Anda di halaman 1dari 1

 

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat sejahtera..

Yang Berusaha En Norzie Bin Abd Aziz, Guru Besar SK Tasek Dermawan,

Yang berusaha Pn. Noor Saadah Bt Osman, Pk Pentadbiran,

En. Muazam Shah Bin Ahamad Termizi, PK HEM,

Pn. Noorfariza Bt Safar, Pk Koku,

Yang di raikan Puan Najah Bt Hussin,

Seterusnya rakan-rakan guru, anggota kumpulan pelaksana serta seluruh warga SK Tasek Dermawan
sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita diberi keizinanNya dapat berkumpul di
dewan Sri Dermawan yang indah ini untuk memeriahkan majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih
sempena meraikan persaraan cikgu Najah.

Hadirin sekalian, apabila menyebut nama cikgu Najah maka pastilah akan tergambar di fikiran kita
seorang guru yang jelita, lincah, bergaya dan bijaksana..

Kisah cikgu Najah dan kisah SK Tasek Dermawan tidak dapat dipisahkan… Jika di buka kembali
lembaran sejarah SKTD, cikgu Najah merupakan antara segelintir guru terawal yang meneroka dan
mengajar di sekolah ini tatkala sekolah ini mula dibuka dan beropersi dengan rasminya pada bulan
Jun 2002.

Tahun 2002 hingga Tahun 2022 maka kini genaplah tempoh 20 tahun cikgu najah di sekolah ini.
Sudah tentulah betapa banyaknya pengalaman dan kenangan cikgu Najah di sekolah ini yang
terabadi dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun puisi.

Namun, begitulah adat dalam kehidupan, setiap yg bermula pasti akan berakhir, begitulah jua setiap
pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan
menyakitkan. Hari ini, kita semua akan merasa sangat sedih kerana tibanya saat perpisahan kita
dengan Cikgu Najah yang amat kita sayangi. Pada saya, Cikgu Najah bukan sahaja sebagai rakan
sejawat , tetapi juga sebagai saudara kita di dalam keluarga besar di sekolah ini. Selepas ini kita
semua pasti akan merindui senyum, tawa, kata hikmah dan nasihat dari Cikgu Najah. Kehilangan
beliau pastinya akan dirasai, namun pengganti yang datang pasti tidak akan serupa. Kepada cikgu
Najah, kami doakan agar kehidupan selepas bersara ini dapat terisi dengan lebih indah dan
bermakna. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dapat menumpukan pada amal ibadah dan hobi
yang menggembirakan di samping keluarga tercinta. Akhir kata, terimalah serangkap pantun dari
saya:

Bila memandang ke muka laut

Nampak sampan mudik ke hulu

Budi terkenang mulut menyebut

Budi yang baik di ingat selalu…

Akhir kalam, saya mewakili kelab kebajikan guru dan kakitangan SKTD mengucapkan selamat bersara
dan memohon maaf di atas semua kesalahan kami pada Cikgu Najah… kepada Kak Najah, ambillah
bawa pulang kenangan manis dan buanglah segala kenangan pahit..,

Sekian, salam hormat daripada saya dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai