Anda di halaman 1dari 1

BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)

ASTANA ALAM 3
Permata G1-25, Jalan Astana 13/2, Astana Alam 3,
Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3393 2875 Fax : 03-3393 3051 / Email : jmbaa3@gmail.com / Blog : jmbaa3@blogspot.com

Tarikh : 11 Julai 2011 RUJ : JMBAA3/NOTIS/011/2014


NOTIS PEMBERITAHUAN
LARANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA


Makluman kepada semua penghuni, terutama penghuni baru
dikawasan Astana Alam 3. Untuk pengetahuan, Kerja-kerja
menyenggaraan kebersihan di kawasan bersama common area
Astana Alam 3 akan dikendalikan oleh pekerja yang dilantik oleh pihak
JMB. Sila beri kerjasama kepada mereka agar tugas mereka dapat
dijalankan dengan sempurna. Pekerja kebersihan JMB tidak akan
membuang sampah milik persendirian seperti sampah dapur.

Anda dilarang sama sekali membuang sampah di merata-rata.
Sekiranya pihak pengurusan mendapat aduan berkenaan unit anda,
pihak pengurusan akan membuat siasatan dan mengambil tindakan
yang sewajarnya.Tentukan sampah dibuang dengan sempurna seperti
memasukkannya dengan baik dalam beg plastik sebelum dibuang ke
dalam tong sampah yang telah disediakan. Barang-barang lusuh yang
besar seperti perabot atau barangan elektrik hendaklah tidak dibuang
di tempat longgokan sampah pukal bagi memudahkan urusan
pengambilan sampah pukal oleh pihak MDKS. Sekiranya didapati
barang-barang lusuh tersebut dibiarkan di kawasan bersama, pihak
pengurusan akan melupuskannya dan kos akan dituntut daripada
penghuni petak berkenaan.

Apa-apa aduan mengenai ketidak sempurnaan tugas yang
dijalankan hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan
menggunakan borang aduan yang disediakan di Pejabat Pengurusan
Mohon keperihatinan dan kerjasama anda semua.

PERBUATAN MELAMBANG KEPERIBADIAN
Harap maklum

JMB ASTANA ALAM 3 s/k : MDKS ( COB)
Fail JMB AA3

Anda mungkin juga menyukai