Anda di halaman 1dari 3

SK TEMENGGONG ABD RAHMAN (DUA)

JOHOR BAHRU
PANDUAN KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN DI SEKOLAH
1. MAKLUMAN KEPADA GURU
1. Membunyikan loceng isyarat kecemasan.
- Guru memberitahu murid-murid kecemasan/kebakaran telah berlaku.
- Guru membawa murid-murid keluar kelas/bilik khas , beratur dan meninggalkan bangunan.

2. TINDAKAN SEMUA GURU YANG SEDANG MENGAJAR DAN MURID-MURID


1. MENGOSONGKAN BANGUNAN
-

Guru yang sedang mengajar di kelas mengarahkan murid-murid beratur. Kemudian turun ke bawah
dengan tenang dan senyap .
Guru memandu murid-murid turun mengikut laluan yang ditetapkan. [ Gunakan laluan yang terdekat
atau terselamat jika dalam keadaan yang sebenar ] . Guru sentiasa berada di belakang murid-murid.
Murid-murid turun tangga dengan tertib dan lancar.
Beri laluan kepada kelas yang tiba dahulu di tangga.

2. TEMPAT BERKUMPUL
-

Murid-murid dibawa oleh guru masing-masing ke padang.


Beratur mengikut kelas dengan tertib.

3. PANGGILAN BARIS
-

Guru kelas mengambil semula kedatangan untuk memastikan semua murid yang hadir pada hari itu
berada di padang.
Guru mesti laporkan kepada jawatankuasa bertindak tentang kehadiran murid.
Laporkan segera jika jumlah murid tidak mencukupi.

3. TINDAKAN GURU FREE


1. MELAWAN KEBAKARAN
-

Tutup suis utama .


Gunakan alat pemadam yang sedia ada.
Gunakan paip kebakaran bagi mereka yang berpengalaman.
Hubungi pihak bomba.

2. MENJALANKAN PERTOLONGAN CEMAS


-

Rawatan kecemasan diberi oleh guru guru dan ahli-ahli PBSM.


Hubungi hospital / ambulan jika perlu.

3.

Guru hendaklah orang yang terakhir meninggalkan bangunan dan sentiasa berada di belakang muridmurid.

4.

Sesiapapun tidak dibenarkan masuk semula ke bangunan yang sedang membakar.

D. TINDAKAN KERANI
-

Mengambil buku kedatangan murid yang ada di pejabat ke padang.


Menyelamatkan dokumen-dokumen penting dan wang sekolah dengan kadar termampu.

E. TINDAKAN PEKERJA SEKOLAH


Membantu mengawal dan memadamkan api.

F. TATATERTIB MURID-MURID SEMASA LATIHAN KEBAKARAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Semua murid mesti berada dalam keadaan diam dan tenang.


Tidak bertolak-tolak dan memotong barisan semasa berbaris dan turun tangga.
Jangan cuba memadamkan api yang sedang marak.
Tidak bercakap semasa guru memberi arahan.
Jangan cuba naik dan masuk semula ke kelas untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
Maklumkan kepada guru jika disedari ada kawan yang tidak ada bersama.
Semua murid hendaklah menggunakan tangga yang telah ditetapkan.

G. LALUAN MURID-MURID SEMASA LATIHAN KEBAKARAN


LALUAN 1
Tangga A - Tahun 6B1, 6B2, 3B1 dan 3B2
LALUAN 2
Tangga B - Tahun 1B1, 1B2, 2B1, dan 2B2
LALUAN 3
Tangga C - Tahun 5B1, 5B2, 4B1 dan 4B2.
Murid-murid di bilik-bilik khas, gunakan mana-mana tangga dan laluan yang terdekat dan sesuai.

GURU MESTI SENTIASA BERADA DI BELAKANG MURID. BERI LALUAN KEPADA


KELAS YANG SAMPAI DAHULU DI TANGGA.

SK TEMENGGONG ABD RAHMAN (DUA)


JOHOR BAHRU

LAPORAN LATIHAN KECEMASAN

TARIKH
HARI
MASA

1.
2.
3.
4.
5.
6.

: 17 APRIL 2003
: Khamis
: 8.40 pagi

Loceng kecemasan dibunyikan pada jam 8.40 pagi.


Reaksi warga sekolah agak baik. Walau bagaimanapun, murid-murid didapati tidak beratur
dengan kemas semasa menuju ke kawasan lapang yaitu padang sekolah.
Pergerakan murid agak perlahan dan kurang serius ( sambil lewa ) terhadap latihan ini.
Suasana agak bising dan kawalan guru-guru masih boleh dipertingkatkan. Semua guru dan murid
perlu lebih bersedia dan peka.
Masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan agak panjang yaitu 9 minit. Keseluruhan
latihan mengambil masa 15 minit.
Keseluruhannya , latihan ini berjaya dan usaha perlu dibuat untuk mempertingkatkan dan
memperkemaskan lagi latihan kecemasan ini. Usaha perlu dibuat agar seluruh warga sekolah
sentiasa bersedia untuk menghadapi kecemasan kebakaran.

Disediakan oleh,

( En Hadi bin Kadir )


Guru Keselamatan / kecemasan )
SK Temenggong Abd Rahman (Dua)

Anda mungkin juga menyukai