Anda di halaman 1dari 10

Assalamualaikum WBT, Pada hari ini saya

akan menceritakan Kisah Ketabahan Nabi


Ayub a.s .

Yang terlena sedar-sedarkan,

Yang tersedar dengar-dengarkan,

Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dengar ya kawan-kawan,

Kisah sejarah yang di rakamkan,

Dalam Al-Quran kisah ketabahan,

Nabi Ayub yang diuji Tuhan.

Semoga ia menjadi panduan.


Dalam cerita ini kita akan mendengar kisah
kesabaran Nabi Ayub yang diberi cubaan oleh
Allah SWT berturut-turut. Kehilangan harta
benda, anak-anak dan menderita penyakit di
setiap tubuh baginda.

Nabi Ayub ialah anak kepada Nabi Ishak


a.s berketurunan Bani Israel. Ibundanya
merupakan anak perempuan kepada Nabi Luth
a.s. Baginda tinggal di sebuah daerah yang
bernama Huran. Serta mempunyai isteri yang
bernama Rahmah Binti Afraathim. Nabi Ayub
merupakan manusia yang istimewa dalam
segala hal kekayaan dan cukup sabar.
Walaupun Nabi Ayub hidupnya mewah,
beliau tidak sombong dan takbur dengan
kekayaannya, malahan baginda tetap kuat
beribadat kepada Allah. Nabi Ayub sentiasa
menyeru umatnya supaya taat kepada Allah
walau apa pun jua keadaan sekalipun.
Berketepatan dengan firman Allah SWT :

“ Sesungguhnya kami mendapati Nabi


Ayub itu seorang yang sabar “.

Surah As-Sad ayat 44.

Wahh !! … Mulianya hati baginda kan


kawan-kawan….Keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah SWT sememangnya boleh
memupuk keperibadiaan unggul dalam diri
kita. Sifat taqwa kepada Allah boleh melatih
jiwa kita menjadi lebih kuat dan sabar dalam
menempuhi segala ujian dari Nya..
Kawan-kawan hendak tahu lebih lanjut cerita
Nabi Ayub…..Ayuh dengarkan…

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah


ayat 155.

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan


kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-
buahan dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar.”

Iblis telah datang ingin menyesatkan Nabi


Ayub a.s dengan izin Allah SWT supaya
imannya rosak. Iblis laknatullah
mengumpulkan bala tenteranya membakar dan
menghancurkan semua kekayaan Nabi
Ayub…..seterusnya iblis telah membunuh
kesemua anak Nabi Ayub, akan tetapi Nabi
Ayub a.s tetap beribadah.

“Wahai Ayub..kenapa engkau masih


beribadah kepada Allah ? Sedangkan hartamu
sudah musnah terbakar ? dan anak-anakmu
telah mati semua “ kata Iblis. “Innalillahi wa
inna ilahiraojiun”… Heii Iblis terkutuk,
hartaku, anak-anakku semua adalah anugerah
dari Allah SWT, Ia berhak mengambilnya.
Semoga aku tergolong bersama hamba-
hambanya yang sabar…” kata Nabi Ayub
dengan sabarnya……..

Ya Ayyuhal Asdiqo’…

Iblis dan syaitan sentiasa membisikkan


perkara kejahatan kepada kita. Lihatlah
masalah seperti pergaulan bebas dan
penagihan dadah semakin buruk kerana ramai
yang tergoda dengan hasutan Syaitan… Masya
Allah…semoga kita terpelihara daripada
godaan itu.

Selain kemusnahan harta dan anak-


anaknya. Nabi Ayub a.s diuji dengan penyakit
kulit, kudis, bernanah dan berbau busuk.
Baginda disisih oleh masyarakatnya. Langit
tidak selalu cerah begitulah yang menimpa
nasib Nabi Ayub a.s….Dek kerana tidak
tertahan menanggung derita, ditambah pula
cacian hebat dari masyarakat,membuatkan
isterinya bersuara :

“ Wahai suamiku, bukankah engkau


hamba paling taat beribadah ? Mohonlah
kesembuhan kepada Allah…moga-moga,
beban yang ditanggung berkurangan.”
Berderau darah Nabi Ayub kerana tipisnya
tawakal isterinya kepada Allah…Lalu Nabi
Ayub berkata :

“Engkau akan ku sebat 100 kali bila diriku


pulih kelak…”. Sedih dengan kata-kata
suaminya, Siti Rahmah keluar membawa diri.

Firman Allah Taala dalam surah As Sad ayat


41 :

“Sesungguhnya Aku diganggu syaitan dengan


kepayahan dan siksaan”.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar


rintihan Nabi Ayub….lalu Allah SWT
menyuruh baginda menghentakkan kaki ke
bumi……
Bila dihentak kaki ke bumi,

Terbitlah air sejuk sekali,

Lalu diminum serta dimandi,

Tubuh badan sihat Kembali.

Ya Ayyuhal Asdiqo’…..

Lihatlah individu kelainan upaya , Ahmad


Faiz Ibrahim yang mendapat 10 mumtaz
dalam sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
pada tahun 2016. Walau dalam kepayahan, dia
tetap berusaha dan tekun belajar hingga
berjaya. Begitulah yang harus kita contohi.
Walaupun kita diberi sedikit kekurangan tidak
seharusnya ia dijadikan alasan untuk kita tidak
boleh berjaya. Walaupun dalam sedikit
kepayahan kita mesti tetap berusaha dan tekun
belajar untuk menjadi individu yang
cemerlang dan berjaya dalam hidup.

Kawan-kawan sekalian…

Begitulah akhirnya, Nabi Ayub Kembali


sembuh dari penyakit dan dikurniakan
anugerah kelebihan yang sangat banyak….

Wabilah hi taufik wal hidayah


wassalamualikum warahmatullah hi
wabarakatuh

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai