Anda di halaman 1dari 20

GOLONGAN WARGA TUA

PENGENALAN
Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan
veteran. Takrifan 'Warga Emas' adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Populasi
warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar.
Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu
perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah
penat bekerja memajukan negara. 

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat dari satu
masa ke satu masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tua kepada
keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkat dari masa ke
masa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawa peratusan warga tua
di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus pada tahun 1980 sehingga 7.4
peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebih daripada sekali ganda dalam
masa 40 tahun.
Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jika berbanding
dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun. Warga tua adalah satu
golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenaga mereka dalam membimbing
generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perlu dinafikan lagi bahawa pertolongan
kepada golongan tersebut perlu digiatkan.

Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akan memberi
sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagi menyediakan kemudahan,
seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya. Penyediaan kemudahan kepada warga
tua nanti sudah semestinya akan mengunakan sumber kewangan yang dijanakan
daripada kutipan kerajaan atas masyarakat dan juga daripada sumber kewangan
peribadi atau persendirian. Masyarakat sekarang harus menanam semangat
bertanggungjawab kepada semua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu
diadakan untuk menangani masalah yang akan dihadapi oleh warga tua.
HARI WARGA TUA KEBANGSAAN
Bangsa-bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45/106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai
Hari Warga Tua Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap
tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Tua Kebangsaan. 

Objektif  
 Untuk mengekalkan taraf kesihatan yang optimum
 Meningkatkan penglibatan warga tua dalam komuniti
 Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan keperluan
semasa
 Memperkukuhkan kerjasama antara pelbagai sektor

KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH WARGA TUA


Warga tua memerlukan banyak kemudahan untuk menerusi kehidupannya. Dengan
sehubungan itu, semua pihak perlulah mengambil tindakan untuk mewujudkan banyak
lagi kemudahan untuk golongan ini. Antaranya ialah:
RUMAH KEBAJIKAN
Rumah-rumah kebajikan perlulah diperbanyakkan terutama di kawasan bandar. Oleh
itu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan perlulah lengkap dan sesuai untuk
golongan warga emas. Antaran kemudahan dan perkhidmatan yang perlu ialah:

 Jagaan dan Perlindungan: Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang


mencukupi bagi warga tua seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidangan
makanan harian adalah berdasarkan kepada skala imbangan makanan yang telah
diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan 6 kali sehari mengikut
menu yang disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat Malaysia. 

 Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan: Warga tua diberi rawatan dan
jagaan kesihatan yang baik oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Penolong
Jururawat. Kes-kes warga tua yang memerlukan rawatan intensif dihantar ke hospital
untuk rawatan lanjut.
 Bimbingan dan Kaunseling: Perkhidmatan ini adalah untuk menolong golongan
ini mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Selalu mengadakan kaunseling
individu dan kelompok serta perbincangan kes.

 Perkhidmatan Fisioterapi: Unit ini adalah memastikan setiap penghuni dapat


menggunakan keupayaan potensi yang ada pada dirinya dalam usaha mendapatkan
keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi amat penting bagi menguatkan
otot-otot golongan warga tua yang uzur. Dengan bantuan pemulihan fisioterapi ada
kemungkinan mereka boleh menguruskan aktiviti-aktiviti harian tanpa banyak bantuan
daripada orang lain.
 Rekreasi dan Cara pulih Kerja: Golongan warga emas digalakkan mengambil
bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka.
Kemudahan-kemudahan disediakan untuk golongan warga tua memenuhi masa lapang
mereka dengan menonton televisyen dan video, mambaca akhbar dan sebagainya.

MERINGANAN BEBAN KEWANGAN


Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai
kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan warga tua seperti:
 PEMBERIAN DISKAUN TERHADAP PENGANGKUTAN AWAM
 PEMBERIAN DISKAUN TERHADAP KOS HOSPITAL

 PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA TUA YANG TIDAK KEMAMPUAN. 


MENGANJURKAN AKTIVITI KEPADA WARGA TUA
Selain mengumumkan hari warga tua, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai
aktiviti yang melibatkan mereka. Contohnya, penganjuran lawatan ke tempat-tempat
menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung
minggu dan sebagainya. Selain itu, menganjurkan rumah terbuka kepada golongan ini
supaya mereka tidak berasa sunyi semasa hari perayaan. Di samping itu, juga boleh
mengadakan aktiviti seperti kebudayaan, fizikal dan sebagainya.
KEMUDAHAN ICT
Kemudahan ICT amat penting warga tua, supaya mereka tidak ketinggalan zaman.
Dengan sehubungan itu, pihak berkuasa perlulah mengadakan kemudahan ICT untuk
golongan warga tua di seluruh negara seperti Pusat Jalur Lebar. Selain itu, kelas
komputer juga boleh diadakan untuk golongan ini supaya mereka dapat bagaimanakah
menggunakkan komputer.
KLINIK 1 MALAYSIA DAN KLINIK BERGERAK 1 MALAYSIA
Klinik 1 Malaysia dan Klinik bergerak 1 Malaysia akan memberi rawatan percuma kepada
golongan warga tua. Hal ini dapat membantu golongan ini yang tidak mampu dalam
kewangan.
MAKKAH - Semasa berjalan pulang ke pusat media selepas liputan
musim haji di sini, penulis disapa dua jemaah haji warga emas
wanita yang kelihatan begitu sedih dan risau.
Zainab Hanapiah, 78, dan Maimunah Abdullah, 73, masing-
masing mengadu telefon pintar mereka tidak mempunyai
sambungan internet untuk berhubung dengan keluarga mereka di
tanah air.
Ternyata Zainab, dari Kodiang, Kedah, dan Maimunah dari Batu
Pahat, Johor bukan asing dalam menggunakan aplikasi telefon
pintar WhatsApp dan laman sosial Facebook.
Apabila diperiksa, penulis dapati telefon pintar Zainab agak asas
kerana aplikasi Whatsappnya hanya perlu dikemas kini dengan
versi baharu, manakala telefon pintar Maimunah memerlukan
penukaran 'access point' kepada penyedia telekomunikasi
tempatan, Mobily.
Kisah jemaah haji ini hanyalah salah satu daripada pelbagai
contoh betapa perkembangan pantas Teknologi Komunikasi dan
Maklumat (ICT) membawa banyak manfaat pada musim haji di
sini dan melancarkan urusan umat Islam untuk menunaikan
Rukun Islam kelima itu.
Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia dilaporkan akan
mengerjakan ibadat haji tahun ini dengan dibantu 640 orang
petugas Lembaga Tabung Haji (TH).
Talian hayat keluarga
Saya berasa bersyukur dapat membantu kedua-dua jemaah haji
wanita itu dan sebaik sahaja berjaya menyelesaikan masalah
telefon pintar mereka, mesej Whatsapp "bertalu-talu masuk".
Saya melihat betapa leganya mereka tatkala melihat mesej
daripada keluarga tersayang.
Zainab yang membahasakan dirinya "makcik" menceritakan
kepada penulis betapa aplikasi itu bagaikan talian hayat buat
dirinya untuk memberitahu keluarga di tanah air keadaan
kesihatannya di tanah suci selain berkongsi nanti pelbagai
pengalaman baharu semasa mengerjakan ibadah haji.
"Amat mudah hendak hubungi keluarga. Masa dulu nak hubungi
keluarga kena guna telefon tetapi hanya dengar suara sahaja.
Sekarang dengan gambar, video selain suara dan teks semua
makcik boleh hantar. Rasa puas dapat buat begini macam
keluarga makcik ada sekali kat sini,” katanya.
Maimunah pula berkata perkembangan komunikasi yang pantas
era ini membuat jemaah haji warga emas seperti dirinya
mengambil inisiatif untuk mempelajari teknologi terbaharu bagi
memudahkan mereka berkomunikasi dengan keluarga tersayang
di tanah air.
“Pada mulanya agak susah juga nak belajar telefon baharu ini
tetapi pelan-pelan anak makcik ajar. Dulu orang pakai telefon
biasa boleh cakap-cakap sahaja tetapi sekarang macam-macam
boleh buat jadi semua jemaah haji tidak kira usia kena belajar
guna telefon seperti ini,” katanya.
Bagi memudahkan komunikasi jemaah haji terutama
menghubungi keluarga mereka tahun ini, TH menjalin kerjasama
dengan syarikat telekomunikasi Arab Saudi iaitu Mobily. Menerusi
program Sahabat Korporat TH, jemaah haji Malaysia diberi kad
sim prabayar.
Setelah pengaktifan kad prabayar Mobily dilakukan, jemaah haji
hendaklah menambah nilai kredit kepada akaun yang didaftarkan
serendah 5 Saudi Riyal bagi mendapatkan 2GB data percuma
selama tiga hari mengikut keperluan masing-masing.
Mudahkan jemaah
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd
Rahman dalam temu bual eksklusif dengan Bernama berkata
pihak TH melihat kemajuan ICT masa ini satu peluang keemasan
untuk memperkenalkan kemudahan baharu bagi melicinkan
perjalanan urusan ibadah haji.
Menurut beliau, TH mengambil peluang itu melalui dua cabang
iaitu memudahkan perjalanan haji secara terus dengan
memperkenal pelbagai aplikasi untuk jemaah haji serta
menambah baik kemudahan komunikasi dan tranformasi operasi
haji sebelum ini dilakukan secara manual kepada penggunaan
komputer.
“Kita perkenal aplikasi untuk jemaah haji supaya boleh dapatkan
maklumat terkini dan asas daripada segi lokasi tempat
perkhidmatan yang disediakan termasuk juga memberi panduan
ibadat. Saya rasa ini buat permulaan dan seharusnya diteruskan
pada masa akan datang,” katanya.
TH membangunkan Aplikasi Jemaah 1440H bersama anak
syarikatnya, Theta Edge Berhad. Menerusi aplikasi itu, maklumat
penting serta terkini dihantar kepada jemaah haji melalui telefon
pintar dengan sistem operasi Android, seterusnya membantu
jemaah menjalankan ibadah dan melancarkan urusan haji
mereka.
Maklumat yang disalurkan kepada jemaah haji termasuk berita
terkini, maklumat jadual perjalanan setiap jemaah haji, bimbingan
ibadah haji yang mana melalui aplikasi itu jemaah haji boleh
memuat turun semua bahan bimbingan, waktu solat, nombor
penting dan lokasi melalui Google Maps.
Di samping itu, TH menyediakan sebuah platform pertanyaan
menerusi aplikasi WhatsApp diberi nama e-Taib bagi
membolehkan jemaah haji mendapatkan jawapan kepada
persoalan ibadah haji dengan pantas dan berkesan.
“Sebelum ini jemaah haji mengemukakan persoalan mengenai
ibadah haji menggunakan Talian Ibadah Haji (Taib) iaitu panggilan
telefon. Menerusi aplikasi WhatsApp ini persoalan dan jawapan
boleh dibuat menggunakan teks, gambar, video atau mesej
suara,” katanya.
Lancarkan proses kerja
Syed Saleh berkata dalam usaha mentransformasi pengurusan
haji, pihaknya mengadaptasi pelbagai kemajuan ICT daripada
industri berkaitan haji seperti perhotelan, pengangkutan, khidmat
pelanggan, kesihatan dan pengangkutan.
"Apa kita bangunkan lebih untuk melicinkan proses kerja daripada
segi pelaporan, daripada segi ‘dashboard’, daripada segi
'headcount’, pemantauan aktiviti proses kerja semuanya dalam
bentuk sistem teknologi maklumat dan ini saya rasa telah
memudahkan kerja selain mengurangkan pelaporan atas kertas.
“Kita ambil teknologi ini dalam pelbagai industri antaranya
perhotelan bagaimana mereka menguruskan bilik penginapan,
pengangkutan bagaimana mengurus pengangkutan penumpang,
‘call centre' khidmat pelanggan kita ambil bantu jemaah terutama
untuk ibadat,” katanya.
Pengarah Operasi (Teknologi Maklumat) TH, Za’aba Arpan berkata
pihaknya melaksanakan beberapa penambahbaikan infrastruktur
serta kemudahan teknologi maklumat (IT) dalam usaha
memastikan kelancaran operasi haji tahun ini.
Beliau berkata TH menaik taraf talian di pusat rawatannya di sini
dengan menggunakan gentian optik, menaik taraf Sistem
Maklumat Kesihatan (SIHAT) berpandukan maklum balas operasi
tahun lepas dan membangunkan Sistem Kamar bagi
membolehkan peruntukan bilik jemaah haji dibuat lebih
sistematik.
“Kita turut menguji beberapa aplikasi sistem utama iaitu Sistem
Haji dan Deposit, SIHAT, yang melibatkan pasukan perubatan;
Sistem Bersepadu yang akan menyediakan statistik jemaah haji
bagi keperluan operasi; dan Sistem Hajj Mobility bagi memastikan
pergerakan jemaah haji direkodkan,” katanya.
Maklumat tepat
Bagaimanapun menurut beliau, kemajuan ICT juga punyai kesan
negatif sekiranya tiada usaha pemantauan dijalankan terutama
melibatkan penyebaran maklumat dalam media sosial, dalam hal
ini tidak terkecuali perjalanan haji.
Justeru, Syed Saleh menasihatkan jemaah haji dan waris mereka
di tanah air agar tidak mempercayai sebarang khabar angin
tentang perkembangan perjalanan haji dan hanya mendapatkan
maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.
Beliau berkata pasukan media yang terdiri daripada petugas
media Malaysia dan TH memainkan peranan penting dalam
menyalurkan maklumat yang tepat dengan kadar pantas kepada
jemaah haji serta warisnya tentang perjalanan musim haji tahun
ini.
TH juga, kata beliau mempunyai pasukan media yang memantau
isu yang dibangkitkan pengguna media sosial dan akan
memberikan penjelasan sebenar berhubung perkara yang
dibangkitkan itu.
“Kita faham ada isu cuba diputar belitkan. Pasukan media akan
beri gambaran betul supaya isu ini tidak disalah erti oleh
masyarakat. TH sendiri ada pelbagai platform media sosialnya
sendiri seperti akaun Twitter, Facebook dan Instagram, “
tambahnya.- Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/41929/BERITA/Nasional/ICT-permudahkan-urusan-
ibadah-haji

Warga emas kuasai Media Sosial

“Atas sebab itulah, kita mengambil inisiatif ini bagi membantu warga emas menguasai
media sosial elektronik seperti e-mel, facebook, twitter, skype dan sebagainya supaya
dapat mengurangkan jurang komunikasi antara golongan belia dan warga emas dalam
aspek pengetahuan serta teknologi maklumat.” “Penceramah berpengalaman dalam
bidang sosial, pelajar universiti awam dan swasta, wakil industri dan badan kerajaan
berkaitan juga dijemput membantu menjayakan konvensyen ini,” katanya ketika
ditemui di USM, baru-baru ini.

Turut diadakan ialah pelbagai aktiviti menarik khas buat peserta dan warga kampus
pada minggu prapelancaran itu yang membabitkan pameran, kempen, derma darah
dan jualan amal.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar
Osman serta Penasihat Kempen, Prof Madya Khor Yoke Lim dan Dr Nor Hazlina
Hasyim.

Sementara itu, Omar berkata, inisiatif pelajar USM dalam penganjuran aktiviti bagi
mengubah gaya hidup warga emas ke arah yang lebih berinformasi dan celik IT amnya
dalam media sosial itu wajar dipuji. -hmetro

Sumber: http://media02.hongkiat.com/wallpaper-social-media-junkies/preview.jpg

Kini dunia semakin maju. Peningkatan ekonomi telah mengubah gaya hidup manusia. Bermula dari cara
hidup yang mudah dan santai berubah kepada kehidupan yang lebih kompleks. Perubahan ekonomi telah
banyak merubah kehidupan manusia sejagat seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi. Perkembangan ini memudahkan manusia berhubung tanpa sempadan. Ledakan informasi
teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa
perubahan besar dalam kehidupan kita.. Internet yang dahulu merupakan satu medium teknologi
komunikasi  yang mahal, kini menjadi saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas.
Kalau dahulu jika kita ingin menggunakan internet, komputer diperlukan untuk mengakses. Namun kini
internet juga mampu dilayari dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian
perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless).
Teknologi menjadi semakin murah dan boleh dimiliki setiap kumpulan masyarakat merentasi peringkat
umur, taraf ekonomi dan juga bangsa.  Pencarian ilmu juga disandarkan kepada kemajuan teknologi
hingga setiap orang perlu menpunyai gajet untuk berkomunikasi dan mengakses maklumat.

Sekilas pandang pembangunan teknologi maklumat memberikan banyak kebaikan namun perubahan
cara gaya hidup yang bersandarkan teknologi telah mewujudkan satu bentuk budaya baru. Hal ini
menyebabkan, telah wujud segelintir individu yang menjadi semakin taksub dengan penggunaan
teknologi. Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Ismail Zain 2003),
jumlah pengguna internet di Malaysia pada tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara
rangkaian sosial yang paling popular ialah laman sosial seperti “Facebook” dengan catatan kira-kira 6.2
juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010).
Sehubungan dengan itu, perkhidmatan internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja seperti
di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat beli-belah memudahkan pengguna mengakses
internet. Tambahan pula, kebanyakan penduduk di bandar mahupun luar bandar sudah memiliki sendiri
perkhidmatan Internet terutamanya internet jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses internet ke
mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Tiada golongan yang canggung
dengan facebook, whatapps, serta “online games”. Wadah sosial ini telah berubah menjadi
kebergantungan menggunakan teknologi maklumat. Lantaran itu jika dilihat kebelakangan ini golongan
warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak turut menjadi pengguna tegar internet.  Perubahan sikap
ini dianggap satu kemajuan jika diukur daripada perspektif positif
Faktor ekonomi keluarga juga merupakan faktor remaja melayari internet secara berlebihan. Faktor
ekonomi yang dimaksudkan ialah golongan keluarga yang sudah mampu memiliki sistem komputer dan
mudah menyediakan talian internet di rumah. Faktor ini disokong berdasarkan kajian dari luar negara
oleh Patricia et. al. (2000), yang mendapati pelajar dari semua bangsa dan etnik, yang mempunyai
komputer di rumah keluarga mereka, cenderung untuk menggunakan internet berjam-jam lamanya pada
setiap minggu berbanding mereka yang dibesarkan dalam keluarga tanpa komputer.

Gamez merujuk kepada pemain komputer di atas talian dan apabila disebut DOTA, Counter
Stike, Fifa dan sebagainya ialah permainan komputer yang dianggap popular. Sedar atau tidak banyak
keburukan akan kita hadapi jika penggunaan internet khususnya gajet tidak dikawal khususnya oleh
golongan remaja.  Mengikut Davis (2008) remaja ialah kelompuk insan yang mudah terpengaruh, mudah
diganggu emosi dan cenderung terpengaruh kepada unsur yang negatif.  Namun jika dilihat secara
holistik, remaja merupakan aset negara dan masa depan akan ditentukan oleh kumpulan ini.
Penggunaan internet dan pergantungan kepada gajet tanpa kawalan boleh mengakibatkan lebih banyak
keburukan berbanding kebaikan.  Sedar atau tidak, permainan komputer ini boleh mendatangkan
pelbagai kesan kepada seseorang individu tidak kiralah kesan negatif atau positif jadi, marilah kita
berkongsi serba sedikit tentang kesan permainan video dan penggunaan gajet  kepada remaja.
Kesan Positif
Berikut ialah manafaat yang boleh diperoleh :

1. Mempertingkatkan Kemahiran Bahasa Kedua iaitu Bahasa Inggeris.


Permainan computer online atau menggunakan gajet memerlukan pengguna mahir dalam Bahasa
Inggeris khususnya dalam memahami tatacara permainan, prosedur permainan dan bagaimana
menjemput atau “invite” pemain lain melepasi sempadan maya. Ini secara tidak langsung akan
mendorong kepada meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan bercakap dalam bahasa
Inggeris.
2. Sikap Bantu Membantu
Kajian-kajian eksperimen yang dijalankan di Amerika Syarikat dan Singapura mendapati bahawa
permainan social-games membawa kepada lebih banyak sikap “bantu-membantu” di kalangan pemain.
Terdapat permainan yang perlu “invite” permain dan ini boleh mendorong semangat kerjasama dan
meningkatkan kemahiran bersosial.
3. Meningkatkan kemahiran memberi tumpuan.
Permainan games seperti Counter-Strikes, Unreal Tournament, Call Of Duty, dan banyak
lagi.. games yang dikategorikan sebagai FPS (First-Person-Shooter) boleh meningkatkan kemahiran
tumpuan. Kategori “games” FPS ini memerlukan tumpuan dan kemahiran yang sangat tinggi untuk
menjuarai permainan. Jika diterjemahkan kepada pelajaran dan pembelajaran ini akan menajamkan
kemahiran memberi tumpuan.
 
Kesan Negatif
Penggunaan gajet yang tidak dikawal boleh membawa kepada banyak kesan negatif , diantaranya
adalah:

1. Mewujudkan Sikap Malas


Kebiasaanya permainan komputer akan mengasyikkan dan mengambil masa yang lama seseorang
pengguna. Ini boleh meningkatkan sikap malas dan mengakibatkan remaja hanya menumpukan
kepada permainan mahupun gajet masing-masing. Remaja juga boleh menjadi ketagih dan banyak
masa yang produktif seperti mengulang kaji pelajaran diabaikan begitu sahaja.
Sumber: www.justpushstart.com
2. Ketagihan Permainan Komputer
Ketagihan ini sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja akan menghabiskan masa yang
banyak di komputer dan juga bersosial secara maya dengan gajet masing-masing. Masa dan tempat
tidak lagi menjadi isu asal sahaja ada capaian internet maka ketagihan terhadap permainan mahupun
bersosial akan dilakukan demi melepaskan ketagihan. Lama kelamaan ini akan menjadi rantaian
kehidupan dan ketagihan terhadap permainan online tidak dapat elakkan. Masa berharga hanya
dibiarkan berlalu demi ketagihan gajet. Ini adalah impak yang amat tidak baik kepada remaja. Malam
hari dihabiskan dengan melayari internet dan ini akan memburukkan lagi keadaan bahkan boleh
menyebabkan remaja mengalami masalah kesihatan.
 
Sumber: http://vitoajah.files.wordpress.com/2013/12/hand-drawn.jpg
 
3. Kurang Aktiviti Luar & Leka Pada Dunia Maya
Melayari internet secara berlebihan juga menyebabkan individu suka duduk bersendirian sepanjang
masa. Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka. Golongan muda
tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perasaan,
tidak endah reaksi rakan dan orang lain (Donald, 1994). Remaja yang ketagihan permainan online atau
gajet akan menghabiskan banyak masa di alam maya. Ini seterusnya membentuk remaja menjadi
ketagih dan obses dengan komputer. Remaja tersebut akan kurang melakukan aktiviti luar dan fizikal.
Keadaan ini akan mendedahkan remaja kepada masalah psikologi dan juga masalah kesihatan.
4. Keburukan Menggunakan Internet
Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang
maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan
membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan. Selain itu, internet juga membawa maklumat-
maklumat lucah yang boleh menjanakan masalah sosial terutamanya jenayah. Rangkaian internet
boleh juga menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah. menjadi punca utama remaja Melayu
terjebak dalam gejala ponteng sekolah.
5. Kurang Membaca Buku
Internet merupakan sumber maklumat yang mudah dicari dengan menggunakan hujung jari. Justeru,
kemudahan ini menyebabkan kebanyakan individu tidak lagi menuju ke perpustakaan untuk mencari
maklumat. Menurut Donald (1994) lagi, tabiat suka bermain permainan komputer pula mengajar
pelbagai aspek negatif yang memudaratkan seperti menganggap kesilapan sebagai perkara biasa dan
tidak perlu dibimbangkan. Di Britain, ada kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari
di depan komputer. Mereka yang bermain permainan komputer ini hidup dengan dunia mereka sendiri.

6. Masalah Kesihatan
Pengguna lebih cenderung untuk mnjadi obesiti akibat ketagihan layari laman web sosial dan
permainan komputer. Hal ini disebabkan pengguna tidak lagi suka begerak atau bersenam sebaliknya
sanggup makan di depan komputer. Lebih memburukkan keadaan, waktu makan juga tidak
diendahkan.

Penutup
Gajet  ini sebenarnya ada kesan negatif dan positifnya tersendiri, walau bagaimanapun jika tidak dikawal
akan menyebabkan ketagihan berlaku dan sudah tentu akan memberikan banyak impak yang negatif
kepada remaja sebagai contoh sikap malas, kurang aktiviti luar, leka pada alam maya, pelajaran terabai,
kurang kemahiran insaniah, cetek pengetahuan am dan pemikiran terganggu. Secara keseluruhannya,
lelaki lebih ramai mengalami tahap ketagihan yang tinggi berbanding perempuan. Dapatan kajian ini
adalah menyokong dengan dapatan yang dijalankan oleh Mohd Effendi (2010), bahawa pelajar lelaki
mempunyai tahap ketagihan Facebook lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Sekiranya anda
mempunyai masalah begini silalah dapatkan perkhidmatan kaunseling di klinik-klnik berhampiran anda.

Anda mungkin juga menyukai