Anda di halaman 1dari 7

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

A l h a m d u l i l l a h i r o b b i l a l a m i n a s s o l a t u w a s s a l a m u ‘ a l a a s r o f i l mursalin
wa’ala alihi wasoh bihi ajmain. Amma ba’du.

Assalamualaikum WBT

Dengarkanlah…Bersabar Dalam Menghadapi Musibah.

ISLAM

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

Walanabluwannakum bishay in mina alkhawfi


waljuu ii’ wanaqsin minal amwali walanfusi
walththamarat wabashshiri alssabireen

‫ ْال َع ِظ ْي ُم‬ ُ‫هللا‬ ‫دَق‬
َ ‫ص‬ َ
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar:”

Surah Al Baqarah ayat 155


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Daripada ayat diatas, boleh didefinisikan bahawa sabar ialah sifat tenang dan tidak terburu-
buru serta mempunyai hati yang kuat menahan kesakitan, penderitaan, kesusahan dan lain-
lain lagi. Sabar adalah salah satu sifat mahmudah dan merupakan senjata paling empuh dalam
menghadapi pelbagai ujian dan dugaan. Orang yang bersifat sabar itu dapat menahan diri
daripada marah terhadap sesuatu hal penderitaan kepada yang lain selain daripada Allah
SWT.

Manakala musibah pula adalah bentuk ujian dari Allah iaitu sama ada ia adalah
perkara yang baik ataupun yang buruk.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Marilah kita bersama-sama merungkaikan erti bersabar dalam menghadapi musibah.

Wacana Fikrah yang pertama, iaitu bentuk-bentuk ujian yang menguji kesabaran manusia.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian dan musibah. Tanpa mengira sesiapa pun sama
ada orang itu kaya ataupun miskin tetap akan ada ujiannya. Setiap ujian yang dihadapi dalam
kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Ujian pada masa sekarang, wabak Covid -19 telah melanda dunia dan ia adalah salah satu
ujian yang besar bagi manusia sejagat. Beratus ribu kematian dilaporkan akibat daripada
serangan wabak ini di serata dunia. Sepanjang tempoh ini, ada dalam kalangan umat Islam
yang hilang mata pencarian kerana mungkin tidak boleh keluar untuk berniaga atau ada
segelintir yang menerima ujian dalam bentuk penyakit apabila disahkan positif virus
berkenaan.

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


ِ ‫اب مِنْ ُمصِ ي َب ٍة ِإال بِِإ ْذ ِن هَّللا ِ َو َمنْ ُيْؤ مِنْ ِباهَّلل‬ َ ‫ص‬ َ ‫َما َأ‬
‫ش ْي ٍء َعلِي ٌم‬ َ ِّ ‫َي ْه ِد َق ْل َب ُه َوهَّللا ُ ِب ُكل‬
Ma asaba min museebatin illa biizni Allahi waman
yu’min billahi yahdi qalbahu waAllahu bikulli shayin
AAaleem
‫ ْال َع ِظ ْي ُم‬ ُ‫هللا‬ ‫دَق‬
َ ‫ص‬ َ

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.
Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk
kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Surah At – Taghabun ayat 11


Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian.

Wacana Fikrah yang kedua iaitu bagaimana cara kita menghadapi musibah.

Setiap manusia yang Allah SWT ciptakan sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah
hidup di dunia yang sementara ini. Allah SWT menguji seseorang itu adalah kerana Allah
SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak menambahkan iman kita atau
hendak menguji sejauh mana keimanan kita. Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di
dalam Al-Quran dimana Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba Nya di luar kemampuan
mereka. Apabila kita meghadapi musibah cara untuk menghadapinya iaitu salah satunya
adalah dengan mempunyai sifat sabar. Sifat inilah yang wajib dimiliki saat seseorang
mengdapi musibah. Justeru itu, apabila kita ditimpa musibah kita ucapkanlah kalimah istirja’
iaitu Innalillahiwainnailahiraojiun iaitu kita mengakui kita dari (kepunyaan)Allah. Maka kita
layak diuji. Sedarilah musibah itu datang daripada Allah SWT. Ingat janji Allah, bahawa
selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Dengan demikian bersabarlah. Jangan sampai kita
meninggalkan sifat sabar dengan berputus asa. Ingat, Putus asa adalah Su’uzh zhon billah
(berburuk sangka pada Allah). Kita haruslah sentiasa berbaik sangka dengan Allah SWT
bahawa setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian.

Wacana Fikrah yang ketiga iaitu kelebihan orang yang bersabar.

Sudah lumrah manusia, walaupun ramai yang mengetahui maksud dan kelebihan bersabar,
tetapi mereka sering lupa untuk mengamalkannya. Masakan tidak, apabila diberikan dugaan,
rata-ratanya akan mengeluh malah marah lantaran tidak tahan diuji. Namun ketahuilah, setiap
kesukaran hidup yanh Allah SWT berikan adalah seiring dengan kemampuan mereka untuk
menghadapinya. Bahkan Al-Quran menjelaskan pelbagai kebaikan dapat diraih didunia dan
di akhirat oleh insan yang sabar tidak kira sama ada mereka miskin ataupun kaya.

Contoh cerita daripada Siti Hajar dan anaknya Nabi ismail a.s. Yang mana mereka kelaparan
dan kehausan ditengah padang pasir. Ganjaran daripada berkat kesabaran setelah kehabisan
bekalan makanan maka terpancutlah air zam zam yang mengalir tanpa hentinya.

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

‫الص ٰلو ِة ۗ اِنَّ هّٰللا َ َم َع‬ َّ ‫ٰ ٓيا َ ُّي َها الَّ ِذي َْن ٰا َم ُنوا اسْ َت ِع ْي ُن ْوا ِبال‬
َّ ‫صب ِْر َو‬
ّ ٰ ‫ال‬
‫ص ِب ِري َْن‬
Ya ayyuhallazii na amanoo istaAAeenuu bialssabri
waalssalati inna Allaha ma AAa alssabireen

‫ ْال َع ِظيْم‬ ُ‫هللا‬ ‫دَق‬
َ ‫ص‬ َ
”Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Surah Al Baqarah ayat 153

Begitulah sayangnya Yang Maha Kuasa sehinggakan orang yang sabar dijamin tidak akan
rugi.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Kesimpulannya sebagai hamba Allah yang beriman, kita hendaklah bersabar dan tabah
mengahdapi ujian yang menimpa ke atas kita kerana semua itu adalah kuasa Allah SWT
sebagai peringatan kepada hamba-hambanya .Setiap musibah yang dihadapi akan mengecil
jika kita membesarkan iman dan takwa dijiwa. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong
kita berdepan dengan setiap cubaan yang mendatang. Maka yakinlah bahawa sentiasa sabar
dalam menghadapi musibah. Sekian wabilah hi taufik wal hidayah wasalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai