Anda di halaman 1dari 3

BENGKEL PERSEDIAAN KERJAYA

PENGENALAN
Dunia pekerjaan pada hari ini semakin sengit dengan kehadiran lambakan graduangarduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar Negara. Keadaan ini
menyebabkan majikan sangat teliti dan cerewet dalam memilih calon pekerja. Begitu
juga organisasi yang bertanggungjawab memberikan biasiswa.
Membuat persiapan kerjaya adalah satu faktor kejayaan seseorang memperolehi
pekerjaan. Kesilapan calon tidak membuat persiapan menyebabkan mereka gagal
dalam temuduga.
Bengkel ini bertujuan memberikan tip dan kemahiran untuk berpenampilan
professional, penulisan resume yang efektif dan komunikasi yang baik semasa
temuduga. Teknik yang dikongsikan adalah praktikal dan sesuai untuk menambahbaik
imej individu agar tampil penuh karisma sekaligus membantu calon untuk lulus dalam
temuduga.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------OBJEKTIF PROGRAM
Mempelajari teknik penampilan profesional dan gaya komunikasi persuasif
untuk menyerlahkan keperibadian dan personaliti menyenangkan semasa
temuduga.
Mengenali rangka asas sebuah resume yang efektif dan isi kandungannya.
Memahami prosedur temuduga yang paling biasa digunakan oleh
penemuduga.
Mengetahui etika temuduga yang tepat agar diri mempunyai kelebihan
berbanding calon temuduga yang lain.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat mempraktikan teknik penampilan professional dan gaya
komunikasi yang baik semasa temuduga.
Pelajar dapat menulis resume yang efektif.
Pelajar memahami prosedur dan etika temuduga.
METODOLOGI
Ceramah interaktif.
Latihan praktikal
Demonstrasi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------SASARAN PESERTA
Pelajar Tahun akhir di IPT/ Pelajar SPM
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DYNAMIC IMAGE TRAINING AND CONSULTANCY

BENGKEL PERSEDIAAN KERJAYA


TENTATIF PROGRAM DAN KANDUNGAN MODUL
MASA
8.00 pagi - 9.30 pagi
Modul 1
9.30 pagi 9.45 pagi
Rehat, Minum pagi
9.45 pagi 12.00 tengahari
Modul 2
Latihan dan perbincangan
12.00 tengahari 1.30 petang
Makan tengahari, solat
Zohor
1.30 petang 2.30 petang
Modul 3
2.30 petang 3.15 petang
Rehat

3.15 petang 4.00 petang


Modul 4

MODUL
Modul 1 : PENAMPILAN
Kod Pakaian Temuduga
Pemilihan warna dan kesesuaian
Kesilapan imej diri dan pengaruhnya
Modul 2 : PENULISAN RESUME
Jenis Resume
Fungsi Resume
Cara menulis Resume yang efektif

Modul 3: KOMUNIKASI
Cara duduk dan posture badan yang
betul
Gaya bahasa badan dan komunikasi
yang baik
Modul 4: TEMUDUGA
Persediaan Temuduga; Sebelum,
Semasa dan Selepas
Prosedur temuduga
Soalan-soalan temuduga

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------JANGKAMASA PROGRAM
Sehari (8.00 pagi 4.00 petang)
ALAT BANTU MENGAJAR
Projektor
Sistem audio
White board & marker
Kertas A4
2 buah kerusi dan meja untuk tujuan demonstrasi temuduga
KOS BENGKEL
Kos penceramah (RM 4,000 sehari)
*Kos nota program *Boleh difotokopi oleh pihak penganjur mengikut bilangan pelajar
Kos perjalanan
Jika luar kawasan Kota Kinabalu, tempat tinggal dan pengangkutan untuk
fasilitator disediakan oleh pihak penganjur.
DYNAMIC IMAGE TRAINING AND CONSULTANCY

BENGKEL PERSEDIAAN KERJAYA


PROFAIL PENCERAMAH

PENGUCAPA AWWAM

Puan Noor Fadilah A. merupakan seorang:

Master Trainer di Dynamic Image Training and Consultancy


Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC diiktiraf oleh Training Cube
International Sdn. Bhd, Malaysia)

Konsultan Kerjaya bertauliah (diiktiraf Expert Rating, USA)

Pengamal Professional Learning Facilitator (PLF) diiktiraf oleh Take Charge


International Sdn. Bhd, Malaysia

Pengamal NLP berdaftar daripada National Federation of NeoroLinguistic


Programming (NFNLP, USA)

Ahli Kelab Pidato Perdana (KPP Pusat Bandar KL)

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia dan sedang
menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Penilaian dan Pengukuran
Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau merupakan seorang penulis bebas akhbar, majalah Wadah Siswa dan e-book
(Rahsia SUKSES Temuduga dan 7 Langkah Kelihatan Langsing).

Klien beliau terdiri daripada syarikat-syarikat korporat serta swasta, agensi-agensi


kerajaan, institusi pengajian tinggi serta sekolah.

DYNAMIC IMAGE TRAINING AND CONSULTANCY

Anda mungkin juga menyukai