Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PROGRAM

BENGKEL MULTIMEDIA KREATIF 1.0

1.0 PENGENALAN PROGRAM

Kelab Interaktif Multimedia dibawah pantauan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda
(KAGUM). Kelab ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dengan lebih mendalam terhadap
bidang multimedia kepada masyarakat luar khususnya golongan belia.Kemahiranberbentukbengkel-
bengkelperisian
multimediasertafotografiturutdisediakanbagimenambahpengetahuandankemahiranahli-ahlikelab.
Penubuhankelabini juga adalahsebagai platform beliauntukmempelajariilmu multimedia
secaralebihmendalam.Pada masayangsamadapatmembentukkumpulanbeliamewakili KAGUMuntuk
memberi manfaatbersamamasyarakatdi luarkhususnya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai asasperisianPhotoshop CS5.

2.2 Memberi pengetahuan dalam menggunakan dan mengaplikasikan ‘tools’ dalam perisian.

2.3 Meningkatkan bilangan ahli KAGUM yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam
mengubahsuai dan mengedit imej untuk membina poster.

3.0 TEMPAT

BILIK SEMINAR, HIKMAH WILAYAH, TAMAN PUTRA KAJANG

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 13 Mei 2017 (SABTU)


Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

5.0 PENYERTAAN

Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada 10 lelaki dan 11 perempuan.


6.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI / PENGISIAN

8.30 - 9.30 pagi Ketibaan Para Peserta / pendaftaran

Sesi Pengenalan ikon photoshope


10.00 pagi - 12.30
13 Mei tengahari Slot 1: Pengenalan (Poster 1)
2017
12.30 - 2.00 petang REHAT

Makan tenghari/Solat zohor

2.30 – 4.30 petang Slot 2 : Lanjutan (Poster 2)

4.00 – 4.30 petang Slot BONUS : Ilmu marketing

4.30- 5.00 petang Majlis Penyampaian Sijil & Sesi Bergambar

7.0 KELEBIHAN

7.1 Tempat program yang selesa


7.2 Trainer yang berpengalaman
7.3 Para Peserta berkomited tinggi

8.0 KEKURANGAN

8.1 Penyertaan yang kurang memberangsangkan kerana berlaku salah faham mengenai
status peserta yang pasti boleh hadir.
8.2 Terdapat peserta yang menarik diri di saat akhir.
8.3 Berlaku kelewatan untuk memulakan bengkel kerana tidak semua laptop dapat
menampung perisian Adobe Photoshop CS5 Portableyang diberikan. Oleh yang
demikian, pihak penganjur terpaksa membuat Installation Adobe Photoshop CS5 full
versionsecara menual dan ini telah memakan masa yang agak lama.
8.4 Tidak kesemua kumpulan sasar dikalangan ahli KAGUM yang menghadiri bengkel.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Walaupun pendaftaran peserta hanya 1/3 daripada jangkaan namun kehadiran kumpulan kecil
ini nampak lebih praktikal. Dimana, jumlah peserta yang kecil memudahkan traineruntuk
memberikan tunjuk ajar secara one to one bila terdapat peserta yang ketinggalan semasa sesi
pembelajaran berlangsung. Dalam perancangan masa hadapan, bercadang untuk mengadakan
bengkel dengan kumpulan yang kecil dengan yuran yang sedikit tinggi. Dan jikalau kumpulan sasar
besar, perlu diadakan pembantu pengajar untuk membantu melancarkan perjalanan bengkel.
Pendekatan teknik pendaftar lain perlu digunakan dalam menarik lebih ramai peserta.
Contohnya, diskaun kepada yang mendaftar secara beramai-ramai (5-10 orang), kenakan deposit
untuk mengikat komitmen pesertaagar tidak berlaku lagi kes tarik diri pada saat akhir, yang
merugikan pihak yang menjalankan program. Manakala dari segi isu perisianAdobe PhotoshopCS5,
kelak sebarang bentuk softwareyang diperlukan untuk bengkel, perlulah diperiksa secara individual
semasa proses pendaftaran dibuat bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa sesi bengkel
berlangsung.

10.0 LAPORAN KEWANGAN

10.1 PENDAPATAN

BIL SUMBER JUMLAH (RM)


1 KAGUM 139.40
2 YURAN PESERTA LUAR 255
3 YURAN PESERTA KAGUM 60
(NAMA BADAN PENYUMBANG;
4 -
Kementerian/Syarikat/Ngo/Dll)
JUMLAH RM 454.40

10.2 PERBELANJAAN
PERATU
PERINCIAN(R JUMLAH(R
BIL PERKARA S
M) M)
(%)
1. Jamuan
Sarapan 29.50
Makan tengahari 80.00
Minum petang 21.20 130.70 28.8
2. Bahan Tugas-tugas Khas
cenderahati 30.00
penceramah 250.00
sijil 12.00 292 64.3
3. Kontigensi/rencam
Cetakan kertas kerja 7.84
Pos laju 23.85 31.7 6.9
JUMLAH 454.40 100%
10.3 LEBIHAN TUNAI

BIL PERKARA JUMLAH (RM) PERATUS (%)


1 Tunai di tangan 0.00
JUMLAH RM 0.00 0.00%
JUMLAH KESELURUHAN RM 454.40 + RM 0.00 = RM 454.40 100.00%

BAKI KESELURUHAN = (A) –(B)-(C)

= RM 454.40 – RM 454.40– RM 0.00 = RM 0.00

11.0 BUKTI PERBELANJAAN

(Rujuk Lampiran)

12.0 GAMBAR
( Gambar Perasmian) ( Gambar Semasa Program)

( Gambar Penutup) ( Gambar xyz)

13.0 BORANG SOAL SELIDIK DAN ANALISIS

(Rujuk lampiran E) jika perlu sahaja

14.0 PENUTUP

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya, dimana sepanjang program dapat
dilihat kesungguhan para peserta dalam trainer dalam mencapai maksud bengkel diadakan. Di dalam
borang kaji selidik terdapat komen agar bengkel seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.
Seiringan dengan hasrat persatuan KAGUM untuk menjadikan Bengkel Multimedia ini sebagai
program berkala persatuan.

Sekian, terima kasih


LAMPIRAN E

BORANG KAJI SELIDIK


BENGKEL MULTIMEDIA KREATIF 1.0

Kami berterima kasih atas kesediaan anda menjawab soal selidik ini. Dapatan kaji selidik ini akan
digunakan untuk meningkatan kualiti penganjuran kelak.

Jantina : ______________ Bangsa : _______________ Pekerjaan: _________________

Arahan: Sila jawab semua soalan dengan menandakan (√) berpandukan skala di bawah. Anda
diminta untuk menandakan secara spesifik di ruangan catatan sekiranya skala yang dipilih adalah
1 atau 2. 1 2 3 4 5
Tidak memuaskan Kurang Sederhana Baik Sangat baik
memuaskan

No Soalan Skala Catatat


Kandungan modul
1. Kandungan modul memadai untuk saya memahami
subjek dan mencapai objektif pembelajaran saya.
2. Pembelajaran melalui modul ini memberi peluang
bagi saya membuat latihan sendirian
3. Contoh dan rujukan yang disertakan mencukupi
dan membantu saya memahami bengkel ini.
Penyampaian
1. Penerangan Modul yang jelas
2. Objektif modul dinyatakan dengan jelas
3. Penjelasan/ pengajaran topik mudah difahami
4 Corak penyampaian adalah menarik
Utiliti
1. Persekitaran bilik yang bersih dan selesa
2. Jamuan yang disediakan bersesuaian
3. Kemudahan tempat program

Cadangan Lain:________________________________________________________________

Disediakan oleh : _____________________________________


( )

Setiausaha/Bendahari Program
Disahkan & Diserahkan oleh : _____________________________________
( )
Ketua Program

Disemak oleh : _____________________________________


( )
Setiausaha KAGUM

: _____________________________________

( )
Bendahari KAGUM

Checklist: sila tanda (√) jika sudah


disertakan.

Muka depan Laporan

Laporan Program Lengkap Softcopy

Hardcopy

Laporan Kewangan lengkap Softcopy

Hardcopy

Bukti perbelanjaan / POP original

Bukti perbelanjaan / POP fotostat

Duit lebihan tunai


Tandatangan Penerima Wang; ________________________
(Nama )

Anda mungkin juga menyukai