Anda di halaman 1dari 14

PERTOLONGAN CEMAS

Kamariah Hj Jini
Jabatan Sains
IPGKTAR
APAKAH PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas adalah pertolongan


atau rawatan awal/
kecemasan yang diberikan kepada orang
yang tercedera atau jatuh sakit secara tiba-
tiba, sebelum kedatangan pakar perubatan.

Rawatan awal hanya mengguna bahan yg


ada disekeliling anda
APAKAH PERTOLONGAN
CEMAS
• Seorang ahli pertolongan cemas boleh
memberi pertolongan dengan mengikut
peraturan-peraturan yang senang dan di
pakai oleh doktor-doktor
• tetapi
• diingatkan bahawa orang yang memberi
pertolongan cemas itu tidak boleh
membuat kerja –kerja doktor atau
jururawat .
1.2 OBJEKTIF-OBJEKTIF
PERTOLONGAN CEMAS
Sementara menunggu pertolongan
daripada pakar perubatan seperti
seorang doktor, orang yang memberi
pertolongan cemas itu hendaklah
membuat apa yang perlu untuk :

• menyelamatkan nyawa
• mengurangkan penderitaan
• mencegah kecederaan daripada
merebak
OBJEKTIF
• Menyelamatkan nyawa seperti dalam keadaan
kelemasan air, serangan jantung, renjatan
elektrik dan pendarahan teruk .

• Mengurangkan penderitaan dan melegakan


kesakitan . Misalnya perasaan sakit akan
berkurangan apabila bahagian yang terkena asid
itu dibasuh dengan air .

• Mencegah kecederaan daripada merebak atau


menjadi bertambah lebih teruk . Misalnya ,
tulang yang patah itu dibalut dengan sempurna .
1.3 KUALITI SESEORANG AHLI
PERTOLONGAN CEMAS
(a) Seorang ahli pertolongan cemas yang baik
hendaklah mempunyai kualiti-kualiti yang
berikut :
1. Perhatian
2. Pantas ikhtiar
3. Tidak kasar
4. Berakal budi
5. Bertimbang rasa
6. Sentiasa tersenyum
KUALITI SESEORANG AHLI
PERTOLONGAN CEMAS
1. Perhatian
hendaklah ia nampak segala tanda dan gejala kecederaan .

2. Pantas ikhtiar
hendaklah ia menggunakan dengan sebaik-baiknya akan apa-apa
yang ada di tempat itu .

3. Tidak kasar
hendaklah ia jangan menyakiti orang yang cedera itu .

4. Berakal budi
hendaklah ia jangan memberi kebimbangan kepada mangsa itu.
5. Bertimbang rasa
hendaklah ia menghiburkan hati mangsa itu .
6. Sentiasa tersenyum
muka yang tersenyum memberi keyakinan.
(b) Selain mempunyai kualiti-kualiti seperti di atas ,
seorang ahli pertolongan cemas haruslah mengenal
pasti sesuatu kecemasan itu terlebih dahulu
sebelum menghulurkan sebarang bantuan.
Tanda-tanda kecemasan telah berlaku adalah
seperti :

1. Bunyi yang luar biasa : Misalnya - jeritan , bunyi


letus .
2. Pandangan yang luar biasa : Misalnya - rumah
terbakar .
3. Bau yang luar biasa- bau asap yang melampau .
4. Perwatakan yang luar biasa ;Misalnya -
menggengam leher dengan kedua-dua
tangannya .
(c) Apabila sesuatu kecemasan berlaku ,
anda harus mengambil tiga langkah asas
yang digelar sebagai “ 3 C “

1. Check - Periksa tempat kejadian dan


mangsa-mangsa
2. Call - Telefon 999 atau nombor
kecemasan tempatan .
3. Care - Menjaga atau memberi rawatan
kepada mangsa.
Peraturan ABC
(d) Keutamaan rawatan seharuslah diberikan
kepada mangsa yang mengalami kecederaan
teruk dan mengancam nyawa dengan mengikut
“peraturan ABC”
• A = Airway (Saluran Nafas)
- Pastikan saluran nafas tidak tersekat .

• B = Breathing (Pernafasan)
– Beri pemulihan pernafasan, jika ia tidak bernafas
• C = Circulation (Peredaran Darah)
– Jika jantung tidak berdenyut, beri tekanan jantung
Terima kasih atas
perhatian

Anda mungkin juga menyukai