Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t..

Sekalung aplisiasi buat peneraju acara, yang dihormati barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana,sekuntum senyuman dilontarkan kepada penjaga masa yang setia
bersama loceng keramatnya, guru – guru pencetus revolusi Negara,dif – dif
kehormat,tetamu jemputan, hadirin hadirat, para cendekiawan sekalian.

Andai patah sayap rajawali,


Bertongkat jua patik kemari,
Bukan kerana ingin mencari autoriti,
Tetapi untuk membawa kita semua, memahami, menorokai serta menghayati tajuk
pidato saya pada hari ini iaitu “Menghormati Ibu Bapa Kunci Keberkatan Hidup”.

Ibu bapa adalah warisan zuriat yang membawa kepada lahirnya kita ke dunia dan sebab
itulah agama Islam meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi dalam hubungan
kekeluargaan bahkan digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan


kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”,
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Surah al-Isra’ 17:23)


Hadith berikut pula jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan yang
diberikan Islam kepada ibu bapa.

Hadith tersebut bermaksud:

Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada
waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah.

(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Muslim)

Berbuat baik atau taat kepada dua ibu bapa bermaksud menghormati dan melakukan
pekerjaan yang disukai mereka dan pekerjaan yang dilakukan itu janganlah bersalahan
dengan kehendak yang disuruh Allah SWT. Melakukan pekerjaan yang disukai kedua
ibu bapa memang menjadi tanggungjawab besar bagi seseorang anak. Besarnya jasa ibu
dan ayah memang tidak dapat dinilai sama sekali.

Pada masa anak masih dalam kandungannya, ibu telah menempuh pelbagai penderitaan
dan kesusahan. Ibu dan ayah terpaksa berjaga siang dan malam untuk mengawasi dan
membendung kesihatan anaknya yang masih kecil. Seorang ibu rela tidak tidur malam
demi menjaga anaknya yang masih kecil darpada digigit nyamuk. Ibu dan bapa sanggup
perut kosong selagi perut anak yang masih kecil itu masih belum berisi. Begitulah
besarnya pengorbanan ibu dan bapa terhadap anaknya. Jadi tidak hairanlah jika Islam
menitik beratkan soal berbuat baik dan menghormati kedua ibu bapa.

Islam mewajibkan anak menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya
bukan saja ketika mereka masih hidup, malah selepas mereka meninggal dunia pun,
amalan baik dan penghormatan itu wajib dikekalkan oleh anak-anaknya.

Disamping itu juga, kewajipan untuk anak-anak mentaati kedua ibu bapa diperkuatkan
lagi dengan sepotong hadith yang diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud:

Apabila mati seseorang anak Adam, maka putuslah amalnya melainkan tiga
perkara, (iaitu): sedekah jariah, ilmu bermanfaat kepada orang lain dan anak
soleh yang mendoakannya.

(Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)


Justeru, marilah kita terus berbuat baik terhadap ibu bapa kita (sekiranya mereka telah
meninggal dunia) dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mendoakannya.

Di antara doa yang boleh kita gunakan untuk mendoakan ibu bapa kita ialah:

Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan ibu bapaku dan rahmatilah serta sayangilah mereka
sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi aku di masa kecil. (Surah Al Israk:
Ayat 25)

Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada
hari terjadinya hisab (Hari Kiamat). (Surah Ibrahim: Ayat 41)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud:

Keredaan Allah bergantung kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah


bergantung kepada kemurkaan bapa.

(Hadis Riwayat: Imam Tarmizi)

Dari itu hormatilah ibu bapa sepanjang hayat di kandung badan. Lakukanlah perbuatan
yang menyenangkan hati mereka semasa mereka masih hidup dan berdoalah kepada
mereka setelah mereka meninggal dunia. Moga-moga dengan berbuat demikian hidup
kita akan diberkati dan dirahmati Allah dan kita menjadi manusia yang berbahagia di
dunia dan di akhirat. Insya Allah

Anda mungkin juga menyukai