Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI AYUB A.

S YANG TABAH

KANDUNGAN CATATAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salutasi/Pendahuluan

Terima kasih pengacara budiman


Para hakim penegak keadilan
Qisasul anbiya’ jadi pengajaran
Ketabahan Nabi Ayub a.s

1.
Nabi Ayub ialah anak kepada nabi Ishak a.s, berketurunan Bani Pengenalan/ Latar
Israel. belakang
Baginda tinggal di bumi Hauran sehingga berusia 90 tahun.
Dikurniakan rezeki melimpah ruah
Anak yang ramai diberi Allah
Suka bersedekah kuat beribadah
Seorang yang sabar lagi tabah.
Bertepatan dengan firman Allah :

‫ﺻﺎِﺑﺮۚا ﻧِّۡﻌَﻢ ٱۡﻟﻌَۡﺒﺪُ ِإﻧﱠ ٓﮫۥُ أ َﱠواب‬


َ ُ‫ِإﻧﱠﺎ َوَﺟۡﺪ ٰﻧَﮫ‬
“Sesungguhnya kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang
sabar”
Surah As-sod,ayat 44

Kawan-kawan, Pengajaran dan isu


semasa
Sabar itu sebahagian daripada iman. Kesabaran kita diuji
ketika berlakunya musibah. Sebagai contoh, kesabaran dalam
menghadapi wabak Covid-19.

2.
Iman dan sabar Ayub tiada tandingannya Isi dan huraian
Iblis dendam mahu mengujinya
Lantas iblis menghadap Allah yang Esa

‘Ya Tuhan, sebenarnya Ayub itu hanya berpura-pura beriman


dan beribadat kepadaMu.’

Lalu iblis meminta dari Allah yang Esa untuk merosakkan iman
Nabi Ayub. Allah menyanggah tuduhan iblis itu dan mencabar
iblis untuk membuktikannya.

Ujian pertama datang menghimpit,


Kekayaan hilang sedikit demi sedikit,
Binatang peliharaan mati seolah berpenyakit,
Nabi Ayub menjadi ,miskin, papa sangatlah perit.

ٍ ‫ﻋﺬَا‬
‫ب‬ َ ‫ﺼﺐ َو‬ َ ٰ ‫ﺸۡﯿ‬
ۡ ُ‫ﻄُﻦ ِﺑﻨ‬ ‫ﻲ ٱﻟ ﱠ‬ ‫أ َﻧِّﻲ َﻣ ﱠ‬
َ ‫ﺴِﻨ‬
Nas Al-Quran serta
terjemahan dan
Firman Allah: sumbernya

: " Sesungguhnya Aku diganggu oleh Syaitan Dengan


(hasutannya semasa Aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa
(penyakit)".
Surah Sod,ayat 41

Ya kawan-kawan, Syaitan itu sentiasa berusaha untuk


menyesatkan manusia. Lihat sajalah hari ini, terjadinya fahaman
akidah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini berlaku
kerana kurangnya penekanan ilmu akidah dan termakan
dengan hasutan syaitan.

3.
Ayub diuji kali kedua, Isi dan huraian
Hancur rumahnya dilanda gempa,
Anak-anaknya mati semua, Nasyid
Tinggallah Ayub dengan isterinya, Salam perpisahan
Tiada lagi zuriat baginda, ( brothers )
Hilang nikmat sekelip mata.

Masya Allah… Sajak

Sudah jatuh ditimpa tangga


Kini penyakit pula datang melanda
Isteri tercinta tinggalkan baginda
Diejek dicerca kaum derhaka
Iblis gembira tidak terkira

Kasihan Nabi Ayub..Meskipun diuji begitu berat, Allah tetap di


hati baginda.

Firman Allah : Nas Al-Quran serta

‫ب ِإۡذ ﻧَﺎدَٰى َرﺑﱠﮫ‬


َ ‫َوأ َﯾﱡﻮ‬
terjemahan dan
sumbernya
Maksudnya : dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru
Tuhannya, sesungguhnya aku ditimpa musibah
(Surah Al-Anbiya’, ayat 83)

Ya kawan-kawan,
Setiap orang yang beriman itu akan diuji oleh Allah.

2
4.
Sesungguhnya Allah Maha mendengar rintihan hambanya. Lalu Isi dan huraian
Allah menyuruh baginda menghentakkan kaki ke bumi.

Bila dihentak kaki ke bumi Nasyid


Terbitlah air sejuk sekali Hanya tuhan yang
Lalu diminum serta dimandi tahu ( unic )
Tubuh badan sihat kembali

Firman Allah :
ُ ‫ﺸۡﻔﻨَﺎ َﻣﺎ ِﺑِﮫۦ ِﻣﻦ‬
‫ﺿّﺮ‬ َ ‫ﻓَﭑۡﺳﺘ ََﺠۡﺒﻨَﺎ ﻟَﮫۥُ ﻓََﻜ‬ Nas Al-Quran serta
terjemahan dan
Maksudnya : sumbernya
Lalu kami perkenankan permohonannya dan hilangkan apa
yang bahaya bagi dirinya. (surah al-anbiya’,ayat 84)

Ya kawan-kawan,
Allah Maha berkuasa di atas segalanya. Cubalah kita Pengajaran
renungkan sejenak. Allah ciptakan langit dan bumi, siang dan

malam, pagi dan petang dan seluruh alam semesta untuk kita

menghayati kekuasaanNya dan ini semua berlaku atas
kehendakNya.


Kawan-kawan, begitulah kisah Nabi Ayub alaihissalam yang Penutup
berjaa menempuhi ujian yang melanda.

Derita berakhir sudah, taqwa kian bertambah


Anak isteri dikembalikan Allah
Harta diganda melimpah ruah
Syukur, Alhamdulillah.

Sekian..Wabillahi taufik wal hidayah wassalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai