Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

KERTAS KERJA
“KURSUS POWER UP YOUR”
ENGLISH KAKITANGAN
JABATAN KEMAJUAN
MASYARAKAT (KEMAS) TAHUN
2019

Unit Fungsional
Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional
Jabatan Kemajuan Masyarakat

KERTAS KERJA
KURSUS “POWER UP YOUR ENGLISH” KAKITANGAN JABATAN
KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) TAHUN 2019

1. PENGENALAN

1.1 Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan


dan kelulusan Ketua Pengarah KEMAS untuk melaksanakan
KURSUS “POWER UP YOUR ENGLISH” KAKITANGAN
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) TAHUN 2019.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Penguasaan Bahasa Inggeris yang semakin lemah di Malaysia


pernah menjadi isu dan ia kembali menarik perhatian ramai
apabila YAB Perdana Menteri mahu penjawat tinggi awam
mengambil ujian kecekapan Bahasa Inggeris. Perdana Menteri
yang membuat pengumuman itu pada 6 Jun 2018 dipetik sebagai
berkata "mustahak bagi penjawat tinggi awam untuk menguasai
bahasa Inggeris yang baik kerana mereka mempunyai mesyuarat
di luar negara."

2.2 Sehubungan itu, Bahagian Latihan dan Pembangunan


Profesional bercadang mengadakan kursus di atas bertujuan
untuk memberi pendedahan dalam meningkatkan keyakinan diri,
cara menulis laporan atau pembentangan dalam bahasa inggeris,
teknik dan gaya bahasa yang sesuai.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai


kemahiran berbahasa inggeris;

3.2 Selain itu, kursus ini dapat membantu para peserta di dalam
teknik penyampaian dalam bahasa inggeris yang berkesan
supaya sentiasa berdaya saing dan kreatif dalam melaksanakan
tugas
4. BUTIRAN PELAKSAAN KURSUS
Cadangan tarikh dan tempat pelaksanaan kursus ini ialah:

4.1 Tarikh : 3 hingga 5 November 2019


4.2 Tempat : Kuala Lumpur

5. PELAKSANAAN KURSUS

Jadual dan pengisian kursus adalah seperti di Lampiran 1;

6. CADANGAN PESERTA

6.1 Peserta bagi kursus ini adalah terdiri daripada kakitangan


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara.
Senarai nama seperti di Lampiran 2.

6.2 Pecahan agihan peserta,urusetia dan penyedia latihan adalah


seperti berikut:

Bil. Perkara Jawatan Jumlah

1. Ketua Urusetia Penolong Pengarah Kanan Latihan 1

2. Urusetia Kakitangan Bahagian Latihan 1

3. Penceramah Penyedia Latihan Swasta 2

4. Peserta Kakitangan KEMAS 22

Jumlah 26
7. PENGISIAN DAN METODOLOGI

.1 Kaedah pengisian dan pengendalian bengkel ini adalah seperti


berikut:-

i. Pembelajaran 2 hala secara interaktif;


ii. Latihan Simulasi
iii. Teori, teknik dan praktikal

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Perincian dan jumlah anggaran kos jabatan bagi kursus ini adalah
seperti jadual 1;

Kiraan
Kadar Jumlah
Bil Perkara Bil Bil Kod OS
Gred Kelayakan (RM)
Peserta Hari
(RM)

41-44 23 2 130 5,980


1. Penginapan 29000
19-28 1 2 80 160

Jumlah 24 6,140

41-44 23 2 45 2,070
Makan
2. 29000
minum
19-28 1 2 40 80

Jumlah 24 2,150

Bayaran termasuk

- Bayaran profesional
Penyedia Latihan
3. penceramah 7,850 29000
Swasta
- Nota, bahan kursus, Modul
& sijil
- Laporan

4. Dewan/Auditorium/Bilik Latihan 1,000 29000

JUMLAH ANGGARAN KOS JABATAN 17,140


Jadual 1: Pengiraan Anggaran Kos Perbelanjaan Jabatan

8.2 Bahagian telah melaksanakan kajian pasaran yang melibatkan


permohonan kepada 5 buah institut latihan awam dan adalah
seperti di Jadual 2. Walau bagaimanapun, tiada institut latihan
awam yang boleh menerima permohonan yang telah
dikemukakan dan bahagian telah melaksanakan kajian pasaran
yang melibatkan 3 premis swasta dan hotel seperti di Jadual 3.

Alasan penolakan
Bil. Nama Institusi
(seperti Lampiran 3)
Pusat Latihan Jabatan
1 Kemajuan Orang Asli Tiada kekosongan pada tarikh permohonan
(JAKOA)

2 ILKAP Terbabit dengan kerja-kerja penyelenggaraan

Institut Latihan KEMAS


3 Terbabit dengan Spring cleaning
Kuala Lumpur
Pusat Kegiatan
4 Tiada kekosongan pada tarikh permohonan
Masyarakat Batu

penutupan sementara daripada menerima


Kompleks Belia dan sebarang tempahan kemudahan bagi memberi
5
Sukan, Bukit Kiara laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf sehingga
tarikh yang akan diberitahu kelak

Jadual 2: Kajian Pasaran bagi Institut Latihan Awam

Bi
l Nama Hotel Tawaran Harga (RM)
Summit Hotel 6,760.00
1
Pakej Penginapan & Makan Minum (kos meliputi pakej
(3H/2M) penginapan,makan
minum,alat tulis, PA
a. Bilik berdua :24 x RM120.00 system, alat pembesar
=RM2,880.00 suara, cordles mic,LCD &
lain-lain seperti di
Peserta : 22 org quotation)
Urusetia : 2 org

b. RM2,880.00 x 2 malam =
RM5,760.00

c. Dewan/Bilik Latihan : RM1,000.00 =


RM1,000.00
Tamu Hotel, Kuala Lumpur

Pakej Kursus & Makan Minum (3H/2M)

a. Bilik berdua :24 x RM220.00 10,560.00


=RM5,280.00
(kos meliputi pakej
Peserta : 22 org penginapan,makan minum
2
Urusetia : 2 org 6 kali,alat tulis & lain-lain
seperti di quotation)
b. RM5,280.00 x 2 malam =
RM10,560.00

Primera Hotel, Kuala Lumpur

Pakej Kursus & Makan Minum


(3H/2M)) 9,120.00

a. Bilik berdua :24 x RM190.00 (kos meliputi pakej


penginapan,makan
=RM4,560.00
3 minum ,PA system, 1 alat
Peserta : 22 org pembesar suara, alat tulis,
dewan & lain-lain seperti di
Urusetia : 2 org
quotation)
b. RM4,560.00 x 2 malam =
RM9,120.00
Jadual 3: Kajian Pasaran bagi Premis Swasta

9. JUSTIFIKASI PENGGUNAAN PREMIS LUAR KEMAS (SWASTA)

9.1 Pelaksanaan kursus ini melibatkan 24 orang pegawai dan


kakitangan jabatan. Oleh yang demikian, premis yang akan
dipilih untuk kursus ini mengambil kira kemudahan-kemudahan
yang mencukupi untuk menampung kapasiti pegawai dan
kakitangan agar dapat melaksanakan kursus ini dengan lebih
selesa dan dapat melahirkan penjawat awam yang betul-betul
berdaya tahan, berkualiti dan berdaya fikir serta berbakti pada
sektor awam khususnya kepada Jabatan yang terlibat secara
langsung dengan masyarakat luar bandar.

9.2 Kebanyakan premis di bawah 1MTC juga penuh disebabkan


pelaksanaan kursus-kursus di bawah agensi masing-masing
terutamanya kursus jangkamasa panjang misalnya Kolej .

9.3 Pilihan premis latihan di bawah agensi latihan 1MTC seperti


hotel /resort/inn sahaja yang masih terbuka untuk penggunaan
kemudahan latihan.

9.4 Perbandingan kos memang ketara kerana syarat 1MTC adalah


bahawa segala kemudahan latihan adalah percuma tetapi
cuma dibayar untuk dobi dan makan minum sahaja.
Walaubagaimanapun, disebabkan permintaan penggunaan di
1MTC agak tinggi maka premis luar diperlukan.
Walaubagaimanapun, harga adalah berdasarkan kadar yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Negeri masing-masing
dan mengambilkira kadar keuntungan yang tidak melangkaui
kadar sewa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penilaian
Negeri.

9.5 Walaupun perancangan telah dibuat, namun tarikh


pelaksanaan amat bergantung kepada keperluan semasa
termasuk program lain yang lebih penting berdasarkan arahan
semasa dari pengurusan tertinggi.

10. Bahagian ini merancang untuk menggunakan penyedia latihan swasta


untuk kursus ini. Justifikasi pemilihan penyedia latihan sebagai
penceramah bagi program adalah melalui:-
10.1 Menawarkan pengisian yang berfaedah dan harga yang
menguntungkan jabatan iaitu dianggarkan pada harga RM
7,850.00 dan iaitu termasuk kos nota, bayaran penceramah
dan peralatan.

10.2 Syarikat Bumiputera; dan

10.3 Profesional serta berkemahiran dalam meningkatkan


kompetensi kakitangan.
BIL PERUNDING TAWARAN HARGA

1. NIM Training and Consultancy Sdn Bhd RM 7,850.00

2. Brainwork Resouces Sdn Bhd RM 8,000.00

3. Versatile Learning Sdn Bhd RM 8,300.00

10.4 Bersama-sama ini dilampirkan perkara-perkara berikut:

i) Dokumen carian institut latihan awam (Lampiran 3)


ii) Sebut harga (quotation) premis swasta (Lampiran 4)
iii) Format pengiraan kadar kelayakan dan harga sebenar
pakej (Lampiran 5)
iv) Sebut harga (quotation) penyedia latihan swasta
(Lampiran 6)

11. JANGKAAN IMPAK PROGRAM

11.1 Peserta akan lebih berkeyakinan dalam berinteraksi di


kalangan kakitangan di jabatan yang berbilang bangsa;

11.2 Peserta dapat meningkatkan penguasaan Bahasa inggeris dan


memudahkan pegawai dalam mendapatkan maklumat.

12. PENUTUP

Secara keseluruhan melalui pelaksanaan kursus ini peserta dapat


meningkatkan teknik penyampaian dalam bahasa inggeris yang
berkesan supaya sentiasa berdaya saing dan kreatif dalam
melaksanakan tugas.

Anda mungkin juga menyukai