Anda di halaman 1dari 5

KISAH KETABAHAN NABI AYUB

Assalammualaikum w.b.t
Terima kasih penganjur budiman, para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang tidak pernah leka, hadirin hadirat, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Marilah mari kita dengarkan,


Kisah tauladan dari al Quran,
Ketabahan Ayub menghadapi ujian,
Jadikan pedoman dalam kehidupan.
( Syair )

Hadirin hadirat sekalian,

Nabi Ayub Alaihissalam ialah putera kepada Mawsh bin Razakh bin Aish bin Ishak
Alaihissalam bin Ibrahim Alaihissalam. Baginda berketurunan Bani Israel dan lahir di
daerah Hauran. Baginda tinggal di bumi Hauran sehingga berusia 90 tahun
bersama isterinya yang bernama Rahmah binti Afraathim.

Nabi Ayub Alaihissalam adalah seorang hartawan yang sangat dermawan.


Baginda dikurniakan rezeki melimpah ruah berupa hasil pertanian dan ternakan
yang banyak serta zuriat yang ramai. Baginda suka bersedekah, kuat beribadah
dan disenangi ramai. Baginda juga terkenal sebagai seorang yang sangat sabar
dan tabah.

Lantaran itu, Nabi Ayub Alaihissalam telah dilantik menjadi seorang Nabi dan Rasul
seperti yang dinyatakan Allah di dalam Surah An Nisa’ ayat 163, yang mafhumnya :
Allah telah memberikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana Dia
telah memberikan wahyu kepada nabi-nabi terdahulu termasuk Nabi Ayub
Alaihissalam.

Hadirin hadirat sekalian ,

Kita hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha supaya dapat menjadi seorang
yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Bukti keimanan dan ketaqwaan kita
dapat dilihat dari tahap kesabaran kita dalam menghadapi setiap ujian Allah.
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 214 :

‫وا ٱ ْل َجنَّةَ َولَ َّما يَأْتِ ُكم َّمث َ ُل ٱلَّذِينَ َخلَ ْو ۟ا مِ ن قَ ْب ِل ُكم‬
۟ ُ‫أَ ْم َح ِس ْبت ُ ْم أَن تَدْ ُخل‬
Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian) seperti yang telah berlaku kepada
1
orang-orang yang terdahulu daripada kamu?
KISAH KETABAHAN NABI AYUB

Hadirin hadirat sekalian ,

Keimanan dan ketaqwaan Nabi Ayub Alaihissalam menimbulkan hasad dengki Iblis
Laknatullah. Iblis mahu memesongkan dan melemahkan keimanan dan
ketaqwaan baginda. Lalu, Iblis menghadap Allah dan meminta agar Nabi Ayub
Alaihissalam diberikan ujian, kerana ia yakin baginda pasti akan berpaling dari
Allah sekiranya segala nikmat yang diberikan padanya ditarik semula.

Allah mengabulkan permintaan Iblis tersebut, namun Allah juga mengingatkan Iblis
bahawa Nabi Ayub Alaihissalam tidak akan terpedaya dan menderhaka
kepadaNya.

Tidak lama kemudian, sedikit demi sedikit kekayaan Nabi Ayub Alaihissalam mula
musnah. Semua hasil tanaman baginda rosak dan binatang-binatang ternakannya
mati. Segala harta milik baginda menyusut dengan cepat sehingga akhirnya
baginda menjadi papa kedana.

Iblis gembira melihat keadaan Nabi Ayub Alaihissalam. Namun, semua itu langsung
tidak menjejaskan baginda kerana ternyata baginda adalah seorang yang sangat
sabar.

Bertepatan dengan firman Allah :

ًۭ ‫صابِ ًۭرا ۚ نِ ْع َم ٱ ْلعَ ْبدُ ۖ إِنَّ ۥهُ أَ َّو‬


‫اب‬ َ ُ‫إِنَّا َو َجدْنَ ٰـه‬
“Sesungguhnya kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar, dia adalah
sebaik-baik hamba..(Surah As-sod,ayat 44)

Hadirin hadirat sekalian ,

Iblis tidak berpuashati, lalu ia menemui Allah sekali lagi dan meminta supaya Nabi
Ayub Alaihissalam diberikan ujian yang lebih berat lagi. Kali ini rumah baginda tiba-
tiba runtuh dan kesemua anaknya mati didalam runtuhan tersebut.

Ayub diuji kali kedua,


Hancur rumahnya dilanda gempa,
Anak-anaknya mati semua,
Tinggallah Ayub dengan isterinya,
Tiada lagi zuriat baginda,
Hidup sunyi penuh hiba. (Sajak)

2
KISAH KETABAHAN NABI AYUB

Nabi Ayub Alaihissalam menerima semua ketentuan Allah ini dengan hati yang redha dan
kesabaran yang tinggi kerana baginda tahu segala sesuatu yang dimilikinya adalah
semata-mata pinjaman daripada Allah.

Pendirian Nabi Ayub Alaihissalam ini bertepatan dengan Firman Allah didalam Surah Al
Baqarah ayat 156 yang bermaksud: Orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu
kesusahan, mereka berkata “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah kami kembali”.

Sejak wabak Covid 19 melanda dunia, ramai orang yang terjejas termasuklah ahli keluarga
dan orang-orang di sekeliling kita. Setiap hari kita melihat berita kematian dan kesusahan
mangsa-mangsa wabak ini. Bahkan terdapat laporan mengatakan kes bunuh diri juga
semakin meningkat dikalangan mereka yang terjejas di seluruh dunia. Sebagai umat Islam,
di waktu sebegini, kita mesti mencontohi ketabahan Nabi Ayub Alaihissalam dalam
menghadapi ujian.

Hadirin hadirat sekalian ,

Sudah jatuh ditimpa tangga,


Ayub diuji penyakit pula,
Isteri tercinta tinggalkan baginda,
Diejek dicerca kaum derhaka.
(Pantun)

Melihat kesabaran Nabi Ayub Alaihissalam menghadapi segala ujian yang menimpanya,
Iblis menjadi semakin marah. Kali ini Iblis bertindak menghembuskan penyakit kulit kepada
tubuh Nabi Ayub Alaihissalam. Penyakit ini sangat teruk sehingga merosakkan seluruh tubuh
Nabi Ayub Alaihissalam kecuali lidah dan hati baginda.

Nabi Ayub Alaihissalam mula dijauhi oleh kaumnya kerana mereka merasa jijik dan takut
dijangkiti. Hanya Isterinya sahaja yang tetap setia bersamanya. Sehinggalah pada suatu
hari, isterinya mencadangkan kepada Nabi Ayub Alaihissalam untuk memohon
kesembuhan dari Allah.

Nabi Ayub Alaihissalam tidak bersetuju dengan cadangan isterinya itu. Baginda
menegaskan bahawa segala ujian ini belum setanding dengan semua nikmat yang pernah
dinikmatinya selama ini. Baginda malu untuk mengeluh dan mengadu kepada Allah. Lantas
baginda bersumpah akan memukul isterinya dengan 100 kali sebatan jika baginda telah
pulih kelak.

Isteri Nabi Ayub Alaihissalam merasa sedih dan pergi membawa diri meninggalkan baginda
keseorangan. Baginda terus bersabar dan menghabiskan masanya dengan berzikir memuji
Allah. Penderitaan Nabi Ayub Alaihissalam berlarutan sehingga 7 tahun kemudian. Akhirnya
barulah baginda memohon kesembuhan dari penyakit tersebut.

3
KISAH KETABAHAN NABI AYUB

Allah merakam peristiwa ini didalam Surah Al Anbiya ayat 83 :

.....‫ِى ٱلض ُُّّر‬ َّ ‫ُّوب ِإذْ نَادَ ٰى َربَّهۥُ أَنِى َم‬


َ ‫سن‬ َ ‫َوأَي‬
Maksudnya : dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: “Sesungguhnya
aku ditimpa musibah..

Sesungguhnya Allah Maha mendengar rintihan hambanya. Allah berfirman dalam Surah Al-
Anbiya’,ayat 84:
‫فَٱسۡ ت َ َج ۡبنَا لَهۥُ فَ َكش َۡفنَا َما بِ ِهۦ مِ ن ض ُۖر‬
Maksudnya :
Lalu kami perkenankan permohonannya dan hilangkan apa yang bahaya bagi dirinya.

Allah menyuruh baginda menghentakkan kaki ke bumi. Dengan izin Allah, terpancarlah air
untuk mandi dan diminum oleh baginda dari hentakan kaki tersebut.

Hadirin hadirat sekalian ,

Bila dihentak kaki ke bumi


Terbitlah air sejuk sekali
Lalu diminum serta dimandi
Tubuh baginda sihat Kembali (Gurindam)

Betapa benarnya janji Allah didalam Surah Al Insyirah ayat 6 yang berbunyi :
‫إِ َّن َم َع ٱ ْلعُس ِْر يُسْرا‬
Maksudnya : Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.

Penyakit yang dideritai Nabi Ayub Alaihissalam kini telah sembuh sepenuhnya. Tidak lama
kemudian, isteri baginda kembali semula ke rumah mereka. Allah memerintahkan Nabi
Ayub Alaihissalam untuk memukul isterinya sekali sahaja dengan seikat jerami sebagai
tanda menunaikan sumpahnya dahulu.

Kemudian, Allah mengembalikan semula segala nikmat yang pernah dikurniakan kepada
Nabi Ayub Alaihissalam dengan berganda-ganda lebih banyak dari sebelumnya. Baginda
semakin bersyukur dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah. Kisah
bagaimana Allah telah menyembuhkan dan mengembalikan segala nikmatNya kepada
Nabi Ayub Alaihissalam ini diceritakan di dalam Surah Sod ayat 41 hingga 44.

Hadirin hadirat sekalian,

Sangkaan Iblis ternyata meleset sama sekali. Ketabahan Nabi Ayub Alaihissalam kini telah
terbukti. Inilah sifat yang patut kita semua contohi. Sampai disini sahaja cerita saya pada
kali ini. Saya mohon untuk mengundurkan diri. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamu ‘alaikum, warohmatullahi wabarokatuh.
4
KISAH KETABAHAN NABI AYUB

Anda mungkin juga menyukai