Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Kempen rasa sayang terhadap warga emas ialah satu kempen dimana untuk
memupuk kesedaran masyarakat tentang kasih sayang dan juga cinta terhadap
orang tua yang lebih berusia atau pun uzur. Menurut statistik Jabatan Perangkaan
Malaysia , golongan warga emas berjumlah 2.2 juta orang atau 7.7 peratus
daripada 28.3 juta penduduk Malaysia sehingga tahun 2011. Malaysia merupakan
sebuah negara yang sedang pesat membangun kearah mencapai maklamat
menjadi negara maju. Pembangunan ini sekali gus telah meningkatkan taraf hidup
rakyat. Namun demikian, terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai
hidupnya. Mereka merupakan golongan minoriti yang tidak dipedulikan hak dan
keperluan hidup oleh keluarga atau masyarakat sekelilingnya. Warga emas yang
terabai ini didapati hidup sebagai gelandangan di jalanan, tinggal bersendirian
dalam kedaifan , terlantar di hospital tanpa waris yang datang melawat dan
mengidap penyakit kronik tanpa rawatan dan juga penjagaan yang sempurna.

Salah satu cara yang harus dipraktikan oleh ahli keluarga dalam menghargai
warga emas adalah dengan menghormati mereka dari segi tutur kata, gerak
badan dan adab terhadap orang tua yang lebih berusia, golongan tua terdiri
daripada ibu, ayah, nenek, pakcik, makcik dan sebagainya. Jasa dan pengorbanan
mereka wajar kita hargai dan kita sebagai anak-anak yang soleh dan solehah
seharusnya meluangkan masa bersama mereka. Senario masyarakat hari ini
adalah dimana kesibukan mengejar urusan duniawi dan kerjaya menyebabkan
mereka tidak balik atau berkunjung melawat ibu dan bapa dikampung. Bagi
mengelakkan kita seperti kacang lupakan kulit, setiap diantara kita wajar
berusaha meluangkan masa bersama waga emas sebagai tanda menghargai
mereka.

Sejajar dengan cara lain, memupuk rasa sayang terhadap warga emas juga
dengan memberikan bantuan jika perlu sebagai contoh membantu ibu, ayah dan
orang tua bangun dari katil , atau mengankat benda yang berat, dari segi kata lain
kita hendaklah ringan tangan membantu disaat situasi memerlukan bantuan, oleh
kerana mereka yang menjelang usia 50-an keatas tidak lagi sekuat anak muda di
Ketika ini. Kita juga perlu mengambil berat terhadap mereka, seperti menayakan
khabar, gembirakan hati mereka, doakan ibu bapa kita dan hubungi mereka walau
dimana kita berada. Warga emas perlu kita jaga hati dan juga perasaannya kerana
mereka lebih sensitif dan mudah terasa.

Seterusnya itu, dengan meraikan hari istimewa mereka juga boleh


membuat mereka gembira dan seronok menikmati hari tersebut. Kadang-kala
mereka sangat menghargai usaha kita dengan mengingati tarikh-tarikh penting
didalam hidup mereka. Selain itu, kita juga boleh memberikan hadiah untuk
menyampaikan ucapan taniah atau terima kaseh. Walau hadiah kecil mahu pun
besar kebiasaannya warga emas tidaklah memandang kepada nilai atau ukuran
sesuatu hadiah. Kadang-kala mereka sangat menghargai usaha kita
membahagiakan mereka dan memberikan mereka rasa kasih sayang yang tiada
tara dan lebih rasa disayangi oleh orang-orang disekeliling mereka.

kesimpulannya, Kempen ini bertujuan memberikan serba sedikit input


yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga emas dengan lebih mendalam
dan mengambil cara-cara terbaik dalam mengurus dan menghormati warga emas
dalam keadaan sihat mahupun mengalami masalah kesihatan dan emosi. Berbuat
baik dan berakhlak mulia terhadap warga emas merupakan satu tuntutan agama
kepada kita dan patut berada di dalam diri untuk dijadikan sebagai tauladan
kepada semua masyarakat dan juga generasi yang akan datang. Sungguh, hati
mereka cuma mahukan kebahagiaan.

Anda mungkin juga menyukai