Anda di halaman 1dari 3

TAJUK SYARAHAN: BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH

Bismillahirrahmaanirrahim
Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh.

Yang dihormati, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana. Penjaga masa yang setia
dengan jam randiknya, dan hadirin-hadirat yang dirahmati Allah SWT.

Berdirinya saya di pentas ini, adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk,
“BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH”

sebelum itu, molek lah kiranya jika saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya
pada hari ini.

Sabar dalam konteks Islam, adalah salah satu sifat mahmudah dalam Islam yang mengajar
umat Islam untuk tahan menempuh sesuatu yang sukar dengan redha dan ikhlas.

Musibah pula berasal dari perkataan Arab, yang membawa maksud, dugaan yang menimpa
manusia.

Disini, jelaslah bahawa, Bersabar dalam Menghadapi Musibah merupakan dugaan yang perlu
ditempuh dan dihadapi manusia, tidak kira apa jua situasi pun dengan ikhlas.

Hadirin sekalian,

Mengapakah seseorang itu perlu Bersabar Dalam Menghadapi Musibah ?


Bersabar dalam menghadapi musibah menyempurnakan amalan

Orang yang bersabar sewaktu menghadapi musibah akan diberikan ganjaran pahala yang
tidak terkira oleh Allah SWT, sehinggakan pahala tersebut mampu menampung amalan yang
kurang sempurna.
Firman Allah SWT:
َ ‫صابِ ُرونَ َأ ْج َرهُم بِ َغ ْي ِر ِح‬
ٍ ‫سا‬
‫ب‬ َّ ‫ِإ َّن َما ُي َو َّفى ال‬
Maksudnya: 
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk
mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]

Contoh sahabat nabi yang terkenal dengan sifat sabarnya adalah Abu Qilabah Al-Jarmi yang
sentiasa sabar dan bersyukur menerima dugaan hebat daripada Allah SWT. Iaitu kehilangan
banyak derianya kecuali lisannya. Walaupun begitu, beliau amat mencintai Allah SWT dan
Rasulullah SAW. beliau yakin semua dugaan yang diberi oleh Allah SWT pasti ada
hikmahnya.

Begitu juga dengan beberapa kisah sabar yang sering kita dengar baru-baru ini, antaranya,
kisah ibu bapa mangsa pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang
dibuli sehingga menyebabkan kematian membuat keputusan untuk memaafkan kesemua
tertuduh dan redha dengan segala keputusan mahkamah,

Jelaslah di sini bahawa sikap sabar adalah sikap yang mulia, kerana ianya melatih diri untuk
tetap yakin dan percaya dengan Allah SWT. Walaupun diuji dengan hebat sekali.
Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya.

Hadirin Sekalian,

Kesimpulannya,
Pupuklah sifat sabar dalam diri, kerana sifat sabar itu merupakan sifat yang mulia yang
diajar oleh Rasulullah SAW untuk kehidupan
seharian. InshaAllah, apabila kita sentiasa sabar dengan musibah dan ujian yang diberikan
oleh Allah SWT, kita akan menjadi lebih kuat dan matang pada masa akan datang. Allah juga
akan memberikan ganjaran tak terhingga kepada orang yang sabar. InshaAllah.

Sampai di sini sahajalah syarahan saya pada hari ini. Saya akhiri syarahan saya hari ini
dengan serangkap pantun.

Pagi subuh ayam berkokok,


Umat bangun menghadap ilahi,
Sifat sabar harus dipupuk,
Agar lahirlah muslim sejati.

Wabillaahi taufiq, Wal hidaayah,


Wassalamu alaikum Warahmatullaahi Wabarokaatuh.

Anda mungkin juga menyukai