Anda di halaman 1dari 2

Daie Cilik 2020

Bidang: Adab dan akhlak Fokus : Nilai murni Tema: Sifat Mahmudah

Tajuk Sabar

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Minggu lepas saya telah singgah di sebuah warung.Tiba-tiba saya terdengar seorang lelaki
sedang memaki hamun kerana makanan yang dipesannya lambat sampai.
Kawan-kawan, tahu apa yang telah berlaku?
Ya betul, lelaki ini tidak mempunyai sifat yang di ajar oleh Rasulullah.
Abdullah bin Masud telah berkata:

Assabru minal Iman

Umat Islam diajar mengenai erti kesabaran.Walaupun sudah ramai yang mengetahui
maksud sabar, namun sebagai manusia biasa, kita sentiasa lupa untuk mengamalkannya.

Sabar bermaksud menahan diri apabila berhadapan dengan ujian yang dihadapinya.

Nabi Adam telah diusir dari syurga, dilemparkan ke dunia, beliau bertaubat dan meminta
ampun daripada Allah. Baginda dan isterinya, Hawa menerima musibah tu dengan rasa
tenang. Benarlah kata Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 153.

َ ‫إِ َّن هَّللا َ َم َع الصَّابِ ِر‬


‫ين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar

Sabar yang lebih indah ialah sabar yang bukan sekadar bertahan, tetapi bangkit kembali
memperbaiki diri dalam mencapai apa jua yang diinginkan. Kegagalan dalam SPM bukan
pengakhiran kehidupan.

Makin tinggi darjat seseorang di sisi Allah maka makin hebat ujian yang akan dihadapi
olehnya untuk menguji keimanannya.

Nabi Ya'akub as yang diuji dengan kehilangan anaknya, kemudian baginda diuji lagi apabila
Allah Subhanahu Wataala menarik penglihatan. Betapa remuknya hati Nabi Ya'akub setelah
mengetahui berita itu.

Namun, beliau tetap bersabar dan pasrah kepada Allah. Firman Allah dalam surah Az-Zumar
ayat 10:
ٍ ‫ُون أَجْ َرهُ ْم ِب َغي ِْر ِح َسا‬
‫ب‬ َ ‫إِنَّ َما ي َُوفَّى الصَّابِر‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan
pahala untuk mereka dengan tidak terkira.

Oleh itu, kita perlu sentiasa bersabar demi mencapai syurga Allah di akhirat kelak.

Apabila ditimpa kesussahan, rang yang sabar tidak mengeluh, tidak berfikir negatif tentang
Tuhan, dan tidak berputus asa menyembah Allah.

Walau apa jua ujian yang dihadapi, kita akan seharusnya mematuhi dan menyembah Tuhan,
dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya.

Bilal bin Rabah panggilan Nabi,


Tidak sekacak yang digambar,
Berkulit hitam ,bibirnya tebal,
Suara azannya suara syurga
Dipanggang dan dijemur, didera dengan azab
bawah mentari, gurun yang panas
tak lekang di bibirnya khalimah Allah
Subhanahuwataala

Nabi SAW menceritakan kepada para sahabat bahawa sebelum daripada mereka terdapat
golongan yang diazab dan diseksa lebih teruk daripada mereka. Akan tetapi mereka tetap
bersabar dengan ujian ini dan mereka sesekali tidak berpaling daripada agama ini. Oleh
sebab itu, Nabi SAW menggambarkan orang yang sabar dengan berpegang dengan
agamanya adalah seperti seorang yang menggenggam bara api.  

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada
kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam
bara api”. [Riwayat al-Tirmizi )

Saya teringat pesan ibu...

Sabar Tahan marah, Sabar Biar payah,Sabar Memang sakit


Sabar Walau perit
Sabar Satu ujian
Sabar Separuh iman
Sabar….sabar…..sabar Selagi boleh

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai