Anda di halaman 1dari 10

BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER 2021/2022

BPMN 3103
SEMINAR PEMIKIRAN PENGURUSAN

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

KURSUS : SEMINAR PEMIKIRAN PENGURUSAN

KOD KURSUS : BPMN 3103

JAM KREDIT :3

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang meluas kepada para pelajar
tentang evolusi pemikiran pengurusan dalam skop yang menyeluruh. Bagi
mencapai tujuan tersebut, perbincangan mengenai sejarah pembangunan
pengurusan, aplikasi teori-teori utama pengurusan dan bagaimana kewujudan
idea-idea pengurusan akan ditekankan di dalam kuliah. Kursus ini juga akan
merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan pembangunan pengetahuan dan
konsep pengurusan dalam era sebelum dan selepas perindustrian. Isu-isu dalam
amalan pengurusan semasa akan dibincangkan berdasarkan artikel-artikel
daripada buku dan jurnal akademik.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:-

1. Membincangkan sejarah kewujudan dan pembangunan teori-teori


pengurusan.
2. Membincangkan proses dan teknik dalam pembentukan (formulation)
teori- teori pengurusan.
3. Membincangkan secara kritis tentang teori-teori pengurusan dan
mengaitkannya dengan latarbelakang para pemikir/sarjana pengurusan.
4. Mengaplikasikan konsep pengurusan dalam persekitaran ekonomi, politik
dan sosial yang sentiasa berubah.
5. Mengemukakan idea-idea tentang isu-isu pengurusan semasa serta
mengaitkannya dengan situasi pekerjaan yang berbeza-beza.

KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajar akan


dibekalkan dengan modul khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini
pelajar telahpun dilengkapkan dengan soalan latihan dan penilaian kendiri
sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan,
pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain. Pelajar juga dinasihatkan
untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran. Cara ini akan dapat menolong
pelajar untuk memahami dengan lebih jelas satu-satu topik pelajaran serta dapat
meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan teori-teori dan disiplin
dalam bidang ini.

2
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, lima


sesi perjumpaan atas talian antara pelajar dan tenaga pengajar telah ditetapkan.
Pelajar dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum mengikuti
ke setiap sesi perjumpaan:

i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap


sesi pertemuan.
ii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi
perbincangan yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan di dalam bahagian seterusnya. Walau


bagaimanapun adalah diingatkan bahawa jadual tersebut tertakluk kepada
pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan UPLK-UUM untuk
mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan


semester, kuiz dan kajian kes. Komponen-komponen ini akan diterangkan
dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adalah seperti
berikut:-

Kerja Kursus 100%


Peperiksaan Pertengahan Semester 20%
Tugasan Individu (Tokoh) 15%
Tugasan Individu (Organisasi) 15%
Pembentangan video (Tokoh) 10%
Kuiz (2) 40%
Jumlah 100%

TUGASAN DAN PEMBENTANGAN

Dua tugasan yang akan diberikan kepada pelajar secara individu. Tugasan
pertama melibatkan perbincangan berkaitan seorang tokoh pengurusan yang
dipilih. Tugasan kedua melibatkan pengaplikasian teori pengurusan dalam
penyelesaian masalah di dalam organisasi.

Setiap individu dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja berkaitan tokoh


pengurusan (dalam bentuk video) di mana markah sebanyak 10% akan
diperuntukkan bagi tujuan ini. Video ini berkaitan Tugasan 1. Pelajar perlu
menghantar video pembentangan ke dalam YouTube Channel/Google Drive
untuk ditonton oleh rakan-rakan lain. Link video perlu dihantar seminggu
sebelum pertemuan ke empat, supaya pelajar-pelajar lain boleh mendapat
informasi awal sebelum sesi perbentangan dan bagi menggalakkan sesi
soaljawab. Perbincangan berkaitan pembentangan akan dilakukan pada
pertemuan ke empat (4). Pelajar dikehendaki menulis mengikut format
penulisan ilmiah dengan menggunakan sistem APA.

3
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

Peringatan: Sebarang kelewatan menyerahkan tugasan akan menjejaskan


markah pelajar.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ketiga (3)


dalam bentuk open booked exam (tertakluk kepada pindaan). Format soalan
ialah berbentuk subjektif dan bilangan soalan akan dimaklumkan kemudian.

KUIZ (2)

Dua kuiz akan diberikan pada pertemuan ke-empat dan ke-lima bagi mengukur
tahap pengetahuan dan pengaplikasian teori ke dalam organisasi.

RUJUKAN UTAMA

Modul BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan. Unit Pengajian Luar


Kampus, Universiti Utara Malaysia: Sintok.

RUJUKAN TAMBAHAN

Cole, G. A & Kelly, P. (2011) Management Theory And Practices (7th. Ed).
Hampshire: South-Western Cengage Learning

Sheldrake, J. (2003). Management Theory (2nd. Ed). London:Thomson

Matteson, M.T. & Ivancevich, J.M. (1996). Management and Organizational


Behavior Classics (6th. Ed). Chicago:Irwin.

Schermerhon, J.R. Jr (2007). Exploring management: in modules. USA: Wiley.

Handy, C. (1993). Understanding organizations. England: Penguin Group.

Daft, R. L (2006). The New Era of Management. Ohio: Thomson.

Jaffee, D. (2001). Organization theory: tension and change. Singapore: McGraw


Hill.

Lewis, P. S., Goodman, S. H. & Fandt, P.M. (2004). Management: Challengers


for tomorrow’s leaders, (4th . Ed). Ohio: Thomson Learning.

Miner, J.B. (1995). Administrative and Management Theory. Aldershot:


Dartmouth.

4
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

Pugh, D. S. & Hickson, D. J. (1989). Writers on organizations. England: Penguin


Group.

Wren, D. A. (1994). The Evolution of Management Thought. New York: John


Wiley & Sons.

PANDUAN BELAJAR

Kursus BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan adalah satu kursus yang
mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang isu-isu pengurusan yang wujud
pada zaman lampau dan juga pada masa kini. Kursus ini dapat membentuk
pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kritis dalam mengaplikasikan teori-teori
pengurusan yang dipelajarinya dalam persekitaran pekerjaan di suatu masa
nanti.

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran


sebagai panduan mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif
ini juga boleh dijadikan sebagai pengukur terhadap tahap pemahaman pelajar di
akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar harus bertanya kepada diri sendiri
sama ada sudah mengetahui atau memahami setiap objektif bertulis. Sekiranya
pelajar mendapati beliau kurang faham atau gagal mencapai objektif-objektif
tersebut, maka pelajar perlu membaca semula pelajaran tersebut dan menanda
ayat atau para yang tidak difahami. Pelajar boleh mengajukan sebarang
pertanyaan kepada pensyarah semasa pertemuan yang diadakan pada setiap
bulan. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk berbincang dengan rakan-rakan
untuk menambah pemahaman di samping berkongsi pendapat.

Pelajar juga disarankan supaya berusaha menjawab setiap Soalan Dalam Teks
(SDT) dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK) yang disediakan di dalam modul.
Adalah penting untuk pelajar menjawab soalan-soalan tersebut sebelum
membaca jawapannya di belakang setiap pelajaran. Ini kerana dengan berbuat
demikian pelajar boleh mengetahui dengan lebih jelas mengenai tahap
kefahaman dan pengetahuannya terhadap sesuatu pelajaran. Khususnya, jika
jawapannya adalah sama (dari fakta) dengan jawapan yang tersedia, maka
beliau dikatakan telah memahami sesuatu pelajaran. Jika sebaliknya, maka
pelajar harus mengulang baca pelajaran tersebut sehingga beliau dapat
menguasai dengan sepenuhnya. Dalam kursus ini, para pelajar harus mengingati
banyak teori dan pandangan tokoh yang berkaitan. Justeru itu, anda harus
memahami teori-teori tersebut terlebih dahulu sebelum menghafalnya. Bagi
memudahkan anda mengingatinya anda harus membuat nota ringkas terlebih
dahulu.

Di samping itu, tugasan yang diberikan sepatutnya mendapat perhatian yang


serius dari pelajar. Pelajar perlu mempunyai iltizam untuk menghasilkan tugasan
dengan baik dan berkualiti. Oleh itu, tugasan yang dibuat mestilah merujuk
kepada buku-buku ilmiah, artikel dan jurnal sebagai tambahan kepada isi kuliah
yang telah disebut oleh pensyarah. Tugasan yang hanya merujuk kepada modul
sahaja tidak akan mendapat keputusan yang cemerlang. Ini adalah kerana
tugasan bukan sahaja boleh membantu memudahkan proses pembelajaran dan

5
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi juga menyumbang kepada


gred akhir pelajar untuk kursus ini.

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum


menghadiri perjumpaan/kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat
penting. Hanya dengan persediaan awal dan komitmen yang tinggi daripada
pelajar sahaja keputusan yang cemerlang dapat dikecapi.

TENAGA PENGAJAR

Pensyarah Telefon Email

PM Dr. Siti Norasyikin Binti 019-5797610 norasyikin@uum.edu.my


Abdul Hamid
(UUM Sintok)
Dr Hanissah Binti A. Razak 019-4741607 hanissah@uum.edu.my
(UUM KL)

JADUAL SESI PEMBELAJARAN

6
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

Pertemuan/Tarikh/ Modul Catatan


Tempat
FALSAFAH, SEJARAH DAN
Pertemuan 1 PERANAN PENGURUSAN DAN  Penerangan
PENGURUSAN DI ABAD 21 Keseluruhan
(BAB 1-3) Kursus
 Pengenalan dan Falsafah  Pengagihan
Pengurusan tugasan
 Sejarah Perkembangan Teori-  Penentuan
Teori Pengurusan tajuk tugasan
 Pengurusan di Abad ke 21

PERANCANGAN DAN
Pertemuan 2 PENGORGANISASIAN (BAB 4-5)
 Perancangan
 Pengorganisasian

PENGARUHAN (BAB 6)
 Kepimpinan

 Peperiksaan Pertengahan  1 ½ Jam


Pertemuan 3 Semester

PENGARUHAN (BAB 7)
 Pasukan

PENGAWALAN (BAB 8)
 Kawalan

PENGAWALAN (BAB 9)
Pertemuan 4  Pengurusan Teknologi Maklumat
 Penyerahan
ISU-ISU PENGURUSAN MASA KINI Tugasan
(BAB 10)
 Etika dan Tanggungjawab Sosial

PEMBENTANGAN DAN
Pertemuan 5
PERBINCANGAN TUGASAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

7
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

KOLEJ PERNIAGAAN

BPMN 3103 SEMINAR PEMIKIRAN PENGURUSAN


PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) – UUM SINTOK
SEMESTER JANUARI SESI 2020/2021

TUGASAN

PENDAHULUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari
dengan lebih mendalam tentang teori-teori pengurusan yang menjadi asas
kepada amalan pengurusan pada masa kini. Pemahaman terhadap teori-teori ini
akan dapat membekalkan pengetahun yang berguna kepada pelajar untuk
diaplikasikan di dalam organisasi masing-masing. Maklumat yang diperolehi
menerusi penulisan tugasan ini akan dikongsi bersama melalui pembentangan
yang dijalankan.

GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR

TUGASAN PERTAMA

Pelajar perlu membincangkan latar belakang tokoh, konsep pengurusan,


kelebihan dan kekurangan teori/konsep pengurusan yang dibangunkan oleh
tokoh pengurusan yang dipilih.

Pilihan Tokoh adalah seperti berikut:


1. John Kotter-perlaksanaan perubahan dalam organisasi (langkah-langkah)
2. Micheal Porter
3. Igor Ansoff
4. Peter Senge
5. Bruce Tuckman
6. Martin Fishbein and Icek Ajzen
7. Daniel Goleman
8. Dan lain-lain yang dipersetujui oleh pensyarah

Kandungan Tugasan Individu

Isi Kandungan.

1.0 Pengenalan/latar belakang tokoh.


2.0 Sejarah Teori/Model.
3.0 Komponen-Komponen Utama Teori/Model.
4.0 Pengaplikasian Teori/Model Dalam kontek Pengurusan Sebenar.
5.0 Kekuatan/Kelebihan Teori/Model
6.0 Kelemahan Teori/Model
7.0 Kesimpulan

TUGASAN KEDUA

8
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

1. Pelajar perlu memilih sebuah organisasi dan mengenalpasti masalah yang


berlaku di dalam organisasi tersebut. DUA masalah perlu disenaraikan.

2. Seterusnya, pelajar perlu membincangkan punca berkemungkinan masalah


berlaku dan seterusnya mencadangkan penyelesaian masalah terbaik bagi
menangani masalah yang wujud.

KANDUNGAN TUGASAN

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan Organisasi


2.0 Maklumat/Latar belakang organisasi
3.0 Masalah Organisasi
4.0 Punca Masalah
5.0 Strategi (teori/konsep) Penyelesaian Masalah (Aplikasikan teori
pengurusan)
6.0 Kesimpulan

Rujukan

Anda dibenarkan merujuk kepada semua jenis bahan bacaan tetapi kegiatan
PLAGIARISM adalah DILARANG sama sekali.

FORMAT TUGASAN:

1. Rujukan perlu mengikut format AMERICAN PSYCHOLOGICAL


ASSOCIATION (APA) edisi keenam.

2. Pelajar dikehendaki mengikut turutan yang disenaraikan di bawah dalam


laporan tugasan:

i. Muka depan (tajuk, kod/nama kursus, nama pensyarah,


nama/nombor matriks dan tarikh serahan).
ii. Skema markah (Rujuk Lampiran 2)
iii. Senarai kandungan
iv. Kandungan tugasan
v. Rujukan
vi. Lampiran

3. Pelajar dikehendaki menghantar laporan tugasan dalam bentuk softcopy


dalam CD yang dilekatkan di bahagian akhir laporan tugasan.

4. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau dua


baris (double spacing).

5. Gunakan tulisan (font) TIMES NEW ROMAN berskala 12 point.

9
BPMN 3103 Seminar Pemikiran Pengurusan PJJ UUM

6. Setiap helaian kertas jawapan perlu ditaipkan nombor muka surat, kod
kursus dan nama kursus.

7. Anda dikehendaki menyediakan tugasan dalam Bahasa Malaysia.

8. Markah keseluruhan tugasan anda akan dipotong jika terdapat kesalahan


menaip (typo error), kesalahan ejaan (spelling error) dan kesalahan
tatabahasa (grammatical error).

9. Sebarang alasan di atas kelewatan menghantar tugasan tidak akan


diterima.

10. Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme, peniruan


atau persamaan isi kandungan, susunan ayat dan sebarang bentuk
kecurangan akademik tidak akan diberi sebarang markah.

11. Jika didapati tugasan anda tidak memenuhi mana-mana syarat yang
ditetapkan di atas, maka markah keseluruhan tugasan akan dipotong
dengan sewajarnya.

12. Sebarang permasalahan atau persoalan, sila rujuk pensyarah anda.

10

Anda mungkin juga menyukai