Anda di halaman 1dari 5

DENAI SUTRA SUPPLY AND SERVICES

KONTRAK PEKERJAAN DAN PERJANJIAN

Tarikh : __________________________________________________
Nama Pekerja : __________________________________________________
No.Passport : __________________________________________________
Alamat Pekerja :__________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

1. Tempoh Kontrak Pekerjaan


Tempoh Kontrak Pekerjaan ini adalah selama 1 hingga 3 tahun bermula pada masa ketibaan
Pekerja hingga pada sekian masa Kontrak Pekerjaan ditamatkan mengikut terma dan syarat
Kontrak jawatan yang dipohon.

2. Gaji
2.1 Pekerja akan menerima gaji pokok sebanyak 1000SGD(semasa latihan) dan
1400SGD(selepas latihan) (tidak termasuk elaun dan lebih masa). Gaji pokok ini tertakluk
kepada terma dan syarat yang telah dikeluarkan oleh syarikat.
2.2 Gaji hendaklah dibayar oleh Majikan pada tarikh 1hb setiap bulan dan tidak melebihi 7 hari
bekerja.
2.3 Bayaran untuk gaji bulanan hendaklah dibuat menerusi akaun bank atas nama pekerja.
Kenaikan gaji pula akan dilaksanakan pada setiap 3 bulan sekali mengikut terma dan syarat
syarikat.

3. Waktu Bekerja
Waktu bekerja merupakan lapan (8) jam sehari mengikut undang - undang pekerja.
4. Lebih Masa
Jika diperuntukkan oleh Majikan dan pekerja bersetuju untuk bekerja melebihi waktu kerja
biasanya, Pekerja tersebut hendaklah dibayar mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

5. Hari Rehat
5.1 Pekerja adalah berhak ke atas hari rehat dan pihak syarikat telah menentukan hari rehat
pekerja diberi secara terus selama 5 hari pada setiap bulan.
5.2 jika diminta oleh majikan,dan pekerja bersetuju untuk bekerja pada hari rehat, pekerja
tersebut akan dibayar mengikut undang-undang yang telah di tetapkan oleh syarikat.

6. Cuti Umum
6.1 Pekerja berhak ke atas cuti umum mengikut undang-undang pekerja.
6.2 Jika diminta oleh majikan,dan pekerja bersetuju untuk bekerja pada hari cuti umum, pekerja
tersebut akan dibayar mengikut undang-undang pekerja.

7. Cuti tahunan
Pekerja diberikan sebanyak 14hari cuti setiap tahun dan pekerja haruslah memohon sebulan
awal untuk proses pergerakkan dari pihak syarikat.

8. Perubatan dan Insurans Kemalangan


Pekerja hendaklah diinsuranskan di bawah Skim yang telah ditentukan oleh syarikat dan layak
menerima perlindungan insurans pekerja sepenuhnya.

9. Potongan
Majikan berhak untuk membuat potongan tidak melebihi 50% dalam sebulan daripada gaji
Pekerja jika berlaku sebarang pendahuluan berbentuk wang mengikut undang-undang ditetapkan

10. Tempat Penginapan


Majikan hendaklah menyediakan Pekerja dengan penginapan yang munasabah berserta
kemudahan asas mengikut undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, dasar-dasar
negara dan arahan-arahan terkini
11. Cuti Sakit
Pekerja adalah berhak ke atas cuti sakit berbayar mengikut undang-undang pekerja.sekiranya
didapati pekerja mengambil cuti sakit melebihi 7 hari,pihak syarikat berhak memotong gaji pekerja
mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.

12. Pembaharuan Pas Lawatan Pekerja (Pekerjaan Sementara)


12.1 Majikan hendaklah membaharui Pas Lawatan Pekerja (Pekerjaan Sementara) tiga (3) bulan
sebelum tarikh akhir.
12.2 Sebarang denda atau kompaun disebabkan kegagalan Majikan untuk berbuat demikian
hendaklah ditanggung oleh Majikan.

13. Tambang Perjalanan


Perbelanjaan untuk perjalanan pekerja berulang alik dari destinasi ke destinasi yang dimohon
oleh pekerja adalah di bawah tanggungan syarikat sepenuhnya.Pihak syarikat tidak akan
bertanggungjawab sekiranya mendapati pekerja tidak memohon pergerakkan atau keluar tanpa
kebenaran dari pihak syarikat.

14. Penghantaran Pulang


14.1 Kos penghantaran pulang Pekerja dari tempat dia bekerja ke destinasi yang dimohon
hendaklah ditanggung oleh Majikan di bawah syarat-syarat berikut:
(i) setelah selesai Kontrak Pekerjaan ini;
(ii) penamatan Kontrak Pekerjaan oleh Majikan disebabkan oleh tindakan melanggar disiplin
yang telah dilakukan oleh pekerja atau :
(iii) penamatan Kontrak Pekerjaan oleh pekerja disebabkan ketidak patuhan terma dan syarat
Kontrak Pekerjaan oleh Majikan.
14.2 Pekerja hendaklah bertanggungjawab untuk semua perbelanjaan berhubung dengan
penghantaran pulang di bawah keadaan lain yang tidak disebut dalam Klausa

15. Penghantaran Pulang Dalam Kes Kematian Pekerja Jika berlaku kematian Pekerja,
pengebumian dan penghantaran pulang mayat hendaklah diuruskan oleh Majikan sebagaimana
yang diperuntukkan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273]
16. Penamatan
16.1 Jika Majikan berniat untuk menamatkan Kontrak pekerjaan, Majikan hendaklah memberi
dua (2) bulan notis tentang niatnya untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan atau dua (2) bulan gaji
menggantikan notis kepada Pekerjaan, dan hendaklah menyediakan tiket perjalanan pulang
kepada Pekerja.
16.2 Jika Pekerja berniat untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan ini, Pekerja hendaklah memberi
dua (2) bulan notis atau menanggung rugi dua (2) bulan gaji untuk menggantikannya kepada
Majikan dan Pekerja hendaklah menanggung tiket perjalanan pulang.

17. Larangan keras


17.1 Pekerja DILARANG KERAS untuk tidak menyertai sebarang aktiviti politik atau aktiviti yang
berkaitan dengan organisasi politik negara di tempat pekerja.
17.2 Pekerja hendaklah memaklumkan kepada syarikat sekiranya ingin menukar pekerjaan
semasa tempoh Kontrak Pekerjaan ini dan hendaklah memberi notis (2) bulan awal kepada pihak
syarikat.
17.3 Jika didapati oleh pihak berkuasa berkenaan telah mewujudkan masalah sosial atau terlibat
dalam sebarang aktiviti haram, subversif atau jenayah, Pekerja tersebut akan diberhentikan
daripada bekerja serta merta dan pekerja akan menanggung semua kos perbelanjaan pulang.

18.Sambungan kontrak
Sambungan Kontrak oleh Majikan dan Pekerja boleh dilaksanakan sekiranya majikan bersetuju
untuk menyambung kontrak pekerjaan kepada pekerja dan tertakluk kepada undang-undang
serta kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, dasar-dasar dan arahan-arahan berkenaan
berhubung dengan pekerjaan yang boleh diguna pakai.

19. Penyimpanan Pasport


19.1 Majikan tidak dibenarkan menyimpan pasport Pekerja.
19.2 Pekerja hendaklah membawa pasport setiap masa. Jika pasport Pekerja hilang atau rosak,
Pekerja hendaklah menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan.
19.3 Pekerja hendaklah menyerahkan pasport kepada Majikan untuk tujuan berikut:
(i) Pemeriksaan Perubatan;
(ii) Permohonan Pas Pelabuhan
(iii) Permohonan IPA; dan
(iv) Pembaharuan Pas Pelabuhan.
Pasport tersebut hendaklah dipulangkan kepada Pekerja setelah tujuan ini selesai. Jika pasport
Pekerja tersebut hilang atau rosak apabila berada dalam penjagaan Majikan untuk tujuan yang
disebutkan di atas, Majikan hendaklah menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan.

20. IPA haruslah dibawa sebilang masa bagi memastikan pekerja mempunyai kebenaran yang
sah untuk bekerja di dalam negara yang dimohon.

21. Gaji Tertunggak


Jika pekerja dihantar pulang sebelum penamatan Kontrak Pekerjaan ini, majikan hendaklah
membayar semua gaji pokok yang tertunggak dan semua bayaran lain yang terhutang kepada
pekerja tertakluk kepada undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, dasar-dasar dan
arahan-arahan berkenaan berhubung dengan pekerjaan yang boleh diguna pakai.

22. Pindaan Majikan dan Pekerja boleh meminda Kontrak Pekerjaan ini untuk memasukkan
sebarang terma dan syarat yang mana lebih memberi kelebihan kepada Pekerja.

23. Masa itu adalah asas Masa bila sahaja disebutkan hendaklah menjadi asas Kontrak
Pekerjaan ini.

24. Undang-undang Kontrak Pekerjaan ini adalah tertakluk kepada undang -undang yang
ditetapkan.

Dengan ini saya ………………………………………………………………………….. No.Passport ………………………… adalah ini


bersetuju/tidak bersetuju dengan terma kontrak yang telah diberikan oleh pihak syarikat kepada saya.ini
berdasarkan dari rujukan yang telah saya teliti dan membaca semua kontrak yang telah dikeluarkan oleh
pihak syarikat.Saya bersetuju tidak akan membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan nama
baik syarikat dan bersedia menerima tindakan disiplin sekiranya saya melanggar perjanjian ini.

Tandatangan Pekerja, Tandatangan Majikan,

……………………………., ……………………………,
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai