Anda di halaman 1dari 1

SMA RANTAU ARAHAN LATIHAN KEBAKARAN/KECEMASAN

1.

Sesiapa yang menyedari ada kebakaran di kawasan sekolah hendaklah menjerit Api, Api, Api dan terus memberitahu kakitangan pejabat sekolah untuk menelefon BOMBA NO : 999 dan membunyikan isyarat kebakaran. Guru yang bertugas pada hari itu adalah bertanggungjawab membuat aduan segera kepada pihak bomba yang berdekatan. Bunyi loceng kebakaran yang berpanjangan atau bunyi siren yang berterusan menandakan isyarat kebakaran atau latihan kecemasan kebakaran. Berhenti serta merta daripada kerja yang dilakukan, keluar dari kelas dan bergerak dengan cepat ke Dataran Marwazi Guru-guru hendaklah memastikan semua suis elektrik, paip gas dan pintupintu ditutup dengan segera sebaik sahaja mendengar isyarat kebakaran. Semua guru dan pelajar hendaklah mengosongkan semua bangunan sekolah dengan teratur dan pantas mengikut arah anak panah yang ditunjukkan pada peta laluan kecemasan kebakaran. Semua barang seperti beg sekolah hendaklah ditinggalkan dalam bilik darjah. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku rekod kedatangan ke tempat perhimpunan. Buku rekod kedatangan yang ada di dalam bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab guru yang mengajar ketika itu. Semua guru tingkatan hendaklah menyemak buku rekod kedatangan kelas masing-masing dan melaporkan jika ada murid yang hilang. Guru tingkatan hendaklah terus membuat laporan kepada pengetua/pentadbir.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.................................... Nor Aziyan binti Shaari AJK Keselamatan SMA Rantau

................................. Nuri binti Ab. Hak Pengetua SMA Rantau

Anda mungkin juga menyukai