Anda di halaman 1dari 1

Hubungan diplomatic amat penting bagi setiap Negara di peringkat antarabangsa.

Hubungan
diplomatik yang dibentuk baik secara bilateral maupun multilateral akan mewujudkan kerjasama yang
baik dalam pelbagai bidang.

Hubungan diplomatik anatara Negara dapat mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi. Sebagai
contoh Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Negara-negara industri yang
maju. Oleh kerana Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Negara Jepun dan Korea
Selatan melalui Dasar Pandang Ke Timur, maka mudahlahMalaysia bekerjasama dalam bidang
industri sehingga membolehkan Malaysia Berjaya menghasilkan kereta keluaran Malaysia.

Hubungan diplomatik juga dapat membentuk kerjasama dalam bidang social dan budaya. Pertemuan
wakil-wakil Negara dalam acara dunia seperti festival filem, sudah tentu akan membuahkan projek
usaha sama dalam pembikinan filem.

Selain itu,hubungan diplomatik juga Berjaya membentuk kerjasama dalam bidang Sains dan
Teknologi antara Negara. Melalui hubungan tersebut, negara-negara anggota ASEAN dapat
memanfaatkan Pusat Serantau Sains Asia dan membangunkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
di negara masing-masing.

Hubungan diplomatik juga dapat melahirkan usahasama dalam bidang pendidikan. Negara-negara
ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, dan Indonesia telah bersatu untuk menubuhkan Majlis Bahasa
Brunai-Indonesia-Malaysia(MABBIM) untuk meningkatkan mutu dan penggunaan bahasa Melayu
sebagai lingua franca.

Akhir sekali hubungan diplomatik juga membawa kerjasama yang baik dalam bidang sukan.
Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti sukan SEA, Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik bukan
suatu yang mudah bagi tuan rumah. Negara yang menjadi tuan rumah akan menghubungi negara-
negara lain yang mengambil bahagian dalam acara sukan. Oleh yang demikian, dengan adanya
hubungan diplomatik antara negara ini, kerjasama dalam bidang sukan dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya, pelbagai pihak hendaklah bersatu untuk memastikan kerjasama melalui hubungan
diplomatik Berjaya dilaksanakan. Dengan adanya hubungan diplomatik, segala kesukaran di peringkat
antarabangsa dapat diatasi bersama.

Anda mungkin juga menyukai