Anda di halaman 1dari 13

Soft Skills 1 UHS1021

Kursus Soft Skills 1 ialah kursus wajib universiti. Kursus ini bersamaan 1 kredit dengan 2 jam pertemuan seminggu. Ia menekankan tujuh elemen kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kursus ini memberikan pendedahan bagaimana membina dan mempamerkan kemahiran berkenaan.

Sinopsis Kursus ini merupakan pengenalan berkenaan asas-asas kemahiran insaniah yang diperlukan oleh pelajar universiti pada hari ini. Kemahiran insaniah yang diperkenalkan adalah kepemimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran berterusan, etika dan moral serta kemahiran kerohanian. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah pembelajaran berpusatkan pelajar. Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam pasaran dunia pekerjaan hari ini.

Objektif kursus Di akhir kursus ini para pelajar akan mampu: mengenalpasti elemen kemahiran insaniah yang ditentukan oleh universiti mempamerkan kemahiran insaniah dalam berinteraksi dengan masyarakat dalam pelbagai situasi mengaplikasi kemahiran insaniah dalam pelbagai aktiviti dan program

Elemen kemahiran insaniah dalam kursus ini 1. Kepemimpinan Dalam topik ini pelajar akan didedahkan kepada perkara-perkara asas berkenaan konsep kepemimpinan seperti definisi, teori-teori kepemimpinan, ciri-ciri kepemimpinan dan sebagainya. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan aktiviti kajian kes bagi

menjelaskan lagi kefahaman berkenaan topik ini. Di akhir kursus ini diharapkan pelajar mempunyai pengetahuan yang jelas berkenaan topik kepimpinan serta berkeupayaan mengaplikasikan elemen kepimpinan dalam tugasan-tugasan yang diberikan.

2. Kerja berkumpulan Dalam topik ini pelajar akan didedahkan kepada perkara-perkara asas berkenaan kemahiran kerja berkumpulan seperti definisi, konsep, tahap-tahap perkembangan dalam kerja berkumpulan, ciri-ciri kerja berkumpulan dan sebagainya. Pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa aktiviti yang menuntut penghayatan kerja berkumpulan. Di akhir kursus ini pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan dan berupaya mengaplikasi kemahiran ini dalam situasi yang diperlukan.

3. Kemahiran berkomunikasi Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan komunikasi yang berkesan. Tumpuan akan diberikan kepada bentuk komunikasi, teknik dan kaedah yang berkesan dalam menyampaikan maklumat. Melalui kaedah pembelajaran berdasarkan masalah (PBL), kemahiran komunikasi pelajar akan diasah dan diperkukuh.

4. Etika dan moral professional Topik Etika dan Moral Profesional bertujuan membentuk disiplin dan membangunkan nilainilai murni dalam diri pelajar. Para pelajar akan didedahkan kepada nilai-nilai dan etika yang perlu diamalkan oleh seorang professional. Pelajar juga akan ditunjukkan contohcontoh amalan tidak baik yang mesti dielakkan oleh seorang professional. Proses penerapan etika sebagai seorang professional dijalankan sepanjang semester.

5. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Topik Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah ini bertujuan melatih para pelajar untuk mengaplikasi teknik berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Dari aspek teori, pelajar didedahkan kepada definisi, teknik dan contoh pemikiran kritis. Dari segi aplikasi pula, pelajar akan diberikan satu permasalahan berasaskan fakta sebenar dan ditugaskan

untuk

menyelesaikannya

secara

berkumpulan.

Pelajar

akan

dibimbing

untuk

mengaplikasikan kaedah terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang diberikan.

6. Pembelajaran berterusan Dalam topik ini para pelajar akan didedahkan dengan perkara-perkara asas berkenaan elemen pembelajaran berterusan. Antara perkara yang didedahkan dalam topik ini adalah kemahiran mencari maklumat, menguruskan maklumat dan sebagainya. Menerusi pendedahan ini, pelajar dapat menguruskan maklumat dengan lebih berkesan dalam mengukuhkan kemahiran pembelajaran berterusan.

7. Kemahiran kerohanian Dalam topik ini pelajar akan didedahkan kepada perkara-perkara asas berkenaan konsep kemahiran kerohanian. Antara perkara yang didedahkan kepada pelajar adalah aspek mental dan kesannya terhadap keperibadian. Selain itu, aspek kerohanian turut ditekankan mengikut perspektif Islam kepada pelajar muslim manakala bagi bukan muslim pula akan didedahkan aspek akhlak dan moral.

PERLAKSANAAN KURSUS SOFT SKILLS 1 DI UMP

PERANCANGAN P&P MINGGU 1 TOPIK Pengenalan CATATAN Taklimat berkenaan soft skills / subjek / penilaian Taklimat berkenaan penilaian soft skills terapan Pembahagian kumpulan 2 Etika & Moral Profesional (EMP)

Etika & Moral Profesional Hantar proposal @ bentang proposal projek (EMP) (Huraian berkenaan core values UMP)

Kemahiran (SS) /

Kerohanian Program khusus untuk non-muslim (malam)

Muslim (siang): Tajuk: Prinsip kehidupan

Aqidah dan kehidupan 5 Kemahiran (SS) / Kerohanian Program khusus untuk non-muslim (malam)

Muslim (siang): Tajuk: Matlamat kehidupan

Ibadah dan kehidupan 6 Kemahiran Kepemimpinan (LS)

Kemahiran Kepemimpinan Simulasi 1 (LS)

Kemahiran Berpasukan (TWS)

Kerja

Kemahiran Berpasukan (TWS)

Kerja Simulasi 2

10

Pemikiran Penyelesaian (CTPS)

Kritis

&

Masalah

11

Pemikiran Penyelesaian (CTPS)

Kritis

& Simulasi 3 / Hantar laporan projek

Masalah

12

Kemahiran (CS)

Komunikasi Pembentangan projek

13

Kemahiran (CS)

Komunikasi Ujian akhir

14

Kemahiran Pembelajaran Kerjasama dengan pihak perpustakaan

Berterusan (LLL)

PERLAKSANAAN P&P

I.

Pembelajaran dan Pengajaran

Pembelajaran dan pengajaran kursus ini akan dijalankan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL). Secara umumnya perjalanan pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut: Setengah jam pertama pensyarah menjelaskan konsep, contoh, prinsip Setengah jam kedua adalah sesi interaksi antara pensyarah dan pelajar Satu jam terakhir adalah sesi aktiviti pelajar dalam kelas

II.

Penilaian

Projek: 30% Antara lain tujuan projek ini adalah untuk memahamkan pelajar dengan lebih mendalam terhadap kemahiran insaniah serta membuka ruang kepada mempraktikkan elemenelemen kemahiran insaniah. Bagi memenuhi tujuan tersebut maka pelajar dikehendaki menyediakan video lakonan berkaitan elemen-elemen kemahiran insaniah yang telah dipelajari di dalam kelas.

Simulasi : 30% Simulasi adalah aktiviti dalam kelas yang perlu dilaksanakan pelajar berdasarkan arahan yang diberikan oleh pensyarah. Antara contoh aktiviti yang berkenaan adalah seperti penyelesaian masalah, kajian kes, analisis video dan sebagainya. Pemarkahan akan diberikan kepada pelajar menerusi penilaian terhadap penyertaan dalam aktiviti yang berkenaan serta persembahan kumpulan. Simulasi ini akan dijalankan sebanyak 3 kali sepanjang kursus berjalan dengan setiap satu daripadanya bersamaan 10 markah.

Ujian akhir: 40%

Ujian akhir merangkumi keseluruhan topik yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajian ini.

Perincian penilaian

I.

Projek

Panduan projek:

Objektif: Memahami elemen-elemen kemahiran insaniah menerusi perlaksanaan projek. Mempraktikkan elemen-elemen kemahiran insaniah menerusi projek yang dijalankan.

Perlaksanaan Pelajar dikehendaki menyediakan satu klip video berkaitan salah satu daripada elemen kemahiran insaniah yang dipelajari dalam kursus ini. Bilangan ahli kumpulan adalah antara 5 hingga 6 orang pelajar. Pelajar perlu menyediakan jalan cerita / skrip / proposal terlebih dahulu sebelum penggambaran. Jalan cerita / skrip / proposal ini perlu diserahkan kepada pensyarah pada minggu ke 3.( Jalan cerita perlulah tidak bercanggah dengan elemen EMP dan nilai teras UMP) Cerita yang divideokan adalah dalam jangka masa 2 hingga 5 minit. (tidak boleh kurang atau lebih daripada masa yang telah ditetapkan) Pelajar perlu menghantar hasil kerja dalam bentuk laporan bertulis dan cakera padat kepada pensyarah selewat-lewatnya pada minggu ke 11. Setiap penghantaran perlu diikuti dengan tindakan menandatangani buku laporan pensyarah. (Nama kumpulan, ahli kumpulan, no ID, seksyen kelas dan tajuk video perlu ditulis pada sampul cakera padat)

Hasil kerja akan dipersembahkan kepada tontonan semua pelajar pada minggu ke 12 pengajaran

Hasil kerja akan dinilai daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, aspek perlaksanaan dan aspek penghayatan elemen-elemen soft skills (rujuk skima pemarkahan)

Contoh-contoh tajuk projek Kepimpinan Kerja berpasukan Komunikasi : Ciri-ciri pemimpin yang berjaya, ciri-ciri pemimpin yang gagal : Kesilapan-kesilapan biasa dalam kerja berpasukan : Masalah salah faham dalam komunikasi

Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah : Pemikiran kritis dalam mesyuarat Pembelajaran berterusan Etik dan moral professional : Penyelesaian masalah : Keperluan etika di tempat kerja

Markah projek

Laporan (bertulis) : 6 markah No 1. Kriteria Markah Catatan

Format- Muka hadapan, Times 0.5 New Roman saiz 12pt, langkau 1.5, mukasurat antara 5-7 mukasurat.

2.

Organisasi dan pembahagian tugas

3.

Konsep:

Objektif

dan

sinopsis 2

perjalanan projek

4. 5.

Nilai & perkongsian pengalaman Kesimpulan

2 0.5

Jumlah keseluruhan:

Kualiti Video : 6 markah No 1. Kriteria Kejelasan gambar Markah 3 Catatan

2.

Kejelasan suara

Penilaian kemahiran insaniah : 18 markah Kriteria TWS 1 Ada pembahagian tugas 1 Pembahagian tugas seimbang 1 Catatan laporan

Semua ahli beri komitmen Rujuk penuh kepada tugasan bertulis

LS

Hantar laporan pada waktunya

Semua tugasan Tiada menepati waktu

perubahan

yang Rujuk bertulis

laporan

besar dalam perancangan

CTPS

Mempunyai objektif

Objektif jelas

yang Keseluruhan menepati objektif

cerita Rujuk video

EMP

Ada mesej EMP Pelakon dalam cerita menunjukkan EMP

Pelakon menghayati EMP

Rujuk video

LLL

Penggunaan alat Menggunakan bantuan dalam peralatan lakonan (cth: bersifat inovasi

Penggunaan

peralatan Rujuk video

bersifat inovasi memberi impak positif kepada

pakaian sesuai, tempat sesuai) CS Tiada kegugupan dalam lakonan

cerita.

Lakonan berlaku Penghayatan dengan lancar dengan cemerlang

watak Rujuk video

SIMULASI: Pemarkahan bagi simulasi adalah dalam bentuk penyertaan dan persembahan. Aktiviti ini akan dijalankan sebanyak 3 kali, dengan setiap satu aktiviti dinilai sebanyak 10 markah. Markah yang diberikan adalah seperti berikut:

1.

Penyertaan (5 markah):

Penilaian dalam aspek ini adalah menerusi penelitian pensyarah terhadap setiap ahli kumpulan. Panduan pemarkahan adalah seperti berikut:

Kriteria Majoriti ahli kumpulan menunjukkan sikap yang pasif dalam melaksanakan tugasan kumpulan

Markah 1-2

Majoriti ahli kumpulan menunjukkan sikap yang aktif dalam melaksanakan tugasan kumpulan

3-4

Kesemua ahli kumpulan aktif dalam melaksanakan tugasan kumpulan.

1.1.

Keperluan pensyarah: Borang markah untuk pensyarah (perlu ada bahagian catatan

untuk memudahkan pensyarah memberikan komen kepada kumpulan berkenaan di akhir sesi)

1.2.

Keperluan pelajar: Tempat perbincangan yang kondusif dan boleh mudah

diperhatikan oleh pensyarah / laptop untuk setiap kumpulan

2.

Persembahan:

Penilaian dalam aspek ini adalah menerusi pemerhatian pensyarah terhadap maklumat yang dibentangkan dalam pembentangan kumpulan. Ia dibahagikan kepada 2 penilaian seperti berikut:

(I) menepati maksud simulasi Kriteria Jawapan tidak tepat Jawapan hampir tepat Jawapan tepat Markah 0 1-2 2.5

(II) Kekemasan Kriteria Tidak kemas Kemas Sangat kemas dan menarik Markah 0 1-2 2.5

2.1. atas) 2.2.

Keperluan pensyarah: Borang markah untuk pensyarah (borang yang sama seperti di

Keperluan pelajar: Kertas mahjong, pen marker, lap top

Bentuk-bentuk aktiviti simulasi Aktiviti simulasi merupakan aktiviti yang dijalankan bagi menggantikan bengkel Kemahiran Insaniah 1 yang selama ini dilaksanakan selama 1 hari pada waktu cuti (Sabtu). Oleh kerana itu, simulasi yang dilaksanakan di dalam kelas akan tetap menggunakan konsep bengkel iaitu akan dijalankan dalam bentuk kumpulan (kumpulan sedia ada) dan diberikan markah bagi setiap sesi yang berkenaan (ada 3 sesi). Berikut merupakan aktiviti yang berkenaan:

Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Kajian Kes: Bagi tujuan penghayatan elemen pemikiran kritis, para pelajar akan diberikan satu permasalahan untuk diselesaikan secara berkumpulan. Fakta kes adalah berdasarkan kisah benar. Melalui cara ini, para pelajar diberikan peluang untuk menyatakan pendapat dan berfikir cara-cara untuk mengatasinya. Selain itu, ia merupakan satu kaedah untuk pelajar mengambil teladan atas apa yang telah berlaku. Antara contoh kes yang boleh dibincangkan adalah seperti Samsung vs Apple, Organisasi impian dan sebagainya.

Kepimpinan Bagi tujuan penerapan sifat kepimpinan, para pelajar akan diberikan satu kes untuk diselesaikan. Fakta kes adalah berdasarkan kisah benar. Melalui cara ini, para pelajar berpeluang mengaplikasikan ciri-ciri kepimpinan dalam memandu ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, ia merupakan satu kaedah untuk pelajar mengambil teladan atas apa yang telah berlaku. Antara contoh kajian kes ialah isu revolusi di dunia Arab: Pemimpin vs rakyat, Pilihanraya: ciri-ciri calon pilihan anda? Dan sebagainya.

Kerja berpasukan Bagi tujuan memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan, setiap pelajar dikehendaki menyelesaikan satu permasalahan yang berkaitan. Sepanjang aktiviti dijalankan, kerjasama yang dipamerkan oleh para pelajar akan dinilai. Contoh aktiviti adalah membuat formasi 4 segi sama secara berkumpulan dalam keadaan mata ditutup

UJIAN AKHIR Soalan merangkumi kesemua topik yang diajar di dalam kelas.

LAMPIRAN SOFT SKILLS 1 : UHS 1021 SEMESTER ______ SESI ________ SEKSYEN: ____________ TARIKH: _____________

BORANG MARKAH SIMULASI _________

Penyertaan (5 markah): Bil. Kumpulan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Markah Catatan

Persembahan: (I) menepati maksud simulasi Markah Catatan

Bil. Kumpulan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

(II)

Kekemasan Markah Catatan

Bil. Kumpulan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Komen: __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai