Anda di halaman 1dari 3

Rumusan

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pendekatan mengurangkan jenayah dan sikap negetif masyarakat untuk mengatasi masalah ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

Dalam kitab sejarah Melayu, seorang raja Melayu telah sebagai tokoh yang wajar menjadi contoh bagi generasi-generasi akan datang dalam mempertahankan keharmonian dan keselamatan negara. Baginda ialah Sultan Alauddin Riayat Syah yang turun padang bersama hulubalang-hulubang Melaka membenteras jenayah rompak di negeri itu. Dengan baginda sendiri menghunus keris mengejar perompak-perompak di Melaka, maka keharmonian dan keselamatan negeri itu dipelihara dan membolehkan Melaka berkembang menjadi kota pelabuhan yang meraikan kunjungan saudagar-saudagar di seluruh dunia, menambahkan kemakmuran penduduknya, dan seterusnya menyumbangkan kepada tamadun Melayu. Kini, dalam abad ke-21, penduduk Malaysia pula berada dalam keadaan resah diancam oleh pelbagai jenayah dan sejak akhir-akhir ini kejadian ragut dirasakan begitu berleluasa hingga seolah-olah Negara ini tidak berupaya menanganinya. Lihat saja betapa semua bangunan memerlukan pagar tinggi, kunci yang besar-besar untuk memastikan jenayah tidak berlaku. Di taman-taman perumahan pula wujud komuniti berpagar dengan lengkap berpengawal sehinggakan rumah kediaman seperti menjadi kem rumah tahanan. Semua itu tanda-tanda orang ramai berasa tidak selamat dan mereka tidak dapat menerima keadaan ini. Mereka mahu sesuatu dilakukan supaya keadaan tidak menjadi lebih parah lagi hingga ke peringkat Negara tidak disukai untuk didiami. Soal cepat atau lambat, jenayah mesti diperangi secara keseluruhan daripada pelbagai sudut untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat dan harmoni. Biar media massa melaporkan untuk kesedaran orang supaya sentiasa berhati-hati dalam menjalankan kehidupan seharian. Tanpa jenayah, kita yakin para pelancong akan berduyung-duyung datang ke Malaysia. Kerajaan mengambil usaha bersungguh-sungguh, tanpa bertolak ansur dalam usaha membenteras jenayah. Usaha ini melibatkan keseluruhan agensi-agensi kerajaan, daripada pihak polis hinggalah kepada imigresen yang mempunyai peranan membenteras pendatang tanpa izin. Kawasan-kawasan yang menjadi sasaran jenayah mesti diambil berat oleh pemimpin politik. Dari sana, pemimpin politik dapat mengerakkan usaha melibatkan usaha pihak berkuasa tempatan(PBT) dan masyarakat sendiri. Hal ini bermakna azam politik yang ada untuk membenteras jenayah perlu timbul dari bawah. Adalah menjadi percakapan umum bahawa kemelesetan ekonomi pastinya membawa kepada peningkatan jenayah. Maka dalam perancangan makro, usaha mengurankan pengangguran adalah untuk memastikan penganggur tidak terjebak

dengan jenayah. Kalau mereka sibuk bekerja, kemungkinan mereka tidak mempunyai masa untuk meragut dan merompak. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan(NGO) mencari jalan membenteras jenayah di peringkat keluarga dan sekolah lagi. Tanyalah pada guru-guru sekolah khususnya di sekolah menegah. Gejala disiplin seperti ponteng dan gengsterisme di sekolah sudah menampakkan potensi akan melahirkan penjenayah, termasuk peragut dan mat rempit. Maka sudah menangani gejala jenayah ini, di peringkat paling asas ialah kita perlu mempeteguh semangat kejiraan dalam kalangan masyarakat. Daripada lorong ke lorong, taman ke taman, kampung ke kampung meliputi kesuluruhan kawasan perumahan, para penduduk mesti bekerjasama, surau, masjid, balai raya, dewan komuniti dan balai rukun tetangga merupakan pusat-pusat yang mesti digembleng bagi mengatasi jenayah. Hal ini penting untuk memastikan masyarakat berasa aman tinggal di sesuatu tempat. Pada waktu yang sama masyarakat perlu memasang mata dan telinga untuk melaporkan tanda-tanda berlakunya jenayah kepada pihak polis. Pihak polis pula perlu melakukan rondaan di tempat yang berpotensi berlakunya jenayah.

( Dipetik dan diubahsuaikan rencana, Dari Ragut Beg ke Ragut Nyawa oleh Zin Mahmud, Utusan Malaysia, 10 Mei 2009)

Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan mengunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata dirasakan begitu berleluasa. [2markah] Pengarang mengemukakan beberapa sebab perlunya jenayah diatasi. Nyatakan tiga sebab tersebut [3markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah penjenayah berani untuk melakukan jenayah? Kemukakan empat sebabnya [4markah]

PRAKTIS 2 Merah Silu


Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan mengunakan ayat anda sendiri Maka pada seketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tampik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan sebab beramuk-amuk sesame sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu. Tidak beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Silu, Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibubapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-sekali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana. Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Meraka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu. (Dipetik daripada Merah Silu dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) Berikan maksud rankai kata putus bicara berdasarkan petikan di atas. [1markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (ii) Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tregedi peperangan antara Raja Muhammad dan Raja Ahmad. [3markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Pada pendapat anda, bagaimanakan cara-cara mengelakkan peperangan? Nyatakan empat cara. [4markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(iii)

Anda mungkin juga menyukai