Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN

Kebajikan warga tua sentiasa menjadi isu yang hangat diperbualkan oleh ahlimasyarakat. Hal
ini demikian kerana masyarakat madani di negara kita tidakpernah diajar menjadi
seperti kacang lupakan kulitnya.
Oleh hal yang demikian,warga tua yang berkeluarga mahupun tidak berpunya apa-apa lagi
menjadipermata hati pelbagai pihak termasuk kerajaan badan bukan kerajaan. Hari wargatua
kala ini menjadi lebih bererti apabila pelbagai pihak dalam masyarakat hari inisanggup
memainkan peranan penting untuk membantu warga tua menjalanikehidupan haria yang lebih
bermakna sementara menanti panggilan Ilahi.

Pihak kerajaan Malaysia sentiasa meletakkan warga tua di tahap yang tinggiacap kali
belanjawan negara dibentangkan di Parlimen. Perdana Menteri,merangkap portfolio Menteri
Kewangan telah membentangkan peruntukan yang"bahagia" sekali gus memberikan
keceriaan kepada golongan tua. Elaun sara hidupwarga emas telah dipertingkatkan seiring
kenaikan harga barangan keperluan.Pengumuman ini membawa
seribu harapan dan jutaan ukiran senyuman
di bibirwarga tua. Oleh sebab itu, warga tua dapat melangsungkan sisa-sisa hidup
denganlebih bermakna dan gembira.Badan Bukan Kerajaan di Malaysia juga mempamerkan
kesungguhan merekauntuk menghulurkan bantuan dan sokongan hidup kepada warga emas.
Hal inidemikian kerana warga tua memerlukan perhatian daripada setiap pihak. Oleh halyang
demikian, badan kebajikan "Tzu Chi" umpamanya membuka lebih seratusbuah klinik
kebajikan dengan harapan warga tua dapat membuat pemeriksaandoktor secara percuma dan
mendapat rawatan serta nasihat doktor yang bertauliahyang memegang pada prinsip
"buat baik berpada-pada buat jahat jangansekali".
Hal ini dapat mengelakkan dan menurunkan tahap obesiti dan masalahkesihatan lain yang
kian menyerang warga tua akibat pengabaian aspek kesihatan.Ahli masyarakat sentiasa
digalakkan supaya menghormati dan mentaati wargatua yang lebih berpengalaman dalam

aspek kehidupan. Yang boleh kita lakukanialah menggembirakan hati dan membahagiakan
hidup mereka. Ibu bapa haruslahmengajar anak-anak supaya membantu datuk dan nenek
mereka yang tidakbertenaga, terutamanya ke tandas atau sewaktu berjalan-jalan. Apabila
luanganmasa berkualiti dikongsi bersama warga tua, kebahagiaan hidup berkeluarga
dapatdicapai sekali gus merealisasikan slogan
"rumahku syurgaku jua".
Dengan berbuatbegitu, masyarakat yang penyayang dan prihatin dapat dilahirkan.Akhirnya ,
setiap daripada kita berpeluang melalui hidup pada usia lanjut.Mahukah kita melihat warga
tua hidup merempat di lorong-lorong kemiskinan? Olehhal yang demikian, pendidikan
mengapresiasi warga tua haruslah dimulakan sejakkecil kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya
. Dengan semangat inginmembantu dan meringankan beban kehidupan warga emas, setiap
daripada kitamampu mengubah kehidupan mereka daripada duka menjadi suka.
Sebagaipenutup bicara, ingatlah bahawa hari ini hari mereka, esok hari kita.

RUMUSAN

Masyarakat harus mengamatkan nilai keadilan terhadap warga emas kerana warga
emas juga inginkan perhatian dari orang sekeliling terutamanya masyarakat yang masih
berupaya untuk melakukan pekerjaan yang berat dan sebagainya. Masyarakat juga harus
memberikan keutamaan kepada warga emas dalam segala perkara tanpa mengabaikan
permintaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai