Anda di halaman 1dari 8

PENAWARAN KERJA SECARA KONTRAK (TAHUNAN)

Peraturan 5(b) Peraturan-Peraturan Kerja, 1952 Butir-Butir Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Pekerjaan No.Rujukan Pekerjaan:

BUTIR- BUTIR PERIBADI PEKERJA


Nama: .. Alamat : No.K.P:.. Jantina: Tarikh Lahir:

No.K.W.S.P:.. No.Perkeso:.. No.Cukai Pendapatan:.. Tarikh Mula Pekerjaan:.. Tarikh Tamat Pekerjaan:.. Nama & Alamat Waris Yang Terdekat: ........

BUTIR- BUTIR SYARAT- SYARAT PEKERJAAN Nama Syarikat Alamat Ibupejabat Syarikat Tempat di lantik bekerja Alamat Perniagaan didaftar : GOOD-DAY TRAVEL & TOURS SDN. BHD. : No.38 Jalan Temenggong, 75000 Melaka. : 7G Zone B, Kompleks Terminal Melaka Sentral, Jln Tun Abdul Razak, Peringgit, 75300 Melaka : No. 38 Jalan Temenggong 75000 Melaka
(678745-A)

dengan ini bersetuju menggajikan anda secara kontrak tahunan dengan syarat-syarat pekerjaan yang terkandung di bawah ini. 1. Jawatan/Pekerjaan: Kerani Jualan Tiket Penerbangan / Pegawai Pemasaran 2. Tarikh mula Pekerjaan : 3. Tempoh Percubaan : 3 bulan (Pekerja dan majikan boleh menamatkan perkhidmatan sekiranya mana-mana pihak tidak berminat dengan memberi tempoh notis penamatan kerja selama 2 minggu. 4. Tempoh Percubaan boleh diperpanjangkan kepada 6 bulan sekiranya tidak menerima surat pengesahan jawatan dalam tempoh 3 bulan bekerja. 5. Gaji akan dinaikan sesuai pengesahan jawatan dan prestasi kerja / prestasi syarikat dari masa kesemasa.

6. Syarikat bersedia membayar bonus tahunan sekiranya jualan melebihi jangkaan dan memperolehi keuntungan yang memuaskan, Bagaimanapun, ini adalah budibicara pihak syarikat samada ingin membayar bonus. 7. Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk membuat caruman kepada KWSP dan SOCSO sebaik sahaja mula digajikan. 8. Tempoh Gaji 9. Jumlah Gaji : Bulanan : sebulan.

10. Tempoh notis pemberhentian kerja setelah pengesahan jawatan. Majikan dan pekerja dikehendaki memberikan tempoh notis yang sama , yakni 1 bulan notis atau juga membayar satu bulan gaji sebagai ganti rugi notis.

11. Kadar bayaran gaji tidak termasuk Elaun yang di nyatakan di bawah : a. Elaun yang melibatkan tugas kerja di luar kawasan negeri Melaka. b. Elaun yang melibatkan tugas kerja anak syarikat lain / bidang tugas lain di bawah pemilik (majikan) yang sama.

c. Elaun peningkatan jualan 12. Lain-Lain Elaun Yang Dibayar: ELAUN Kedatangan JENIS ELAUN KADAR Hadir kesemua hari yang dipersetujui / RM 50.00 per bulan ditetapkan sesuai jadual kerja yang disediakan 30 hari sebelum tarikh perkhidmatan.

13.

Kadar Gaji Kerja Lebihmasa: Kadar i. Pada hari-hari biasa (1 kali kadar gaji biasa sejam) ii. Pada Hari Rehat (Yang telah ditetapkan) (2 kali kadar gaji biasa sejam) Pada Hari Ahad ( 2 kali kadar gaji biasa sejam) iii. Pada Hari Kelepasan Am. (3 kali kadar gaji biasa sejam)

14.

Waktu kerja yang dipersetujui sehari10.00 pagi hingga6.00 ptg. jam sehari) termasuk waktu rehat:-1.00 tgh hingga 2.00 tgh. Sebarang perubahan dalam waktu kerja / jadual kerja baru akan dimaklumkan dan harus dituruti.

15.

Hari cuti / rehat : Satu hari dalam seminggu (Isnin hingga Ahad) / juga ditentukan mengikut giliran kerja atau putaran shif kerja masing-masing mengikut jumlah waktu kerja dalam seminggu, misalnya 48 jam kerja dalam seminggu. Hari-Hari Kelepasan/Cuti Am Bergaji dan Jumlah Harinya Setahun: 18 hari (Senarai terlampir) Cuti Sakit Bergaji: iv. Jika tidak dimasukkan ke hospital:14 hari bagi kurang daripada 2 tahun perkhidmatan 18 hari bagi perkhidmatan 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun 22 hari bagi perkhidmatan 5 tahun atau lebih. Jika dimasukkan ke hospital:60 hari dalam setahun (termasuk cuti sakit di atas).

16. 17.

18.

Cuti Tahunan Bergaji: v. 8 hari bagi tempoh 12 bulan perkhidmatan terus menerus jika kurang daripada 2 tahun. vi. 12 hari bagi tempoh perkhidmatan 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun vii. 16 hari bagi tempoh perkhidmatan 5 tahun atau lebih.

19. 20.

Cuti Bersalin Bergaji (Perempuan Sahaja). 60 hari berturut-turut mengikut Akta. Lain-Lain Syarat dan Kemudahan : a) sentiasa bersedia di tempatkan atau bekerja di cawangan lain milik syarikat yang sama di Melaka tanpa sebarang persoalan. b) Sentiasa bersedia mengerjakan tugas-tugas milik anak syarikat lain di bawah bumbung / majikan yang sama. c) Waktu bertugas boleh berubah mengikut kesuaian / permintaan pelanggan. Harus menerima arahan / melapor tugas kerja kepada atasan syarikat sesuai carta organisasi syarikat disertakan (lampiran) d) Pihak majikan boleh memutuskan memberhentikan pekerja dalam tempoh 24 jam sekiranya melanggar akta syarikat dan mengikut siasatan yang sudah diklakukan oleh pihak majikan mengikut akta kerja. e) Pihak majikan boleh menggubal atau meminda kandungan syarat dalam surat ini dari masa kesemasa sesuai dengan akta kerja.

f)

Bersedia membuat temujanji dan menemui pelanggan demi meningkatkan jualan dari masa kesemasa.

g) Pekerja diminta mematuhi tugas kerja dan syarat-syarat yang dilampirkan Kegagalan mematuhi tugas kerja boleh mengakibatkan pekerja diberhentikan kerja. 21. Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat perkhidmatan pekerjaan di atas yang telah di terangkan kepada saya dalam Bahasa/Loghat Malaysia) dan maklumkan menerima satu salinan syarat-syarat perkhidmatan tersebut.Jika sekiranya ada apa-apa perubahan syarat-syarat perkhidmatan di atas saya akan di beritahu oleh majikan secara bertulis.

Disahkan salinan yang betul:

Majikan

Nama Pekerja & No. K.&P

Tarikh

BUTIR- BUTIR PERUBAHAN GAJI. Tarikh Berkuasa .................. . Jawatan/Pekerjaan Kadar Gaji Biasa . .. Lain-Lain Perubahan Tandatangan

. . ..

.. . .. .

HARI KELEPASAN AM (CUTI SYARIKAT) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Hari Tahun Baru Hari Raya Qurban Tahun Baru Cina. Hari Perayaan Pekerja-Pekerja Hari Raya Puasa

Jumlah Hari 1 1 2 1 4 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Hari Keputeraan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong Hari Kelahiran YTY Yang Di Pertua Negeri Melaka Hari Raya Haji Awal Muharram Hari Kebangsaan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W Hari Deepavali Hari Krismas Hari Perisytiharn Melaka sebagai Braya Bersejarah

____________ Jumlah Hari Cuti 18

TUGAS 1) 2) 3) 4) 5)

KERJA DAN SYARIKAT

SYARAT-SYARAT

SEWAKTU

BERTUGAS

DENGAN

Sentiasa mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan. Memakai seragam yang diberikan / berpakaian kemas. Sentiasa bersopan santun semasa melayan pelanggan Memastikan pejabat sentiasa bersih dan pengunaan peralatan komputer dangan cara yang betul. Sentiasa menjual tiket sesuai harga yang ditetapkan ( harga terpapar di komputer servis charge yang disyorkan) Kegagalan mematuhi syarat ini akan di anggap satu kesalahan besar. Sekiranya kami mendapati pekerja menjual tiket pada harga yang lebih tinggi atau berbeza dari jumlah direkodkan dalam buku jualan harian, kami akan mengambil tindakan memberhentikan pekerja dengan sertamerta atas alasan tidak amanah. Untuk apa tujuan pun kami tidak membenarkan pelanggan membayar lebih dari harga jualan tiket yang disyorkan. Pekerja wajib mengeluarkan resit rasmi syarikat kepada setiap pelanggan dengan menyatakan jumlah bayaran sebenar yang diterima. Juga kegagalan menyerahkan resit jualan akan dianggap tidak jujur dan boleh di ambil tindakan. Untuk keterangan tugas kerja, sila lihat carta aliran tugas kerja dalam lampiran A Pihak syarikat, dari masa ke semasa akan memantau keadaan / aktiviti di premis perniagaan dan akan memasang surveliance camera untuk mangawasi pergerakan dan kelancaran kidmat yang ditawarkan kepada pelanggan. Juga perbualan telefon syarikat akan dirakam untuk mevaluvasi keberkesanan khidmat pelanggan yang ditawarkan. Tindakan ini tak seharusnya dianggap mencampuri urusan peribadi. Pekerja harus memastikan penjimatan dalam pengunaan kesemua peralatan dalam pejabat. Pengunaan peralatan separti telefon, komputer, printer dan sbg untuk tujuan peribadi akan dianggap penyalahgunaan peralatan pejabat. Kehadiran adalah amat penting. Biarpun jadual kerja telah disiapkan 30 hari sebelumnya, kegagalan menghadirkan diri tanpa alasan yang memuaskan akan dianggap satu kesalahan dan sekiranya berterusan boleh diberhentikan kerja. Sekiranya tidak dapat hadir, harus memberitahu langsung kepada pihak majikan. Adalah menjadi tanggungjawab kesemua pekerja untuk mengambil tahu jadual kerja setiap hari serta (dengan interaksi sesama pekerja lain) memastikan sentiasa ada pengganti bertugas setiap hari. Tindakan memencilkan diri / mendiamkan diri serta tidak peka dan tidak menunjukkan tanggungjawab akan di anggap tindakan sabotaj dan boleh di beri surat amaran.

6)

7) 8)

9)

10)

11)

Kesemua kaedah pengunaan computer untuk memesan tiket dengan menggunakan password adalah dianggap sulit dan tidak boleh digunakan di luar premis perniagaan majikan. Sekiranya didapati kod access dan password di gunakan di luar premis syarikat tanpa pengetahuan majikan,

tindakan akan diambil untuk memberhentikan pekerja dan diikuti laporan polis kerana satu kes penipuan telah berlaku. 12) Juga kunci pejabat telah diamanahkan kepada pekerja, maka hanya dibenarkan masuk dan berada di pejabat pada waktu urusan pejabat sahaja. Tindakan memasuki pejabat selain dari waktu pejabat akan di anggap satu kesalahan dan tindakan boleh diambil. Password security alarm system, (sistem kawalan sekuriti) untuk masuk ke pejabat telah dimaklumkan kepada pekerja. Sekiranya berlaku pencerobohan dalam pejabat, kesemua pekerja dikehendaki memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa polis dalam penyiasatan. Tindakan pihak majikan melaporkan kepada polis harus di anggap sebagai satu prosedur syarikat. Sewaktu bertugas di pejabat, tidak digalakkan kawan-kawan atau kenalan berada di ruang pejabat terlalu lama biarpun pada waktu itu kurang pelanggan berkunjung ke pejabat. Diharapkan jumlah panggilan peribadi, melaluai talian telefon atau tefefon bimbit, dan SMS dihadkan sewaktu bertugas. Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk mengawal pengunaan telefon (talian) atau bimbit syarikat supaya bil telefon tidak mencecah ratusan ringgit. Sekiranya dapat dikesan pengunaan persendirian atau sewaktu disoal siasat tidak dapat memberikan alasan yang memuaskan, pekerja boleh diberikan surat amaran diikuti tindakan memberhentikan pekerja. Pekerja di ingatkan supaya tidak menyampaikan maklumat berhubung perniagaan yang dianggap sulit dan penting kepada orang luar atau mana-mana pihak. Sekiranya kami dapati ini berlaku, tindakan boleh di ambil untuk memberhentikan pekerja dengan serta merta. Pekerja juga diingatkan supaya tidak mencemarkan nama baik syarikat di kalangan pelanggan atau orang luar, juga memburuk-burukan imej syarikat sesama pekerja yang lain. Tindakan ini boleh di anggap hasutan dan boleh diberhentikan kerja. Di minta memberikan kerjasama kepada semua pihak (lihat carta organisasi) dalam rangka mengerjakan tugas masing-masing. Sekiranya tidak memberikan kerjasama kepada pekerja lain dalam tugas kerja , boleh di ambil tindakan. Misalnya kerjasama dengan kakitangan yang ditauliahkan tugas merekodkan urusniaga harian atau mingguan. Adalah menjadi tangggungjawab pekerja yang bertugas sebelumnya untuk mengemaskinikan rekod jualan dan menyerahkan kunci pejabat/locker serta sebarang susulan tugas kerja kepada pekerja yang bakal mengambil alih tugas tersebut, samada pertukaran shif atau pengganti. Tindakan menyembunyikan kunci pintu pejabat, locker, atau menyukarkan pengganti meneruskan kerja dalam apa cara sekali pun akan di anggap tindakan sabotaj dan boleh diberikan surat amaran.

13)

14)

15) 16)

17)

18)

19)

20)

21)

Kecuaian pekerja dengan mengeluarkan tiket (booking) yang salah sehingga syarikat menanggung kerugian pekerja harus menanggung separuh dari kerugian tersebut , yang jelas adalah disebabkan kecuaian dan tidak mengikut prosedur yang betul dalam mengeluarkan tiket kepada pelanggan.

22)

Arahan adalah jelas, kesemua jualan adalah Tunai, dan harus mengeluarkan tiket hanya setelah menerima bayaran dari pelanggan. Sebarang kerugian berpunca dari kecuaian ini, adalah tanggungjawab pekerja. Sekiranya ada pekerja tidak berpuashati dengan sistem yang diperkenalkan, pekerja bebas untuk menamatkan kerja sesuai dengan notis yang diberikan dari majikan mengikut tempoh yang ditetapkan. Kesemua aturan tugas kerja dan syarat-syarat yang di jelaskan di atas adalah demi menjaga prestasi syarikat serta melindungi kepentingan syarikat. Kami berharap pekerja akan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam meningkatkan perniagaan syarikat. Sekiranya ada sebarang aturan kerja yang tidak diselengarakan /disempurnakan dengan betul oleh pekerja, dan memberi ruang untuk mengesyaki suatu penyelewengan telah berlaku, maka majikan tidak akan teragak-agak untuk memberhentikan pekerja demikan.

23)

24)

25)

Kesemua tugas kerja dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas adalah pada waktu penyerahan surat perkhidmatan. Sebarang pindaan baru akan dikemaskini dan disampaikan dari masa kesemasa. Sekian terima kasih.

________________________ T.T Pengurus Syarikat B/p Majikan Nama :

__________________________ T.T Pekerja : :

Nama Tarikh

Jawatan : Tarikh :

________________________ Saksi Nama :

Jawatan : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai