Anda di halaman 1dari 20

BUKU PANDUAN PEKERJA

TYRE MEDIC SDN. BHD.


21, JALAN VILLARAYA 2/3,
VILLARAYA INDUSTRIAL PARK,
43500 SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN

Disediakan oleh:
Bahagian Sumber Manusia

Cetakan Pertama:
19 Ogos 2023
Isi Kandungan

No. Isi Kandungan Muka


Surat
1 Kata Aluan Pengarah Syarikat 1
2 Pengenalan 2
3 Visi dan Misi 3
4 Carta Organisasi 4
5 Surat Tawaran 5
6 Tempoh Percubaan 5
7 Kenaikan Pangkat 6
8 Notis Penamatan 6
9 Had Umur Persaraan 7
10 Hari Kerja dan Tempoh Jam Kerja 7
11 Hari rehat 8
12 Kehadiran Bertugas 8
13 Ketidakhadiran Bertugas 8
14 Kerja Lebih Masa 9
15 Cuti Am Bergaji 9
16 Cuti tahunan 9
17 Lain-Lain Cuti 10
18 Pertukaran Jawatan / Tempat Bertugas 10
19 Kod Etika Pemakaian 11
20 Faedah / Elaun / Kemudahan 11
21 Perkara Am 12
22 Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 14
23 Polisi Gangguan Seksual 15
24 Disiplin Di Tempat Kerja 15
25 Kesalahan Kecil / Salahlaku Kecil 17
26 Kesalahan Besar / Salahlaku Besar 18
KATA ALUAN PENGARAH SYARIKAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah rahmat-nya,
buku panduan pekerja khusus untuk Syarikat Tyre Medic Sdn Bhd dapat dibagunkan.
Sebagai sebuah Syarikat milik Bumiputera yang berkembang maju, Syarikat Tyre Medic Sdn
Bhd perlu beroperasi dengan standard etika yang tinggi untuk mengekalkan produktiviti
tanpa mengabaikan kebajikan semua pekerja. Setiap amalan yang dilaksanakan di Syarikat
ini mestilah berpandukan polisi dan panduan pekerja dan sebarang keputusan dibuat
selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan, manakala setiap tingkahlaku
hendaklah berasaskan amalan baik untuk kepentingan bersama. Keperluan ini adalah
menjadi tunjang kepada polisi dan buku panduan pekerja ini.
Semua pekerja Syarikat Tyre Medic Sdn Bhd perlu membaca dan memahami polisi dan
buku panduan pekerja ini dalam mengekalkan produktiviti, keselamatan, keharmonian dan
imej Syarikat milik Bumiputera yang berdaya saing. Cabaran kita adalah untuk mengelakkan
pelanggaran etika kerja, undang-undang dan perilaku yang tidak beretika yang boleh
mengakibatkan tindakan tatatertib berlandaskan undang-undang perlu diambil kepada para
pekerja Tyre Medic Sdn. Bhd.
Akhir kata, terima kasih diucapkan atas usaha semua pihak dalam membangunkan buku
panduan pekerja terus menjadi polisi syarikat dalam mengekalkan produktiviti dan imej
Syarikat di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

_______________________________
MOHAMMAD ALFIAN BIN NORDIN
Pengarah
Tyre Medic Sdn. Bhd.

1|Page
PENGENALAN

Selamat datang ke TYRE MEDIC SDN. BHD. diucapkan.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja di Tyre Medic Sdn. Bhd. untuk membaca,
memahami dan mematuhi semua maklumat yang terkandung dalam buku panduan ini yang
bertujuan untuk menerangkan dengan jelas maklumat berkaitan polisi, prosedur dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarikat.

Buku panduan ini menjadi sumber maklumat yang lengkap kepada pekerja dalam urusan
pekerjaan seperti jadual waktu kerja, prosedur permohonan cuti, cara pembayaran gaji dan
lain-lain. pekerja juga boleh mengetahui peraturan dan etika yang telah digariskan bagi
mewujudkan satu budaya kerja yang berkualiti. Maklumat berkaitan tindakan tatatertib turut
diterangkan sebagai rujukan pekerja.

Diharapkan setiap pekerja dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab hakiki dengan
penuh dedikasi, bersungguh-sungguh serta komitmen yang tinggi bagi membantu syarikat
mencapai visi dan misi dengan jayanya.

Syarikat mempunyai hak untuk mengubah, meminda atau menambah maklumat yang
dirasakan perlu dalam buku panduan pekerja ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan
kepada semua pekerja melalui notis bertulis atau memo atau hebahan rasmi.

Jika pekerja memerlukan penjelasan lanjut berkaitan isi kandungan buku panduan ini, sila
hubungi Bahagian Sumber Manusia.

2|Page
1. PENGENALAN BUKU PANDUAN PEKERJA

1.1. Penggunaan dan tarikh kuatkuasa


I. Buku Panduan Pekerja ini menetapkan syarat-syarat pekerja keatas pekerja
Tyre Medic Sdn. Bhd. atau mana-mana anak syarikat dibawah Tyre Medic
Sdn. Bhd.
II. Pihak syarikat boleh menambah, memotong atau meminda mana-mana
syarat yang terkandung didalam buku panduan ini apabila dan dimana ia
dianggap perlu untuk mengikut kelaziman dan keperluan.
III. Tarikh Buku Panduan Pekerja ini berkuatkuasa adalah pada 1 September
2023 dan ia hendaklah kekal berkuatkuasa sehingga disemak.

1.2. Apa itu Buku Panduan Pekerja?


I. Buku Panduan Pekerja adalah gambaran keseluruhan Syarikat merangkumi
buku panduan, faedah dan peraturan bertujuan untuk membiasakan anda
dengan maklumat penting tentang syarikat.
II. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah suai, menambah, membatalkan
atau menyemak semula mana-mana peruntukan yang ada dalam Buku
Panduan Pekerja ini sebagaimana yang difikirkan perlu atau yang sesuai
dengannya.

1.3. Visi dan Misi

Visi Misi
Untuk menjadi peneraju utama pasaran Kami di Tyre Medic Sdn Bhd amat
di dalam industri tayar dan perkhidmatan berdedikasi untuk menyediakan
automotif. Tyre Medic Sdn Bhd perkhidmatan yang berkualiti tinggi yang
bertanggungjawab untuk memacu tidak hanya memenuhi keperluan
inovasi dan kelestarian yang mesra alam pelanggan malah kami juga memberi
bagi proses kitaran semula tayar kepada keutamaan kepada alam sekitar. Kami
tenaga yang boleh diperbaharui. berusaha untuk menerajui industri
melalui kajian dan inovasi yang mesra
alam. Misi kami jelas untuk mewujudkan
masa depan yang lebih selamat, mesra
alam dan lebih efisien untuk semua
orang ketika berada di atas jalan

3|Page
1.4. Carta Organisasi :-

MOHAMMAD
ALFIAN BIN NORDIN
PENGARAH

NADIRAH RAHMAD
CECEP AGUS
JUALAN DAN SUMBER MANUSIA KEWANGAN
OPERASI
PEMASARAN

SABBIR

1|Page
2. SURAT TAWARAN
2.1. Semua pelantikan dalam jawatan selepas pemilihan dibuat dengan memberi surat
tawaran kerja kepada pekerja itu selepas ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
dan dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia.
2.2. Syarikat menganggap pekerja itu bersetuju dengan terma dan syarat sekiranya
pekerja itu tidak mengembalikan surat yang telah ditandatangani dalam tempoh
tujuh (7) hari dari waktu lapor diri.
2.3. Jika pada bila-bila masa selepas pelantikan, mana-mana pekerja didapati
memberikan maklumat atau kenyataan yang palsu di dalam borang permohonan
pelantikan / akuan berkanun atau pengisytiharan melalui borang dalam apa-apa hal
yang tidak benar, syarikat berhak menamatkan perkhidmatan pekerja itu serta-merta
setelah siasatan dalaman dibuat.

3. TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN JAWATAN


3.1. Tempoh percubaan adalah wajib bagi semua pekerja Tyre Medic Sdn. Bhd. dan
tertakluk kepada tempoh diantara 3 bulan hingga 6 bulan atau ke suatu masa yang
difikirkan perlu.
3.2. Syarikat akan menilai prestasi pekerja melalui Borang Penilaian yang disediakan
oleh Bahagian Sumber Manusia pada akhir setiap bulan semasa tempoh percubaan
pekerja. Penilaian akan dibuat oleh Ketua Bahagian masing-masing dan akan
menyerahkan laporan penilaian kepada Bahagian Sumber Manusia untuk tujuan
pengrekodan.
3.3. Keputusan status berkenaan tempeh percubaan akan diberitahu secara bertulis
pada akhir tempoh percubaan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia seperti berikut:

• Pengesahan jawatan
• Tempoh percubaan dilanjutkan
• Penamatan perkhidmatan
• Keputusan penamatan perkhidmatan ini diambil bagi pekerja didalam
tempoh percubaan yang tidak memenuhi kriteria & syarat yang telah
ditetapkan oleh bahagian masing-masing selain tidak mencapai prestasi
kerja yang memberansangkan selepas penilaian dibuat.

3.4. Semua pekerja baru adalah diwajibkan menghadirkan diri untuk sesi orientasi yang
diadakan oleh Bahagian Sumber Manusia. Tujuan orientasi adalah:

• Menjadikan pekerja lebih mengenali syarikat secara keseluruhannya.


• Memastikan pekerja faham terhadap hak dan tanggungjawab sebagai
seorang pekerja syarikat.
• Mengetahui deskripsi tugas, tugas hakiki dan tanggungjawab jawatan yang
disandang.

3.5. Kenaikan gaji selepas tamat tempoh percubaan adalah tidak diwajibkan dan jika
ianya diberi adalah atas budi bicara syarikat selepas berpuas hati dengan
kemampuan dan prestasi pekerja itu untuk jawatan yang disandang.
3.6. Pekerja dalam tempoh percubaan tidak dibenarkan untuk mengambil cuti tahunan,
cuti tahunan itu akan dibekukan sepanjang tempoh percubaan.

1|Page
4. KENAIKAN PANGKAT
4.1. Kenaikan pangkat adalah hak mutlak Pengarah Syarikat dan boleh diberikan /
dianugerahkan kepada sesiapa sahaja selepas beberapa proses dalaman dibuat
dan selepas menilai struktur kewangan syarikat.
4.2. Sekiranya terdapat kekosongan dalam jawatan, pihak Syarikat akan memberikan
keutamaan terlebih dahulu kepada pekerja dalaman jika dirasakan layak oleh
pihak syarikat untuk memenuhi kekosongan jawatan tersebut.
4.3. Bagi pengisian kekosongan jawatan tersebut, mana-mana pekerja yang
berkelayakan akan dipanggil untuk melalui satu temuduga yang akan diatur oleh
pihak Syarikat sebagai salah satu syarat tawaran.
4.4. Keputusan Syarikat mengenai kenaikan pangkat adalah muktamad.
4.5. Sekiranya Syarikat mendapati tiada calon dalaman yang berkelayakan atau
berkebolehan seperti yang dikehendaki syarikat, calon-calon dari luar akan
diambil untuk mengisi kekosongan.
4.6. Seseorang pekerja yang dinaikkan pangkat akan melalui tempoh percubaan
selama enam (6) bulan dan boleh dilanjutkan jika difikirkan perlu.
4.7. Pihak Syarikat akan memberitahu secara bertulis selepas tamat tempoh
percubaan kepada pekerja tersebut sama ada ia telah disahkan atau tidak ke
jawatan baru.
4.8. Pekerja yang tidak disahkan ke dalam jawatan baru akan dikembalikan ke
jawatan sebelumnya tanpa merosakkan sebarang peluang untuk kenaikan
pangkat di masa hadapan.
4.9. Perubahan gaji, deskripsi tugas, terma dan syarat perkhidmatan berkuatkuasa
dari tarikh pekerja bermula dengan jawatan yang baru.
4.10. Sekiranya dalam apa-apa keadaan seseorang pekerja terpaksa memangku
jawatan sementara, pekerja tersebut akan diberikan elaun memangku jawatan
sementara mengikut kadar yang bersesuaian yang telah dipersetujui selepas
perbincangan bersama pekerja itu dibuat.
4.11. Syarikat berhak menurunkan gred dan gaji / elaun pekerja kepada jawatan
asalnya sekiranya didapati tidak sesuai untuk gred yang tinggi selepas penilaian
prestasi dibuat.

5. NOTIS PEMBERHENTIAN / PENAMATAN PERKHIDMATAN


5.1. Tempoh notis penamatan perkhidmatan bagi semua pekerja adalah seperti yang
tertulis dalam perjanjian surat tawaran atau kontrak yang terkini.
5.2. Notis penamatan tempoh perkhidmatan perlu diberi secara bertulis oleh mana-mana
pihak seperti ketetapan berikut:

Jenis perkhidmatan Tempoh


Percubaan • 2 minggu
Bukan Eksekutif & Eksekutif • 4 minggu
Pengurus / pengurus kanan • 8 minggu
Pengurusan tertinggi

2|Page
5.3. Cuti bersalin tidak boleh dikira sebagai notis.
5.4. Sekiranya majikan atau pekerja ingin menamatkan perkhidmatan tanpa atau kurang
daripada notis, boleh berbuat demikian tetapi majikan atau pekerja itu perlu
membayar balik ganti notis tersebut bagi menggantikan tempoh notis.
5.5. Notis bagi kedua-dua pihak mestilah diserahkan melalui surat bertulis kepada
Bahagian Sumber Manusia berkuatkuasa dari tarikh notis penamatan kerja
dikemukakan.
5.6. Sekiranya gagal mematuhi tempoh notis seperti yang telah dipersetujui, pihak
majikan berhak mengkontra gaji ganti notis bagi tempoh yang terkurang
berdasarkan peruntukan Seksyen 13 (1) Akta Kerja 1955.
5.7. Temuduga keluar adalah proses wajib yang dilakukan untuk setiap pekerja yang
telah menghantar notis perletakan jawatan.
5.8. Tujuan temuduga keluar
• Mengenalpasti faktor atau sebab penamatan perkhidmatan.
• Mengenalpasti Tindakan yang boleh diambil untuk sebarang perubahan atau
Tindakan.
• Memastikan serahkan tugas berjalan lancar selepas ketiadaan pekerja.

6. HAD UMUR PERSARAAN


6.1. Umur persaraan bagi pekerja lelaki dan wanita ialah 60 tahun.
6.2. Syarikat boleh menyambung perkhidmatan pekerja secara pembaharuan kontrak
tahunan dengan kelulusan dari pihak pengurusan mengikut indicator berikut:
• Tiada rekod masalah disiplin.
• Tiada masalah kesihatan melalui laporan perubatan yang terkini.
• Prestasi kerja yang sangat baik selepas penilaian dibuat.

7. HARI KERJA DAN TEMPOH JAM KERJA


7.1. Waktu kerja rasmi Tyre Medic Sdn. Bhd. Masa bekerja adalah 45 jam seminggu,
walaubagaimanapun Syarikat berhak mengubah atau meminda jadual waktu kerja
dan rehat dari masa ke masa mengikut keperluan semasa dengan syarat perubahan
atau pindaan tersebut tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang atau
peraturan yang berkait.

Berikut adalah hari dan masa kerja yang ditentukan oleh Syarikat:

BAHAGIAN PENGURUSAN
Isnin hingga Sabtu 9:00 Pagi – 5:30 Petang
Waktu rehat (Isnin-Sabtu) 1:00 Petang – 2:00 Petang
Waktu rehat (Solat Jumaat bagi semua Mana-mana 2 jam diantara 12:00
pekerja lelaki Islam sahaja) Tengahari hingga 2:30 Petang

7.2. Ini tertakluk kepada Seksyen 60A (3) Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa waktu
kerja yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan
hendaklah waktu kerja normal sehari dan tidak melebihi had dalam Seksyen
60A(1)(a)(b)(c)(d) Akta Kerja 1955
7.3. Jadual waktu kerja di bahagian operasi disusun setiap hari oleh pembantu operasi
dan disahkan oleh Pengurus Operasi dengan ketetapan kerja 6 hari seminggu.
7.4. Bagi pekerja di bahagian pengurusan, hari bekerja pada hari Sabtu hanyalah jika
ada arahan dan keperluan untuk bekerja pada hari tersebut. Sekiranya anda diminta
bekerja, anda akan dikira sebagai Waktu Bekerja Normal sahaja.

3|Page
7.5. Akaun Syarikat ditutup bagi pengiraan gaji pada setiap hujung bulan atau pada 30
hari bulan.
7.6. Pembayaran gaji pekerja dibuat 2 kali dalam tempoh satu bulan iaitu pada 20 hari
bulan dan juga pada 1 hari bulan berikutnya bagi tuntutan bayaran dan elaun dan
tidak akan melebihi daripada 7 hari bekerja dari tarikh pengiraan gaji tersebut.
7.7. Pihak majikan berhak menahan pembayaran gaji sekiranya pekerja berhenti bekerja
dari Syarikat tanpa memberikan notis pemberhentian kerja secara bertulis atau tidak
melaporkan niatnya disebabkan keadaan semasanya atau waris tidak
melaporkannya kepada Bahagian Sumber Manusia.

8. HARI REHAT (Rest Day)


8.1. Hari rehat bagi Tyre Medic Sdn. Bhd. adalah ditetapkan pada hari Ahad
8.2. Syarikat memberikan empat (4) Hari Rehat (Rest Day) dalam sebulan kepada
pekerja di bahagian operasi manakala, bagi pekerja di Bahagian Pengurusan
diberikan Hari Cuti (Off Day) pada hari sabtu.
8.3. Sekiranya pekerja di Bahagian Pengurusan dipanggil bekerja pada Hari Cuti (Off
day) bayaran kerja lebih masa akan diberikan setelah lengkap waktu bekerja 8 jam
waktu bekerja normal.
8.4. Bagi pekerja di Bahagian Operasi, sekiranya satu arahan atau jadual dikeluarkan
oleh pihak Penyelia Bahagian, Hari Cuti (Off Day) akan tertakluk kepada jadual yang
telah ditetapkan tersebut.
8.5. Sebarang pertukaran Hari Rehat perlulah mendapat keizinan daripada Penyelia
Bahagian dan pengesahan daripada Pengarah.
8.6. Pihak Syarikat berhak memanggil dan mewajibkan mana-mana pekerja untuk
bekerja pada Hari Rehat dan akan dibayar mengikut Akta Kerja 1955 sekiranya
terdapat keperluan yang mendesak dan penting.
8.7. Bayaran bagi Hari Rehat adalah seperti berikut:

Tempoh bekerja Kadar Bayaran


Setengah hari atau kurang Setengah hari gaji biasa
Lebih dari setengah hari kerja biasa Satu hari gaji biasa

9. KEHADIRAN BERTUGAS
I. Pekerja dikehendaki melaporkan diri untuk bertugas mengikut masa yang
ditetapkan dan merakam kedatangan dengan menggunakan sistem yang sedia
ada.
II. Setiap pekerja diwajibkan untuk merekod kehadiran waktu masuk kerja dan balik
pada sistem yang telah disediakan oleh pihak Syarikat.
III. Sekiranya lewat pulang kerana urusan kerja, pekerja perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada penyelia dan maklumkan kepada Bahagian Sumber
Manusia.
IV. Pekerja hendaklah menyiapkan tugasan sehingga selesai yang diberi mengikut
tempoh waktu yang ditetapkan atau dalam tempoh yang munasabah.

10. KETIDAKHADIRAN BERTUGAS


I. Semua pekerja dikehendaki hadir bertugas mengikut waktu kerja seperti yang
ditetapkan oleh pihak Syarikat. Ketidakhadiran bekerja melebihi 48 jam tanpa
pemberitahuan boleh diberhentikan kerja atas pertimbangan pihak majikan
setelah siasatan dalam dibuat.
II. Ketidakhadiran bertugas hendaklah dimaklumkan kepada penyelia atau
pengurus dibahagian masing-masing atau Bahagian Sumber Manusia melalui

4|Page
telefon atau mana-mana cara dengan segera dalam tempoh satu (1) jam
sebelum waktu kerja.

11. KERJA LEBIH MASA


I. Hanya pekerja yang bertaraf bukan eksekutif atau pekerja dengan gaji asas
RM4,000.00 dan kebawah Sahaja layak dibayar untuk kerja lebih masa seperti
yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.
II. Pengiraan kerja lebih masa adalah mengikut Akta Kerja 1955.
III. Kerja lebih masa bermaksud jumlah jam kerja yang dilakukan lebih daripada jam
kerja biasa.
IV. Bagi pekerja yang gajinya melebihi RM4,000.00 cuti gantian atau satu bayaran
secara kadar rata akan diberikan sekiranya bekerja lebih masa.
V. Pihak Syarikat berhak memanggil dan mewajibkan mana-mana pekerja untuk
bekerja lebih masa pada Hari Kelepasan Am dan Cuti Rehat sekiranya terdapat
sebarang kekurangan tenaga kerja pada hari-hari tersebut.
VI. Bagi pekerja bahagian pengurusan dan operasi, kerja lebih masa perlu mendapat
kebenaran terlebih dahulu dan hanya boleh dilakukan atas kelulusan Pengurus
dan persetujuan pengarah Syarikat.
VII. Jika pekerja bekerja lebih masa tanpa mendapat kelulusan daripada Pengurus,
jam kerja tersebut tidak akan dikira sebagai kerja lebih masa dan tidak akan
dibayar.
VIII. Pekerja yang layak dan dikehendaki bekerja lebih masa pada hari kerja biasa,
hari rehat atau hari cuti yang diwartakan akan dibayar gaji tambahan mengikut
kadar biasa seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.

12. CUTI AM BERGAJI


I. Pekerja diberi cuti am bergaji mengikut kategori jumlah 11 hari pada setiap tahun.
II. Pekerja perlu mengikuti senarai cuti umum yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Sumber Manusia
III. Jika cuti am jatuh pada hari cuti rehat, hari bekerja berikut akan dianggap
sebagai cuti am (untuk bahagian pengurusan) manakala untuk staff bahagian
operasi layak satu hari cuti ganti atau dibayar mengikut kadar yang telah
ditetapkan di dalam Akta Kerja 1955.
IV. Mengikut Seksyen 60D(2) Akta Kerja 1955, pekerja yang tidak hadir bertugas
pada hari bekerja sebelum atau selepas mana-mana cuti am tanpa kebenaran,
pekerja tersebut tidak berhak mendapat apa-apa bayaran hari kelepasan
tersebut.

13. CUTI TAHUNAN


I. Pekerja berhak menerima cuti tahunan bergaji seperti berikut bagi setiap 12
bulan perkhidmatan :-

Tempoh Perkhidmatan Jumlah Cuti


0-2 Tahun 12 hari
2-5 Tahun 16 hari
5 tahun dan keatas 20 hari

II. Permohonan cuti tahunan mestilah dibuat sekurang-kurangnya lima (5) hari
sebelum dan mestilah mendapat kelulusan daripada ketua bahagian.
III. Cuti hanya boleh dimulakan setelah mendapat kelulusan daripada Ketua
Bahagian.

5|Page
IV. Permohonan cuti mestilah dimohon dengan mengisi borang permohonan cuti dan
menyerahkan kepada ketua bahagian.
V. Pengiraan jumlah cuti tahunan adalah menggunakan kaedah pro-rata
VI. Cuti tahunan merupakan hak pekerja yang telah termaktub dalam Akta Kerja
1955 dan hak meluluskan dan memberikan cuti merupakan hak mutlak majikan.

14. LAIN-LAIN CUTI

I. Cuti Kecemasan (Emergency Leave)


• Cuti kecemasan adalah satu cuti yang terpaksa diambil oleh pekerja yang
ditimpa kecemasan.
• Cuti kecemasan akan diguna pakai sebelum cuti kecemasan ini
ditentukan sama ada ianya adalah cuti tahunan atau cuti tanpa gaji
• Pekerja dikehendaki untuk menyediakan bukti yang kukuh bagi setiap
sebab cuti kecemasan yang diambil.

II. Cuti Ehsan (Kematian)


• Cuti Ehsan 3 hari berbayar yang layak untuk setiap kematian ahli
keluarga terdekat (ibu/bapa/suami/isteri/anak/adik-beradik kandung)
sahaja yang dibenarkan.
• Pekerja perlu memaklumkan berkenaan kematian ahli keluarga kepada
Ketua Bahagian atau Bahagian Sumber Manusia secepat mungkin dan
perlu mengisi boring dengan melampirkan salinan Sijil Kematian/Permit
Pengebumian sejurus masuk kerja.

III. Cuti Paterniti


• Pekerja lelaki yang telah sah berkahwin layak mendapat cuti paterniti
selama tujuh (7) hari berturut-turut bagi setiap kali isterinya bersalin.
• Cuti paterniti dihadkan kepada lima kali tanpa mengira bilangan isteri.
• Pekerja tersebut hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya dua
belas bulan sebelum permulaan cuti paterniti tersebut.
• Pekerja tersebut juga perlu memaklumkan kepada majikan 30 hari
sebelum jangkaan tarikh bersalin.

IV. Cuti Bersalin


• Cuti bersalin adalah 98 hari berturut-turut termasuk cuti rehat, cuti umum
dan sebagainya. Cuti bersalin boleh dimulakan mana-mana hari dalam
tempoh 30 hari awal dari tarikh sepatutnya atas nasihat bertulis oleh
pegawai atau pengamal perubatan yang berdaftar dengan alasan tidak
berupaya menjalankan tugas-tugasnya dengan memuaskan.
• Pekerja mesti telah bekerja untuk satu tempoh sekurang-kurangnya 90
hari dalam masa 9 bulan sebelum bersalin dan mesti telah bekerja pada
bila-bila dalam 4 bulan sebelum bersalin.

15. PERTUKARAN JAWATAN/ TEMPAT BERTUGAS


I. Semua pekerja boleh diubah tugas/ jawatan mereka atas keperluan yang tertentu
dan/ atau sebab-sebab yang tertentu.
II. Semua pekerja boleh ditukar ke mana-mana bahagian dan cawangan Syarikat
atas keperluan dan / atau atas sebab-sebab tertentu dan atas arahan pihak
majikan dan keperluan perniagaan Syarikat.

6|Page
16. KOD ETIKA PEMAKAIAN
I. Kod etika pemakaian yang diguna pakai dalam Syarikat adalah seperti berikut:-

Bahagian Isnin Selasa - Jumaat

Pengurusan Smart Casual Smart Casual

Operasi Pakaian yang bersesuaian Pakaian yang bersesuaian

II. Pakaian Smart Casual bermaksud pakaian yang menutup aurat dan sopan
mengikut kesesuaian tugasan harian yang dijalankan.
III. Bagi pekerja dibahagian pengurusan, diberikan kelonggaran untuk memakai
pakaian tradisional pada hari Jumaat seperti baju melayu, baju kurung dan
sebagainya selagi pakaian itu sopan dan tidak keterlaluan.
IV. Pekerja dibahagian operasi dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian
dengan situasi atau tempat dimana ia bekerja dan wajib memakai pakaian yang
mengutamakan keselamatan.
V. Pekerja hendaklah sentiasa memakai kasut yang bertutup dan tidan dibenarkan
memakai selipa sepanjang waktu bekerja. Pemakaian seluar pendek juga adalah
dilarang.
VI. Rambut dan penampilan diri yang kemas dan bersih perlu dititikberatkan oleh
pekerja terutama pekerja dibahagian operasi.

17. FAEDAH/ ELAUN/ KEMUDAHAN


Semua faedah/elaun yang disediakan oleh syarikat kepada pekerja adalah hak mutlak
Pengarah Urusan/Syarikat dan ianya adalah atas ehsan atau budi bicara dan boleh
diberi atau ditambah atau ditarik pada bila-bila masa mengikut arahan dan keperluan
Pengarah Urusan/Syarikat.
Beberapa faedah/elaun yang disediakan adalah mengikut keperluan sesuatu jawatan
yang disandang dan Bahagian Sumber Manusia akan mengeluarkan satu surat rasmi
berkenaan faedah/elaun yang akan pekerja itu terima.

I. Kemudahan perubatan
• Pekerja yang disahkan jawatan layak menerima kemudahan kesihatan yang
disediakan oleh pihak Syarikat.
• Pihak Syarikat berbesar hati memperuntukkan sejumlah RM500 satu tahun
bagi setiap pekerja.
• Elaun ini adalah berbentuk bayaran balik (reimbursement). Semua pekerja
yang berhasrat untuk kemudahan perubatan ini, anda wajib sertakan
bersama-sama resit asal untuk proses tuntutan bayaran balik. Anda diminta
untuk mengisi borang dan kepilkan bersama resit asal bayaran perubatan.
• Anda hanya layak untuk menuntut bayaran balik untuk kos rawatan pesakit
luar sahaja.

II. Elaun kerja luar


• Satu elaun berjumlah RM200 diperuntukkan bagi pekerja yang bekerja di luar
pejabat yang jaraknya daripada pejabat sejauh lebih 60 kilometer (lebih 120
kilometer pergi dan balik) dan berada di tempat klien Selema lebih lapan (8)

7|Page
jam termasuk perjalanan pergi dan balik adalah dianggap sebagai kerja luar
dan layak mendapat elaun kerja luar.
• Pekerja mestilah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Pengarah
sebelum melaksanakan tugasan diluar. Jika tiada sebarang kelulusan
diberikan, pekerja tidak layak mendapat elaun kerja luar.

III. Waste Disposal Incentive


• Satu insentif khas disediakan oleh syarikat yang memberi kelebihan kepada
pekerja dibahagian operasi berjumlah RM110.00
• Pekerja haruslah bekerja diluar waktu bekerja dengan melakukan tugasan
waste disposal bagi melayakkan insentif ini.
• Insentif ini hanya diberikan setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah
dan Ketua Bahagian operasi dan mengambil kira tahap kerja yang telah
dilakukan.
• Tiada sebarang tuntutan bayaran kerja lebih masa diberikan dan tiada
sebarang peruntukan makanan yang disediakan oleh Syarikat

IV. Kemudahan aset lain


• Syarikat boleh menyediakan apa-apa aset bagi memudahkan pekerja untuk
menjalankan tugasnya dan setiap pekerja boleh membuat permohonan
kelengkapan berupa aset Syarikat bagi memudahkan suatu tugasan atau
jabatan itu
• Aset lain yang dimaksudkan adalah apa jua kelengkapan hak milik Syarikat
yang berada dibawah seliaan san kegunaan pekerja dan ada kala perlu
dibawa pulang ke rumah oleh pekerja itu sendiri, satu surat rasmi persetujuan
peminjaman aset Syarikat perlu diisi dan perlu mendapat kelulusan daripada
Bahagian Sumber Manusia.

18. PERKARA AM
I. Bonus Tahunan
Bayaran bonus tahunan, jika dibuat, adalah atas budi bicara pihak majikan, iaitu
mengikut terma dan syarat yang ditetapkan serta berdasarkan KPI pekerja dalam
tahun tersebut.

II. Gaji dan Imbuhan


Gaji dan imbuhan pekerja akan dibayar seperti yang telah ditetapkan, dan
bayaran dibuat pada 28hb dan tidak melebihi 7 hari dari Tarikh tutup akaun.

III. Latihan (Syarikat/ Panel Luar)


Pekerja yang terpilih dikehendaki menghadiri latihan yang dianjurkan oleh
syarikat atau yang diaturkan oleh syarikat melalui panel luar. Surat perjanjian bon
boleh atau akan dikeluarkan kepada pekerja jika latihan berbayar diberikan yang
mana latihan bertujuan memastikan kualiti kerja sentiasa berada di tahap yang
terbaik dan pekerja mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan
tugasan.

Pekerja yang perlu menghadiri latihan pada hari sabtu atau ahad atau sabtu dan
ahad yang mana hari rehat pekerja tidak layak untuk memohon bayaran kerja
lebih masa atau cuti ganti.

8|Page
IV. PIP (Performance Improvement Plan) / Rancangan Peningkatan Prestasi
Rancangan peningkatan prestasi (PIP) akan dilakukan selepas Bahagian
Sumber Manusia mendapati atau menerima laporan daripada Ketua Bahagian,
Pengurus atau mana-mana individu yang diberikan tanggungjawab oleh Syarikat
berkenaan penurunan prestasi kerja atau apa-apa laporan berkenaan mutu kerja
yang kurang memberangsangkan. Rancangan peningkatan prestasi (PIP) ini
akan dilakukan selama 3 bulan hingga 6 bulan berdasarkan tahap peningkatan
prestasi pekerja itu sendiri. Pekerja akan dinilai dan dipantau secara berkala
sehingga rancangan ini selesai. Bagi pekerja yang tidak menunjukkan sebarang
peningkatan selepas tamat rancangan ini dan penilaian akhir dibuat, Syarikat
boleh mengambil beberapa tindakan termasuklah penamatan perkhidmatan
selepas penilaian dibuat. Bagi pekerja yang menunjukkan peningkatan prestasi di
dalam rancangan ini, pekerja itu akan dikeluarkan daripada rancangan (PIP) ini
dan boleh bekerja seperti biasa.

V. Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman)


Siasatan dalaman akan dijalankan sekiranya didapati pekerja melakukan
kesalahan disiplin samaada kecil atau besar atau kesalahan berkenaan prestasi
yang teruk. Panel dalaman terdiri daripada pegawai didalam syarikat akan
membuat siasatan dalaman dengan adil dan membuat keputusan ke atas
kesalahan yang dilakukan. Keputusan penamatan perkhidmatan boleh diambil
sekiranya kesalahan disiplin yang dilakukan itu adalah kesalahan berat.

VI. Perkahwinan Sesama Pekerja


Sekiranya terdapat pekerja yang berkahwin dengan pekerja yang lain di dalam
Bahagian/Jabatan yang sama, mana-mana pekerja bagi pasangan tersebut perlu
berhenti bekerja dalam tempoh sebulan dari tarikh pernikahan. Namun tidak bagi
pasangan yang mana menjawat jawatan yang tiada kaitan dengan pasangannya
dan berbeza Bahagian / Jabatan. Pengarah Syarikat mempunyai hak mutlak
untuk membuat sebarang keputusan atas pertimbangannya dan selepas
beberapa proses dalaman dibuat bagi membatalkan polisi perkahwinan sesama
pekerja ini.

VII. Ahli Keluarga / Pertalian Darah


Syarikat membenarkan mana-mana ahli keluarga pekerja yang berkelayakan
untuk memohon dan bekerja di Syarikat akan tetapi selepas mendapat
persetujuan dan kelulusan Pengarah Syarikat, Ketua Jabatan. Ahli keluarga yang
dibenarkan untuk bekerja mestilah tiada sebarang konflik kepentingan bersama
pekerja Syarikat, jika terdapat konflik kepentingan yang serius, mana-mana ahli
keluarga atau pekerja Syarikat itu mestilah berhenti dengan notis atau tanpa
notis berdasarkan siasatan dalaman dibuat

VIII. Rahsia Syarikat


Pekerja tidak boleh mendedahkan pada bila-bila masa semasa perkhidmatan di
syarikat atau selepas itu, apa-apa rahsia, urus niaga atau maklumat berkaitan
dengan perniagaan syarikat yang mungkin dalam pengetahuan dan / atau ke
pemilikan pekerja dalam perjalanan pekerjaan dengan syarikat pada waktu itu.

Pekerja hendaklah tidak sama sekali memuat naik atau berkongsi dilaman sosial
atau di mana-mana medium komunikasi terbuka berkenaan info, maklumat atau
apa saja teks rasmi samaada melalui memorandum, pekeliling atau whatsapp

9|Page
rasmi syarikat dengan terbuka atau hanya keratan isi kandungan teks itu.
Tindakan seperti mengolah isi kandungan teks untuk dikongsikan di laman sosial
atau medium komunikasi terbuka kepada pihak luar atau pihak ketiga dengan
niat yang baik atau buruk adalah salah sama sekali dan boleh dikenakan
tindakan tegas jika didapati bersalah. Sebarang muat naik atau perkongsian yang
ingin dilakukan adalah wajib untuk mendapat persetujuan dan kelulusan daripada
Pengarah Urusan syarikat.

IX. Polisi bekerja dari rumah (Work From Home Policy)


Pihak syarikat mempunyai hak mutlak sepenuhnya keatas polisi bekerja dari
rumah. Pihak syarikat berhak menentukan keberadaan pekerja sama ada bekerja
di pejabat mahupun bekerja dari rumah. Jika tiada arahan yang dikeluarkan,
anda diwajibkan untuk hadir ke pejabat untuk bekerja. Sekiranya pihak syarikat
mempunyai pertimbangan untuk membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah,
satu arahan akan dikeluarkan kepada pekerja.

19. POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Syarikat bertanggungjawab memastikan semua pekerja dalam persekitaran yang
selamat dan sihat. Berdasarkan kepada peraturan dalam akta, kami bertanggungjawab
mematuhi segala peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 dan berusaha
melakukan perubahan dari masa ke semasa. Bagi memastikan aspek keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja mengikut piawaian, kerjasama antara pekerja dan majikan
perlu diambil kira.

Tugasan Majikan:-

• Menyediakan maklumat, garis panduan, latihan dan penyelesaian bagi


memastikan pekerja dapat menjalankan tugas-tugas mereka dalam keadaan
yang sihat, selamat dan tidak berisiko.
• Menyediakan dan mengekalkan suasana bekerja yang selamat dan sihat
sejajar dengan peruntukan perundangan yang terkini.
• Mewujudkan dan mengekalkan suasana bekerja yang selamat dan sihat
sejajar dengan peruntukan perundangan yang terkini.
• Membantu dalam penyiasatan kemalangan dan sumber yang boleh
mendatangkan bahaya dan memberi cadangan untuk mengelakkan perkara
tersebut berlaku.
• Mengemaskini pekerja dengan maklumat terkini berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tugasan pekerja:-

• Bekerjasama dengan majikan dalam pelaksanaan tugas mengikut Akta dan


Peraturan-peraturan yang sedia ada.
• Mengambil langkah-langkah yang wajar di tempat kerja untuk keselamatan
diri dan orang lain.
• Menggunakan peralatan perlindungan yang disediakan menepati kehendak
perundangan.
• Mematuhi arahan dan peraturan yang berkaitan seperti yang diperuntukan
dalam Akta dan Peraturan.

10 | P a g e
20. POLISI GANGGUAN SEKSUAL
• Syarikat bertanggungjawab menjadi tempat kerja bebas dari gangguan dan tidak
akan bertoleransi dengan sebarang gangguan terhadap pekerjanya tidak terhad di
tempat kerja atau waktu kerja selagi mencemarkan imej Syarikat.
• Syarikat bertanggungjawab menjadi tempat kerja bebas dari gangguan dan tidak
akan bertoleransi dengan sebarang gangguan terhadap pekerjanya di tempat kerja.
• Pelanggaran polisi ini akan dianggap sebagai melakukan salah laku dan boleh
dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat.
• Syarikat bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang
gangguan tanpa mengira sama ada kelakuan yang diadu itu diizinkan atau memang
dilarang.
• Semua pekerja perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan
persekitaran tempat kerja bebas daripada gangguan seksual.

21. DISIPLIN DI TEMPAT KERJA


• Disiplin di tempat kerja adalah satu keadaan yang mana semua pekerja wajib
mematuhi segala arahan daripada pihak majikan dan menjalankan tugasan yang
dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi, jujur dan mengikut peraturan.
• Pekerja diminta memahami semua prosedur disiplin yang telah disediakan oleh
syarikat. Jika berbangkit keraguan, pekerja diminta mendapatkan penjelasan
daripada Bahagian Sumber Manusia.
• Pekerja yang lewat hadir ke tempat kerja melebihi 4 kali pada setiap bulan akan
diberi surat amaran dan tindakan susulan daripada Bahagian Sumber Manusia
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
• Prestasi kerja yang tidak mencapai tahap minimum yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan, pekerja tersebut akan diberi surat amaran dan tindakan susulan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Bahagian Sumber Manusia.
• Sebarang tingkah laku atau perbuatan yang dianggap serius dan menjejaskan
kredibiliti syarikat akan membawa kepada tindakan disiplin mengikut prosedur yang
telah ditetapkan oleh Bahagian Sumber Manusia.
• Kesalahan kecil yang berulang-ulang boleh menjadi kesalahan yang serius dan
tindakan pembuangan boleh dibuat tanpa sebarang notis oleh pihak majikan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
• Salah laku seperti merompak barangan, wang dan merosakkan produk dengan
sengaja, termasuk kecurian dan kerosakan dengan sengaja untuk barang-barang
dan harta syarikat; atau
• Sengaja melambatkan kerja atau menghasut pekerja lain untuk berbuat demikian
dan mengulangi perbuatan ini secara berkumpulan; atau
• Tingkah laku liar atau tidak senonoh dengan majikan atau pekerja lain di dalam atau
di luar premis syarikat seperti perbuatan keganasan, menyalahgunakan atau
menyerang majikan atau pekerja lain; atau
• Dengan sengaja bercakap kasar dan tidak menghormati Ketua atau Pengurus atau
Penyelia atau pelanggan ; atau
• Sengaja membuat pembangkangan atau keingkaran sebagai menghina dan berlagak
sombong kepada majikan; atau
• Menghasut orang lain dan mengutuk atau menjatuhkan Syarikat dan jenama; atau
• Menghasut rakan sekerja lain untuk memulau atau mengutuk rakan sekerja lain
dengan tujuan memberi tekanan emosi sehingga menjejas prestasi pekerja itu; atau

11 | P a g e
• Sengaja memburuk-burukkan majikan atau pengurusan syarikat dengan rakan
sekerja lain atau orang luar; atau
• Menghasut atau berkomplot dengan rakan sekerja atau orang luar untuk
menjatuhkan syarikat; atau
• Menjalankan urusan peribadi anda seperti penggunaan telefon yang berlebihan
untuk kegunaan peribadi pada waktu bekerja dan membawa kawan ke premis
syarikat tanpa kebenaran; atau
• Cuba melakukan penipuan kepada Syarikat seperti menyalahgunakan jam masa,
pemalsuan rekod kehadiran, dan penipuan mana-mana rekod Syarikat.
• Terbukti salah lapor, kurang lapor, kekurangan penerimaan wang tunai berbanding
barangan yang dijual serta stok yang dinyatakan.

12 | P a g e
Kesalahan Kecil / Salahlaku Kecil

• Tidak hadir bekerja tanpa izin.


• Hadir lewat ke tempat kerja.
• Lewat masuk semula selepas waktu rehat tengahari tanpa makluman dan kebenaran
orang atasan.
• Meninggalkan tempat kerja pada bukan waktunya dan tidak memberitahu orang
atasan sebelum meninggalkan tempat kerja.
• Berpakaian tidak bersesuaian dengan tempat kerja.
• Tidak memakai T-shirt Syarikat atau tidak memakai pakaian seragam yang
dibekalkan oleh syarikat sewaktu bekerja untuk pekerja pengeluaran Syarikat.
• Melakukan kerosakan kecil pada harta benda Syarikat.
• Membuat proses jualan sampingan sehingga mengganggu tanggungjawab pada
Syarikat.
• membawa orang luar masuk ke premis Syarikat tanpa kebenaran pihak atasan.
• Tidur ketika waktu kerja tanpa alasan yang munasabah.
• Menulis nota atau surat dengan kasar kepada orang atasan.
• Gagal melaksanakan tugas tanpa alasan yang munasabah.
• Bersubahat dalam melakukan kesalahan kecil diatas
• Membela atau membawa binatang peliharaan ke kawasan persekitaran premis

Kesalahan kecil atau salahlaku kecil ini tidak muktamad. Kesalahan-kesalahan kecil
ini boleh dianggap menjadi kesalahan serius bergantung pada kekerapan dan
sejauhmana ianya berlaku.

13 | P a g e
Kesalahan Besar / Salahlaku Berat
• Mendapat cuti dengan memberi alasan yang salah atau menipu untuk mendapatkan
cuti tahunan, cuti sakit atau cuti tanpa gaji.
• Ingkar perintah orang atasan dengan sengaja.
• Memalsu, menipu atau mengelirukan maklumat berkenaan kerja dibawah seliaannya
atau tugasan yang dipertanggungjawabkan.
• Memalsukan rekod kerja syarikat.
• Bekerja atau menjalankan perniagaan yang bersaing dengan Syarikat serta
melanggar kepentingan Syarikat.
• Menjalankan perniagaan peribadi semasa waktu bekerja sehingga mengganggu
tanggungjawab hakiki pada Syarikat.
• Berlaku tidak jujur dan tidak amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
hakiki.
• Membuat sesuatu secara peribadi dengan niat menjatuhkan imej Syarikat dengan
perbuatan, percakapan atau penulisan untuk menghilangkan kepercayaan orang luar
kepada Syarikat atau produk Syarikat.
• Memalsukan atau meminda apa-apa tandatangan, sijil, business card atau surat
rasmi untuk membuat sebarang tuntutan palsu.
• Berkelakuan biadap, menghalang atau enggan memberi kerjasama kepada penyelia,
pengurus atau orang atasan dalam menjalankan tugasan.
• Berkelakuan tidak bermoral, tidak matang dan tidak senonoh di dalam pejabat atau
di luar atau semasa melakukan tugas atau tidak.
• Berpakat yang melanggar undang-undang dan Polisi.
• Merusuh, berkelakuan liar, berkelahi, bertumbuk, bergaduh atau melakukan
kekerasan fizikal sesama pekerja atau pun orang luar di dalam kawasan Syarikat.
• Berjudi dalam apa bentuk yang melibatkan wang ataupun tidak di dalam kawasan
Syarikat semasa bekerja.
• Membawa apa jenis dadah yang melanggar undang-undang kedalam primis Syarikat.
• Terlibat dalam penyalahgunaan apa-apa dadah yang melanggar undang-undang.
• Mabuk atau minum minuman keras semasa bekerja atau minum minuman keras di
dalam kawasan primis Syarikat.
• Terlibat dalam apa-apa aktiviti jenayah.
• Membocorkan maklumat sulit Syarikat.

Kesalahan berat ini tidak muktamad. Jika kesalahan berat yang dilakukan itu sangat
serius, siasatan dalaman boleh dilakukan dan keputusan penamatan perkhidmatan
boleh diambil.

14 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai