Anda di halaman 1dari 3

Panduan Dan Langkah Keselamatan Apabila Berlaku Kebakaran Di

Sekolah

 
TANDA KECEMASAN
Loceng kecemasan dibunyikan berpanjangan (berterusan) selama beberapa minit

LANGKAH KESELAMATAN

1. Mendengar arahan guru yang berada di dalam kelas.

2. Jangan cemas. Hentikan semua aktiviti.

3. Semua suis elektrik hendaklah di tutup begitu juga tingkap dan pintu

4. Semua beg dan barang-barang lain hendaklah ditinggalkan di bilik darjah kecuali dompet duit
dan kad pengenalan di bawa bersama ke tempat berkumpul.

5. Berbaris segera di luar bilik darjah dan guru mengiringi murid ke tempat berkumpul.

6. Guru akan memberi arahan supaya berjalan dengan pantas dengan mengikut laluan
kecemasan ke tempat berkumpul yang telah di tetapkan.

8. Murid-murid hendaklah mengikut laluan yang paling dekat dengan mereka untuk pergi
ketempat berkumpul.

9. Jika laluan yang paling dekat di dapati tidak selamat, murid-murid bolehlah menggunakan
laluan pilihan kedua yang paling hampir dengan mereka.

10. Jangan berlari-lari, menjerit-jerit, membuat bising, cemas dan kelam kabut.

11. Jangan masuk semula ke kelas untuk mengambil barang yang tertinggal.

12. Murid yang berada di luar kelas, hendaklah terus ke tempat berkumpul.
PANDUAN MENGOSONGKAN BANGUNAN KETIKA KEBAKARAN DI SEKOLAH

1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI 

2. Semua murid hendaklah:


 berhenti daripada membuat semua kerja.
 berdiri dengan tenang.
 membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul
dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu
sama lain.
 mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
 guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan
bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
 semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.

1. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka
dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan
Bilik Sains.
2. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila
meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu
diambil.
3. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat
yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman
murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
5. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan
dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke
tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
6. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut
kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan
buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira
murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
8. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas
hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
9. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, AKP dan semua warga SK Tasek dermawan
juga harus berada di tapak selamat.
10. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak
selamat.
11. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-
barang yang tertinggal.
12. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
13. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik
ke kelas.
TUGAS GURU KELAS

1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.


2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama hari tersebut
3. Mengambil kehadiran murid semasa berkumpul berdasarkan rekod kehadiran murid
di dalam apdm.
4. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.

TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR

1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke


tapak  selamat
2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat

TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS

1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.


2. Tutup semua suis elektrik dan pintu.
3. Iringi murid ke tapak selamat.

Anda mungkin juga menyukai