Anda di halaman 1dari 4

MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

1. Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian agama Islam pada abad ke-15. 2. Melaka menjadi tempat pertemuan ulama dan pendakwah juga. 3. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat datang ke Melaka, terutamanya dari Arab dan Pasai. 4. Ulama berperanan sebagai guru untuk mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. 5. Pendakwah menjalankan kegiatan dakwah kepada semua rakyat Melaka. 6. Pendakwah bersedia untuk dihantar ke luar Melaka bagi menyebarkan agama Islam. 7. Pendakwah disediakan tempat tinggal oleh pemerintah Melaka. 8. Agama Islam berkembang cepat di Melaka kerana peranan raja Melaka itu sendiri. 9. Sultan, pembesar, dan rakyat Melaka menerima kemasukan Islam ke Melaka dengan baik. 10. Sultan Mansor Shah telah menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal Islam bagi mendalami ilmu pengetahuan. 11. Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Shah telah berusaha mengembangkan agama Islam. 12. Baginda telah mendirikan institusi agama seperti masjid, madrasah dan surau.

13. Institusi tersebut menjadi tempat mempelajari Islam serta membaca kitab suci al-Quran. 14. Melaka terkenal sebagi pusat pengajian ilmu tasawuf. 15. Abdul Karim al-Jili adalah ahli tasawuf yang terkenal di Melaka. 16. Beliau telah mengarang kitab Insan al-Kamil. 17. Ilmu tentang pengetahuan Islam diajar dan dipelajari di Istana Melaka.

CARA MELAKA MENYEBARKAN ISLAM KE NEGARA LAIN DI ASIA TENGGARA

PERDAGANGAN

PENAKLUKAN

PENDAKWAH ISLAM

PERKAHWINAN DIRAJA PERANAN ASKAR UPAHAN JAWA PERANAN PEMERINTAH MELAKA

1. Melaka sebagai pusat pengajian Islam turut berperanan menyebarkan agama Islam ke tempat lain, terutamanya di Kepulauan Melayu. 2. Terdapat beberapa faktor yang membantu penyebaran Islam ke luar Melaka. 3. Melaka merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting, dikunjungi oleh pedagang asing dari pelbagai tempat sama ada dari Kepulauan Melayu atau tempat lain. 4. Pedagang- pedagang asing ini terpengaruh dengan ajaran Islam dan turut peka dengan perkembangan di Melaka. 5. Mereka menyebarkan agama Islam kepada keluarga dan rakan apabila mereka pulang ke tempat masing-masing. 6. Perkahwinan antara putera puteri Sultan dengan raja negeri yang lain telah membantu penyebaran Islam ke Asia tenggara. 7. Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Shah telah mengahwinkan putera-puteri mereka dengan raja dari negeri Pahang, Kedah, Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi.

Kesan Islamasi Di Melaka


1. Perubahan dalam kepercayaan, pemikiran, pentadbiran,perundangan dan nilai hidup berlaku kesan kedatangan Islam ke Melaka. 2. Agama Islam telah menjadi agama rasmi Melaka pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1459). 3. Satu kesan yang ketara ialah kewujudan institusi kesultanan yang menggantikan sistem beraja. 4. Pemerintah Melaka telah menggantikan gelaran raja yang digunakan sebelum itu gelaran Sultan. 5. Raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan ialah Sultan Muhammad Shah. 6. Sultan yang memerintah dianggap sebagai Khalifah Allah, iaitu sebagai wakil Allah yang diberikan tanggungjawab untuk memakmurkan alam ini.

Anda mungkin juga menyukai