Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN WAKIL MURID UNTUK MAJLIS PERSARAAN

PUAN MAGIDAH DAN PUAN LASIAH,


SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS.

Assalamualaikum wbkth dan Salam Sejahtera .


Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang diraikan
Puan Magidah binti Ahmad dan Puan Lasiah binti Mohd Sidik, yang
Berusaha Tuan Guru Besar Encik Sabri bin Abu Samah,Yang
Dihormati Encik Mohd Latib bin Mohd Rais, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid Puan Mariah binti Siahat, Puan
Noor Aliza binti Mohd Suhaimi GPK Kokurikulum, Encik Slamet
Suwarto bin Hardoyo suami Puan Lasiah , guru-guru dan rakan-rakan
yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada


pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya, untuk
menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid Sekolah
Kebangsaan Telok Mas. Alhamdulillah ,setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah
rahmat-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul untuk meraikan
majlis persaraan Cikgu Magidah binti Ahmad dan Cikgu Lasiah binti
Mohd Sidik.
Oleh itu, izinkan saya melafazkan beberapa rangkap pantun.

Terbang serindit ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan cikgu-cikgu tersayang.
Tiada kata seindah bicara,
Dapat dilafaz seiring jasa,
Tiba ketika cikgu berdua bersara,
Bakti dicurah diingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,


Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana cikgu berdua berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,


Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidakkan lupa.

Petang hari menuju ke pekan,


Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga cikgu berdua sihat senantiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga ingatan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga ilmu kami mendapat keberkatan.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Setiap perpisahan pasti
amat menyedihkan . Hari ini, kami berasa amat sedih kerana
kehilangan guru yang amat kami sayangi , cintai dan hormati.
Mereka bukan sahaja guru yang penyayang, melakukan tugas
dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid-
murid melebihi diri mereka sendiri. Mereka juga sangat
pemurah,berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik
buat kami, murid-murid mereka.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid Sekolah Kebangsaan
Telok Mas, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Cikgu Magidah dan Cikgu Lasiah, yang banyak
berjasa sepanjang menjadi guru di SK Telok Mas. Sepanjang
perkhidmatan mereka berdua mengajar anak-anak SK Telok Mas
Bahasa Melayu .Mereka berdua merupakan antara guru yang
bertanggungjawab mencelikhurufkan murid-murid tahun satu kerana
mereka merupakan guru Tahun satu selama berkhidmat di sekolah
ini. Terima kasih cikgu mengajar kami tulis, baca. Sesungguhnya budi
dan jasa cikgu berdua kepada kami anak-anak Sekolah Kebangsaan
Telok Mas sangat besar dan tidak mampu kami balas. Kami sentiasa
mendoakan semoga cikgu berdua iaitu Cikgu Magidah dan Cikgu
Lasiah dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga
sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Sekian ucapan saya , wabilahi taufiq wal hidayah assalamualaikum


wrhmthwbrkth. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai