Anda di halaman 1dari 6

NAMA : NURAZLINA BINTI ZAINAL ABIDIN

NO.MATRIK : 29201011

FAKULTI : SENI HALUS (RKV)

SUBJEK : AWA2112 BAHASA MELAYU

TUGASAN : 1&2 PENULISAN

PENSYARAH : CIK NUR ‘IZZATTY BT MUHIDDIN


TAJUK 1 : Bagaimana seni boleh membantu golongan belia pada masa kini.

Pada masa kini, pencapaian dalam sesuatu bidang seni adalah satu gagasan yang amat

penting bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, seni, serta warisan seperti Malaysia.

Ia menjadi semakin penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan secara bebas dari

segi nilai, budaya, warisan dan kepercayaan dari pelbagai masyarakat. Justeru itu, seni warisan

dan kreatif dirasakan amat penting untuk dijadikan sebahagian dari strategi bagi memupuk

pembinaan bangsa terutama berteraskan persamaan, toleransi, dan persefahaman untuk golongan

belia di Malaysia. Sering diungkapkan bahawa golongan belia adalah seperti penentu masa depan

dalam kalangan masyarakat dan juga untuk negara. Istilah belia bermaksud belia muda atau yang

sangat muda seperti kanak-kanak dan golongan muda seperti peringkat remaja secara

keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi.

Selain itu, pentingnya belia bukan sahaja terletak kepada bilangan mereka seterusnya

adalah sebagai tenaga utama di dalam masyarakat dan memainkan peranan sebagai penyambung

antara satu generasi ke generasi. Belia juga adalah golongan yang paling aktif, progresif dan

berdisiplin untuk membangunkan industri dalam serta menyumbang kepada proses pembinaan dan

pembangunan negara. Sumbangan ini meliputi segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial,

budaya atau pendidikan. Golongan belia juga merupakan asas sebenar atau tulang belakang kepada

keutuhan dan kekuatan yang ada dalam sesuatu bangsa dan negara. Negara kita sudah pasti akan

terdedah kepada pelbagai pengaruh dan tekanan dari dalam dan luar yang boleh menentukan maju

mundurnya proses pembangunan dan kemajuan negara. Tanpa ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang diperlukan adalah agak sukar bagi belia untuk mengharungi kesulitan kehidupan masa depan

apatah lagi hendak memajukan negara.


Dalam melibatkan diri di bidang kerjaya seni, ia membuka peluang yang besar

kepada golongan belia dan pelajar untuk menyumbang tenaga dalam industri seni ini yang

merupakan terpenting bagi negara. Seni telah menjadi manifestasi tamadun kehidupan sesebuah

negara dan peranannya cukup besar dalam pembangunan masyarakat. Dalam bidang terlibat

seperti Teater, seni tari, muzik, seni halus dan sinematografi umpamanya adalah prinsip asas yang

diamalkan dalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia

menegaskan pentingnya latihan dan galakan seni sama ada melalui latihan formal mahupun

galakan lain dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi akan diwar-warkan kepada golongan

belia. Istilah seni adalah meluas dalam pelbagai bidang kerjaya yang ada di Malaysia.

Erti seni merupakan aktiviti manusia, produk serta aktiviti mereka. Menumpukan

perkara terutamanya seni visual termasuklah penciptaan imej atau objek dalam lapangan bidang

seperti seni lukis, seni arca, pembuatan percetakan, fotografi dan media visual yang lain. Pada

masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai

keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap

seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh

dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada

kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.

Minat yang mendalam terhadap bidang seni boleh membawa kejayaan dan kerjaya

yang bermanfaat. Lebih-lebih lagi jika bakat yang dimiliki dapat ditonjolkan dengan cara yang

betul di ruangan media sosial. Pada masa ini peranan seni diterima sebagai antara elemen

pembangunan negara yang berkemampuan menjana kehidupan yang lebih berkualiti. Akan tetapi,

sesetengah masyarakat di luar sana sangat memandang rendah dan mempunyai persepsi negatif

terhadap golongan belia yang terlibat dalam memajukan bidang seni ini.
Seterusnya, dari kesemua aspek kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas

sememangnya mampu memperkukuhkan perpaduan bangsa dan mencapai gagasan satu Malaysia

sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh dilakukan. Ini kerana, aktiviti serta

program-program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih

daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti dan program sebegini

semua bangsa akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Penglibatan dalam aktiviti dan program sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan

perpaduan bangsa kita melalui aktiviti bekerja berpasukan, bertukar-tukar pendapat atau idea serta

persepakatan.

Belia yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif adalah penting untuk

menghasilkan sesuatu karya atau kerja. Belia juga harus berpandangan jauh dan positif terhadap

perkembangan zaman, sentiasa berfikir serta merancang bagaimana memastikan ketahanan

mereka di dalam dunia yang penuh dengan persaingan. Golongan ini akan sentiasa membawa idea

baru dalam segala bentuk perkhidmatan dalam bidang seni. Selain itu juga, ia dapat meningkatkan

kemahiran motor belia untuk dipelajari dengan lebih mendalam.

Dengan ini, belia dapat mengasahkan bakat dan kemahiran yang diperoleh dari

pelbagai bidang terutamanya pada bidang seni dan seterusnya diterapkan dalam pekerjaan atau

pendidikan. Golongan belia juga perlu menggalakkan diri untuk menyertai bengkel-bengkel yang

disediakan oleh kerajaan untuk mendalami ilmu dalam bidang seni seterusnya supaya kepakaran

mereka dapat dikomersial dan menarik perhatian pelbagai pihak. Mereka yang terlibat dalam

bengkel-bengkel berkenaan, harus Hal ini demikian kerana masa kini juga permintaan pekerjaan

bagi bidang seni di Malaysia amat diperlukan dalam banyak acara. Bidang seni juga mengambil
berat segala aspek penting dari segi kualiti dan ketelitian untuk membuat sesuatu projek atau

sesuatu karya seni.

Golongan belia juga harus menjadi seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa

berhati-hati dalam melakukan suatu karya yang ingin dihasilkan. Ketelitian karya juga menilai dari

maksud dan apa yang dilihat oleh mata masyarakat yang lain supaya mereka boleh fahami dan

pelajari apa itu seni. Kita juga boleh merebut peluang dalam memasarkan seni dan budaya yang

ada di Malaysia kepada ramai orang. Tidak kira kepada bangsa atau agama.

Seni juga amat berkembang luas sehingga ke peringkat antarabangsa. Jika golongan

belia mampu menarik minat pelancong antarabangsa untuk meminati hasil karya seni di Malaysia,

ia akan menjadi satu kelebihan untuk meluaskan lagi pasaran seni sehingga ke luar. Ia akan

menjadi satu pencapaian yang membanggakan selain dapat mengharumkan nama Malaysia di

persada dunia juga belia dapat menempa nama dan peluang kerjaya yang lebih besar di peringkat

antarabangsa. Negara yang mempunyai seni terkenal di seluruh dunia seperti di Itali, Jepun,

Perancis, United Kingdom dan Sepanyol, turut membangunkan karya seni mereka yang terunggul

sehinga ke seluruh dunia.

Ini membolehkan golongan belia mencuba nasib di perantauan seperti negara yang

dinyatakan di atas. Ia juga beri kelebihan kepada golongan belia untuk memperoleh gaji yang

sepadan dengan karya yang dihasilkan kerana karya seni di persada dunia adalah sangat mahal jika

dapat dijual. Kebanyakkan orang-orang ternama atau mempunyai pangkat tinggi mampu membeli

lebih dari beberapa lukisan untuk hiasan rumah mereka. Antara kelebihan lain, jika golongan belia

terlibat dalam bidang seni mereka dapat bekerja dalam pelbagai bidang dan boleh melakukan kerja

multitasking. Bidang seperti pereka grafik, pereka produksi, pelukis, arkitek dan sebagainya adalah

berkaitan antara satu sama lain. Jadi belia dapat mengambil ilmu kemahiran secara meluas.
Kesimpulannya, golongan belia sangat memainkan peranan yang sangat signifikan

terhadap pembangunan negara serta kemajuan negara. Setiap di antara kita mempunyai kelebihan

dan bakat yang hebat di dalam diri masing-masing. Oleh demikian, golongan belia haruslah terus

mengekalkan kemahiran yang sedia ada dan terus mengekalkan warisan seni dan budaya di

Malaysia. Kita janganlah mensia-siakan peluang yang ada untuk memajukan seni di dalam segala

bidang seni dan juga bidang-bidang lain.

Anda mungkin juga menyukai