Anda di halaman 1dari 4

PLANET GADGET WORLD SDN BHD Disediakan oleh:

NO 59, TINGKAT 1, JALAN TOK LAM, NUR HIDAYATUL HANIS BT ZULKIFLI


Disemak dan disahkan oleh:
20100 KUALA TERENGGANU, HELMI HAFFIZUDIN BIN SUHAIMI
TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh kuatkuasa:
NO TEL: 014-3401414 23 MEI 2019
EMAIL: planetgadgetmurah@gmail.com Tarikh akhir diubahsuai:
23 MEI 2019

STANDARD OPERATING PROCEDURE AND JOB DESCRIPTION

JAWATAN: CUSTOMER SERVICE ASSISTANT

KEPERLUAN ASAS JAWATAN/JOB REQUIREMENTS:


 Mempunyai kemahiran komunikasi dan analitikal yang baik untuk mendiagnosis dan
menyelesaikan masalah dengan berkesan.

 Peka dengan pelbagai sistem telefon.

 Mesti memiliki kemahiran organisasi yang baik supaya mereka boleh bekerja dalam satu
pasukan.

 Memerlukan ketangkasan tangan dan jari serta penglihatan yang baik.

OBJEKTIF SOP:

 Memperlancarkan tugas pemasaran produk mengikut standard yang diinginkan syarikat


 Memastikan khidmat yang disediakan adalah memenuhi kehendak pelanggan serta
berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan
 Mengarahkan petugas jawatan untuk membina disiplin sewaktu bekerja dan mematuhi
segala peraturan syarikat

SKOP KERJA AM/GENERAL JOB SCOPE:

 Mengekalkan sikap positif, empati dan profesional terhadap pelanggan pada setiap masa.
 Menjawab dengan segera pertanyaan pelanggan.
 Berkomunikasi dengan pelanggan melalui pelbagai saluran (CALL/WHATSAPP)
 Mengakui dan menyelesaikan aduan pelanggan.
 Mengetahui produk yang dijual dengan terperinci supaya anda boleh menjawab soalan.
 Menyimpan rekod aduan, komen, testimoni, maklumbalas dari pelanggan dalam fail.
 Menyimpan rekod barang yang dijual dan senarai barang yang rosak dalam fail.
 Menyimpan rekod baiki telefon dan Warranty Baiki
 Follow up dengan Customer yang baiki telefon setelah tamat warranty dan minta
feedback
 Sentiasa maklum mengenai promosi produk terbaru untuk ditawarkan kepada pelanggan.
 Berkomunikasi dengan Marketer dan Graphic Designer sebaik mungkin untuk
pertambahan idea baru.
 Menyediakan borang maklumbalas pelanggan dan menyerahkannya kepada promoter
cawangan.
 Menyediakan borang-borang order sekiranya terdapat produk baru untuk dipasarkan
syarikat.
 Sentiasa update dengan Juruteknik mengenai Database Customer yang baiki telefon
berserta Warranty baiki untuk update dengan Customer.
 Sentiasa update harga pembaikian Telefon IOS/ANDROID
 Closing Customer dan Produk.

PERINCIAN SKOP KERJA DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD JAWATAN/DETAILED JOB SCOPES
AND STANDARD OPERATING PROCEDURE FOR THE APPLIED POSITION:

1. Disiplin
2. Kekemasan
3. Pengurusan Kedai dan Pejabat
4. Pengurusan Database Customer/Produk
5. Perkhidmatan Pelanggan
6. Promosi Perkhidmatan
7. Persekitaran Kerja
8. Laporan Kerja

1. DISIPLIN

1.1. Menepati waktu masuk dan balik kerja


1.2. Memastikan THUMBPRINT kehadiran setiap kali masuk dan balik kerja
1.3. Mematuhi JADUAL KERJA yang ditetapkan (RUJUK LAMPIRAN A)
1.4. Sentiasa memakai TAG PENGENALAN DIRI
1.5. Bekerjasama dengan baik dalam satu pasukan
1.6. Tidak bercakap perkara yang tidak penting / lucah sewaktu bekerja
1.7. Dilarang LEPAK/Mengajak Rakan ke Tempat Kerja dan Bersembang
1.8. Dilarang makan sewaktu bekerja
1.9. WAJIB Menghormati pihak pengurusan dan pekerja lain (PERCAKAPAN/PERBUATAN)
1.10. Tidak boleh membuat komitmen lain sewaktu bekerja
1.11. Bertanggungjawab terhadap item yang dipromosikan

2. KEKEMASAN

2.1. KEKEMASAN DIRI


2.1.1. Berpakaian uniform lengkap/Pakaian yang sesuai (Untuk Staf Pengurusan)
sopan serta kemas (Menutup AURAT)
2.2. KEKEMASAN KEDAI
2.2.1. Memastikan Pejabat berada dalam keadaan yang kemas, teratur, menarik serta
bersih.
2.2.2. Membersihkan meja yang digunakan sebelum dan selepas tamat waktu Pejabat
2.2.3. Menyusun Fail dan Barang dalam Pejabat
2.2.4. Memastikan kerusi dan meja dalam keadaan teratur
2.2.5. Membuang sisa/sampah setiap hari
2.2.6. Membersihkan tandas mengikut jadual
2.2.7. Bergotong-royong membersihkan Pejabat setiap hujung bulan
2.2.8. Memastikan perkakas untuk kegunaan Pejabat tidak rosak dan lengkap

3. PENGURUSAN PEJABAT

3.1. Operasi Pejabat Pengurusan >> 9.00 AM – 6.00 PM / Rehat >> 1.00 PM – 2.00 PM
3.2. WAJIB THUMBPRINT Kehadiran Masuk Kerja dan Balik Kerja (DENDA RM 10 akan
dikenakan untuk SETIAP kesalahan tidak THUMBPRINT KEHADIRAN dan DENDA RM 1
bagi 1 Minit Lewat masuk kerja.
3.3. Sekiranya ingin keluar atas urusan tertentu, WAJIB Thumbprint SEBELUM DAN SELEPAS
tiba di Pejabat (Kecuali makan /Solat di tempat yang berdekatan dalam tempoh yang
singkat)
3.4. Menutup semua suis apabila menutup Pejabat
3.5. Menutup dan mengunci semua pintu dan gril

4. PENGURUSAN DATABASE CUSTOMER / PRODUK

4.1. Mengambil maklumat pelanggan dengan lengkap melalui Juruteknik / SV / Promoter


Cawangan
4.2. Sentiasa peka dengan Warranty Pembaikan Telefon untuk update dengan Customer.
4.3. Minta maklumat Database Baiki Telefon dengan Juruteknik berserta Warranty.
4.4. Simpan maklumat pelanggan / Database Customer dalam fail yang elok.
4.5. Simpan semua testimoni atau Maklumbalas dari pelanggan dan kongsikan dengan
Marketer untuk tujuan pemasaran.
4.6. Follow up dengan Technician harga pembaikian Telefon dan Sparepart yang digunakan
dan menyimpan maklumat di dalam EXCEL dan FAIL.
4.7. Buat borang untuk produk tertentu dan Simpan maklumat pelanggan dalam Fail yang
betul.
4.8. Sentiasa backup maklumat pelanggan yang terdapat dalam telefon pejabat ke dalam
CLOUD/Google Drive untuk tujuan keselamatan.

5. PERKHIDMATAN PELANGGAN

5.1. Menghubungi pelanggan melalui Whatsapp atau Call sekiranya perlu.


5.2. Menjawab setiap pertanyaan pelanggan dengan sabar dan sopan
5.3. Mempunyai pengetahuan tentang telefon bagi memudahkan komunikasi dengan
pelanggan dan memberi reputasi yang baik terhadap servis yang ditawarkan di kedai
5.4. Tidak boleh bercakap negatif tentang pelanggan
5.5. Memaklumkan setiap promosi dan Tawaran Keahlian kepada setiap pelanggan
5.6. Menerangkan dengan jelas produk terkini yang ditawarkan syarikat
5.7. Memaklumkan sekiranya terdapat perubahan pada promosi produk atau terdapat
masalah pada produk yang disorder Pelanggan

6. PROMOSI PERKHIDMATAN

6.1. Screenshot Whatsapp pelanggan yang memberi Feedback Positif tentang produk dan
perkhidmatan kedai.
6.2. Mengambil video atau gambar Produk terbaru untuk dipromosikan kepada pelanggan
melalui Whatsapp atau Facebook.

7. PERSEKITARAN KERJA

7.1. Tahan dengan suhu sejuk pendingin hawa


7.2. Mampu bekerja di bawah tekanan
7.3. Boleh bekerjasama dalam kumpulan (Memberi dan menerima teguran/cadangan)
7.4. Mampu fokus untuk melayan pelanggan dan membuat pekerjaan Database dalam satu
masa
8. LAPORAN KERJA

8.1. Menyerahkan laporan kerja harian kepada CEO

TERMA DAN SYARAT:

 Notis perletakan jawatan hendaklah diserahkan 4 Minggu lebih awal (bagi pekerja yang telah
disahkan jawatan) dan 2 Minggu bagi pekerja yang masih dalam tempoh percubaan kepada
pihak pengurusan (RUJUK KONTRAK PERKHIDMATAN)
 Sekiranya Telefon Pejabat yang saya bawa pulang didapati hilang/rosak dalam jagaan saya,
saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggantian telefon tersebut berserta
maklumat di dalamnya.

Saya faham dan bersetuju sekiranya saya disabitkan kesalahan melanggar SOP/JD serta Terma dan
Syarat yang ditetapkan ini, saya berhak dikenakan tindakan tatatertib atau pihak syarikat berhak
menamatkan perkhidmatan saya serta merta/notis berjadual.

Saya berjanji tidak akan mendedahkan segala maklumat syarikat (Pecah Amanah) atau memburukkan
reputasi syarikat pada pihak luar. Kegagalan saya berbuat demikian akan menyebabkan saya
dikenakan tindakan undang-undang serta dikenakan denda sebanyak RM 5000.00 oleh pihak syarikat
Planet Gadget Murah Sdn Bhd.

Saya yang menurut perintah, Disaksikan dan disahkan oleh,

…………………………………………………… ……………………………………………………..

NAMA: NAMA:
JAWATAN: JAWATAN:
TARIKH: TARIKH

Anda mungkin juga menyukai