Anda di halaman 1dari 3

PLANET GADGET WORLD SDN BHD Disediakan oleh:

NO 59, TINGKAT 1, JALAN TOK LAM, NUR HIDAYATUL HANIS BT ZULKIFLI


Disemak dan disahkan oleh:
20100 KUALA TERENGGANU, HELMI HAFFIZUDIN BIN SUHAIMI
TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh kuatkuasa:
NO TEL: 014-3401414 .............................
EMAIL: planetgadgetmurah@gmail.com Tarikh akhir diubahsuai:
.............................

STANDARD OPERATING PROCEDURE AND JOB DESCRIPTION

JAWATAN: GRAPHIC DESIGNER

KEPERLUAN ASAS JAWATAN/JOB REQUIREMENTS:

• Pereka grafik berupaya berfikir secara kreatif dan membuat rekaan untuk mempromosikan
pelbagai produk dan aktiviti, seperti laman web, pengiklanan, buku, majalah, poster,
permainan komputer, pembungkusan produk, pameran dan paparan.
• Sentiasa mengembangkan idea dan konsep kreatif yang sesuai untuk tujuan menarik minat
pelanggan.
• Kerja ini menuntut bakat kreatif, pengetahuan terkini mengenai perisian industri dan
pendekatan profesional untuk menguruskan masa, kos dan menepati tarikh akhir tugasan.

OBJEKTIF SOP:

• Memperlancarkan tugas membuat promosi mengikut pelan yang telah dibentangkan


eksekutif pemasaran dan memenuhi standard yang diinginkan syarikat
• Memastikan rekaan untuk promosi yang dilakukan berkesan dan dapat meningkatkan hasil
jualan syarikat
• Mengarahkan petugas jawatan untuk membina disiplin sewaktu bekerja dan mematuhi
segala peraturan syarikat

SKOP KERJA AM/GENERAL JOB SCOPE:

• Membantu Eksekutif Pemasaran untuk merancang promosi melalui video dan gambar
pelanggan serta produk dan mereka bentuk media promosi yang terbaik bagi meningkatkan
hasil jualan syarikat.
• Membina dan menyediakan rekaan dan grafik yang diperlukan Bahagian Pemasaran untuk
tujuan iklan dan merakam video serta mengedit video sesuai dengan kehendak Pemasaran
dan CEO.
• Menyelia Mesin Pelekat dan melatih staff operasi yang lain untuk membantu menggunakan
mesin pelekat dengan baik
• Berfikir secara kreatif untuk menghasilkan idea dan konsep baru dan membangunkan reka
bentuk interaktif bagi memajukan syarikat
• Menggunakan inovasi untuk mentakrifkan semula reka bentuk yang ringkas dalam masa
yang singkat dan kekangan kos.
• Bekerja dengan pelbagai jenis perisian dan media, termasuk reka bentuk bantuan komputer
(CAD), dan mengikuti perkembangan teknologi terkini
• Proofreading untuk menghasilkan kerja yang tepat dan berkualiti tinggi
• Bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan dengan Pemasaran, jurugambar, stylists,
illustrator, pereka lain, eksekutif akaun, pemaju web dan pakar pemasaran.

PERINCIAN SKOP KERJA DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD JAWATAN/DETAILED JOB SCOPES
AND STANDARD OPERATING PROCEDURE FOR THE APPLIED POSITION:

1. Disiplin
2. Kekemasan
3. Pengurusan Media Sosial dan Platform lain
4. Pengurusan Video dan Gambar
5. Persekitaran Kerja
6. Laporan Kerja

1. DISIPLIN

1.1. Menepati waktu masuk dan balik kerja


1.2. Memastikan THUMBPRINT kehadiran setiap kali masuk dan balik kerja
1.3. Mematuhi JADUAL yang ditetapkan (Rujuk Lampiran A)
1.4. Bekerjasama dengan baik dalam satu pasukan
1.5. Tidak bercakap perkara yang tidak penting / lucah sewaktu bekerja
1.6. Dilarang makan sewaktu bekerja
1.7. WAJIB Menghormati pekerja lain (PERCAKAPAN/PERBUATAN)
1.8. Tidak boleh membuat komitmen lain sewaktu bekerja
1.9. Menepati Tarikh Akhir Tugasan yang diberikan

2. KEKEMASAN

2.1. KEKEMASAN DIRI


2.1.1. Berpakaian sopan serta kemas (Menutup AURAT)
2.2. KEKEMASAN PEJABAT
2.2.1. Memastikan kerusi dan meja dalam keadaan teratur
2.2.2. Membuang sisa/sampah di tempat yang disediakan
2.2.3. Membersihkan tandas mengikut jadual
2.2.4. Bergotong-royong membersihkan pejabat setiap hujung minggu
2.2.5. Memastikan peralatan pejabat (Komputer/Laptop, Printer, dan lain-lain) berada
dalam keadaan baik sebelum dan selepas kerja.

3. PENGURUSAN MEDIA SOSIAL DAN PLATFORM PROMOSI YANG LAIN

3.1. Membantu Eksekutif Pemasaran mengendalikan FB,Instagram,Shopee,Twitter dan


semua Platform Media Sosial Planet Gadget Murah dengan menyediakan rekaan grafik
yang menarik untuk dimuat naik di media sosial.
3.2. Mengumpul segala gambar testimoni daripada Bahagian Pemasaran untuk tujuan
penyuntingan supaya gambar akan lebih menarik dengan maklumat yang terperinci
untuk menarik minat lebih ramai pelanggan.
3.3. Sentiasa peka akan promosi terkini dan bersedia dengan beberapa design poster atau
banner yang menarik sebelum diminta oleh Bahagian Pemasaran
4. PENGURUSAN VIDEO DAN GAMBAR

4.1. Menyediakan Video-video yang menarik untuk tujuan promosi


4.2. Sentiasa berhubung dengan Staf Jualan di Cawangan dan Juruteknik untuk video-video
pembaikan telefon dan juga gambar pembelian serta testimoni dari pelanggan yang
datang ke kedai.
4.3. Mengambil gambar-gmbar dan video produk terbaharu untuk penyuntingan sebelum
dimuat naik ke Platform Media Sosial Planet Gadget Murah dan juga FB atau Whatsapp
pelanggan.

5. PERSEKITARAN KERJA

5.1. Tahan dengan suhu sejuk pendingin hawa


5.2. Mampu bekerja di bawah tekanan
5.3. Boleh bekerjasama dalam kumpulan (Memberi dan menerima teguran/cadangan)
5.4. Mampu fokus dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang singkat

6. LAPORAN KERJA

6.1. Menyerahkan laporan kerja harian kepada CEO


6.2. Mengemaskini rekaan-rekaan terbaru untuk promosi produk

TERMA DAN SYARAT:

• Notis perletakan jawatan hendaklah diserahkan 4 Minggu (setelah sah jawatan) lebih awal
kepada pihak pengurusan dan 2 Minggu bagi pekerja dalam tempoh percubaan (RUJUK
KONTRAK PERKHIDMATAN)

Saya faham dan bersetuju sekiranya saya disabitkan kesalahan melanggar SOP/JD serta Terma dan
Syarat yang ditetapkan ini, saya berhak dikenakan tindakan tatatertib atau pihak syarikat berhak
menamatkan perkhidmatan saya serta merta/notis berjadual.

Saya juga berjanji akan menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap tugas saya dan tidak akan
membuat komitmen dengan syarikat lain selama saya terikat dengan syarikat Planet Gadget Murah
Sdn Bhd.

Saya berjanji tidak akan mendedahkan segala maklumat syarikat (Pecah Amanah) atau memburukkan
reputasi syarikat pada pihak luar. Kegagalan saya berbuat demikian akan menyebabkan saya
dikenakan tindakan undang-undang serta dikenakan denda sebanyak RM 5000.00 oleh pihak syarikat
Planet Gadget Murah Sdn Bhd.

Saya yang menurut perintah, Disaksikan dan disahkan oleh,

…………………………………………………… ……………………………………………………..

NAMA: NAMA:
JAWATAN: JAWATAN:
TARIKH: TARIKH

Anda mungkin juga menyukai