Anda di halaman 1dari 5

BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER APRIL SESI 2021/2022 (JA211)

BKAL1013
PERAKAUNAN PERNIAGAAN
BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Kursus : Perakaunan Perniagaan


Kod Kursus : BKAL1013
Jam Kredit : 3

SINOPSIS KURSUS

Kursus Perakaunan Perniagaan direkabentuk untuk memberi pengetahuan dan pendedahan


kepada para pelajar yang tidak mengkhusus dalam jurusan perakaunan. Kursus ini
mengintegrasikan dua disiplin perakaunan iaitu : (1) Perakaunan Kewangan; dan (2) Perakaunan
Pengurusan. Penerapan kursus ini diharapkan akan dapat memberikan pengetahuan dan
pendedahan asas perakaunan kepada para pelajar untuk dipraktikkan di dalam organisasi-
organisasi pada masa hadapan. Ini kerana perakaunan adalah satu pengetahuan yang sangat
penting di dalam membuat perancangan dan keputusan yang tepat dan realistik. Sepanjang
kursus ini, para pelajar akan diterapkan dengan teori-teori dan praktikal perakaunan di dalam
pembelajaran dan pengajaran.

OBJEKTIF KURSUS
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:

i. Mengetahui konsep-konsep asas perakaunan;


ii. Menerangkan maksud, peranan dan kepentingan maklumat perakaunan;
iii. Mengetahui aliran penyediaan maklumat perakaunan seperti proses penyediaan laporan kewangan; dan
iv. Menggunakan maklumat perakaunan bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat
dan realistik.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Pelajar akan dibekalkan dengan modul
khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini soalan latihan dan penilaian kendiri
disertakan sebagai tambahan kepada nota. Pelajar-pelajar dinasihatkan menjawab soalan-soalan
tambahan yang selalunya disediakan dihujung setiap bab.

Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain
supaya dapat memahami lebih jelas mengenai teori-teori yang dipelajari dalam menganalisa hal
yang berkaitan.

Empat sesi pertemuan antara pelajar dan tenaga pengajar secara online telah diatur. Di dalam
setiap pertemuan yang telah dijadualkan, penumpuan akan diberikan kepada perbincangan dan
soal jawab.
BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Maka dengan itu pelajar dinasihatkan membuat beberapa persediaan sebelum hadir ke setiap sesi
pertemuan iaitu membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi
pertemuan, membuat rujukan tambahan dan memberi kerjasama serta melibatkan diri dalam sesi
perbincangan yang dikendalikan.

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Topik Tempoh Catatan


Pertemuan 1 Penerangan keseluruhan kursus 4 jam
Perbincangan: -Arahan tugasan 1
23/4/2021 Bab 1: Persekitaran Perakaunan
Bab 2: Konsep dan Amalan Perakaunan
Bab 3: Proses Perekodan
Bab 4: Melengkapkan Kitaran
Perakaunan

Pertemuan 2 Perbincangan: 4 jam


Bab 5: Perakaunan untuk Firma -Serahan tugasan 1
28/5/2021 Perdagangan (10%)
Bab 6: Laporan Tahunan Syarikat
Bab 7: Analisis Penyata Kewangan

Pertemuan 3 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 1.5 jam


SEMESTER -Mid Sem (20%)
25/6/2021
Perbincangan:
-Arahan tugasan 2
Bab 8: Perakaunan Pengurusan 2.5 jam
Bab 9: Analisis Kos Volum Untung

Pertemuan 4 Perbincangan: 4 jam


Bab 10: Belanjawan sebagai Alat -Serahan tugasan 2
16/7/2021 Perancangan dan Kawalan (10%)
Bab 11: Analisis Sisihan dan
Pengkosan Piawai

Pertemuan 5 PEPERIKSAAN AKHIR 3 jam


(MELIPUTI BAB 5 HINGGA 11)
11/8/2021
hingga
18/8/2021
BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

PENILAIAN KURSUS
Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir.
Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan
markah adalah seperti berikut:

Tugasan 1 : 10%
Tugasan 2 : 10%
Ujian Pertengahan Semester : 30%
Ujian Akhir : 50%
Jumlah : 100%

TUGASAN (20%)

DUA (2) tugasan individu bernilai 20% akan diberikan kepada pelajar. Tugasan ini hendaklah
disiapkan mengikut tempoh yangtelah ditetapkandandiserahkankepada pensyarahpada pertemuan
II dan IV. Kegagalan menyerahkan tugasan akan menyebabkan anda kehilangan markah tugasan
sebanyak 20%. Tugasan ini ialah tugasan secara individu.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER (30%)

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ketiga yang merangkumi bab
1 hingga bab 4 yang telah dipelajari dan masa peperiksaan adalah 1 ½ jam. Format soalan
peperiksaan akan ditentukan kemudian.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (50%)

Peperiksaan akhir semester akan diadakan pada pertemuan kelima. Pelajar akan dimaklumkan
kemudian mengenai tarikh, masa dan tempat peperiksaan. Peperiksaan akhir merangkumi bab 5
hingga bab 11 yang telah dipelajari dan masa peperiksaan adalah 3 jam. Format soalan
peperiksaan akan ditentukan kemudian.

RUJUKAN UTAMA

Akilah, A., Noor Asma, J., Noraza, M. U., Robiah, A. B., and Zaimah, Z. A. (2009). Perakaunan
Perniagaan-Siri Modul Kendiri PLK. Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia, Sintok.

RUJUKAN TAMBAHAN
Rosli, M., Junaidah, H. A., Mudzamir, M., Muzainah, M., Natrah, S., Noor Asma, J., et al. (2011).
Accounting: A Malaysian perspective (4 ed.). Cengage, Singapore

Norfaiezah, S., Fathiyyah, A.B., Saliza, A.A., Zaimah, A., Mohd Farid Asraf, M.H. & Ram Al
Jafri, S. (2009). Business Accounting: Easy Guide. Kuala Lumpur. Pearson-Prentice Hall.

Ropidah, O., Haslinda, H., Aryati, S. J., & Liana, M. (2006). Accounting principles. Kuala Lumpur:
Mc Graw Hill.
BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Warren, C.S., Reeves, J.M & Fess, P.E. (2002). Accounting (20e), South-Western Thompson
Learning, USA.

Che Zuriana, Akilah, Noriah, Noor Azizi, Mohd Azlan, (2001), Perakaunan Perniagaan, Penerbit
UUM, Sintok.

Engku Ismail Engku Ali (2001), Perakaunan Perniagaan, Kuala Lumpur. Pearson-Prentice Hall.

SENARAI TENAGA PENGAJAR

Pensyarah Masa Rundingan Telefon E-mel

Melalui
Dr. Amir Samsudin 019-3975775 amir@uum.edu.my
Temujanji
(Kumpulan A, E & LW)

Dr. Mohd Herry Mohd Melalui


019-5727878 herry@uum.edu.my
Nasir (Kumpulan C) Temujanji

Prof. Dr. Ram Al Jaffri Melalui


019-5681574 ram@uum.edu.my
Saad Temujanji
(Kumpulan I, M & MR)

Dr. Yusman Yacob Melalui


016-8611814 yusmanacademic@gmail.com
(Kumpulan O & K) Temujanji

En. Khairul Firdaus Hj. Melalui


012-7575159 firchevy@gmail.com
Adrutdin Temujanji
(Kumpulan G)

Dr. Marhaiza Ibrahim Melalui


019-4772895 marhaiza@uum.edu.my
(Kumpulan AA & Q) Temujanji

Anda mungkin juga menyukai