Anda di halaman 1dari 2

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN JIKA

LOCENG KECEMASAN BERBUNYI


Sekiranya berada di :
1. Bilik darjah/ tandas / dewan / bilik TV /stor / bilik khas / makmal /
kantin.
- Dengan segera beratur, berjalan dengan pantas menuju ke
KAWASAN SELAMAT, PADANG/KAWASAN LAPANG dengan
pengawasan guru.
- Guru terakhir yang berada di dalam kelas hendaklah
mematikan punca kuasa elektrik dan menutup semua pintu dan
tingkap.
- Jangan masuk semula ke dalam premis semasa kebakaran.
- Guru merupakan orang yang terakhir meninggalkan kelas dan
sentiasa mengawasi murid.
2. Pejabat :
- Kerani atau guru bertugas hendaklah mengambil buku rekod
kedatangan murid dan guru membawa ke tapak
perhimpunan/kawasan selamat.
- Menyelamatkan dokumen penting sekolah mengikut
kemampuan.
- Segera menutup punca elektrik, pintu dan tingkap sebelum
meninggalkan premis dan menuju ke kawasan selamat.
TINDAKAN GURU BERTUGAS
1. Memastikan setiap buku rekod kedatangan murid dan guru
diserahkan kepada guru bertugas dan kemudian mengagihkan
semula kepada guru-guru kelas/terakhir di dalam kelas sewaktu
berlakunya kebakaran.
2. Memastikan guru kelas/guru terakhir di dalam kelas
mengumpulkan murid di dalam barisan dan mencatatkan jumlah
murid bagi memastikan bilangannya sama mengikut yang tercatat
di dalam rekod kedatangan.
3. Menerima laporan daripada semua guru kelas tentang bilangan
sebenar dan mengambil tindakan segera dengan melaporkan
kepada pasukan penyelamat sekiranya bilangan murid tidak sama
dengan bilangan yang tercatat di dalam buku rekod kedatangan.
4. Menyemak kehadiran guru serta kakitangan sekolah yang lain dan
mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pasukan
penyelamat sekiranya bilangan guru dan kakitangan sekolah tidak
sama dengan bilangan yang tercatat dalam rekod kedatangan hari
tersebut.
5. Memastikan semua murid, guru dan kakitangan sekolah mematuhi
setiap arahan pasukan penyelamat.
PANDUAN MENCEGAH KEBAKARAN
Panduan ini hendaklah difahami dan dipatuhi oleh setiap kakitangan
dan murid-murid di sekolah ini.Adalah diharapkan panduan ini akan
dapat membantu mencegah, mengawal kebakaran, menyelamatkan diri
serta harta benda sekiranya berlaku kebakaran.
TATACARA JIKA BERLAKUNYA KEBAKARAN
a) Sesiapa yang ternampak atau mengetahui berlakunya kebakaran
di mana-mana di dalam kawasan sekolah hendaklah dengan serta
merta memaklumkan kepada guru-guru bertugas untuk
membunyikan loceng isyarat kecemasan. Tanda isyarat ialah
loceng akan dibunyikan secara berterusan dan tiupan wisel
secara berterusan.
b) Semua penghuni mestilah keluar meninggalkan premis mengikut
laluan yang telah ditetapkan dan berhimpun di padang/kawasan
selamat yang telah ditetapkan.
c) Setiap kakitangan/guru bertugas/mereka yang berkaitan
hendaklah dengan segera menghubungi pihak bomba (no.tel 03-
31874444 ) pihak polis (no.tel :03-31872222) atau pihak yang
berkaitan. Loceng kecemasan hendaklah dibunyikan berulang-
ulang kali secara berterusan sehingga premis sekolah
dikosongkan.
d) Mereka yang berada di dalam bilik atau mana-mana kawasan
yang terdapat suis hendaklah dimatikan daripada ON kepada
OFF
e) Hanya mereka yang tahu dan boleh menggunakan alat-alat
pemadam api sahaja boleh menggunakannya bagi memadam
kebakaran. Jika api tidak dapat dikawal tinggalkan kawasan itu
dengan segera.Maklumkan kepada pasukan penyelamat sekiranya
terdapat kakitangan atau murid yang terperangkap dalam
kebakaran tersebut.
f) Setiap orang yang mengetahui ilmu pertolongan cemas adalah
bertangungjawab melakukannya sebagai rawatan awal terhadap
mangsa kebakaran sebelum pegawai perubatan/pihak hospital
tiba.

PERINGATAN
1. Latihan kebakaran dan kawad pengosongan bangunan hendaklah
diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun tanpa
dimaklumkan terlebih dahulu kepada murid dan kakitangan
sekolah.
2. Apabila loceng keselamatan berbunyi semua murid dan
kakitangan sekolah mestilah keluar mengikut laluan yang telah
ditetapkan dan berkumpul di KAWASAN SELAMAT.
3. Latihan ini adalah DIWAJIBKAN kepada semua murid dan
kakitangan di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai