Anda di halaman 1dari 6

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

KERTAS KERJA

“BENGKEL PENINGKATAN
PROFESIONALISMA UNIT MEDIA
KEMAS PAHANG”

Seksyen Khidmat Pengurusan


Jabatan Kemajuan Masyarakat
Negeri Pahang

KERTAS KERJA
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISMA UNIT MEDIA KEMAS
PAHANG
1. PENGENALAN

1.1 Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan Ketua Pengarah KEMAS untuk melaksanakan BENGKEL
PENINGKATAN PROFESIONALISMA UNIT MEDIA KEMAS PAHANG

2. LATAR BELAKANG

2.1 Dalam masyarakat berteknologi moden, hampir setiap anggota


masyarakat mengisi masa hariannya selama beberapa ketika untuk
menonton TV, mendengar radio, melayari media sosial dan pelbagai
bentuk media lagi dalam kehidupan harian. Disebabkan pengaruh
media yang besar pada hari ini, setiap jabatan dan agensi dalam sektor
swasta dan perkhidmatan awam telah mewujudkan unit media mereka
sendiri dalam konteks memperkenalkan visi dan misi serta aktiviti
jabatan kepada masyarakat diluar sana.

2.2 Sehubungan itu, menyedari kepentingan unit media ini dalam


mempromosikan aktiviti jabatan kepada masyarakat luar dengan lebih
cepat dan tepat, Unit Latihan KEMAS Pahang bercadang mengadakan
kursus di atas bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan
Unit Media KEMAS Pahang dalam mempelajari teknik editing gambar
dan video serta menghasikan kandungan media dengan lebih menarik
dan mudah difahami oleh masyarakat luar.

3. OBJEKTIF

3.1 Mempelajari teknik asas pengambilan gambar dan video semasa acara
atau program yang sedang berlangsung

3.2 Mempelajari teknik asas editing gambar dan video


3.3 Mempelajari teknik penulisan yang bermutu tinggi dan mudah difahami
oleh masyarakat

3.4 Meningkatkan kemahiran mengendalikan laman rasmi jabatan di


semua platform media sosial.

4. BUTIRAN PELAKSAAN KURSUS


Cadangan tarikh dan tempat pelaksanaan kursus ini ialah:

4.1 Tarikh : 30 Sep hingga 2 Okt 2020


4.2 Tempat : Pusat Kegiatan Masyarakat, Jengka

5. PELAKSANAAN KURSUS

Jadual dan pengisian kursus adalah seperti di Lampiran 1;

6. ADANGAN PESERTA

6.1 Peserta bagi kursus ini adalah terdiri daripada kakitangan Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang. Senarai nama
seperti di Lampiran 2.

6.2 Pecahan agihan peserta,urusetia dan penyedia latihan adalah


seperti berikut:

Bil. Perkara Jawatan Jumlah


1. Ketua Urusetia Penolong Pengarah Kanan Latihan 1

2. Urusetia Kakitangan Bahagian Latihan 1

i. KEMAS PAHANG
3. Penceramah 2
ii. KEMAS HQ

4. Peserta Kakitangan KEMAS (Unit Media) 30

Jumlah 34

7. PENGISIAN DAN METODOLOGI

7.1 Kaedah pengisian dan pengendalian bengkel ini adalah seperti


berikut:-

i. Pembelajaran 2 hala secara interaktif;


ii. Latihan Simulasi
iii. Teori, teknik dan praktikal

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Perincian dan jumlah anggaran kos jabatan bagi kursus ini adalah
seperti jadual 1;

Bil Perkara Kiraan Jumlah Kod OS


Kadar
Bil Bil
Kelayakan (RM)
Peserta Hari
(RM)
Urusetia dan
4 2 10 80.00
penceramah
1. Penginapan 29000
Peserta 30 2 10 600

Jumlah 34 680.00
Urusetia dan
4 2 36 288.00
Makan penceramah
2. 29000
minum
Peserta 30 2 36 2,160.00

Jumlah 34 2,448.00

Penceramah RM 150.00 x 6 jam x 2


3. 1,800.00
(Gred 45 - 52) orang

JUMLAH ANGGARAN KOS JABATAN 4,928.00

Jadual 1: Pengiraan Anggaran Kos Perbelanjaan Jabatan

9. JANGKAAN IMPAK PROGRAM

9.1 Program ini dijangka mampu untuk menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran peserta khususnya yang bertugas di Unit Media KEMAS
Pahang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengamal media
di jabatan ini.
9.2 Ia juga mampu menambah hubungan yang akrab antara kakitangan
KEMAS Negeri Pahang

10. PENUTUP

Secara umumnya kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan


menambah kemahiran kepada peserta mengenai teknik menghasilkan kandungan
media dan mengendalikannya di platform rasmi jabatan di media sosial.
Pelaksanaan Kursus ini diharap akan dapat mempromosi dan memperkenalkan
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) khasnya KEMAS Negeri Pahang kepada
masyarakat dan agensi luar melalui media yang dihasilkan dan dikendalikan dengan
baik dan sempurna.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

….……………………….………. …………………………………
En. Supyansyah Bin Dahriansjah En. Baharudin Bin Ahmad
Unit Khidmat Pengurusan (Latihan) Penolong Pengarah
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Unit Khidmat Pengurusan
Negeri Pahang Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS)
Negeri Pahang

Disahkan Oleh:

….………………………………….
Haji Anuar Bin Haji Mat Zain
Pengarah
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Negeri Pahang

Anda mungkin juga menyukai