Anda di halaman 1dari 15

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JULAI SESI 2021/2022


(JJ212)

BPME 2023
KREATIVITI DAN INOVASI

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE),

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

1
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD KURSUS : BPME2023


KURSUS : KREATIVITI DAN INOVASI
JAM KREDIT :3

SINOPSIS

Kursus ini memfokuskan kepada pengurusan kreativiti dan inovasi dalam


perniagaan kini. Pelajar akan didedahkan dengan konsep dan proses kreativiti
dan inovasi. Pelajar juga akan didedahkan dengan peluang dan cabaran dalam
membangunkan idea, produk dan servis yang selari dengan cabaran-cabaran
dalam perniagaan kini. Pendekatan yang akan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk kursus ini terdiri daripada syarahan, penilaian kendiri,
menyediakan kertas projek dan pembentangan.

OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat

1. Mendefinisikan konsep kreativiti dan inovasi dalam perniagaan.


2. Mengenal pasti kepentingan kreativiti dan inovasi dalam membangunkan
usahawan.
3. Menghuraikan konsep-konsep, mitos dan proses kreativiti dan inovasi
dalam perniagaan.
4. Mengenal pasti kepentingan kreativiti dan inovasi dalam perniagaan hari
ini.
5. Menghuraikan kaedah-kaedah untuk meningkatkan daya kreativiti dan
inovasi serta merebut peluang-peluang dalam perniagaan.
6. Memahami kaedah-kaedah perlindungan idea-idea perniagaan serta
kepentingannya.
7. Membangunkan bakat dan kreativiti melalui tugasan yang diberi.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajaran akan


dibekalkan dengan modul khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini
pelajar telah pun dilengkapkan dengan soalan latihan dan penilaian kendiri
sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan,
pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain (sebarang buku berkenaan

2
kreativiti dan inovasi). Pelajar juga dinasihatkan untuk menjawab soalan-soalan
tambahan yang selalunya disediakan di hujung setiap bab di dalam buku rujukan.
Cara ini akan dapat menolong pelajar untuk memahami dengan lebih jelas serta
dapat meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan teori-teori yang dipelajari
dalam menganalisa hal yang berkaitan.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat


sesi perjumpaan antara pelajar dengan tenaga pengajar telah diatur dan jadual
perjumpaan telah ditetapkan. Di dalam setiap pertemuan yang telah dijadualkan,
penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi perbincangan dan soal jawab.
Maka, dengan itu adalah menjadi KEWAJIPAN pelajar membuat beberapa
persediaan berikut sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan:

I. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi
pertemuan.
II. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan
pembelajaran (misalnya rencana akhbar, majalah atau jurnal) yang boleh
dibincangkan di dalam kelas.
III. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan
yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya.


Walaubagaimanapun adalah diingatkan bahawa jadual tersebut tertakluk kepada
pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan pensyarah dan
penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian ini akan dilakukan berdasarkan kepada:

Tugasan Individu
Tugasan 1 - Laporan jurnal (tugasan 1) 10%

Tugasan Kumpulan
Tugasan 2 - Berkumpulan (Laporan projek) 20%
Tugasan 3 – Persembahan Video 3-5 minit
(Berdasarkan Laporan Projek) 10%

Peperiksaan Pertengahan Semester (Secara Atas Talian) 20%


Pentaksiran Tugasan Akhir (Secara Atas Talian) 40%
JUMLAH 100%

TUGASAN (40%)

Terdapat tiga tugasan yang akan diberikan kepada pelajar pada pertemuan
pertama. Tugasan pertama (10%) ialah Ulasan Jurnal yang berkaitan dengan
kreativiti dan inovasi. Pelajar dikehendaki menulis 1 laporan ringkas antara 3-5
muka surat tentang jurnal yang berkaitan dengan kreativiti dan inovasi. Artikel
jurnal mestilah dari tahun 2017 dan ke atas. Tugasan kedua ialah penyediaan

3
projek berkenaan Penambahbaikan Produk/Servis melalui kreativiti dan inovasi
yang membawa kepada 20% markah daripada markah keseluruhan. Soalan-
soalan bagi tugasan kedua boleh dirujuk pada Kandungan Tugasan Kedua.
Tugasan ketiga pula ialah Persembahan Video 3-5 minit berdasarkan Laporan
Projek tugasan kedua yang membawa kepada 10% daripada jumlah markah
keseluruhan. Pelajar diingatkan agar menepati tarikh akhir penghantaran tugasan-
tugasan tersebut.

Semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar tugasan kepada pensyarah


secara atas talian sebelum PERTEMUAN KEDUA (Tugasan Individu),
PERTEMUAN KEEMPAT (Tugasan 2 & 3). Plagiat bagi tugasan adalah
DILARANG dan boleh mengakibatkan pelajar mendapat status GAGAL bagi
tugasan tersebut.

PERINGATAN: Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti


dalam bentuk potongan markah.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER (20%)

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ketiga secara


atas talian (10.45 pagi – 12.00 tengah hari). Ianya akan merangkumi bab 1, 2, 3,
4, 5 dan 6 sahaja . Peperiksaan ini akan membawa 20% daripada markah
keseluruhan. Format soalan ialah berbentuk objektif di mana sebanyak 40 soalan
objektif akan disoal bagi peperiksaan pertengahan semester. Masa yang
diperuntukkan adalah 1 jam 15 minit sahaja. Pelajar dikehendaki menjawab
semua soalan yang disediakan secara dalam talian.

PENTAKSIRAN TUGASAN AKHIR SEMESTER SECARA ATAS TALIAN (40%)

Pentaksiran tugasan akhir secara atas talian ini adalah bagi menggantikan
peperiksaan akhir. Bentuk pentaksiran akhir ini akan dimaklumkan kepada pelajar
pada PERTEMUAN KETIGA (3). Semua pelajar ditetapkan untuk menghantar
pentaksiran tugasan akhir kepada pensyarah secara atas talian selepas DUA
MINGGU PERTEMUAN KEEMPAT (4).

RUJUKAN UTAMA

Siri Modul Kendiri PJJ (2016). Kreativiti dan Inovasi, Edisi Pertama. Universiti
Utara Malaysia.

RUJUKAN TAMBAHAN

Bessant & Tidd (2015). Innovation & Entrepreneurship. 3rd Edition. John Wiley
&Sons Ltd.

Bessant & Tidd (2011).Innovation & Entrepreneurship. Second Edition. John Wiley
& Sons Ltd.

Frederick, H.H., Kuratko, D.F & Hodgetts, R.M. (2007).Entrepreneruship: Theory,


process & practice. Australia: Thomson Publication.

4
Harvard Business Review Staff. (2009). Managing Creativity & Innovation. United
Kingdom: Harvard Business Review Press.

Abu Bakar Hamed. (2005). Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil.


Sintok, Kedah: Penerbit UUM.

Gupta, P. (2007). Business Innovation in the 21st century. Accelper Consulting


MOSTI’s website.

PANDUAN BELAJAR

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran


sebagai panduan untuk mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran.
Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap tahap
pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar harus
bertanya kepada diri sendiri sama ada beliau sudah mengetahui dan memahami
setiap objektif yang tertulis. Sekiranya pelajar mendapati bahawa beliau kurang
faham atau gagal mencapai objektif-objektif tersebut, maka pelajar perlu
membaca semula pelajaran tersebut dan tandakan para atau pun ayat yang tidak
difahami. Pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan yang ada kepada
pensyarah semasa sesi pertemuan yang diadakan setiap bulan atau berhubung
melalui e-mel. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk berbincang dengan rakan-
rakan sekursus untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, di samping
berkongsi pendapat.

Tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian yang serius daripada pelajar.
Pelajar harus mempunyai iltizam untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik
dan berkualiti terutama bagi tugasan 2. Ini adalah kerana tugasan bukan
sahaja boleh membantu memudahkan proses pembelajaran dan persediaan
untuk menghadapi peperiksaan; tetapi ia juga akan menyumbangkan kepada gred
akhir pelajar untuk kursus ini.

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum


menghadiri perjumpaan/kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat
penting. Hanya dengan persediaan awal dan komitmen yang tinggi daripada
pelajar sahaja keputusan yang cemerlang akan dapat dikecapi pelajar.

5
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE), UUM
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


DAN PENTAKSIRAN AKHIR TUGASAN (UUM)

Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh


Pertemuan 1  Penerangan keseluruhan 4 jam
kursus
07/08/2021 8.00 am-12.00 pm  Kuliah dan perbincangan
(Sabtu) BAB 1, 2 & 3
 Perbincangan tugasan
Pertemuan 2  Kuliah dan perbincangan 4 jam
28/08/2021 BAB 4, 5 & 6
(Sabtu) 8.00 am-12.00 pm  Perbincangan tugasan
Pertemuan 3  Kuliah dan perbincangan 2 1/2 jam
25/09/2021 BAB 7 & 8
(Sabtu) 8.00 am-12.00 pm  Peperiksaan 1 jam 15
Pertengahan Semester minit
(Bab 1, 2, 3, 4, 5 & 6)
(10.45 AM – 12.00 PM).
Pertemuan 4  Kuliah dan perbincangan 4 jam
16/10/2021 BAB 9 &10
(Sabtu) 8.00 am-12.00 pm  Pembentangan laporan
projek kumpulan
 Penutup kuliah akhir
semester

Akan ditentukan/  Pentaksiran Tugasan DUA (2)


PENTAKSIRAN Penghantaran Akhir Semester Secara minggu
TUGASAN secara atas talian Atas Talian Selepas
AKHIR (Semua Bab) Pertemu
SEMESTER an Ke-4

* Tarikh terkini bagi penghantaran tugasan akhir semester akan


dimaklumkan kemudian.*

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah No. Telefon/No. Bilik E-mel


DR. SHAMSUL 04-9287519/ shuda@uum.edu.my
HUDA BINTI ABD 013-4804142
RANI (375; SBM
BANGUNAN UTAMA)

6
7
Tugasan Individu (Tugasan 1)
Ulasan Jurnal Article (Akademik)

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER JULAI SESI 2021/2022


(JJ212) UUM

BPME 2023- KREATIVITI DAN INOVASI

1. Pelajar disarankan pilih satu jurnal yang berkaitan dengan Kreativiti dan
Inovasi.
Contoh: https://goo.gl/kYk11B
2. Article yang dipilih mesti dalam lingkungan tahun 2017-2021.

FORMAT TUGASAN:

3. Pelajar dikehendaki mengikut turutan yang disenaraikan di bawah dalam


laporan tugasan:

i. Muka depan (nama pusat, sesi, kod/nama kursus, tajuk, nama


pensyarah, nama/nombor matrik dan tarikh serahan).
ii. Skima markah (Sila lihat Lampiran 1)
iii. Kandungan Tugasan (ikut tugasan)
iv. Rujukan (Jika Ada)
v. Lampiran (Article yang dipilih dan bahan yang digunakan untuk
sokongan)

4. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau 1.5


baris (1.5 spacing).

5. Gunakan tulisan (font) ARIAL berskala 11 point.

6. Jumlah muka surat ialah 3-5 muka surat sahaja.

7. Setiap helaian kertas tugasan perlu ditaipkan nombor muka surat, kod
kursus dan nama kursus.

8. Anda dibenarkan membuat tugasan ini sama ada dalam Bahasa Malaysia
ATAU Bahasa Inggeris.

9. Sila gunakan tanda bacaan yang betul.

8
10. Markah keseluruhan tugasan anda akan dipotong jika terdapat kesalahan
menaip (typo error), kesalahan ejaan (spelling error) dan kesalahan
tatabahasa (grammatical error).

11. Sebarang alasan di atas KELEWATAN menghantar tugasan TIDAK


AKAN DITERIMA.

12. Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme, peniruan


atau persamaan isi kandungan, susunan ayat dan sebarang bentuk
kecurangan akademik tidak akan diberi sebarang markah.

13. Jika didapati tugasan anda tidak memenuhi mana-mana syarat yang
ditetapkan di atas, maka markah keseluruhan tugasan akan dipotong
dengan sewajarnya.

14. Sebarang permasalahan atau persoalan, sila rujuk pensyarah anda.

9
LAMPIRAN 1

NO Penilaian Catatan Ada / Tiada


1 Pendahuluan

2 Ulasan Article

3 Cadangan

4 Susunan penulisan
Jumlah markah

Komen: _____

Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

10
Tugasan Kumpulan (Tugasan 2)
Penambahbaikan Produk/Perkhidmatan

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER JULAI SESI 2021/2022


(JJ212) UUM

BPME 2023- KREATIVITI DAN INOVASI

1 Pelajar perlu memilih sejenis produk/perkhidmatan yang ada di pasaran.

2. Pelajar diminta untuk menerangkan sekurang-kurangnya TIGA (3) konsep


kreativiti dan inovasi yang dipelajari yang telah diaplikasi dalam
produk/servis yang dipilih oleh pelajar.

3. Pelajar diminta untuk mencadangkan sekurang-kurangnya TIGA (3)


konsep atau kaedah-kaedah yang boleh meningkatkan daya kreativiti dan
inovasi produk yang dipilih oleh pelajar.

4. Beri justifikasi bagi setiap konsep atau kaedah-kaedah kreativiti yang dipilih
(nyatakan bagaimana konsep/kaedah tersebut boleh menjadikan
produk/servis mempunyai kelebihan saingan dan membolehkan
produk/servis terus berdaya saing di pasaran.

FORMAT TUGASAN:

1. Bahan rujukan anda perlulah yang TERBARU (keluaran 2012-2021).

2. Rujukan perlu mengikut format AMERICAN PSYCHOLOGICAL


ASSOCIATION (APA).

3. Pelajar dikehendaki mengikut turutan yang disenaraikan di bawah dalam


laporan tugasan:

I. Muka depan (nama pusat, sesi, kod/nama kursus, tajuk, nama


pensyarah, nama/nombor matrik dan tarikh serahan). Cover muka
hadapan hendaklah berbentuk seperti buku Laporan Tahunan
Syarikat (Annual Report)
II. Garis panduan penyediaan laporan projek (Sila lihat Lampiran 2)
III. Senarai Isi kandungan

11
IV. Kandungan Tugasan (ikut tugasan)
V. Rujukan
VI. Lampiran

4. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau 1.5


baris (1.5 spacing).

5. Gunakan tulisan (font) ARIAL berskala 11 point.

6. Jumlah minimum muka surat ialah 20 muka surat.

7. Setiap helaian kertas tugasan perlu ditaipkan nombor muka surat, kod
kursus dan nama kursus.

8. Anda dibenarkan membuat tugasan ini sama ada dalam Bahasa Malaysia
ATAU Bahasa Inggeris.

9. Sila gunakan tanda bacaan yang betul.

10. Markah keseluruhan tugasan anda akan dipotong jika terdapat kesalahan
menaip (typo error), kesalahan ejaan (spelling error) dan kesalahan
tatabahasa (grammatical error).

11. Sebarang alasan di atas KELEWATAN menghantar tugasan TIDAK


AKAN DITERIMA.

12. Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme, peniruan


atau persamaan isi kandungan, susunan ayat dan sebarang bentuk
kecurangan akademik tidak akan diberi sebarang markah.

13. Jika didapati tugasan anda tidak memenuhi mana-mana syarat yang
ditetapkan di atas, maka markah keseluruhan tugasan akan dipotong
dengan sewajarnya.

14. Sebarang permasalahan atau persoalan, sila rujuk pensyarah anda.

Lampiran 2

12
GARIS PANDUAN TUGASAN KEDUA (LAPORAN PROJEK)

NO Penilaian Catatan Ada / Tiada


1 Latar belakang syarikat yang
mengeluarkan produk/servis

2 Ulasan terhadap produk/servis


contohnya kegunaan produk dan
sebagainya.
3 Ulasan sekurang-kurangnya TIGA
(3) konsep kreativiti dan inovasi
yang dipelajari yang telah
diaplikasi dalam produk/servis dan
bincangkan kelebihannya dalam
pasaran bagi setiap konsep
kreativiti dan inovasi yang
dinyatakan .
4 Mencadangkan sekurang-
kurangnya TIGA (3) konsep atau
kaedah-kaedah kreativiti dan
inovasi yang telah dipelajari yang
boleh meningkatkan daya kreativiti
dan inovasi produk/servis sedia
ada.
5 Kesimpulan
6 Rujukan, lampiran dan softcopy
Jumlah markah

Komen:

Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

Tugasan Kumpulan (Tugasan 3)


Persembahan Video

13
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER JULAI SESI 2021/2022
(JJ212) UUM

BPME 2023- KREATIVITI DAN INOVASI

1. Pelajar dikehendaki menyediakan video 5-10 minit berdasarkan projek


kumpulan (tugasan 2).
2. Video mesti berbentuk penjelasan tentang projek kumpulan dengan
menggunakan gabungan multimedia dan bukannya berbentuk “Talk and
Record”

FORMAT TUGASAN:

1. Video mesti dalam lingkungan 5-10 minit.


2. Dihantar dalam bentuk softcopy menggunakan format AVI, MPEG ataupun
WMV sahaja.

LAMPIRAN 3

NO Penilaian Catatan Ada / Tiada


1 Aturan kandungan/Isi

2 Kualiti audio dan


video

3 Kejelasan isi
persembahan

14
4 Elemen teknikal

5 Kualiti persembahan

Jumlah markah

Komen: _____

Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

15

Anda mungkin juga menyukai