Anda di halaman 1dari 2

The white man burden adalah sebuah puisi oleh penyair inggeris yang bernama Rudyard kipling.

Ia
telah diterbitkan dalam sebuah majalah popular iaitu mcclure pada tahun 1899. Slogan beban orang
putih digunakan oleh british dan belanda dalam menjalankan imperialisme. Imperialisme ialah dasar
sesebuah negara meluaskan pengaruhnya dengan menyebarkan budaya hidup mereka dalam
kalangan rakyat di negara yang dijajahnya. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
Oleh sebab itu, mereka mahu majukan orang timur. Jadi sebagai anak watan yang dijajah, kita
sepatutnya faham sebenarnya british juga menganggap kita sebagai beban mereka. hal ini
menunjukkan the white man burden bukan sahaja puisi tetapi ianya merupakan sebuah konatasi.

Terdapat pandangan Abdullah Munsyi terhadap Orang Melayu dalam Hikayat Abdullah dan Kisah
Pelayaran Abdullah. Kisah Pelayaran Abdullah merupakan sebuah karya sastera Melayu yang
diterbitkan pada tahun 1938 di Singapura. Berdasarkan kepada karyanya, beliau banyak mengkritik
mengenai sikap orang Melayu pada ketika itu. Abdullah bukanlah membenci orang- orang Melayu
pada ketika itu, tetapi sikap yang mereka miliki yang menyebabkan beliau tidak bersetuju dengan
pandangan dan perlakuan mereka. Masyarakat Melayu pada ketika itu dikatakan malas. Golongan raja
juga langsung tidak memberikan galakan supaya rakyat berusaha dan belajar untuk maju. Pandangan
ini banyak dikisarkan dalam karyanya yang memperlihatkan kritikan yang hebat dilemparkan kepada
orang- orang Melayu. Orang Melayu dikatakan pemalas, lalai dan pengotor. Hal ini menguatkan lagi
ideology British untuk ke Tanah Melayu atas alasan untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya bagi
memajukan orang timur.

Dalam sebuah karya lain yang bertajuk “Mitos Peribumi Malas” tulisan Syed Hussien Al Atas, beliau
membantah semua anggapan itu. Ia menunjukkan bukti bahwa masyarakat pribumi yang dalam buku
ini dimaksudkan bangsa-bangsa Indonesia, Malaysia dan Filipina adalah pekerja keras bukannya
pemalas. Penglibatan mereka dalam bidang tertentu seperti bidang perdagang menjadi bukti bahawa
orang melayu bukannya malas tetapi mereka rajin dibidangnya. Kegemilangan ini telah terbukti
dengan kemunculan pelabuhan interport yang selamat, murah cukainya, dan sebagainya. Namun
kedatangan kolonial yang telah menindas dan memporakperandakan kegemilangan yang dicipta.
Secara keseluruhannya karya ini sangat berguna untuk membentuk semula pandangan negatif
masyarakat barat terhadap masyarakat timur terutama asia tenggara yang dianggap sebagai malas
dan tidak ada usaha dan komitmen dalam diri mereka. Kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia telah
menunjukkan kemalasan masyarakat melayu bukanlah di sebabkan budayanya yang dicipta tetapi
kerana pengaruh kolonialisme yang disebarkan untuk mempengaruhi masyarakat melayu.

Namun begitu, yang menjadi persoalan adalah kenapa konatasi ini digunapakai pada ketika itu untuk
melambangkan keadaan orang melayu. Barat melambangkan orang melayu sebagai bangsa yang tidak
bertamadun. Hal ini menyebabkan mereka rasa terbeban lalu terpaksa membuat satu perubahan atau
pendekatan kea rah memajukan orang melayu. dengan ini, orang barat telah mewujudkan satu sistem
pendidikan inggeris. Kewujudan sistem pendidikan inggeris ini ternyata telah menyebabkan
kesusasteraan melayu terpinggir. Dapat dilihat tenaga pengajar di sekolah inggeris terdiri daripada
golongan mubaligh Kristian dan sukatan pembelajarannya juga lebih tertumpu kepada pendidikan
barat dengan mendapat rujukan daripada karya-karya barat. Keadaan ini menyebabkan karya-karya
sastera melayu semakin dipinggirkan.

Kesan daripada tindakan tersebut, anak watan mula bangkit untuk menentang british melalui
penulisan. antara karya yang wujud pada ketika itu ialah “putera gunung tahan” (1937) karya pak
sako. Pak sako menulis buku ini untuk menyindir dan menentang pegawai British yang menduduki dan
mentadbir negara dalam bentuk perlambangan melalui watak wiliam dan robert. Dalam novel ini juga,
pak sako mengangkat peribadi orang melayu dalam watak orang tua sebagai seorang yang sangat
menitik beratkan adat dan budaya melayu walaupun tinggal jauh di pendalaman. Selain itu, dalam
karya ini juga, pak sako turut membuat perlambangan tentang kebijaksanaan bangsa melayu melalui
watak ratu bongsu yang mampu memerangkap William sehingga William mati akibat pengeboman
kapal terbang negaranya sendiri.

Pak sako menulis buku ini untuk menyindir dan menentang pegawai British yang menduduki dan
mentadbir negara dalam bentuk perlambangan melalui watak wiliam dan robert. selain itu, dalam
karya usman awang yang bertajuk “serunai malam” mengkritik budaya yang dibawa oleh barat melalui
watak-watak. karya ini juga mengkritik mentaliti orang melayu yang berpendapat bahawa negara lain
lebih baik berbanding tanah air. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan oleh barat
berjaya mempengaruhi pemikiran dan budaya orang melayu.

Anda mungkin juga menyukai