Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN MEMBACA BUKU SEJARAH

Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para


pelajar masa kini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah
amat penting untuk masa dpan negara.Jadi mereka yang gagal
untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan
orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita
dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem
pemerintahan dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia
khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara
kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana ini
merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai
kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.
Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu merupakan
kepentingan mempelajari Sejarah. Hal ini demikian kerana,
mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan
mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara.
Memetik kata-kata ahli falsafah george santayana mereka yang
melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesilapan orang
terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang
enteng sahaja kerana kesannya amat menyakitkan. Buktinya
pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup
terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai
janji palsu jepun. Oleh itu, kita wajar mengambil iktibar
daripada peritiwa lalu.

Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa


patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian
kerana, jika kita lihat senario pada hari ini, masyarakat tidak
lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah
bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah.
Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis
dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan remaja.
Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh
para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu
tidak mendatangkan apa apa faedah sedangkan sambutan itu
wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air.
Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan
yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira
negara kita.nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang
negara kerana harimau mati meninggalkan belang manusia
mati meninggalkan nama.
Seterusnya, kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan
perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara
bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat
pokok dan rakyat kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri
kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu
padu, negara kita akan aman dan stabil, maka, perpaduan
dapat dikekalkan. Negara kita penah mencatatkan sejarah
hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara
kaum pada 13 mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa
dan perpaduan negara pada masa itu ibarat telur di hujung

tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita mestilah


sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu
dipelihara agar tragedi itu tidak berulang kembali.
Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah
negara amat penting dalam pembentukan masyarakat yang
sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah
air yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi,
pelajar terutamanya tidak sewajarnya mengeluh untuk
mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung
1001 iktibar, teladan serta pengajaran untuk pedoman hidup

Anda mungkin juga menyukai