Anda di halaman 1dari 4

Kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun

Bil Teks Catatan

‫اسالم عليكم ورمحة اهلل وبركته‬ Salam dan salutasi

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana. Seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian .

Kisah dipetik dari al-Quran


Penuh pengajaran jua teladan Pantun
Wahai rakan mari dengarkan
Kisah Nabi Yunus saya persembahan.

1 Nabi Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang kisahnya banyak di sentuh Isi
oleh Allah dalam al-Quran.

Allah berfirman di dalam surah Ash-Shaffat ayat 139:


Dalil
    
Maksudnya : Sesungguhnya Yunus itu benar-benar termasuk seorang
rasul.

Hadirin hadirat sekalian.

Nabi Yunus a.s diutus Allah s.a.w untuk berdakwah kepada penduduk di
suatu tempat bernama Ninawa.

Ninawa
Satu daerah yang asing
Tiada hubungan
Tiada pertalian Sajak
Hidup mereka dalam kegelapan
Kebodohan dan kekafiran
Mereka menyembah berhala dan menyekutukan Allah
s.a.w

Kawan-kawan, kita janganlah sekali-kali mensyirikkan Allah kerana syirik


itu adalah dosa yang paling besar.
Pengajaran
Kini berleluasnya filem dan drama yang berunsurkan tahyul boleh
memeesongkan akidah kita seperti kisah “Santau Merasut” dan lain-lain”.
Isu semasa

1
Kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun

Bil Teks Catatan

2 Nabi Yunus a.s menyeru mereka untuk beriman kepada Allah s.a.w. Isi

Nabi Yunus menyeru kepada kaumnya


Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa Sajak
Jauhi perbuatan yang sia-sia.

Seruan Nabi tidak diterima. Mereka menolak kehadirannya. Mereka


menentang an mengkafirkan risalahnya.

Setelah lama berusaha umatnya masih tidak berubah. Akhirnya Nabi Yunus
membuat keputusan meninggalkan mereka. Nabi Yunus berdoa agar mereka
segera ditimpa azab dan malapetaka.

Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah gigih dan tabah berdakwah dan menyeru ke arah kebaikan
dan jangan sekali-kali mudah berputus asa.
Pengajaran
Sepertimana sekarang media massa sering paparkan rancangan realiti tv
seperti Iman Muda, Ustazah Pilihan, Adik-adikku dan lain-lain.

Isu semasa

3 ,Hadirin hadirat sekalian Isi

Sebaik Nabi Yunus melangkah pergi meninggalkan mereka, mereka mulai


melihat tanda-tanda yang mencemaskan. Seakan-akan ancaman Nabi Yunus
.akan menjadi kenyataan

Suasana menjadi semakin gelap. Binatang-binatang kegelisahan. Wajah


mereka menjadi pucat tidak berdarah. Angin bertiup kencang. Suara guruh
.gemuruh sungguh menakutkan

Untuk menebus dosa, mereka keluar beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan


ke padang pasir sambil menangis memohon ampun dan rahmat Allah agar
mereka tidak ditimpa azab dan malapetaaka. Mereka sedar dan mereka
.beriman seluruhnya. Mereka mencari-cari Nabi Yunus

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun, doa mereka dimakbulkan


.Allah. Suasana kembali menjadi tenang

2
Kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun

Bil Teks Catatan

:Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 98

     


.…………………… Dalil
Maksudnya : Tatkala mereka beriman, kami hilangkan mereka
dari azab yang menghinakan.

Ya rakan-rakan,

kita mestilah bertaubat memohon ampun kepada Allah sekira-nya kita


melakukan kesalahan kerana Allah maha pengampun. Pengajaran

Kita sering mendengar gadis-gadis kita lari dari rumah mengikut teman lelaki
warga asing ke Lombok, Indonesia. Bertaubatlah sementara pintu taubat Isu semasa
masih terbuka.

4 Hadirin hadirat,

Adapun kedaan Nabi Yunus yang meninggalkan kaumnya telah pergi Isi
mengembara tanpa tujuan. Tanpa disedari tiba-tiba Nabi Yunus telah berada
di sebuah pantai. Dilihatnya sebuah kapal pedagang lalu ditumpangnya.
Dalam perjalanan tiba-tiba kapal itu terumbang-ambing.

Setiap penumpang diminta mencabut undi. Undi dijalankan, terkenalah


kepada Nabi Yunus. Mereka tidak dapat menerimanya, diundi lagi sehingga
3X namun ketiga-tiganya terkena kepada Nabi Yunus.

Firman Allah dalam Surah Ash Saffat ayat 140:

     


Maksudnya : Ketika ia mencabut undi lalu dia kalah yakni Dalil
(terkena) dalam undian.

Bila diundi nabi merelakan


Terjun ke laut yang bergelora
Baginda ditelan ke perut iakan Nun
Gelap gelita tiada terkira
Sedarlah baginda akan dosanya
Dihukum Allah begitu rupa
Menangislah nabi sentiasa
Memohon ampun dari Tuhan. Sajak

3
Kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun

Bil Teks Catatan

Ya rakan-rakan,

Begitulah kekuasaan Allah yang berkuasa melakukan apa jua. Bencana alam Pengajaran
seperti banjir di Bangkok baru-baru ini banyak meragut ribuan nyawa.
Sungguh memilukan. Isu semasa

Firman Allah surah al-Ambia ayat 87:

         


    Dalil
Maksudnya : (Maka Nabi Yunus memohon ampun) Ya Tuhanku,
sesunggunhnya tiada tuhan selain engkau. Maha sucilah engkau dan
sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang
zalim.

5 Kawan-kawan yang saya hormati sekalian, Isi

Setelah selesai menjalani hukuman Allah, dimuntahkanlah Nabi Yunus oleh


ikan Nun ke darat dalam keadaan yang tidak bermaya. Dengan rahmat Allah, Penutup
Nabi Yunus kembali menjadi sembuh dan sihat. Nabi Yunus diperintah agar
kembali ke Ninawa di mana umatnya sedang merindui menunggu
kepulangannya.

Alangkah terkejutnya Nabi Yunus apabila melihat umanya sudah beriman


dan bertaqwa kepada Allah s.a.w.

Kawan-kawan setelah kita terlanjur, jangan sekali-kali kita kita lupa


padaNya. Sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Ketahuilah Pengajaran
bahawa Allah Maha Pengampun.

Kini kita lihat di kaca-kaca tv dan media cetak, sudah ramai artis-artis wanita
yang dulunya tidak menutup aurat kita telah bertudung dengan sopannya.
Isu semasa
Nabi Yunus hidup selama 40 tahun, mereka hidup dalam aman damai kerana
diredhai Allah s.a.w.

Sekian sahaja cerita dari saya, moga menjadi panduan dan pedoman buat
semua. Wabilllahi taufiq assalamualaikum…….

Anda mungkin juga menyukai