
generasi muda yang penyayang di negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh


teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat
kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, menjadi
penagih dadah, pencuri, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas,
mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi.
Bak kata pepatah “ bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Hal ini
demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada
anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin
membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini
dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif
ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam
melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak


kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan
yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayang. Justeru,
peribahasa “bagai aur dengan tebing” hendaklah diamalkan oleh semua
warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.

Anda mungkin juga menyukai