Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS PERSARAAN ENCIK RAMLI B AWANG

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Haji Razali b Othman Guru besar SK Sungkap Para Yang Dihormati Encik Sc Sangaran, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Ahmad Tajuddin b Md Zin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Akashah Meera Hussain, Penolong Kanan Kokurikulum Yang diraikan Cikgu Ramli bin Awang, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian, Dalam salah satu tulisan karya agung ada mengatakan, Setiap suatu pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana akan kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, guru ini bukan sahaja sebagai seorang guru, tetapi ibarat seorang bapa bagi kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan Sungkap Para ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Cikgu Ramli bin Awang. Beliau telah memulakan tugasnya sebagai seorang guru pada tanggal setelah tamat di Maktab Perguruan . Sepanjang tempoh perkhidmatan Cikgu Ramli, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa

terutamanya kepada murid-murid di Sekolah KebangsaanSungkap Para ini kerana di sinilah tempoh perkhidmatan beliau yang paling lama iaitu selama hampir tahun. Beliau bukan sahaja seorang guru yang berdedikasi, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid-murid melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang guru yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat murid-muridnya bersesuaian dengan moto hidupnya, memberi lebih baik daripada menerima. Hadirin dan Hadirat sekalian, Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, suka bergurau, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya, murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungkap Para ini. Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid Sekolah Kebangsaan Sungkap Para ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru kami Cikgu Ramli yang tidak pernah mengenal jemu dalam mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaanNya kepada Cikgu Ramli bin Awang serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang takkan sama dengan penggantinya dan akan tetap kekal abadi dalam ingatan kami. Saya dan rakanrakan semua memohon ampun dan maaf seandainya selama kami menimba ilmu bersama cikgu ada yang mengguriskan hati cikgu. Halalkanlah segala ilmu yang kami perolehi selama ini. Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai